Tuesday, August 07, 2007
Supervisor
membuat PhD betul2 menguji kebolehan untuk belajar dan berfikir sendiri. Supervisor yang baik sangat penting. AMAT PENTING. lebih2 lagi aku di sini sebagai foreign student yang ada 3 anak yang kecik2. Alhamdulillah supervisor aku amat memahami bab2 family nih. Malah dia juga family man. Cucunya saja sudah 7 , expecting yang ke 8. Fuhh!! sudah tua supervisor aku ni. umur dia dalam 66-67 tahun gitu. ehehmacam atuk2 aku saja. Tapi dia sanagt menghormati status aku sebagai ibu. sebab nya anak dia pon productive jugak amcam aku...
Bila supervisor yang sangat berumur ni, kerje dia agak lambat tapi berhati2. Apabila dia correct report aku, memang puas hati sebab every single mistake dia betulkan, termasuklah grammar aku yang masih lintang pukang, coma, full stop, capital letters, fuhh, naik malu plak aku. Malah kesanggupan dia menulis utk aku sangat aku hargai. yang bestnye bila hantar report via email, dia akan betulkan terus!!! heheh senang kerje aku. cuma bila start tulis tangan tu yang aku tak sanggup!! malah ketika meeting, dia yang akan tulis segala apa yang dia sebut!! dan aku x sempat tulis apa2. lepas meeting aku akan amik kertas dia dan dia akan simpan yang fotostat. Aku plak akan type balik apa yang dia tulis buat balik report meeting.
Sejak 2 menjak ni dia agak sibuk nagn family, anak kawinlah, cucu baru lahirlah. Jarang2 dpt jumpa dia. Tapi dia rajin menelefon. ketaq lutut jugak sebab kadang2 dia nak buat meeting tiba2 dan nak result yang aku belum siap. Apapun, ALhamdulillah , aku x delah banyak masalah sangat dengan dia. Berbanding dengan rakan2 aku yang lain.
mmm, KAdang2 ada supervisor bertindak seperti "TUHAN". mahu menentukan segala-gala malah terlalu menyibuk. Ada kes sahabat di sheffield supervisor tak bagi kawin, tapi bila dia kawin jugak dia tak bagi pregnant . alasanya nanti x boleh focus study. Yang kelakar nya dia tak bagi tinggal jauh di university (sebab nak nak jumpe tetiba), malah akan telefon masa sabtu ahad pun. Ini kes teruk ni. kadang2 ada jenis yang racist. student di fail kan kerana tak sealiran pemikiran. Aku cukup x setuju bila supervisor yang membuat keputusan dengan kuasa veto, sepatutnya mestilah keputusan seluruh komiti. Ini, kalau dia rasa x suka jek, gelaplah masa depan, jgn harapla. Ada kawan yang fail disebab supervisor YAhudi. ade ke patut!!
tapi aku tak setuju bab tak boleh kawin waktu belajar (utk kes buat phD dan master, tapi undergrad tu mungkin boleh difikirkan kalau sesuai) . Ramai orang yang beranak pinak boleh dapat phD. Itu bukan alasan. aku punye kawan yang single, tapi 5y buat phD tak submit pun tesis lagi. masing2 punye masalah tersendiri. Family sebenranya kekuatan dan ketabahan. Aku tak fikir aku boleh sampai ke tahap ini tanpan suami dan anak2. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Moga2 perjalanan dan perjuanagn membuat phD ini dapat dipermudahkan. Aku sendiri baru bermula, masih teraba2, byk sangat yang tak tau dari yang tau. Moga Suami dan anak2 sihat. Ialah, kalau dah banyak masalah family, duit, sakit, itu ini, pastinya mengganggu konsentrasi. PhD bukan sekadar ilmu dan ijazah tapi malah lebih dari tu. Moga Allah memberkati dan memberi Ilham pada HambaNya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
:)
Post a Comment