Friday, August 31, 2007

berehat seketika

minta maaf pada rakan2. saya baru balik dari Tour de UK, 5 hari 5 malam (jln sakan) . pastu plak, balik2 sibuk dengan Solat camp. tup2 plak dpt email kena bagi seminar (ni la bab paling ngeri dlm idup) . tup2 plak internet umah problem. wah payah sungguh! walau byk cerita yang nak dikongsi bersama . Contohnya b'day hanis, 2 report dah dihantar dgn penuh sadisnya, lawatan ke durham, edinburgh, glasgow dan blackpool , coming ni 6th anniversary. Banyak sgt nak diceritakan. Tapi cukuplah bagi tajuk dulu ek. Supaya pembaca semua dpt mengagak awat x update dan tau apa yg akan diupdate,

x sangka blog yang 'kureng' ini byk pembacanye. Saya sudah terima email dari pembaca2 yang akan sampai ke UK ni. terharu sebab mereka dpt inspirasi kisah2 hidup saya di sini. Apapun, saya sekadar berkongsi suka duka di sini. Tak semuanya duka, dan tak semuanya suka. Itulah hidup namanya. Kadang2 rasa nak cabut je dari bumi Uk ni, kadang2 rasa nak tinggal selama2nya.

Ok semua, kalau2 ada free masa saya akan menulis, lagipun saya suka menulis, cuma beberapa hari ni saya terhad sikit. InsyaAllah, pastikan entry yang menarik bakal menyusul beserta gambar2 yang mencuit hati...

Lupa plak, selamat Pengatin baru buat rakan sepergaduhan di UPM dulu, Idham bersama junior saya juga Najmi. Moga berbahagia, Hai kawin jugak kau idham oi....jeles aku tengok gambo kawin ni rasa nak kawin lagi la plak, tapi dgn org yang sama la, heheheh



Monday, August 20, 2007

Habil cayang









Melihat kemontokan di badannya sewaktu kecil membuat aku rasa terharu. Kerana air susu aku mengalir disegenap aliran darahnya jua. Dia membesar hanya dengan susu aku sahaja selama 6 bulan yang pertama sebelum solid food diperkenalkan padanya. Dan hingga kini hampir 2 tahun dia masih meneruskan kesyokan menyusu. Bertuah sungguh dia berbanding along dan angah. Seronok susukan dia cuma sekarang ni aku rasa sungguh x larat, lantaran giginya sudah penuh dan kelasakannya itu membuat aku sakit2 badan. Hubby mencadangkan untuk belikan botol susu. Katanya kena ajar dia slowly untuk berenti breastfeed. Ku turutkan tapi masalah tetap berlaku. Fresh milk pon minum, breastfeed tetap jugak. Kawan2 kata letak nescafe, copy, asam jawa, dll, tapi hati ibu aku tak sampai hati nak buat gitu. tak sanggup tengok dia berguling2 nangis kalau aku x bagi breastfeed. Sungguh!! dia nangis beria dan takkan berenti selagi aku x breastfeed. Aku cuba gak buat2 tak dengar, tangisnya makin kuat, macam kena pukul plak. dia akan menyondol2, menarik2 baju. Fuhhh, perangai sapa ni yang dia ikut.

Tapi jika cukup 8/10 nanti, waktu usia nya genap 2 tahun, aku rasa aku kena buat jugaklah. Sorry la habil. bagi can la ummi ni rehat. cukuplah ummi beraktiviti memerah+menyimpan+menyusu. At least dapatla pakai baju apa saja tanpa perlu pikir "kang susah plak nak nyusu habil"...

Thursday, August 16, 2007

Rumah baru

Ada permintaan dari sahabat2 untuk melihatrumah baru. Rumah nye x delah besar sgt cuma mungkin kelebihan pada garden yang english style. aku beritahu supervisor yang aku telah berpindah dari pakistan ke england. ehehhehe . Kali ni betul2 rasa kat england. Landlord yang baik dari dulu. Dan ruang yang sedikit besar dari dulu sebesar duit sewanya jugalah kan...gambar2 di bawah di ambil guna nokia N73 milik hubby dan gambar ni diambil waktu aku x de ( kat lab)

anak2 asik suka makan kat luar je sejak rumah baru nih....ni gambar belakang rumah


Tempat sidaian yang luas lah sikit...


Garden yang luas , bila ek nak letak slide, swing, trampoline...

Rumah di corner lot, jadi nampak ala2 banglo (perasan) bila tengok dari depan


kebetulan adik2 dari nottts datang, bergambar ditepi kolam kami (lepas ni kolam ni nak tutup, malas nak jaga, leceh)


Husna terkedek2 jalan depan rumah yang penuh dikelilingi bunga pagar. Haa, tepi tu tempat parking kereta. lepas di insuran kete ddptlah dikurangkan sebab ada parking sendiri,

Sib baik landlord ada gardener (jiran dia yang diupah) yang akan jaga bunga pagar dan rumput umah kami. Jadi lepas ni kami inform dia je bila nak potong. Fuhh!! best tu. Ada garage yang besar juga, siap double glazing (mmm, boleh jadi guest room ni) . cuma nye atas dia belubang, mmm bila la landlord nak betulkan. Kalau tak boleh le himpun brg2 carboot. heheheeh. Landlord juga membayar insuran buat kami semua, termasuk property dlm rumah, cooker,boiler, washer, fridge.....semua mende diinsuran. dan system alarm yang canggih. hari tu si hanis dok ketuk2 tingkap, abis berbunyi satu rumah. sib baik ingat2 lupa password dia. haru betul. Alhamdulillah, moga ini rumah terakhir sehingga aku grad. Lawaknya, aku kini berjiran dengan orang2 tua sebab mereka ni adalah pensioner. kiri , kana depan belakang semua orang tua!!! yang benar2 tua. pencen kat sini 65 ke atas. bila aku ring bell, terketar mereka berjalan bukak pintu. Tapi mereka baik sangat!!!!. aku cuma risau anak2 aku yang meriuh rendahkan kawasan yang sungguh damai itu. . penat wei nak pindah rumah. 2 kali penat.penat kemas rumah lama, dan rumah baru juga. mmm, Bahagian dalam rumah nanti bila dah kemas dan cantik boleh snap gambo ek... jemput2lah keteratak kami, s9 4jg

isteri ustaz

aku sebenarnya cukup seronok bila Ina naim telah pon menjadi isteri Suhaimi. Eh!! bila pulak aku ni ikuti perkembangan artis2 ni? heheh entah, aku bukan kenal pon depa 2 orang tu cuma mungkin suhaimi yang super junior hubby di uia, jadi ade juga la tempias nye. Alhamdulillah! hikmah ini yang diberi Tuhan. Suhaimi yang terbaik dan secara personal, jauuuuh lebih baik dari yang tunang ina dulu ( sorry ek peminat mawi) , Allah Maha Mengetetahui, MAha Adil. mmm,kahwin ustaz...best tuh!!!

OK tutup kisah ina, kembali kisah aku. Aku juga mengahwini ustaz. rasa cam tak caya. lulusan fizik berkahwin ngan lulusan usul fiqh! Hubby memnag dipanggil ustaz sejak masa belajar di UIA lagi. kawan2 belajar dulu pon panggil dia ustaz jugak. mmm, gerun jugak rasa bila ustaz sorang ni sungguh2 berjumpa family aku di kampung. Hebat!! gentleman!! haa, aku seru adik2 yang tgh 'bercinta' tu, jumpa la mak ayah dulu, then baru berani teruskan langkah.

Dia tak pon bahasakan diri dia ustaz , tapi ramai la plak panggil dia. sampai maid aku pon panggil dia ustaz even aku x suruh pon. kelakar betul bila satu hari husna buang air di toilet dan bibik nak basuhkan. Dia siap jerit2 kat toilet,
"tak nak bibik, tak nak, along nak ustaz!!!"
ish sabo jelah anak aku ni....buat lawak la plak

Menjadi isteri ustaz banyak jugak cabaran nye. Selain kena jaga tingkah laku, bersedia juga untuk dipanggil ustazah. heheh. Boss hubby aku sewaktu dia bekerja di Jutera perunding Za'ba memanggil aku ustazah, malah staff2 di KBMC juga begitu. Segan betul aku!!! Jadi aku pun kenala juga menjadi ala2 ustazah, tak gitu? Tapi alhamdulillah berkat berusrah dan bertamrin di madrasah pkpim dan abim menjadikan aku ala2 ustazah fizik. Sekurang2nya boleh menjadi imamah, memberi kuliah subuh, tazkirah, naqeebah, ceramah, apa saja. Kadang tu "tekak" rasa x selesa bila dipanggil ustazah tapi mungkin ada hikmahnya. heheheh

