Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan kareem



Moga Puasa tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya. Ini merupakan tahun pertama puasa di rantau orang. Moga Allah beri kekuatan untuk merasai nikmat puasa yang sebenar.

kad di atas adalah kad utk ramadhan yang disekalikan dengan kad raya. dan aku tempah kat tu dari sapa lagi kalau tak uda.

ada sedikit cerita sempena ramadhan ini. sekadar memberi sedikit rasa insaf di sanubari. dulu aku rasa akula insan yang teruk untuk mengharungi hidup di Uk ini. dengan anak yang berderet2 dan suami yang tiada kerje. Tetapi rupanya ada yang lebih hebat ujian nya. baru2 ini kami menjadi host pada seorang kakak dari utmkl. kami langsung tak tau yang rupanya dia adalah single mother kepada anak 2y dan 3y.bila dah sampai di airport baru dia beritahu.

"akak ni x de suami, akak single mother2"

berderau aku mendengarnya. patutla selama ini bila aku taney kenapa suami x ikut dia x respon pon. bila dia kata dia nak dtg Uk dengan dua anak aku kata nanti dulu. anak datang kemudian biar dia setel down apa yg patut dulu. aku siap cakap masa tu, anak2 biar dtg ngan husband nanti (nota: masa tu x tau dia single parent). dan dia pon ikut je apa aku cakap. dia dtg sorang. Tapi kini aku rasa bersalah, sebab naluri keibuan aku sungguh terhiris melihat dia rindukan anak2nya. lebih2 lagi bila dia tengok anak2 aku yang sebaya dengan dia. lantas hari ni aku cuba usaha cari sapa2 yang nak jaga anak dia. Dia sungguh nekad ingin membawa anak2 nya di sini. Biar pun dia tau ranjau duri yang terpaksa di lalui , semuanya sendiri. Tiada suami. Aku ni paling2 pon ada la jugak husband untuk tempat mengadu dan berkongsi rasa. tapi dia? moga Allah bagi kekuatan pada dia yang sungguh tabah. belajar dan menjaga anak2 sendiri.
aku arsa berslah sebab suruh dia dtg tanpa anak dulu. Namun sewaktu dia sampai di airport dia kata
"Alhamdulillah, akak x bawak anak, akak x dpt bayang caner nak jaga dlm flight, dengan beratur pjg kat airport"

niat aku ingin memudahkan urusannya tanpa niat untuk menjauhkan kasih ibu dan anak. Ahh kasih ibu, biar susah macam mana, biar anak2 depan mata. Aku akan cuba usaha untuk membawa anak2 nye ke sini....

mata ku sudah bergenang....

2 comments:

Aryati Bakri said...

Assalamualikum...

Laily nak tanyalah berapa umur awak?

Kirim salam kat akak yng tumpang kat umah awak. Skrg dia duduk mana? Dah dapat umah ke?

Saya ada dengar dia nak datang ada member bagi tahu drp UTMKL tapi tak pasti pulak condition dia. Saya nak tolong pun susah sebab saya pun sewa 'studio' aje..kira macam sewa bilik aje...1 ruangan yang tak ada bilik langsung dan kami juga tak ada kenderaan. Alhamduuliah akhirnya awak yang jadi hostnya.

drp: aryati

ummu_naqeebah said...

waa'laikumussalam
saya umur 29. kakak tu dah dpt sewa bilik kat broomspring lane, tapi x confirm, most probably dpt bilik tu. setakat ni dia duduk dulu umah saya