Friday, September 04, 2009
sambungan
sebelum tu saya ucap terima kasih kepada suami Mashitah Ibrahim (adik Ust asri rabbani) yang ditakdir Allah telah masuk ke blog saya. saya tidak pasti mahitah ingat ke tidak saya lagi. saya sendiri hampir tidak cam muka beliau.malumlah kali terakhir berjuma sewaktu tingkatan 3. lama tuh. Moga ukhuwwah dapat terjalin semua.
sambungan entry semalam
sebenarnya klau ikutkan, anak2 saya ni terjauh ketinggalan dari sudut ibadah berbanding denagn anak2 orang lain yang berada di M'sia. Mereka sekolah pagi sampai petangsekolah omputih, langsung x de pelajaran agama islam. tapi saya harap, nilai murni sejagat yang diajar di sekolah dapat memurnikan akhlak anak2 saya. belajar mengaji pun terkedek2 angah tu nak habiskan iqra' 1. Along baru nak habis iqra' 2. kalau budak baya dia kat M'sia rasanya dah nak iqra' 5/6. Terlalu jauh berbeza.
Dengan keterbatasan yang ada saya dan hubby cuba juga mengajar mereka. adakala saya mengeluh
"bang, anak si xyz tu dah pandai solat banag, bacaan solat semua, anak kita x tau lagi, anak kita jauh ketinggalan."
hubby jawab simple saja: "Janganlah banding dengan diorang. kalau camtu napa tak belajar kat madinah aje"
Ya, apabila memilih Uk sebagai tempat belajar untuk tempoh 3-4 tahun,kita memang tidak boleh lari dari menghadapi masalah ini. Harap2 anak2 dapat catch up cepat bila balik M'sia nanti dengan asas2 yang sangat sedikit telah kami ajar.
Modul 3
Menutup aurat.
Satu yang sangat sukar pada saya. sukarnya nak suruh mereka pakai tudung. masa awal2 dulu husna pakai tudung kat sekolah, tapi orang ejek dia, lepas tu dia x nak pakai lagi. lagipun suasana tiada, sukar bagi dia. antara reason,
" umi, princess mana pakai tudung"
aku tunjuk doll yang pakai tudung husna jawab "its not a real princess"
baru2 ini aku membelikan T-shirt di sini .alhamdulillah mereka bangga memakai baju bertulis "Muslim Princess". Terima kasih juga pada anak2 Kak rina lancaster. bila mereka tengok fatimah dan aisyah cantik pakai tudung dan solat, mereka bersemanagt nak pakai tudung dan solat. malah adakala mereka sendiri yang minta pakai. alhamdulillah, ada sedikit improvement. walaunpun pakai hanya sekejap. Tapi yang lawaknya husna ni dia akan tany nak pergi mana. kaali kita kata nak gi kenduri. dia pakai tudung. tapi kalau nak gi jln2, dia berat sikit. ini dah jadi ala2 islam hadori dah (yang ditafsir secara longgar oleh saya la).
teringat cerita seorang kakak di sheffield bila menyuruh anaknya pakai tudung. beliau kata pada anaknya
" kat luar rumah kena pakai tudung, dalam rumah x per, x pakai tudung"
dan anaknya mengikut. sangat2. satu hari anaknya datang rumah seorang kawan, masuk dalam rumah , dia tanggal tudung.
Bila maknya tanya, dia jawab
"kata kat dalam rumah x yah pakai tudung?"
sebenarnya anak2 ini memerlukan penjelasan yang lebih lanjut. tapi apapun ini adalah langkat yang positif. bila anak2 sudah mula bertanya
"kenapa kena pakai tudung? "
""kat rumah jekan kita boleh sexy, kat luar tak bolehkan?"
"kenapa umi x pakai tudung depan babah?"
cuma kena clear juga aurat bukan setakat tudung. penjelasan memerlukan proses. lama. jadi sabarlah kata kuncinya.
Modul 4
Tuhan
"umi , Allah tu kat mana?"
