Thursday, September 20, 2007
hangin
Sedih aku baca berita terkini. Aku tak dapat bayang kalau aku lah yang jadi Ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8,. Budak perempuan yang dijumpai dalam beg sukan menurut DNA adalah nurin yang dicari selama ini. Namun pihak keluarganya memohon diulang semula ujian itu. Kalau aku pun aku akan minta ulang puluh2 kali.
Aku hangin sungguh, kenapalah budak yang sekecil itu yang menjadi mangsa. Dia diperlakukan lebih hebat dari binatang. kemaluannya ditusuk timun dan terung!! sampai rosak usus budak tu!! MasyaAllah, Gila apa yang buat tu. Budak tu baru 8 tahun!! apa yang dia tahu. Bukan nya dia reti menggoda atau menggedik2. Kalu yang jadi mangsa tu budak dah umur 18 ke 20 ke mungkin adajuga logiknya. Ini adalah deraan seksual yang sangat melampau!!! EEEEi kalau aku dpt orang yang buat tu, aku sinag-siang dia !!! (ni dah geram sungguh tahap gaban). Tak dapat bayangkan betapa sakitnya budaktu sewaktu kematiannya. Kejam sungguh siapa yangbuat tu. Cuba buat balik kat dia macam apa yang dia buat kat budak tu. Biar dia rasakan!!!
spoil mood aku pagi ni bila baca berita ni. Entahlan mungkin kerana aku ada anak perempuan. Sungguh x de hati perut orang yang buat tu. MUngkin mentalnya problem. Aku bengang sungguh (sorry ayat2 digunakan agak kasar melambangkan tahap kemarahan ku). kenapa sekarang ni semua jadi x selamat. Bukan sekali dua kes budak2 kena rogol dan didera sekksual sampai mati. Banyak dah kes sebelum ni. Apa ke jadahnya semua ini berlaku??? (sorry again)
Dulu masa kes Norsuzaily orang dok kata. "Tengok tu dia pakai tudung tapi kena rogol jugak. So pakai tudung ni x menjamin selamat jugaklah, camtu baik x payah pakai tudung".
Amboi2..sapa yang gatal mulut tu, meh sini aku cili. PAda aku kalau orang tu dah di rasuk syaitan, iblis dan yang sewaktu dengannya tengok pompuan pakai telekung atau nenek tua umur 80 pun boleh jadi mangsa. Bukan x de kes nenek pun kena rogol. So ni apa kes????
MasyaAllah, kiamat dah dekat????
Ok...Ok aku nak continue kerje2 lab. namun dalam hati aku masih menyumpah2 siapa yang punye kerje tu....
Doa aku moga keluarga budak tersebut samada nurin atau bukan agar tabah dan kuat. aku tau cakap bukan main sennag. orang yang menghadapi lagi tau kan. Moga Allah tunjukkan jalan. Aku hanya mampu berdoa moga keluarga budak itu sabar menempuh dugaan yang SANGAT hebat ini.
AKU SAYU.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment