Monday, October 08, 2007

sanah hilwah ya habil


hari ni genapla habil 2 tahun. kejap je rasa. Mlm tadi dia tak boelh sebab selsema, batuk, demam. tidur nye asyik terjaga jek. dia memang begitu dari kecik. pernah aku tidak tidur langsung semalaman sebab dia demam. dia akan merengek , serba tak kena dibuatnya. kakak2 dia kalau demam x delah macam tu sangat. agaknya itulah penangan anak bongsu. (pst...setakat ni...)

nampkanya hajat aku untuk berentikan dia breastfeeding tidak juga kesampaian disebabkan aku tak sampai hati plus inilah satu2nya ubat nak berentikan dia dari merengek. teringat zaman2 awal menyusu dia. aku sungguh bersemanagt untuk menyusu sepenuhnya kerana ingin mem'balas dendam' hajat aku yang tidak kesampaian utk hanis dan husna.

kehadiran habil tidak dirancang langsung. malah pada awalnya aku sukar menerima yang aku pregnant lagi setelah baru berslainkan hanis yang baru 5 bulan. Malah, mengikut fakta sainsnyanya, aku tidak mungkin pregnant. mana mungkin. namun kuasa Allah jauh mengatasi segala2nya.

mari imbas kisah habil....jeng...jeng....

hari tu aku ambil cuti sebab nak uruskan family day abim selangor di sungai congkak. aku jadi pengarah program masatu. jadi terpaksa ambik cuti untuk beli2 barang. aku mambawa kereta sendiri bersama adik2 usrah aku ke alamanda. tetiba dlm2 jln2 tu aku ternampak watson. saja 'menggatal' beli pregnancy test. balik2 umah, tengahri waktu tu aku terus test. masyaAllah, 2 line (kepada yg tak tau 2 line makna positve, 1 line makna negative, x de line maknanya alat tu rosak, , sorry ek kena bagitau pasal line ni sebab ramai rupanya tak tau, huhuh, bagi yg blom kawin la kan) . hati aku berdetup kencang. hormon adrenaline merembes dengan banyaknyer. rasa nak pitam, nak tumbang. betul ke ni???? rsa nak nangis tapi ku tahan2. Aku ingin segera telefon hubby. tapi kang kalau aku tepon bibik dengo la plak. lantas aku kuar rumah dan telefon hubby dalam kereta.
"Bang... (masa ni dah startt nak nangis dah, huhuh)
Hubby: kenapa ?
aku: bang...(kelu lidah aku nak berkata2..dan aku nagis dan nagis dlm tepon, terpaksa le hubby dengo aku nangis dulu)
hubby: kereta kena langgar ke? accident ke? ( sebab dia tau aku drive ke alamanda tadi)
aku: elly pregnnat bang...hhuhuu (nangis lagi)
hubby: (dia pun terkedu, terdiam)
aku; nak buat camner bang....
hubby: tunggu abnag balik, nanti kita bincang (ah ini ayat standard yang sellau dia pakai kalau aku gusar)

selepas telefon hubby, aku termenung sendiri. bagaimana akan aku hadapi semuaorang? apa kata ketua jabatan? apa kata mak? ohhhh tidak!!!!!!!!aku sungguh tension. Malah waktu itu ada syaitan yang jahat berbisik, alangkah bagusnya kalau tetibanya gugur. kan bagus. x yah pikir mende2 tu semua. sampai ke situ otak jahat aku berfikir. Astaghfirullah...

Menuggu hubby balik terasa sungguh lama. Tatkala hubby melabuhkan diri di sofa bed, aku memegang lengannya dan mengigit kuat2. haa kau berbekas. hubby aku senyap jek .dia biar je lengan dia kena gigit. hhehh sebabnya aku pernah cakap kat dia kalau aku pregnant lagi aku akan gigit dia. sebab itu dia senyap jek bila aku gigit lengan dia. heheeh ade ke patut??

hari2 yang dilalui sungguh tension dan menghibakan. Sedih, geram, menyampah kat hubby , ntah macam2 aku rasa. Jahat sungguh aku. sadis sungguh bila aku masih juga susukan hanis tatkala aku pregnant. Tak sanggup aku berentikan dari menyusu hanis. kesian sungguh dengan hanis. Sayu melihat deretan susu yang aku express. samapi hanis 8 bulan rasanya aku terpaksa habiskan susu2 tu. sedih sangat, Tuhan je yang tahu. sebab itu agaknya la ni dia banayk rengeknya sebab tak puas bermanja dengan aku. Hubby aku cuba memujuk aku macam2. apa taknya. aku asik nangis je aku waktu tu. sikit 2 nangis. sensitif benar. aku tak boleh terima yang aku pregnant lagi waktu hanis belum pun merangkak!!!

aku cuba rahsiakan pada semua orang. malah aku warning bibik aku jangan bagitau mak aku. Terasa perit rasanya untuk terima hakikat ini. apatah lagi hendak berhadapan dengan ketua jabatan nanti. aku baru je cuti bersalin, tup2 nak cuti lagi?? sapa nak ngajar? kita tak cukup orang?? aduhh!!!!!mak aku hanya tau aku pregnant dalam 5-6. sebab masa tu dah tak boleh sembunyi lagi dah. kira lama juga aku keep secret ni. Tapi aku ni kalau pregnant perut memnag besar giler, nak sembunyi macam mana. aku pun cuba untuk ngubat hati dengan INgat yang Allah yang takdirkan ini smeua berlaku. tiada salah sesiapa. manusia sehebat mana pun tak dpat lawan kuasa tuhan. Aku cuba belajar menerima kehadiran habil. rupanya ramai jugak yang lalui apa yang aku rasa.

Hati aku bertambah seronok bila dpaat tau yang bakal lahir nnati baby boy. melihat hubby teruja aku juga turut terasa girangnya dia. maklumlah, dah 2 girl sebelum ni. seperti kandungan yang sebelum ni, aku tak byk masalah sangat. Cuma sakit pinggang tu memnag tak boelh nak kata. Aku bag1 lecture 2 jam berturut2, macam nak pengsan rasa.

aku dijangkan berslain bulan puasa. hai, nakbuat macam mana, puasa ke 4.pagi tu kami bangun nak bersahur. perut aku dah start memulas2. ingat sakit perut nak buang air besar. asik ke toilet jek. pagi tu sabtu, hubby kena bagi kuliah subuh di bangi. dia kata kalau aku aku sakit dia cancelkan kuliah tu. aku kata, x payahlah. apa2 hal aku akan tepon.

menjelang subuh, perut aku terasa contraction, main kerap. aku gagahi utk solat subuh. Lepas solat subuh, pop!! water bag dah pecah!!!!!!! aku jerit bibik, bibik aku panic juga. aku tepon hubby . hubby kata ok, Ok. aku tunggu punyelah lama , x juga dia sampai. last2 bibik aku tepon, "ustaz, nak bersalin dah ni....". tunggu2 tak juga sampai. aku pikir nak call ambulance je. mana pergi la laki aku ni. Bibik aku lantas bertindak mengambil tikar, bantal dan kain batik. "berslain sini jelah, jom baring". ....aduh, dah le hanis dalam kete. takkan habil plak dalam rumah. apa lah nasib aku ni...

akhirnya hubby aku sampai.
"macam mana? elly nak salin kat ruma? berslain kat umah jelah.."
aku: tak nak bang, biar le bersalin dln kete dari dlm rumah, jom pergi hospital, ummi x larat dah ni" aku masa tu agak bengang nagn hubby, org nak berslain ni dia masih lagi mampu teruskan kuliah tu. dia kata tak kan nak break mengejut. dia kena bagi penutup. ish....tapi satu surau tu tau aku nak berslain. lawaknya lepas aku bersalin depa siap call hubby, dah berslain ke??hehehehe

kali ni aku baring dalam kete. sebab kalau aku dudk, kang jadi kes macam hanis lagi. udah la, cukuplah. sebab gravity kalau duduk baby lagi mudah keluar. sampai dihospital, kepala si habil dah kuar sikit?
hubby aku panggil nurse "nurse, babay nak kuar dah, kepala dah kuar dah"
lantas nurse pun selak , " kepala dah nampka dah tu, tahan2 jgn teran..." lantas dia sorong aku pakai wheel chair. Bayang kan bed semua penuh aku dibaring atas strecher (eh caner eja ni) . x de bantal, x de tabir pun. sib baik wkatu subuh. x de lelaki kat situ. lagi kat tepi toilet plak. ish, sadis sungguh tempat aku berslain. malah bantal pun x de.
"saya rasa nak terkuar dah ni"...aku cakap
"sabar2 jangan teran..tahan2.....(ish, boring betul, depa dok cari file la, pad la, aku ni nak berslain dah wei...)
aku komenlah, aku nak tabir, nak bantal. depa gi amik cadar, gumpal2 jadi le bantal.letak bawah kepala aku. pastu depa kata tpt penuh ni.
dalam hati aku , sabo jelah.sib baik aku tak lama. Tup2 teran2 kuarlah la habil.
"sennag benor awak berslain" kata si nurse tu......dah lega..cuma aku masalah masa kuarkan uri. Doc terpaksa seluk. aduh ...lagi sakit dari bersalin. ngeri2...tapi alhamdulillah, walaupun tanpa bilik, hanay kakitangan pompuan yang handle aku, pastu plak tpt tu agak privacy jadi terlindung gak aku walau x de tabir pun. sekurang2nya terjaga juga aurat aku. mmula2 mereka cakap agak kurang mesra. tapi bila tau aku lecturer upm, tup2 terus tune jadi lemah lembut. nyampah aku!!! semua orang jadi baik plak .....ade ke patut???