"kenapa kita tak boleh nampak Allah"
"mata angah ni allah yang buat? cantikkan mata angah""
"Allah tu boleh kiss kita?"
"Allah made everything kan? Allah made teeth kan? Allah made teeth jadi keraskan? haaa, sebab tu boleh makan sweet!" (ni gara2 nak makan sweet la ni)
"umi, jannah tu kat mana?"
"kita semayang dapat pahala?" (thank upin ipin atas word pahala tu)
saya percaya anak2 tidak perlu kelas yang formal untuk kenal Allah. sebab semua yang kita lihat ini adalah ayat2 Allah. jadi classroomnya adalah sangat besar. saya seronook bercerita tentang hebatnya Allah pada mereka. makin banyak soalan dari mereka, maknanya mereka makin teruja ingin mengenal Allah.
Modul 5
Puasa
saya gagal. anak2 saya langsung tidak berpuasa. bila dikejut sahur, liat nya. saya pulak kesian. Tapi paling2 mereka tahu, ramadhan. harap2 dengan saki baki ramadhan, saya ada masa melatih mereka. mungkin saya perlu tunjukkan semua cerita upin ipin.
kesimpulan
adakala saya rasa malu denagn Allah. saya belum berjaya mendidik diri saya dan anak2 saya sebaiknya. Saya suruh anak2 cakap elok2, tapi bila saya marah saya shouting,saya screaming. sampai saya ditegur habil "umi nagn babah shout, nanti masuk neraka". Sukarnya nak jadi model terbaik buat anak2. Bila saya marah, saya marah betul2. bila reda marah. saya rasa bersalah. rasa macam "ahh teruknya aku".
dan saya baru perasan, saya tertukar , kejap2 guna aku, kejap2 guna saya. pada hakikatnya, saya amat2 jarang menggunakan aku dalam kehidupan harian. memang selalu guna saya pun. tengoklah dulu entry nanti, aku atau saya???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum,
syukur saya terjumpa blog puan..cerita2 amat menarik..terutama pengalaman puan semasa menyambung pelajaran..
harap puan sudi utk email saya malzzz84@gmail.com.my
ada banyak perkara nak tanya pada puan..
owh mesti comel t-shirt muslim princess tu!!
insyaAllah boleh. kak laily dgn ustz hasri mmg penyabar orangnya. saya doakan :)
kak laily, saya perlukan address kak laily kat sana. emirin mintak. asap eyh? email kan saya. also, aritu saya dah email kak laily sbnrnya. saya tak dapat lagi alamat kat mesia. alamat pejabat yea?
la, sha awat akak x terima pun email sha?
address kampung: No:1, Kg. Nelayan Telok Gong, 42000 Pelabuhan Klang Selangor.
tel rumah: 0331341136
address akak: 93, pearce road, darnall, s9 4jg, sheffield, uk
awat emirin nak address akak? nak hantar baju raye ke, ehheh
assalamualaikum kak laily
boleh berikan alamat emel akak..
sy sebenarnya tak berapa nak ingat pernah ke tidak berbual/berkenal dgn akak ke tidak time di Msia..
tapi org abim n pkp selalula sebut nama2 senior..
suka baca entry akak terutama bab pendidikan anak2
teringat kat anak sulong, 2 tahun 4 bulan, bila nak keluar ikut sy gi sidai kain atau keluar je dari rumah, bila datang mood tu, mmg dia akan cari tudung.. siap tercari2, lepas tu nak pakai elok2 walaupun masa tu pakai skirt..
sejuk hati, lagi satu bila ikut tengah solat.. tetiba sujudnya lama sungguh, ingatkan kenapa..rupanya b**ak..kihkih
dah lama dah baca blog akak
tapi tak ingat ler pernah komen tak..
sy suka pendapat akak ttg penyusuan susu ibu di blog nadmin..
oklah, akak tak kenal sy..tapi kenal dgn suami kut..
nnt dalam emel sy cerita siapa suami
kih2 ala2 malu2 pulak
wassalam
mrswira(termengaku pulak... :)
Post a Comment