Friday, September 07, 2007
Tour de Uk 1
ku dah janji nak ceita pasal tour de UK. tapi byk sangat plak mendenya nak ditulis. pastu palk byk sgt event yang berlaku 2-3 minggu ni termasuk last week kem solat dan this week BBQ di rumah aku sempena ramadhan dan surprise!!!! our 6th anniversary. tak tau nak citer mula dari mana pasal tour ni.
Alhamdulillah, tanpa supervisor disisi aku berjaya menyiapkan jua report dan aku sungguh terhutang budi pada beliau yang sungguh2 memnbantu aku. aku bagi email tgh mlm, sebelum subuh dia dah balas email bersama correction, aku bagi pagi, ptg dia balas bersama correction juga. Fihh sib baik la dia sungguh penyabar melayan report aku yang aku blur pada awalnya. Alhamdulillah aku submit sehari awal, khamis, so,jummat, aku x pergi lab , jadi dpt bersiap utk tour de UK mlm tu. holiday selepas submit kerje sungguh best!!!
Kami bertolak jumaat 24/8 ke rumah alloy (nizam) di durham. Aku malas nak bercerita tentang tpt2 yang aku pergi sangat sebab gambar di fotopages ada, jadi pembaca boleh tengok2 di situ. Apa yang aku nak cerita di sini ialah pengalaman aku berholiday + misi ziarah sahabat2. Alloy sudah lama aku kenal sewaktu di pkpim dulu, dia kawan hubby di uia. Namun aku x pernah berbual dengan nya. Ismewa tentang alloy ialah dia mempunya masalah penglihatan tapi dia bijak bistari. Dia seorang lecturer economics dia uia. Sebenarnya dulu masa first degre dia x seteruk sekarang. dia hanya kurang nampak waktu malam. Bila dia sambung belajar master di UM, matanya makin teruk. dan sekarang lagi teruk. Dia hampir x nampak semua, macam bayang2. . siapa yang biasa bercakap dengannya pasti tahu, bila masa dia nampka, bila dia x nampak. adakala untuk masuk rumah sendiri, dia akan meraba2 pintu rumah untuk cam. ada kala salah, dia terpaksa bertanya isterinya samada betulke tidak. Untuk membaca diinternet dia memerlukan software khas. malah menurut normi kertas soalan exam terpaksa dia tolong marking sebab alloy x nampak.
Pengalaman duduk serumah bersama selama 2 hari 2 malam betul 2 menginsafkan aku. Isterinya Normi bersma anaknya Muaz usia 10 bulan sangat baik. Dan normi pula sedang pregnnat 5 bulan. Ketabahan isterinya dan semangatnya menjaga anak dan juga suami amat aku kagumi. terharu melihat alloy cuba sedaya upaya menjadi ayah yang baik, dia boleh mandikan anak, malah menjaganya juga. Aku hampir nak menagis sewaktu makan masa mula2 sampai , dia teraba2 mengambil makanan, lantas dia bertanay isterinya
"mama, ni apa ni"
isterinya menjawab ,lembut " ni gulai ikan , ini ayam...sambil dengan penuh kasih sayang menyedok utk suami"
Ahh, hati isteri ku terusik...
Suatu ketika aku melihat dia teraba2 mencari kasut. mungkin dia dah biasa letak kasut di hujung tapi bilakami dtg, tempat tu aku letak kasut anak2 aku. Dia mencuba utk memakai kasut husna, bila dia sedar itu bukan saiznya, dia cuba kasut di sebelahnya pula, itu kasut aku, x de stokin, dia cuba sebelah lagi, haa baru kasut dia. Ahh hati aku terusik lagi...
Oleh kerana dia menghadapi masalah penglihatan, isterinya terpaksa memandu dan pergerakan mereka agak sedikit terbatas. bila mereka berjalan bersama, normi akan menyorong muaz dan alloy akan memegang bahu normi. namun aku melihat mereka keluarga yang bahagia dengan apa yang mereka ada. Aloy nampka seperi oarang lain, cuma bila dia berjalan bersama kami, hubby aku terpaksa memimpinnye, kalau tidak dia akan langgar orang. Tapi kadang2 dia nampak juga.
Sewaktu dia mwmbawa kami ke schoolnye. actually itulah bakal school huby. hubby mendapat tawaran belajar di university of durham, bidang yang sama dengan alloy juga. terharu aku kerana dia berusaha merasa setiap kad dlm dompetnya untuk mencari mana student kadnya. bila dia berjumpa dia taney pada aku. "betul tak ini kad student saya". aku kata "Ya"
Dia nampak cekap bila berada di kwasan yang dia familiar seperti rumahnya. namun bila di nak masuk kan kad utk membolehkan kami masuk ke department dia, dia teraba2 mencari ditepi pintu. aku biarkan saja dia teraba2. mungkin diarasa tak jumpe (padahal depan mata dia ) , dia hulurkan pada aku utk buat. insaf aku melihat orang seprtinya yang tabah dan kuat untuk belajar dengan kekuranagn yang ada. Lebih2 lagi isterinya yang selepas ini akan menjaga 2 anak yang kecil dan suami yang memerlukan perhatian juga. Sebelum balik, aku meberi kata semangat buat normi, isterinya..."Moga Allah permudah, InsyaAllah, boleh, kita ni kalau dah desperate semua jadi, cubalah minta status disable, jadi mudah nak parking atau kemana2, maklumlah lepas ni normi ada 2 anak kecik" lantas normi jawab " kami dlm proses "
dari jauh ku doakan moga mereka sekeluarag bahagia, diberkati Allah. Buat normi, " awak insan terpilih yang kuat dan hebat, moga Allah bagi ganjaran yang baik utk isteri dan ibu sebaik awak..."
Ahh, hati aku terusik lagi dan lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Terharu sungguh baca entry kali ni. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat umat-Nya.
salam
laili...ni jie..sehari suntuk saya keboringan di dublin ni..rasa macam hari ni jugak nak cabut balik mesia..tapi bila baca cerita awak masya ALlah, saya rasa cerita awak itu adalah hidayah tuhan untuk saya terus perkukuhkan semangat untuk menggenggam cita-cita di sini. Bukannya apa, rimas dengan ketiadaan aktiviti spt di mesia tapi saya HARUS adopt! Keep in touch.
Jie..apa kabar?? mula2 memang macam tu. Kita yang kea creative buat diri kita busy. Macam kami la ni. busy sungguh rasa. Senang2 datang la sini. bukan jauh pun...nanti raya sini ek?
Post a Comment