Monday, August 20, 2007
Habil cayang
Melihat kemontokan di badannya sewaktu kecil membuat aku rasa terharu. Kerana air susu aku mengalir disegenap aliran darahnya jua. Dia membesar hanya dengan susu aku sahaja selama 6 bulan yang pertama sebelum solid food diperkenalkan padanya. Dan hingga kini hampir 2 tahun dia masih meneruskan kesyokan menyusu. Bertuah sungguh dia berbanding along dan angah. Seronok susukan dia cuma sekarang ni aku rasa sungguh x larat, lantaran giginya sudah penuh dan kelasakannya itu membuat aku sakit2 badan. Hubby mencadangkan untuk belikan botol susu. Katanya kena ajar dia slowly untuk berenti breastfeed. Ku turutkan tapi masalah tetap berlaku. Fresh milk pon minum, breastfeed tetap jugak. Kawan2 kata letak nescafe, copy, asam jawa, dll, tapi hati ibu aku tak sampai hati nak buat gitu. tak sanggup tengok dia berguling2 nangis kalau aku x bagi breastfeed. Sungguh!! dia nangis beria dan takkan berenti selagi aku x breastfeed. Aku cuba gak buat2 tak dengar, tangisnya makin kuat, macam kena pukul plak. dia akan menyondol2, menarik2 baju. Fuhhh, perangai sapa ni yang dia ikut.
Tapi jika cukup 8/10 nanti, waktu usia nya genap 2 tahun, aku rasa aku kena buat jugaklah. Sorry la habil. bagi can la ummi ni rehat. cukuplah ummi beraktiviti memerah+menyimpan+menyusu. At least dapatla pakai baju apa saja tanpa perlu pikir "kang susah plak nak nyusu habil"...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mmg susah utk susukan anak sepenuhnya..tapi Insya'Allah anak itu mmg lain dr yg lain. Lebih2 lagi bila kita menyusukan disertai dgn usapan,zikir dan dia merasai degup jantung kita. Teruskan ...kak la dulupun hampir 3 thn lebih...guna juga methods yg di suruh utk pisahkan susu tapi x sampai hati.Anak itu akan mengerti akhirnya..dia stop sendiri..Anak kla nie la nie selalu cakap...Ummi, my heart always remember you and I will recite doa for your heart and your health. To be honest..he is a quick learner and teachers dia always put him as an icon at school.kalau kla demam..dia akan amat sedih..la nie kla mmg rindukan setiap detik menyusukan anak dulu...Rezeki Allah bagi..badan kla kurus 37kg tapi susu amat byk sampai anak berhenti sendiri umur 3thn 6bln
thank you. Ni Kak La notts ke? thank you kerana beri support pada saya. Kadang2 rasa tepaksa susukan sebab x larat dengar dia nangis. Tapi kemudian rasa bersalah. Saya patut ikhlas memberi supaya ada keberkatan pada titisan susu itu.
Post a Comment