pepatah melayu yang popular, sayang isteri tinggal2kan, sayang anak tangan2kan...
First impression, pepatah ini nampak 'kejam', tak patut, teruk, ntah apa2....
pada aku yang bertitle isteri dan punye anak, ada signifikan nya pepatah itu dalam
kehidupan. Kena berfikir luar kotak!!
sepanjang 6+ tahun menjadi isteri aku belum pernah ditinggalkan mahupun meninggalkan suami untuk urusan kerje lebih 5 hari. Selalunya kalau urusan itu memungkinkan aku bawak suami atau anak, aku akan angkut semua. aku akan 'paksa rela' hubby utk amik cuti dan ikut aku. begitu juga hubby. kalau dia outstation, aku akan ikut kalau boleh. Entahlah, aku sukar untuk 'kehilangan' pandangan hubby. kalau boleh nak hubby tu depan mata jek. Aku bukan queen control cumanya aku ni asik 'rindu' sesaja. kalahkan orang bercinta. kang kejap2 tepon, padahal x de mende pon. Kalau hubby gi kursus berhari2, siaplah. satu hari ntah baper kali aku tepon dia. "bang, buat apa? bang, makan apa? bang, tidur kul baper? ntahapa2 ntah aku ni. Malah bukan setakat gi kursus pergi usrah pun aku asik tepon jek.lagila kalau balik lewat2 malam. siapa yang penah pergi usrah sekali (naik kete sekali) ngan hubby mesti tau. sepanjang dalam kete, nath baper kali da aku tepon. Aku bukan nak soal selidik ke apa. cuma dah biasa dia depan mata. sebab itu aku prefer ikut dia pergi usrah dari aku duduk rumah. aku sanggup berangkut anak2.
Aku sukar menerima hakikat seperti orang lain yang kahwin jarak jauh. jumpe hujung minggu je lagila jumpe sebulan sekali. Mahu gila aku agaknya. Aku tengok kakak aku masa baru2 kawin, hampir setahun, sorang di KL, sorang di terengganu. Fuhh! jumpe seminggu sekali plak tu. tak sanggup aku, ampun!!!
Namun aku akur akan kerinduan itu mengeratkan kasih sayang. Ada benarnya bila sekali sekala berjauhan, haa baru la rindu sungguh kan? tapi kalau dah selalu sangat bikin hati geram la plak. Bila hubby tak de barulah pikir, kan best kalau dia ada. boleh pergi situ sini, makan itu ini, borak itu ini. Kita jadi lebih menghargai sesama kita.
Melihat ada sahabat2 di UK yang berjuang tanpa suami atau isteri yang ditinggalkan di Malaysia buat aku kagum, respect!!! aku belum pernah diuji begitu dan aku harap aku tidak akan diuji begitu. Sungguh kuat mereka menempuh hidup di Uk tanpa orang tersayang!!!!
tutup bab tu kita gi plak bab anak2. Aku masa kecik kerap juga di'tangan' emak. Abah jarang plak, hampir x pernah. Mak aku garang masa aku kecik2 dulu. Aku ni tau jelah malas nak buat kerje dapur pastu asik nak jeles dengan kakak yang duduk nagn nenek yang x perlu buat kerje macam aku. Bayangkan sejak kecil aku, sekolah rendah, aku dah kena bangun awal tolong mak untuk siapkan nasi lemak+mee untuk di jual. balik sekolah pagi aku aku akan tolong mak di kedai. (read: aku duduk di rumah kedai, mak aku ada kedai runcit). pastu gi sekolah agama. balik sekolah agama, tolong mak kat kedai lagi. Fuhh memang aku dah biasa sibuk dari kecik. jadi memang la asik nak curi tulang jek. kerapla kena pukul mak. heheh Tapi aku bersyukur, teramat bersyukur, hasil 'pukulan' mak tulah aku jadi manusia seperti hari ini.
Itu yang cuba aku lakukan pada anak2. pukul bukan mendera tapi pukul untuk memanusiakan mereka. PAda aku, anak adakala perlu dipukul. cumanya pukul yang macam mana? Aku cukup risau melihat anak2 moden kini yang teramat manja.nak apa semua dapat. mak ayah plak yang kena dengar cakap mereka bukan sebaliknya. anak2 aku juga manja. Tapi kalau mereka buat salah, siappppp!!!!! mereka perlu rasa sakit dipukul untuk mereka ingat yang mereka buat salah. Cuma pastikan sakit tu tidak keterlaluan untuk tahap mereka. Lama2 mereka sudah tahu, takut nak buat. terutama husna yang sedikit berakal la ni. Didikan anak2 perlu pelbagai, adakala lembut, adakala kena tegas. Kena ajar anak2 untuk tahu yang mana betul yang mana salah. kalau dia buat betul, kit apuji, kalau dia buat salah, tengok salah macam mana. kalau setakat cakap dah OK, alhamdulillah. tapi kalau dah cakap tak faham2 nampaknya pepatah 'tangan2kan' itu sangat berguna. Mungkin orang zaman ssekarang berfikir , dah x bagus cara 'tangan2kan' lagi di zaman ini. Itu yang berlaku di sekolah hari ini.. Murid langsung x boleh 'disentuh' cikgu. tu yang murid2 la ni, 'kurang ajarannya'. kalau masa aku kecik2 dulu, kalau cakap cikgu pukul kat sekolah, mahunya kena tambah lagi kat rumah! so, x berani nak citer....
Kesimpulannya (ish cam esei la plak) , tepuk dada tanya iman. Acuan kita berbeza. cuma matlamat kita satu, ingin menjadi isteri yang solehah, dan mendapat anak yang soleh/solehah. Ambil yang positif dari pepatah itu!!!Yang pastinya 'pukul' itu juga islamic sifatnya. Banyak cara didikan dalam islam guna cara pukul sebagai tarbiyyah utk diidk anak mahu isteri. Malah isteri x dengo cakap suami pon islam benarkan pukul, anak tak solat pon boleh pukul, cumanya cara pukul yang macam mana....tahap mana, bila, x semuanya main pukul jek...ada adabnya..ada akhlaknya..
Tuesday, September 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment