Thursday, September 03, 2009

Modul 1
Bagaimana untuk mengajar anak2 4y,5y,6y berkenaan haid?
kisahnya bermula bila aku mula buat kerahan tenaga anak2 utk solat jamaah.
Along: ummi, cik ju kata kalau ada darah x boleh semayangkan? ni tangan along ni ada darah sikit. along x boleh semayangla..
Situasi lain, Habil: babah, nape umi tu x semayang? babah: umi sakit. Habil: bebey pun sakit la, bebey x leh semayang...
LAst sekali aku fikir ini x boleh jadi. aku: bila kita dah besar nanti, akan ada darah keluar kat bawah tu.
Along: kat b**t**?
aku: bukan kat situ (sambil berfikir2 apa yang aku nak cakap)
aku: dekat vagina.
angah: ummi, are you speaking french?????

percubaan lagi disituasi lain: aku, kalau kita dah besar akan keluar darah kat vagina, kita panggil haid
mereka ramai sebut: haiddddddd!!!! (hahahah dapatlah anda bayangkan budak2 tu sebut haid??)

Fuh, lega , nampaknya setakat ini macam OK. harap2 depa faham. kesimpulannya, terangkan secara terus terang. tak perlu nak selindung2 dan guna perkataan analogi ke apa. biarlah mereka berfikir seluas2nya.

Modul 2
kepentingan solat
alhamdulillah, anak2 yang 3 orang tu sudah Ok dan tidak mengaruk sangat bila disuruh solat. awal2 dulu arsa nak perang bila suruh solat. bila solat gelak2 , main2. sekali haritu babah dia mengamuk. habis semua kena. jadinya sekarang ni habil sendiri buat arahan sebelum solat. habil: ok, no talking, no laughing, no walking, no moving (ish banyak betul no ). alhamdulillah, anak2 semua sekarang dah pandai hormat solat. x gelak. ikut je apa yang babah dia buat. namun banyak persoalan2 yang keluar, terutama daripada hanis.
"semayang ni x exciting, boring, napa asyik macam ni je (sambil gaya tangan angkat takbir) , kenapa tak macam ni pulak (sambil mendepakan tangan ala2 dancing)"

sungguh mencabar nak menjawabnya. sabar jelah ye.

Alhamdulillah, semua anak2 termasuk habil sudah boleh mengambil wuduk tanpa pengawasan. OK, sempurna atau tidak tolak tepila kan. aku cuba lekatkan gambar wudu' kat toilet yang anggota wajib saja (4 saja, face, arm, head, feet) . tapi pada masa yang sama kat pintu aku letak yang penuh, yang sunat2. tapi bila masing2 dah terror yang wajib mereka x nak yang mudah2.
Habil: i don't want to follow the easy one, i want hard one.
maka diikutlah gambar tu satu2, hidung , telinga semua. nak tergelak pun ye tengok si habil. Husna pulak ambil wuduk akan kira, 1, 2, 3 ok, 1, 2 3, ok 1, 2,3 .

Sejuk rasa hati...tapi setiap kali solat kena kerah juga.

sebenarnya ok jek kalau kita bercerita secara dewasa denagnmereka, nape kita kena solat semua. mula2 aku rasa geram, penat, sebab susah betul nak bagi diam kat tikar sembahyang tu. tapi sabar, sabar.

satu hari sewaktu kami petik strawberry, mulut habil boleh berkata "subhanalla, subhanallah, subhanallah (berlagu2) ".
Ini hasil wirid lepas solat!!! saya memandang hubby.

cuma jangan diharap hasil yang sekelip mata. kena cuba, usaha, usaha. walau sesekali menyinga juga saya. eheheh

bersambung...

1 comment:

Masshah said...

Melentur buluh biar dari rebungnya...jangan bila dah besar panjang baru kita nak ajar..masa tu dah liat..salam perkenalan dari saya.meru klang.