dan habil waktu sungguh comel sekali. dan aku bersyukur dan tidak sekali2 menyesal melahirkan dia.

Friday, October 05, 2007

belum pandai

sebenarnya aku berjanji dengan diri aku selagi aku tak puas atau dengan kata lain x cekap atau tidak berjaya dalam sealing off aku tak nak memblog. Aku selalu kata pada diri aku yang aku belum pandai bukannya aku tidak pandai. Untuk menjadi pandai perlukan proses. Untuk melalui proses itu aku akan diuji, dibelasah jiwa raga, tension dan sewaktu dengannya. dan Alhamdulillah hari ni aku berjaya lakukannya dengan ZERO DEFECT. selalunya dari pagi sampai petang aku struggle nak siapkan satu tube. tapi tadi dalam 1-2 jam aku berjaya seal 3 tube. ohhh laily, good, good (seperti Dr betancourt kata sewaktu jenguk aku buat kerje). fuhh , lepas ni aku tak perlu risau sangat dah!! bayangkan untuk berjaya buat mende simple tu aku amik masa 2 minggu practise. Hanya 6 tube jek aku nak seal sebenarnya. aku mencuba lebih 10 kali. asik meletup jek.kalau ikutkan satu hari boleh siap ini smapai berminggu. teruk betul. ish buek malu je. Takpe laily, permulaan yang baik. man jada wajada!!

Sukar sebenarnya utk pompuan amik bidang yang memerlukan deal dengan pump dan valve yang banyak ni. aku fenin!! diffusion pump, rotary pump, backing , roughing, backing, baffle,bla..bla....bikin aku confuse sellau. aku dikelilingi denagn mesin2 utk steel making. oleh itu aku kena lasak sikit. tak boleh ayu2 ek. kena strong ok, takmo lembik2. ahh aku kena makan tongkat ali gamaknye, hehehehe.

sakit pinggang, skait tangan, sakit badan. Ini yang kena aku lalui 2 tahun lagi. Harap2 final year aku tak perlu process material lagi. Hhuhu

Aidil fitri makin menjelma, cepat betul ramadhan nak berakhir. Aku akui ini lah ramadhan paling teruk in term of solat terawih. di sini pompuan tak de solat di masjid. kalau ada pun di islamic centre yang jauh dari rumah. Sejak aku habis sekolah hinggalah sebelum dapat husna aku tidak pernah walau sehari pun ponteng solat terawih. Betul ni. kalau aku tak ke masjid aku akan buat dirumah. kalau aku tak smepat malam, sebelum sahur aku buat. tapi bila dah ada anak, baru 4 rakaat anak dah nangis. Tapi bila dah aada bibik. aku boleh pergi terawih. Tapi di sini, bukan aku tak buat terawih cuma lubang2. kadang buat kadang tak buat. aku terlalu letih. aku seperti balik dari kerje kilang. Tapi aku cuba cover dengan tadarus bersama hubby atau sendiri. Teruknye aku...lepas maghrib aku rasa macam nak tidur dah. Alhamdulillah wa ada untuk prepare iftar. Kalu tidak kelam kabut. aku sampai umah pun 615pm. iftar pukul 6.40. Moga Allah abgi kekuatan untuk sisa2 ramadhan ynag pastinya lebih hebat ganjarannya dengan hadiah lailatul qadr.

Teringat masa aku sekolah agama dulu. Lailatul qadr memang dinanti. Qiyamullail meriah. Seronok menyambut ramadha masa di asrama biarpun jauh dari keluarga. walau hanya makan di tray.

ayuh sahabat2, masih ada masa, belum terlambat, rebut malam yang lebih baik dari seribu bulan!!!!!! mana nak dapat, di ramadhan saja.....

Saturday, September 29, 2007

Permata hatiku




Wajah2 di atas sewaktu iftar setiap minggu di Pakistan Muslim Centre. cute sungguh bila sekali seklau habil paki kopiah dan angah n along pakai tudung. Gelagat mereka mencuit hati.

latest info about them

1) Husna atau along
Being the only malay in her school make her a very independant girl (cop! baru masuk sorang malay this week) . lepas pindah umah baru, this lovely girl kuat ngada2 jugak plus, manja macam. Berkepit dengan ummi like kembar siam. Her english become better, almaklumlah pindah dari pakistan ke england. heheheh. Cikgu dia comment, husna ni clever, good, ah macam2 puji. In fact cikgu dia notice dia matured dari kawan2 dia. kalau coloring tu pun cantik x de le terkeluar2 dari line. Pastu creative kalau buat art especially. mmm kembang hidup ummi. x sangka la husna ni good kat school. Cop!! stau perkara yang very clear, dia seorang fotogedik!!!




Pantang lensa camera hala ke dia. Mula ar kegedikannya terserlah. Bila tengok2 gambar , mesti sellau gambo dia ada.

2) hanis atau Angah




Latest!!dia sudah lulus potty training!!!! but not 100%. Still 'wearing' napply at night. Oklah tu , tapi susah sungguh nak training dia. Dia contrast ngan along. Dia x suka bergambar sangat. jadi gambo dia x banyak. She looks very chubby kerana kuat makan!!! Makan and makan .....

3) Habil atau adik
We're still calling him ADIK. But donno until when, heheh. He starts talking few words like, susu, angah, ummi, na nak (tak nak), sometimes dia sebut NO, The most clear word, BABAH and T*T*K ( u know what??). Aduh jeles nyer. Call ummi , BABAH jugak. crying pun BABAH jugak. everytime dia nak breastfeed dia akan jerit T*T*K. lawaknya, kalau ummi not around, abihla si wa jadi mangsa dia. haritu adik2 Ireland kat rumah, habis kena raba dengan habil. kui kui kui...ini gian tahap cipan....
8/10 is his birthday, mm very soon, but still cannot stop him from breastfeeding. We cannot stop laughing nak gila dengar dia jerit T*T*k. ish, buek malu den jo.

what a cheeky boy!!!


p/s: entry dibuat last week tapi baru hari ni publish. konon2 nak sambung lagi tapi malas la plak, publishkan jelah

Monday, September 24, 2007

tanpa suara







hari ni x gi lab. x de suara. batuk, sakit tekak, selsema. all in one. tau jelah kalau kat umah ni x productive. study sebelah katil + anak2 mulalah menyibuk2. yang geram tu depa tau yang ummi x de suara, asik suruh ummi cakap jek
"ummi cakaplah mi"
"ummi jeritla maca ni, arghhhh (sambil jerit)"
"napa ummi, ni cakaplah...."
eeei, geram betul, bila x de suara rasa tensen sebab mulut dah biasa byk cakap. Hubby siap kata, "Hai, senyap sikit umah kita la ni"..eeei sabo jelah. Suara aku main teruk bila masa tadarus x de org, hanya berdua jek, jadi aku terpaksa byk baca. menejelang malam, suara aku hampir hilang, semalam dan hari ni, x leh kuar dah. cakap pun main tunjuk2 jek. OOO macam ni rupanya orang yang bisu kan?

last week masa aku tensen2 hubby ada dtg lab, dia amik gambo aku buat kerje. Haa baru dia tau wife dia ni buat kerje macam kat kilang besi. part yg paling mencabar dia x semapt amik la plak sebab dah balik. apapun, nak jadi scientist memang le kena gagal banyak kali. bila dah gagal tup2 baru le jumpe apa yg dicari. aku penakut+pengecut ngan api. padahal x de mende pun. sebab pestime pegang api macam tu. nama proses yang aku buat tu adalah sealing off. aku tengah potong silica tube, then masukkan nanti dengan sample melt spun ribbon pastu seal tube yang di masukkankan argon kedlam tube tu. ni yang paling leceh, masa nak seal tetiba pop! meletup! dah tak jadi seal. kena vaccum balik. tu yang tak larat tu.....aku rasa nak menjerit!!!lagi satu sebab aku pakai tudung technician cam perli2 je takut kena tudung walaupun pakai lab coat yang comot tu. padahal lagi bahaya orang yang x pakai tudung yang rambut pjg. ada je lelaki rambut pjg termasuk technician dan lecturer di department aku tuh...

eh, pelik plak, aku guna api biru masa potong tube tu apasal gambar jadi merah?? apa2 laa...

Friday, September 21, 2007

hangin tambahan

Jika semalam aku hangin betul dengan kes arwah Nurin hari ni masih hangin lagi cuma ditambhah dengan hangin eksperiment aku x menjadi. dah 2 hari buat mende yang sama. berdiri punyelah lama. Sealing off ni betul2 menguji kesabaran einstein aku sungguh!!!. Tangan aku rasa nak tercabut, kaki aku lenguh, emosi x stabil, gerrram. asik x jadi jek. rasanya aku dah buat ikut prosedur nya. 2 hari lepas aku buat jadi la plak. eeeeiiiitension sungguh!!!!

Ya Allah berilah kekuatan fizikal dan mental untuk melaksanakan amanahMu sebagai pelajar. Kadang kala aku rasa sungguh letih, berilah aku kekentalan jiwa. Kadangkala aku rasa terlalu banyak yang aku tak tahu, berilah aku nur ilmuMu, kadangkala aku rasa lemah dan tidak berdaya, berilah aku kemudahan yang tidak kunjung padam. Namun aku sedar, pencarian ilmu dan kebenaran pastinya menuntut mujahadah yang hebat. Berilah aku daya juang yang sehebat pejuangMu yang terdahulu....

Ramdhan Kareeem...medan aku menguji iman...
Cuba2 redakan hati dengan melihat gambar konvo supaya hati rasa motovasi nak buat kerje walau sesusah mana ,kerna ingat... kan manis jua akhirnya....

Konvo master aku. hanya ada husna waktu itu. Hanis dalam perut 3 bulan (tapi family aku langsung x tau aku dah berbadan dua lagi, pasal baru penat raikan kelahiran husna)


gambar ini waktu konvo masrer hubby. Mungkin konvo aku nanti akan bertambah anak?

Thursday, September 20, 2007

hangin


Sedih aku baca berita terkini. Aku tak dapat bayang kalau aku lah yang jadi Ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8,. Budak perempuan yang dijumpai dalam beg sukan menurut DNA adalah nurin yang dicari selama ini. Namun pihak keluarganya memohon diulang semula ujian itu. Kalau aku pun aku akan minta ulang puluh2 kali.

Aku hangin sungguh, kenapalah budak yang sekecil itu yang menjadi mangsa. Dia diperlakukan lebih hebat dari binatang. kemaluannya ditusuk timun dan terung!! sampai rosak usus budak tu!! MasyaAllah, Gila apa yang buat tu. Budak tu baru 8 tahun!! apa yang dia tahu. Bukan nya dia reti menggoda atau menggedik2. Kalu yang jadi mangsa tu budak dah umur 18 ke 20 ke mungkin adajuga logiknya. Ini adalah deraan seksual yang sangat melampau!!! EEEEi kalau aku dpt orang yang buat tu, aku sinag-siang dia !!! (ni dah geram sungguh tahap gaban). Tak dapat bayangkan betapa sakitnya budaktu sewaktu kematiannya. Kejam sungguh siapa yangbuat tu. Cuba buat balik kat dia macam apa yang dia buat kat budak tu. Biar dia rasakan!!!

spoil mood aku pagi ni bila baca berita ni. Entahlan mungkin kerana aku ada anak perempuan. Sungguh x de hati perut orang yang buat tu. MUngkin mentalnya problem. Aku bengang sungguh (sorry ayat2 digunakan agak kasar melambangkan tahap kemarahan ku). kenapa sekarang ni semua jadi x selamat. Bukan sekali dua kes budak2 kena rogol dan didera sekksual sampai mati. Banyak dah kes sebelum ni. Apa ke jadahnya semua ini berlaku??? (sorry again)

Dulu masa kes Norsuzaily orang dok kata. "Tengok tu dia pakai tudung tapi kena rogol jugak. So pakai tudung ni x menjamin selamat jugaklah, camtu baik x payah pakai tudung".
Amboi2..sapa yang gatal mulut tu, meh sini aku cili. PAda aku kalau orang tu dah di rasuk syaitan, iblis dan yang sewaktu dengannya tengok pompuan pakai telekung atau nenek tua umur 80 pun boleh jadi mangsa. Bukan x de kes nenek pun kena rogol. So ni apa kes????

MasyaAllah, kiamat dah dekat????

Ok...Ok aku nak continue kerje2 lab. namun dalam hati aku masih menyumpah2 siapa yang punye kerje tu....

Doa aku moga keluarga budak tersebut samada nurin atau bukan agar tabah dan kuat. aku tau cakap bukan main sennag. orang yang menghadapi lagi tau kan. Moga Allah tunjukkan jalan. Aku hanya mampu berdoa moga keluarga budak itu sabar menempuh dugaan yang SANGAT hebat ini.

AKU SAYU.....

Tuesday, September 18, 2007

sayang isteri..sayang anak..

pepatah melayu yang popular, sayang isteri tinggal2kan, sayang anak tangan2kan...
First impression, pepatah ini nampak 'kejam', tak patut, teruk, ntah apa2....
pada aku yang bertitle isteri dan punye anak, ada signifikan nya pepatah itu dalam
kehidupan. Kena berfikir luar kotak!!

sepanjang 6+ tahun menjadi isteri aku belum pernah ditinggalkan mahupun meninggalkan suami untuk urusan kerje lebih 5 hari. Selalunya kalau urusan itu memungkinkan aku bawak suami atau anak, aku akan angkut semua. aku akan 'paksa rela' hubby utk amik cuti dan ikut aku. begitu juga hubby. kalau dia outstation, aku akan ikut kalau boleh. Entahlah, aku sukar untuk 'kehilangan' pandangan hubby. kalau boleh nak hubby tu depan mata jek. Aku bukan queen control cumanya aku ni asik 'rindu' sesaja. kalahkan orang bercinta. kang kejap2 tepon, padahal x de mende pon. Kalau hubby gi kursus berhari2, siaplah. satu hari ntah baper kali aku tepon dia. "bang, buat apa? bang, makan apa? bang, tidur kul baper? ntahapa2 ntah aku ni. Malah bukan setakat gi kursus pergi usrah pun aku asik tepon jek.lagila kalau balik lewat2 malam. siapa yang penah pergi usrah sekali (naik kete sekali) ngan hubby mesti tau. sepanjang dalam kete, nath baper kali da aku tepon. Aku bukan nak soal selidik ke apa. cuma dah biasa dia depan mata. sebab itu aku prefer ikut dia pergi usrah dari aku duduk rumah. aku sanggup berangkut anak2.

Aku sukar menerima hakikat seperti orang lain yang kahwin jarak jauh. jumpe hujung minggu je lagila jumpe sebulan sekali. Mahu gila aku agaknya. Aku tengok kakak aku masa baru2 kawin, hampir setahun, sorang di KL, sorang di terengganu. Fuhh! jumpe seminggu sekali plak tu. tak sanggup aku, ampun!!!

Namun aku akur akan kerinduan itu mengeratkan kasih sayang. Ada benarnya bila sekali sekala berjauhan, haa baru la rindu sungguh kan? tapi kalau dah selalu sangat bikin hati geram la plak. Bila hubby tak de barulah pikir, kan best kalau dia ada. boleh pergi situ sini, makan itu ini, borak itu ini. Kita jadi lebih menghargai sesama kita.

Melihat ada sahabat2 di UK yang berjuang tanpa suami atau isteri yang ditinggalkan di Malaysia buat aku kagum, respect!!! aku belum pernah diuji begitu dan aku harap aku tidak akan diuji begitu. Sungguh kuat mereka menempuh hidup di Uk tanpa orang tersayang!!!!

tutup bab tu kita gi plak bab anak2. Aku masa kecik kerap juga di'tangan' emak. Abah jarang plak, hampir x pernah. Mak aku garang masa aku kecik2 dulu. Aku ni tau jelah malas nak buat kerje dapur pastu asik nak jeles dengan kakak yang duduk nagn nenek yang x perlu buat kerje macam aku. Bayangkan sejak kecil aku, sekolah rendah, aku dah kena bangun awal tolong mak untuk siapkan nasi lemak+mee untuk di jual. balik sekolah pagi aku aku akan tolong mak di kedai. (read: aku duduk di rumah kedai, mak aku ada kedai runcit). pastu gi sekolah agama. balik sekolah agama, tolong mak kat kedai lagi. Fuhh memang aku dah biasa sibuk dari kecik. jadi memang la asik nak curi tulang jek. kerapla kena pukul mak. heheh Tapi aku bersyukur, teramat bersyukur, hasil 'pukulan' mak tulah aku jadi manusia seperti hari ini.

Itu yang cuba aku lakukan pada anak2. pukul bukan mendera tapi pukul untuk memanusiakan mereka. PAda aku, anak adakala perlu dipukul. cumanya pukul yang macam mana? Aku cukup risau melihat anak2 moden kini yang teramat manja.nak apa semua dapat. mak ayah plak yang kena dengar cakap mereka bukan sebaliknya. anak2 aku juga manja. Tapi kalau mereka buat salah, siappppp!!!!! mereka perlu rasa sakit dipukul untuk mereka ingat yang mereka buat salah. Cuma pastikan sakit tu tidak keterlaluan untuk tahap mereka. Lama2 mereka sudah tahu, takut nak buat. terutama husna yang sedikit berakal la ni. Didikan anak2 perlu pelbagai, adakala lembut, adakala kena tegas. Kena ajar anak2 untuk tahu yang mana betul yang mana salah. kalau dia buat betul, kit apuji, kalau dia buat salah, tengok salah macam mana. kalau setakat cakap dah OK, alhamdulillah. tapi kalau dah cakap tak faham2 nampaknya pepatah 'tangan2kan' itu sangat berguna. Mungkin orang zaman ssekarang berfikir , dah x bagus cara 'tangan2kan' lagi di zaman ini. Itu yang berlaku di sekolah hari ini.. Murid langsung x boleh 'disentuh' cikgu. tu yang murid2 la ni, 'kurang ajarannya'. kalau masa aku kecik2 dulu, kalau cakap cikgu pukul kat sekolah, mahunya kena tambah lagi kat rumah! so, x berani nak citer....

Kesimpulannya (ish cam esei la plak) , tepuk dada tanya iman. Acuan kita berbeza. cuma matlamat kita satu, ingin menjadi isteri yang solehah, dan mendapat anak yang soleh/solehah. Ambil yang positif dari pepatah itu!!!Yang pastinya 'pukul' itu juga islamic sifatnya. Banyak cara didikan dalam islam guna cara pukul sebagai tarbiyyah utk diidk anak mahu isteri. Malah isteri x dengo cakap suami pon islam benarkan pukul, anak tak solat pon boleh pukul, cumanya cara pukul yang macam mana....tahap mana, bila, x semuanya main pukul jek...ada adabnya..ada akhlaknya..

Saturday, September 15, 2007

Makna angka itu


Hai..ala2 pengantin baru gitu..


Terima kasih kepada intan, su, anis, wa yang sudi membuat surprise untuk 6th anniversary kami.


Diam tak diam usia mahligai kami sudah 6. Ucapan yang sebenar sudah 6 atau baru 6? mana2 pun boleh. bergantung pada justifikasi masing2. selama tempoh 6 tahun kami dikurniakan 3 anak. Alhamdulillah. satu 'pencapaian' yang agak memuaskan. hehehe

Melayari bahtera rumahtangga tidak semudah yang disangkakan. Bersikap tasamuh, qana'ah, terima seadanya, sedia di nasihat, juga menasihat, belajar untuk lengkap melengkapi dan terlalu banayk lagi yang perlu dipelajari. Siapa pun kita, menerima amanah sebagai isteri dan ibu menuntut kesabaran dan keimanan yang luar biasa. membaca buku berkenaan perenting atau ke kursus parenting belum cukup! praktikal itu satu mujahadah seperti yang aku pernah cerita dulu.

Banyak suka duka yang kami lalui sepanjang hidup bersama. Daripada seorang kawan, menjadi sahabat, kemudian tunang dan seterusnya kami menjadi suami isteri yang sah. Laluan 'percintaan' kami sungguh mudah. Tiada aktiviti 'tackle menackle' mahupun 'mengurat'. bermula dengan hanya surat, Tup2 hubby dengan machonya berjumpa parent menyampaikan hasrat di hati ingin 'berkawan'. Tup2 maknya telofon emakku. Tup2 kami tunang. Tup2 kahwin.

Mengahwini sesama jamaah banyak membantu kami untuk terus istiqamah. Masalah ditangani dengan hikmah. Ah sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Alhamdulillah, sepanjang kami kahwin belum lagilah kami gaduh yang pelik2 (read: tengking2 atau jerit2 atau yang sewaktu dengannya) . Kalau ada yang tak paus hati aku lebih suka berterus terang. walau sekecik mana pun. Itu kata kuncinya. TERUS TERANG. Aku dapati ramai kawan2 makan hati dengan suami masing2 sebab asik simpan dalam jek. Cuma cara untuk terus terang tu macam2 la yang aku pernah buat.

ops, apasal macam formal plak post kali. ok tukar tune! pernah aku merajuk ngan hubby, aku tulis surat letak bawah bantal!! Aku ni org nye jenis meriah. kalau aku merajuk atau ada le mende x puas hati, aku akan senyap. sennag je hubby nak tau. kalau senyap semacam tu adalah mende tu.

Bijak dan creative!! itu satu lagi kata kunci. aku bukan isteri yang hebat cuma baru belajar ke arah itu. Belajar mengenali lelaki dan kesukaanya. jangan ingat ustaz takde taste! dia juga kadang2 suka fesyen rambut tertentu, gaya tertentu, baju tertentu, warna tertentu, makanan tertentu. Banyak sangat bende baru berlaku setiap hari. Rupanya baru aku tahu hubby aku punye berkebolehan menyanyi sebijik seperti P. Ramlee. peminat p ramlee rupanya. sanggup berjaga malam tengok cerita yang pada aku alahai dah baper kali ulangdah!!! aduh boringnye.....

Teringat satu ketika ketika baru2 kahwin, hubby tetiba diserang satu penyakit pelik. kakinya tetiba bengkak semacam. hingga nak jalan pun susah. denyut2. Dr. suspect gout. ada waktu sakitnya amat teruk. panic juga aku dibuatnya. dahla aku tak tau drive kereta. caner ni. sib baik aku ni rider! aku bawak hubby naik motor ke klinik!! sib baik dia ringan beberapa kilo dari aku. Kesian aku tengokdia waktu tu, nak pergi kerje pun tak boleh malah Dr nasihat dia untuk tidak berpuasa lantaran ubat yang etrpaksa juga dia makan. Kalau tidak bersedialah untuk denyutan yang amat sangat. Waktu itu amat2 menguji kami. sampai nak ke toilet pun terpaksa aku papah. Sedih sungguh waktu tu tengok dia. Malam ku sering terganggu gara2 kakinya itu. tersengguk2 aku menyapu kakinya waktu malam. Kes kakinya di bawa ke pakar dan alhamdulillah dia kembali sihat. Aku terpaksa agak ketat mengikut diet yang Dr. suruh. Mencabar sungguh waktu itu. Alhamdulillah perkara2 seperti inilah yang merapatkan hubungan kami suami isteri.

Satu ketika kami menghadapi krisis kewangan yang agak meruncing. lantaran dia study master dan waktu husna itu telah lahir. Waktu yang sama adik nya 2 orang akan masuk kolej. Namun kuasa tuhan siapa tahu. Aku dilantik menjadi pensyarah pada 25 tahun. sesuatu yang diluar dugaan. tatkala ramai kawan2 yang ada master terpaksa menjadi tutor. Rezeki sungguh! Tuhan Maha Mengetahui. Alhamdulilah , hubby habis juga masternya. saat itu rasa susah payah kami terbalas.

Sebelum kahwin kami tak sempat bergosip, tup2 kawan2 hanya tahu kami bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Oleh itu dikalangan sahabat2 kami, kami ni antara yang kahwin awal. Aku berusia 23 dan hubby 25. Lantaran itu banyaklah sahabat minta bantuan untuk carikan pasangan. Ada yang datang mintak nasihat untuk proses meminang. Ada yang ditakdir Allah bertemu jodoh. Alhamdulillah. satu ketika kami terlibat secara langsung dari merisik sampai meminang hingga hantaran pun kami buat.ish rasa macam orang tua la plak. Alhamdulillah, seronok melihat sahabat2 merasa ni'mat perkahwinan. Hingga kini, kami di UK pun kami dah jadi ala2 orang tua lah jugak. Sekurang2 nya dapat bantu adik2 yang jauh dari mak ayah untuk beri nasihat mana yang perlu. Ada kala ada sahabat yang terlalu cerewet, nak yang tinggi, yang cerah ,yang itu, yang ini. Aduh!!!! yang lawaknya ada yang nak isteri mahir komputer sebab boleh bantu dalam bisness. Ish! ingat cari isteri macam cari pekerje ke apa! memang wajah tu penting. tapi kena lah pikir juga agamanya. Berapa banyak orang yang kahwin jelitawan yang cantik menawan tapi akhirnya rumahtangga hancur berkecai! Oleh itu fikir2kan, , Cantik wajah dan akhlak, cantik agama.

Moga Allah memberkati keluaga ku, meberikan mawaddahwarahmah yang tak kunjung padam, murahkan rezeki, merahmati kami, jadikan kami sentiasa berkasih sayang...

Buat abang, terima kasih kerana tidak pernah tidak menyintaiku......

Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan kareem



Moga Puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Ini merupakan tahun pertama puasa di rantau orang. Moga Allah beri kekuatan untuk merasai nikmat puasa yang sebenar.

kad di atas adalah kad utk ramadhan yang disekalikan dengan kad raya. dan aku tempah kat tu dari sapa lagi kalau tak uda.

ada sedikit cerita sempena ramadhan ini. sekadar memberi sedikit rasa insaf di sanubari. dulu aku rasa akula insan yang teruk untuk mengharungi hidup di Uk ini. dengan anak yang berderet2 dan suami yang tiada kerje. Tetapi rupanya ada yang lebih hebat ujian nya. baru2 ini kami menjadi host pada seorang kakak dari utmkl. kami langsung tak tau yang rupanya dia adalah single mother kepada anak 2y dan 3y.bila dah sampai di airport baru dia beritahu.

"akak ni x de suami, akak single mother2"

berderau aku mendengarnya. patutla selama ini bila aku taney kenapa suami x ikut dia x respon pon. bila dia kata dia nak dtg Uk dengan dua anak aku kata nanti dulu. anak datang kemudian biar dia setel down apa yg patut dulu. aku siap cakap masa tu, anak2 biar dtg ngan husband nanti (nota: masa tu x tau dia single parent). dan dia pon ikut je apa aku cakap. dia dtg sorang. Tapi kini aku rasa bersalah, sebab naluri keibuan aku sungguh terhiris melihat dia rindukan anak2nya. lebih2 lagi bila dia tengok anak2 aku yang sebaya dengan dia. lantas hari ni aku cuba usaha cari sapa2 yang nak jaga anak dia. Dia sungguh nekad ingin membawa anak2 nya di sini. Biar pun dia tau ranjau duri yang terpaksa di lalui , semuanya sendiri. Tiada suami. Aku ni paling2 pon ada la jugak husband untuk tempat mengadu dan berkongsi rasa. tapi dia? moga Allah bagi kekuatan pada dia yang sungguh tabah. belajar dan menjaga anak2 sendiri.
aku arsa berslah sebab suruh dia dtg tanpa anak dulu. Namun sewaktu dia sampai di airport dia kata
"Alhamdulillah, akak x bawak anak, akak x dpt bayang caner nak jaga dlm flight, dengan beratur pjg kat airport"

niat aku ingin memudahkan urusannya tanpa niat untuk menjauhkan kasih ibu dan anak. Ahh kasih ibu, biar susah macam mana, biar anak2 depan mata. Aku akan cuba usaha untuk membawa anak2 nye ke sini....

mata ku sudah bergenang....

Friday, September 07, 2007

Menjelang 6th anniversary

9/9 merupakan 6th anniversray kami. Actaully 8th. sebba kami nikah 8/9 dan kenduri 9/9. genap setahun lepas kami di tunangkan secara rasmi. mak aku sangat excited utk walimah aku berbanding kakak aku. sebab nya kakak aku kawin agak tergesa2 sebab terpaksa memenuhi permintaan abang ipar seorang doktor veterinar yang sangat sibuk. nak dapat cuti utk kawin pun susah. jadi kelam kabut semuanya. jadi bila time aku mak aku buat persediaan awal. habis dikerah adik2nya dengan assignment masing2 utk buat itu dan ini (mak aku anak sulung). malah adik2 iparnya juga (adik abah aku, abah juga anak sulung). sebabnya aku la last anak dara dia, jadi dia teringin nak aku kawin proper sikit, ada mak andam, make up2 semua. ada tukar2 baju gitu. dia lah yang uruskan semua tu. aku pakai jelah. lagipon sepupu mak aku sendiri mak andam jadi mudah sket. yang bagusnya dia mak andam yang bagus utk muslimah sebab dia tak akan cukur kening dan dia byk pilihan tudung. baru aku tau, letihnya kena solek samapi sejam. Fuhh tapi hasilnya muka aku berubah!! (aku rasa berubah cantik, heheh sebab depa puji , ish perasan sungguh, x baik betul) maklumlah, orang x biasa make upla katakan.

Cumanya sewaktu aku nikah, aku x de make up sgt, gitu2 jek. , itu pon buat sendiri. Sebabnya kami plan lepas akad nikah kami akan terus solat sunat nikah. jadi pakaian aku sewaktu nikah ialah telekung.pelik la plak kalau pakai telekung tapi make up sakan kan? Puas aku cari telekung yang cantik. adalah dpt kat masjid india. rasanya RM50. Agak pelik majlis nikah kami. lepas lafaz sekali dari hubby , kami solat berjemaah bersama, dan waktu itulah pertama kali kami bersalaman selepas solat!! ahh sungguh indah!! jadi muka aku waktu nikah adalah natural beauty sungguh nampak!! cuma yang aku geram sangat2 cameraman yang patut dtg, tapi x dtg!!! jadi pakai camera apa yg ada jek. tension hubby sebab dia yang incharge pasal cameraman. ada ke cameraman tu boleh terlupa??? ada patut ka????
sebaik sahaja selepas nikah...
ni gambar selepas tanggal telekung....muka hubby pelik sebab cukur habis misai dan janggut...eeei awatnyer
balq ntah apa , gambo ni amik waktu mlm sebelum kenduri, baju ni kata ala2 balqis lagu ct. ntahla pakai jelah. kakak aku la tukang amik gambo ni...muka aku cam apa jek waktu ni..

baju biru nan indah
ni pon amik wakt yang sama, actually nak pakai baju masa kenduri esoknya tapi dok tengok baju ni cam singkat, pastu kain nye bukan terbelahnya...ooo tidak..buat gambo kat umah ok lah

Tour de Uk 1



ku dah janji nak ceita pasal tour de UK. tapi byk sangat plak mendenya nak ditulis. pastu palk byk sgt event yang berlaku 2-3 minggu ni termasuk last week kem solat dan this week BBQ di rumah aku sempena ramadhan dan surprise!!!! our 6th anniversary. tak tau nak citer mula dari mana pasal tour ni.

Alhamdulillah, tanpa supervisor disisi aku berjaya menyiapkan jua report dan aku sungguh terhutang budi pada beliau yang sungguh2 memnbantu aku. aku bagi email tgh mlm, sebelum subuh dia dah balas email bersama correction, aku bagi pagi, ptg dia balas bersama correction juga. Fihh sib baik la dia sungguh penyabar melayan report aku yang aku blur pada awalnya. Alhamdulillah aku submit sehari awal, khamis, so,jummat, aku x pergi lab , jadi dpt bersiap utk tour de UK mlm tu. holiday selepas submit kerje sungguh best!!!

Kami bertolak jumaat 24/8 ke rumah alloy (nizam) di durham. Aku malas nak bercerita tentang tpt2 yang aku pergi sangat sebab gambar di fotopages ada, jadi pembaca boleh tengok2 di situ. Apa yang aku nak cerita di sini ialah pengalaman aku berholiday + misi ziarah sahabat2. Alloy sudah lama aku kenal sewaktu di pkpim dulu, dia kawan hubby di uia. Namun aku x pernah berbual dengan nya. Ismewa tentang alloy ialah dia mempunya masalah penglihatan tapi dia bijak bistari. Dia seorang lecturer economics dia uia. Sebenarnya dulu masa first degre dia x seteruk sekarang. dia hanya kurang nampak waktu malam. Bila dia sambung belajar master di UM, matanya makin teruk. dan sekarang lagi teruk. Dia hampir x nampak semua, macam bayang2. . siapa yang biasa bercakap dengannya pasti tahu, bila masa dia nampka, bila dia x nampak. adakala untuk masuk rumah sendiri, dia akan meraba2 pintu rumah untuk cam. ada kala salah, dia terpaksa bertanya isterinya samada betulke tidak. Untuk membaca diinternet dia memerlukan software khas. malah menurut normi kertas soalan exam terpaksa dia tolong marking sebab alloy x nampak.

Pengalaman duduk serumah bersama selama 2 hari 2 malam betul 2 menginsafkan aku. Isterinya Normi bersma anaknya Muaz usia 10 bulan sangat baik. Dan normi pula sedang pregnnat 5 bulan. Ketabahan isterinya dan semangatnya menjaga anak dan juga suami amat aku kagumi. terharu melihat alloy cuba sedaya upaya menjadi ayah yang baik, dia boleh mandikan anak, malah menjaganya juga. Aku hampir nak menagis sewaktu makan masa mula2 sampai , dia teraba2 mengambil makanan, lantas dia bertanay isterinya
"mama, ni apa ni"
isterinya menjawab ,lembut " ni gulai ikan , ini ayam...sambil dengan penuh kasih sayang menyedok utk suami"
Ahh, hati isteri ku terusik...

Suatu ketika aku melihat dia teraba2 mencari kasut. mungkin dia dah biasa letak kasut di hujung tapi bilakami dtg, tempat tu aku letak kasut anak2 aku. Dia mencuba utk memakai kasut husna, bila dia sedar itu bukan saiznya, dia cuba kasut di sebelahnya pula, itu kasut aku, x de stokin, dia cuba sebelah lagi, haa baru kasut dia. Ahh hati aku terusik lagi...

Oleh kerana dia menghadapi masalah penglihatan, isterinya terpaksa memandu dan pergerakan mereka agak sedikit terbatas. bila mereka berjalan bersama, normi akan menyorong muaz dan alloy akan memegang bahu normi. namun aku melihat mereka keluarga yang bahagia dengan apa yang mereka ada. Aloy nampka seperi oarang lain, cuma bila dia berjalan bersama kami, hubby aku terpaksa memimpinnye, kalau tidak dia akan langgar orang. Tapi kadang2 dia nampak juga.

Sewaktu dia mwmbawa kami ke schoolnye. actually itulah bakal school huby. hubby mendapat tawaran belajar di university of durham, bidang yang sama dengan alloy juga. terharu aku kerana dia berusaha merasa setiap kad dlm dompetnya untuk mencari mana student kadnya. bila dia berjumpa dia taney pada aku. "betul tak ini kad student saya". aku kata "Ya"

Dia nampak cekap bila berada di kwasan yang dia familiar seperti rumahnya. namun bila di nak masuk kan kad utk membolehkan kami masuk ke department dia, dia teraba2 mencari ditepi pintu. aku biarkan saja dia teraba2. mungkin diarasa tak jumpe (padahal depan mata dia ) , dia hulurkan pada aku utk buat. insaf aku melihat orang seprtinya yang tabah dan kuat untuk belajar dengan kekuranagn yang ada. Lebih2 lagi isterinya yang selepas ini akan menjaga 2 anak yang kecil dan suami yang memerlukan perhatian juga. Sebelum balik, aku meberi kata semangat buat normi, isterinya..."Moga Allah permudah, InsyaAllah, boleh, kita ni kalau dah desperate semua jadi, cubalah minta status disable, jadi mudah nak parking atau kemana2, maklumlah lepas ni normi ada 2 anak kecik" lantas normi jawab " kami dlm proses "

dari jauh ku doakan moga mereka sekeluarag bahagia, diberkati Allah. Buat normi, " awak insan terpilih yang kuat dan hebat, moga Allah bagi ganjaran yang baik utk isteri dan ibu sebaik awak..."

Ahh, hati aku terusik lagi dan lagi....

Wednesday, September 05, 2007

akhirnya

aku agak gelisah. ada yang tidak kena. nampaknya sudah lewat ke 3minggu. Patutnya tak jadi gitu. aku takut nak buat tindakan apa2. bila diberitahu hubby, tak payahla, jawabnya. namun yang punye badan rasa tidak keruan. Nak beli ke idak. Namun semalam aku nekad. aku kena terima apa jua keputusan! walaupun rasa macam mustahil. kuasa tuhan, sapa tahu. aku gagahkan kaki melangkah ke Boots. Fuh mahalnya, paling murah pun £8.4, ish tak kuasa aku. lantas aku keluar menuju ke weldrick pla. berpusing2 aku mencari. x juga jumpe. Jadi dengan malu alah aku bertanye. mm, paling murah £2.99. mmm, oklah , sib baik aku tak tergesa2 bila kat boots tadi. buat apa beli yang mahal? x de bezanya pun. dengan debar aku simpan dalam beg. Dalam bus, fikiran menerawang. Bila sampai ke destinasi, aku melangkah laju ke rumah, selaju minda aku yang ligat berpusing. tanpa pengetahuan hubby ni aku beli. aku cuba denagn penuh gementar di jiwa.








































alhamdulillah.......jawapan yang aku harapkan. lantas malam tadi tidurku lena. namun menjelang pagi aku mimpi. 1 menjadi dua. bingkas aku mencari semula dalam bin. Fuhh, masih SATU. itupun yang aku harapkan.

Monday, September 03, 2007

Hanis yang Manis



entahkenapa hari ni monday blues sungguh! malam tadi x berapa boleh tidur sebba habil pulka entah kenapa segar bugar matanya bila lepas nyusu kul 3 lebih pagi. Pelik betul aku. aktif semacam, dok kacau org tidur, tarik rambut la, panjat tingkap la, lompat2la. anak oi kul 4 pagi nih... huhu sabo jelah. aku x larat dah nak layan. hubby aku lak layan. sampai hubby kul 5.30 hubby nak gi kerje aku cakap aku x larat dah, aku nak pi school kang ngantuk, pergi pass kat wa la. ummi dah x larat dah.....huhuhu.

Ok back to topic, sempena b'day hanis kami buat sikit2 la majlis utk dia, makan2 sket utk geng2 ngaji darnall. menu mee kari. Nak jadi citer cooker problem ptg tu, gas x kuar. sib baik le dah siap masak. rupanya, kasut2 anak2 tertekan switch apa ntah. Macam2 hal. apapun , alhamdulillah, seronok layan kwn2 dan habis la sepapan belon dari malaysia yang dihantar oleh mak aku.

Budak2 sungguh excited tgk cake dora. tak nyempat2 cake tu dah kena cucuk2 . masing nak kepala la, nak yg belon la.

Kelahiran hanis satu sejarah yang pastinya x dpt aku lupakan seumur hidup. aku pun dah pernah citer dulu kan caner dia lahir? jadi x yah le ulang2 kang boring plak. Menjadi bidan pada anak sendiri satu kenanganpahit tapi manis. Alhamdulillah, Hanis sihat la sampai sekarang, sangat petah berkata2. Ahh sapa yang mengenalinya pasti tau betapa byknyer cakap budak ni. walaupun hanis ni sukar di jaga sebab sensitif tahap gaban dan nangis nye punyela kuat dan sukar berenti tapi dia seorang yang kuat semangat. Teringat aku proses amik darah sebelum dtg sini. Kami ke hospital pakar kanak2 Annur di bangi. Husna, baru Dr nak cakap turn dia dia dah lari , teriak bukan main. Tapi hanis, bila Dr amik darah dia, dia relax jek, tak nangis langsung, malas boleh tersenyum. Dan anatra yang lain dia di kira paling healthy, tahan penyakit. Satu yang aku suka tentang angah, dia pandai makan, berdikari, x suka suap. Dia pandai makan sendiri dan selalunya akan habis satu pinggan dan istimewanya dia dia suka sambal, malah dia makan juga sambal belacan!! aku takut jugak bagi budak2 makan pedas. Tapi dia suka, "Ummi, sikit je ummi". kalau makan nasi lemak, suka bnor dia sambal tumis, x macam along. pedas sikit dah tak nak. Angah ni bab makan memnag best, dari kecik lagi, senang, bagi apa pun jalan. tapi satu jelah yang paling pelik angah ni, heheeh dia ada bantak khas yang akan disusung kesana kemari. bantal dia mesti ada flower + beropol. Dah le kat Uk ni susah cari cari bantak ropol. Ada la satu dan itula yang di usung pagi petang siang malam. satu ibu jari masuk mulut, dan satu lagi akan gentel2 hujumg ropol bantal tu. Kalau bantal tu tak de dia tak boleh tidur. Dia akan mintak jugak kita cari, kalau tak berseialah dengan teriakan nya, ooo tidakkkk!! aku notice mence de sejak di UK ni. kat m'sia x de palk dia ada nak bantal apa2. semua pakai jek. Kadang tu Husna pun gern ngan hanis ni. Sebab cam ngada2 , nak bantal tu jugak, "Angah! angah kena belajar pakai bantal mana2!!" jerit si husna. heheh husna ni kalau bercakap macam org dewasa sket. ntah! agaknya sebab ummi dia asik cakap ala2 formal gitu ngan dia.


Haa negok, kemana2 nak kena usung bantak dia tu, beso plak tuh....


tengok belakang tu bantal dia merata alam, bukan boleh orang simpan. bila orang dtg pun sebok dok tunjuk bantal busuk dia tuh

Ahh, nak tidur mesti nyonyot ibu jari. sejak lahir, itulah habit dia. naik kecut thumb tuh

aku suka gamba ni. masa dia umur 2y rasanya. cute sgt...pakai tudung

oklah, dah cukuplah tu. ntah nape cam malas2 hari ni. baca buku cam x masuk. buat ekrje serba x kena. thumb drive plak tertinggal kat umah. byk bhn dalam tuh. Come on Laily,,,,ni mesti banyak dosa ngan sapa2 ni....Astaghfirullah...

Friday, August 31, 2007

berehat seketika

minta maaf pada rakan2. saya baru balik dari Tour de UK, 5 hari 5 malam (jln sakan) . pastu plak, balik2 sibuk dengan Solat camp. tup2 plak dpt email kena bagi seminar (ni la bab paling ngeri dlm idup) . tup2 plak internet umah problem. wah payah sungguh! walau byk cerita yang nak dikongsi bersama . Contohnya b'day hanis, 2 report dah dihantar dgn penuh sadisnya, lawatan ke durham, edinburgh, glasgow dan blackpool , coming ni 6th anniversary. Banyak sgt nak diceritakan. Tapi cukuplah bagi tajuk dulu ek. Supaya pembaca semua dpt mengagak awat x update dan tau apa yg akan diupdate,

x sangka blog yang 'kureng' ini byk pembacanye. Saya sudah terima email dari pembaca2 yang akan sampai ke UK ni. terharu sebab mereka dpt inspirasi kisah2 hidup saya di sini. Apapun, saya sekadar berkongsi suka duka di sini. Tak semuanya duka, dan tak semuanya suka. Itulah hidup namanya. Kadang2 rasa nak cabut je dari bumi Uk ni, kadang2 rasa nak tinggal selama2nya.

Ok semua, kalau2 ada free masa saya akan menulis, lagipun saya suka menulis, cuma beberapa hari ni saya terhad sikit. InsyaAllah, pastikan entry yang menarik bakal menyusul beserta gambar2 yang mencuit hati...

Lupa plak, selamat Pengatin baru buat rakan sepergaduhan di UPM dulu, Idham bersama junior saya juga Najmi. Moga berbahagia, Hai kawin jugak kau idham oi....jeles aku tengok gambo kawin ni rasa nak kawin lagi la plak, tapi dgn org yang sama la, heheheh



Monday, August 20, 2007

Habil cayang









Melihat kemontokan di badannya sewaktu kecil membuat aku rasa terharu. Kerana air susu aku mengalir disegenap aliran darahnya jua. Dia membesar hanya dengan susu aku sahaja selama 6 bulan yang pertama sebelum solid food diperkenalkan padanya. Dan hingga kini hampir 2 tahun dia masih meneruskan kesyokan menyusu. Bertuah sungguh dia berbanding along dan angah. Seronok susukan dia cuma sekarang ni aku rasa sungguh x larat, lantaran giginya sudah penuh dan kelasakannya itu membuat aku sakit2 badan. Hubby mencadangkan untuk belikan botol susu. Katanya kena ajar dia slowly untuk berenti breastfeed. Ku turutkan tapi masalah tetap berlaku. Fresh milk pon minum, breastfeed tetap jugak. Kawan2 kata letak nescafe, copy, asam jawa, dll, tapi hati ibu aku tak sampai hati nak buat gitu. tak sanggup tengok dia berguling2 nangis kalau aku x bagi breastfeed. Sungguh!! dia nangis beria dan takkan berenti selagi aku x breastfeed. Aku cuba gak buat2 tak dengar, tangisnya makin kuat, macam kena pukul plak. dia akan menyondol2, menarik2 baju. Fuhhh, perangai sapa ni yang dia ikut.

Tapi jika cukup 8/10 nanti, waktu usia nya genap 2 tahun, aku rasa aku kena buat jugaklah. Sorry la habil. bagi can la ummi ni rehat. cukuplah ummi beraktiviti memerah+menyimpan+menyusu. At least dapatla pakai baju apa saja tanpa perlu pikir "kang susah plak nak nyusu habil"...

Thursday, August 16, 2007

Rumah baru

Ada permintaan dari sahabat2 untuk melihatrumah baru. Rumah nye x delah besar sgt cuma mungkin kelebihan pada garden yang english style. aku beritahu supervisor yang aku telah berpindah dari pakistan ke england. ehehhehe . Kali ni betul2 rasa kat england. Landlord yang baik dari dulu. Dan ruang yang sedikit besar dari dulu sebesar duit sewanya jugalah kan...gambar2 di bawah di ambil guna nokia N73 milik hubby dan gambar ni diambil waktu aku x de ( kat lab)

anak2 asik suka makan kat luar je sejak rumah baru nih....ni gambar belakang rumah


Tempat sidaian yang luas lah sikit...


Garden yang luas , bila ek nak letak slide, swing, trampoline...

Rumah di corner lot, jadi nampak ala2 banglo (perasan) bila tengok dari depan


kebetulan adik2 dari nottts datang, bergambar ditepi kolam kami (lepas ni kolam ni nak tutup, malas nak jaga, leceh)


Husna terkedek2 jalan depan rumah yang penuh dikelilingi bunga pagar. Haa, tepi tu tempat parking kereta. lepas di insuran kete ddptlah dikurangkan sebab ada parking sendiri,

Sib baik landlord ada gardener (jiran dia yang diupah) yang akan jaga bunga pagar dan rumput umah kami. Jadi lepas ni kami inform dia je bila nak potong. Fuhh!! best tu. Ada garage yang besar juga, siap double glazing (mmm, boleh jadi guest room ni) . cuma nye atas dia belubang, mmm bila la landlord nak betulkan. Kalau tak boleh le himpun brg2 carboot. heheheeh. Landlord juga membayar insuran buat kami semua, termasuk property dlm rumah, cooker,boiler, washer, fridge.....semua mende diinsuran. dan system alarm yang canggih. hari tu si hanis dok ketuk2 tingkap, abis berbunyi satu rumah. sib baik ingat2 lupa password dia. haru betul. Alhamdulillah, moga ini rumah terakhir sehingga aku grad. Lawaknya, aku kini berjiran dengan orang2 tua sebab mereka ni adalah pensioner. kiri , kana depan belakang semua orang tua!!! yang benar2 tua. pencen kat sini 65 ke atas. bila aku ring bell, terketar mereka berjalan bukak pintu. Tapi mereka baik sangat!!!!. aku cuma risau anak2 aku yang meriuh rendahkan kawasan yang sungguh damai itu. . penat wei nak pindah rumah. 2 kali penat.penat kemas rumah lama, dan rumah baru juga. mmm, Bahagian dalam rumah nanti bila dah kemas dan cantik boleh snap gambo ek... jemput2lah keteratak kami, s9 4jg

isteri ustaz

aku sebenarnya cukup seronok bila Ina naim telah pon menjadi isteri Suhaimi. Eh!! bila pulak aku ni ikuti perkembangan artis2 ni? heheh entah, aku bukan kenal pon depa 2 orang tu cuma mungkin suhaimi yang super junior hubby di uia, jadi ade juga la tempias nye. Alhamdulillah! hikmah ini yang diberi Tuhan. Suhaimi yang terbaik dan secara personal, jauuuuh lebih baik dari yang tunang ina dulu ( sorry ek peminat mawi) , Allah Maha Mengetetahui, MAha Adil. mmm,kahwin ustaz...best tuh!!!

