Friday, October 05, 2007

belum pandai

sebenarnya aku berjanji dengan diri aku selagi aku tak puas atau dengan kata lain x cekap atau tidak berjaya dalam sealing off aku tak nak memblog. Aku selalu kata pada diri aku yang aku belum pandai bukannya aku tidak pandai. Untuk menjadi pandai perlukan proses. Untuk melalui proses itu aku akan diuji, dibelasah jiwa raga, tension dan sewaktu dengannya. dan Alhamdulillah hari ni aku berjaya lakukannya dengan ZERO DEFECT. selalunya dari pagi sampai petang aku struggle nak siapkan satu tube. tapi tadi dalam 1-2 jam aku berjaya seal 3 tube. ohhh laily, good, good (seperti Dr betancourt kata sewaktu jenguk aku buat kerje). fuhh , lepas ni aku tak perlu risau sangat dah!! bayangkan untuk berjaya buat mende simple tu aku amik masa 2 minggu practise. Hanya 6 tube jek aku nak seal sebenarnya. aku mencuba lebih 10 kali. asik meletup jek.kalau ikutkan satu hari boleh siap ini smapai berminggu. teruk betul. ish buek malu je. Takpe laily, permulaan yang baik. man jada wajada!!

Sukar sebenarnya utk pompuan amik bidang yang memerlukan deal dengan pump dan valve yang banyak ni. aku fenin!! diffusion pump, rotary pump, backing , roughing, backing, baffle,bla..bla....bikin aku confuse sellau. aku dikelilingi denagn mesin2 utk steel making. oleh itu aku kena lasak sikit. tak boleh ayu2 ek. kena strong ok, takmo lembik2. ahh aku kena makan tongkat ali gamaknye, hehehehe.

sakit pinggang, skait tangan, sakit badan. Ini yang kena aku lalui 2 tahun lagi. Harap2 final year aku tak perlu process material lagi. Hhuhu

Aidil fitri makin menjelma, cepat betul ramadhan nak berakhir. Aku akui ini lah ramadhan paling teruk in term of solat terawih. di sini pompuan tak de solat di masjid. kalau ada pun di islamic centre yang jauh dari rumah. Sejak aku habis sekolah hinggalah sebelum dapat husna aku tidak pernah walau sehari pun ponteng solat terawih. Betul ni. kalau aku tak ke masjid aku akan buat dirumah. kalau aku tak smepat malam, sebelum sahur aku buat. tapi bila dah ada anak, baru 4 rakaat anak dah nangis. Tapi bila dah aada bibik. aku boleh pergi terawih. Tapi di sini, bukan aku tak buat terawih cuma lubang2. kadang buat kadang tak buat. aku terlalu letih. aku seperti balik dari kerje kilang. Tapi aku cuba cover dengan tadarus bersama hubby atau sendiri. Teruknye aku...lepas maghrib aku rasa macam nak tidur dah. Alhamdulillah wa ada untuk prepare iftar. Kalu tidak kelam kabut. aku sampai umah pun 615pm. iftar pukul 6.40. Moga Allah abgi kekuatan untuk sisa2 ramadhan ynag pastinya lebih hebat ganjarannya dengan hadiah lailatul qadr.

Teringat masa aku sekolah agama dulu. Lailatul qadr memang dinanti. Qiyamullail meriah. Seronok menyambut ramadha masa di asrama biarpun jauh dari keluarga. walau hanya makan di tray.

ayuh sahabat2, masih ada masa, belum terlambat, rebut malam yang lebih baik dari seribu bulan!!!!!! mana nak dapat, di ramadhan saja.....

1 comment:

MawarBiru said...

Come on Laily....you can do it!...I also can't utilise this Ramadan for the best!