OK tutup kisah ina, kembali kisah aku. Aku juga mengahwini ustaz. rasa cam tak caya. lulusan fizik berkahwin ngan lulusan usul fiqh! Hubby memnag dipanggil ustaz sejak masa belajar di UIA lagi. kawan2 belajar dulu pon panggil dia ustaz jugak. mmm, gerun jugak rasa bila ustaz sorang ni sungguh2 berjumpa family aku di kampung. Hebat!! gentleman!! haa, aku seru adik2 yang tgh 'bercinta' tu, jumpa la mak ayah dulu, then baru berani teruskan langkah.

Dia tak pon bahasakan diri dia ustaz , tapi ramai la plak panggil dia. sampai maid aku pon panggil dia ustaz even aku x suruh pon. kelakar betul bila satu hari husna buang air di toilet dan bibik nak basuhkan. Dia siap jerit2 kat toilet,
"tak nak bibik, tak nak, along nak ustaz!!!"
ish sabo jelah anak aku ni....buat lawak la plak

Menjadi isteri ustaz banyak jugak cabaran nye. Selain kena jaga tingkah laku, bersedia juga untuk dipanggil ustazah. heheh. Boss hubby aku sewaktu dia bekerja di Jutera perunding Za'ba memanggil aku ustazah, malah staff2 di KBMC juga begitu. Segan betul aku!!! Jadi aku pun kenala juga menjadi ala2 ustazah, tak gitu? Tapi alhamdulillah berkat berusrah dan bertamrin di madrasah pkpim dan abim menjadikan aku ala2 ustazah fizik. Sekurang2nya boleh menjadi imamah, memberi kuliah subuh, tazkirah, naqeebah, ceramah, apa saja. Kadang tu "tekak" rasa x selesa bila dipanggil ustazah tapi mungkin ada hikmahnya. heheheh

Aku rasa Suhaimi tu ada ciri2 hubby aku (la kata nak tutup citer). Family first!! macam hubby aku. Kakak aku yang berkawan punye lama ngan hubby dia sekrang x bukak mulut, x de tanda2 nak kawin, aku la plak advance. mm, sampai kakak aku kata, "Sib baik kau nak bertunang, kalau tak abang pesol ko tak bukak mulut nak tunang jugak". lawaknya lepas 2 minggu aku tunang , kakak aku plak, jadi brg2 tunnag yang aku terima jadi recycle utk dia plak. Dan aku bertunang setelah dia mendapat gaji pertama di bekerja di UIA. memang dia sungguh2 nak cepat. cuma kawin kena bagi kakak dulu la. kang langkah bendul plak kang. hehehehe

Aku x terfikir langsung dalam minda akan menjadi isteri ustaz, langsung tidak!. sebab aku belajar di UPM yang tiada bidang agama. Jadi possibility utk dpt ustaz tu rendah. lagipon aku ni jenis x suka bercinta lama2 (rimas) dan x suka menberi komitmen pada lelaki melainkan dia lah bakal suami . Kira nya hubby aku tu cinta pertama dan terakhir. walaupun dari first year dah ada classmate/college-mate menghantar utusan cinta. alahai, kecik lagi kita waktu tu. x reti la nak cinta cintun. entah apa kabar mamat tu? sudah bergelag DR. dah dia, moga dia dapat jodoh yang baik...

ok...ustazah nak berundur....Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh....

Ilal liqa'

Friday, August 10, 2007

hikmah di hujung rindu lagi

pagi2 lagi hubby bangun dan mengejutkan aku. aku terpisat2 bangun. Aku tau sejak dua menjak dia tak berapa boleh tidur,
"Elly, bangunlah, kata nak pergi awal?"
ok ok!! aku menjawab dan cuba bangun. pagi ni aku nak pergi pasar (castle market) kemudian nak bergegas ke lab sebab banyak sampal yang perlu dirun hari ni. KAmi berdua berjalan kaki berpimpinan tangan dari rumah ke stesyen bus. Entah kenapa hati aku rasa sayu. Didalam bus, kami masih lagi berpeganagn tangan. Hubby menggenggam tangan aku agak erat. Aku tau dia risau. hatinye bergelojak. Aku juga sebenarnya. Mana mungkin aku tidak risau. Apapun aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ujian yang datang pastinya untuk meningkatkan tahap keimanan. Bila manusia di uji maknanya Allag sayang. Allah rindu mendengar rintihan hambaNya. biasalah manusia ni, kalau tak dilanda ujian MALAS nak banyak2 berdoa.

Hikmah lagi yang rindu....

Bersambung...

Tuesday, August 07, 2007

Supervisor




membuat PhD betul2 menguji kebolehan untuk belajar dan berfikir sendiri. Supervisor yang baik sangat penting. AMAT PENTING. lebih2 lagi aku di sini sebagai foreign student yang ada 3 anak yang kecik2. Alhamdulillah supervisor aku amat memahami bab2 family nih. Malah dia juga family man. Cucunya saja sudah 7 , expecting yang ke 8. Fuhh!! sudah tua supervisor aku ni. umur dia dalam 66-67 tahun gitu. ehehmacam atuk2 aku saja. Tapi dia sanagt menghormati status aku sebagai ibu. sebab nya anak dia pon productive jugak amcam aku...

Bila supervisor yang sangat berumur ni, kerje dia agak lambat tapi berhati2. Apabila dia correct report aku, memang puas hati sebab every single mistake dia betulkan, termasuklah grammar aku yang masih lintang pukang, coma, full stop, capital letters, fuhh, naik malu plak aku. Malah kesanggupan dia menulis utk aku sangat aku hargai. yang bestnye bila hantar report via email, dia akan betulkan terus!!! heheh senang kerje aku. cuma bila start tulis tangan tu yang aku tak sanggup!! malah ketika meeting, dia yang akan tulis segala apa yang dia sebut!! dan aku x sempat tulis apa2. lepas meeting aku akan amik kertas dia dan dia akan simpan yang fotostat. Aku plak akan type balik apa yang dia tulis buat balik report meeting.

Sejak 2 menjak ni dia agak sibuk nagn family, anak kawinlah, cucu baru lahirlah. Jarang2 dpt jumpa dia. Tapi dia rajin menelefon. ketaq lutut jugak sebab kadang2 dia nak buat meeting tiba2 dan nak result yang aku belum siap. Apapun, ALhamdulillah , aku x delah banyak masalah sangat dengan dia. Berbanding dengan rakan2 aku yang lain.

mmm, KAdang2 ada supervisor bertindak seperti "TUHAN". mahu menentukan segala-gala malah terlalu menyibuk. Ada kes sahabat di sheffield supervisor tak bagi kawin, tapi bila dia kawin jugak dia tak bagi pregnant . alasanya nanti x boleh focus study. Yang kelakar nya dia tak bagi tinggal jauh di university (sebab nak nak jumpe tetiba), malah akan telefon masa sabtu ahad pun. Ini kes teruk ni. kadang2 ada jenis yang racist. student di fail kan kerana tak sealiran pemikiran. Aku cukup x setuju bila supervisor yang membuat keputusan dengan kuasa veto, sepatutnya mestilah keputusan seluruh komiti. Ini, kalau dia rasa x suka jek, gelaplah masa depan, jgn harapla. Ada kawan yang fail disebab supervisor YAhudi. ade ke patut!!

tapi aku tak setuju bab tak boleh kawin waktu belajar (utk kes buat phD dan master, tapi undergrad tu mungkin boleh difikirkan kalau sesuai) . Ramai orang yang beranak pinak boleh dapat phD. Itu bukan alasan. aku punye kawan yang single, tapi 5y buat phD tak submit pun tesis lagi. masing2 punye masalah tersendiri. Family sebenranya kekuatan dan ketabahan. Aku tak fikir aku boleh sampai ke tahap ini tanpan suami dan anak2. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Moga2 perjalanan dan perjuanagn membuat phD ini dapat dipermudahkan. Aku sendiri baru bermula, masih teraba2, byk sangat yang tak tau dari yang tau. Moga Suami dan anak2 sihat. Ialah, kalau dah banyak masalah family, duit, sakit, itu ini, pastinya mengganggu konsentrasi. PhD bukan sekadar ilmu dan ijazah tapi malah lebih dari tu. Moga Allah memberkati dan memberi Ilham pada HambaNya.