Aku rasa Suhaimi tu ada ciri2 hubby aku (la kata nak tutup citer). Family first!! macam hubby aku. Kakak aku yang berkawan punye lama ngan hubby dia sekrang x bukak mulut, x de tanda2 nak kawin, aku la plak advance. mm, sampai kakak aku kata, "Sib baik kau nak bertunang, kalau tak abang pesol ko tak bukak mulut nak tunang jugak". lawaknya lepas 2 minggu aku tunang , kakak aku plak, jadi brg2 tunnag yang aku terima jadi recycle utk dia plak. Dan aku bertunang setelah dia mendapat gaji pertama di bekerja di UIA. memang dia sungguh2 nak cepat. cuma kawin kena bagi kakak dulu la. kang langkah bendul plak kang. hehehehe

Aku x terfikir langsung dalam minda akan menjadi isteri ustaz, langsung tidak!. sebab aku belajar di UPM yang tiada bidang agama. Jadi possibility utk dpt ustaz tu rendah. lagipon aku ni jenis x suka bercinta lama2 (rimas) dan x suka menberi komitmen pada lelaki melainkan dia lah bakal suami . Kira nya hubby aku tu cinta pertama dan terakhir. walaupun dari first year dah ada classmate/college-mate menghantar utusan cinta. alahai, kecik lagi kita waktu tu. x reti la nak cinta cintun. entah apa kabar mamat tu? sudah bergelag DR. dah dia, moga dia dapat jodoh yang baik...

ok...ustazah nak berundur....Assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh....

Ilal liqa'

Friday, August 10, 2007

hikmah di hujung rindu lagi

pagi2 lagi hubby bangun dan mengejutkan aku. aku terpisat2 bangun. Aku tau sejak dua menjak dia tak berapa boleh tidur,
"Elly, bangunlah, kata nak pergi awal?"
ok ok!! aku menjawab dan cuba bangun. pagi ni aku nak pergi pasar (castle market) kemudian nak bergegas ke lab sebab banyak sampal yang perlu dirun hari ni. KAmi berdua berjalan kaki berpimpinan tangan dari rumah ke stesyen bus. Entah kenapa hati aku rasa sayu. Didalam bus, kami masih lagi berpeganagn tangan. Hubby menggenggam tangan aku agak erat. Aku tau dia risau. hatinye bergelojak. Aku juga sebenarnya. Mana mungkin aku tidak risau. Apapun aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ujian yang datang pastinya untuk meningkatkan tahap keimanan. Bila manusia di uji maknanya Allag sayang. Allah rindu mendengar rintihan hambaNya. biasalah manusia ni, kalau tak dilanda ujian MALAS nak banyak2 berdoa.

Hikmah lagi yang rindu....

Bersambung...

Tuesday, August 07, 2007

Supervisor




membuat PhD betul2 menguji kebolehan untuk belajar dan berfikir sendiri. Supervisor yang baik sangat penting. AMAT PENTING. lebih2 lagi aku di sini sebagai foreign student yang ada 3 anak yang kecik2. Alhamdulillah supervisor aku amat memahami bab2 family nih. Malah dia juga family man. Cucunya saja sudah 7 , expecting yang ke 8. Fuhh!! sudah tua supervisor aku ni. umur dia dalam 66-67 tahun gitu. ehehmacam atuk2 aku saja. Tapi dia sanagt menghormati status aku sebagai ibu. sebab nya anak dia pon productive jugak amcam aku...

Bila supervisor yang sangat berumur ni, kerje dia agak lambat tapi berhati2. Apabila dia correct report aku, memang puas hati sebab every single mistake dia betulkan, termasuklah grammar aku yang masih lintang pukang, coma, full stop, capital letters, fuhh, naik malu plak aku. Malah kesanggupan dia menulis utk aku sangat aku hargai. yang bestnye bila hantar report via email, dia akan betulkan terus!!! heheh senang kerje aku. cuma bila start tulis tangan tu yang aku tak sanggup!! malah ketika meeting, dia yang akan tulis segala apa yang dia sebut!! dan aku x sempat tulis apa2. lepas meeting aku akan amik kertas dia dan dia akan simpan yang fotostat. Aku plak akan type balik apa yang dia tulis buat balik report meeting.

Sejak 2 menjak ni dia agak sibuk nagn family, anak kawinlah, cucu baru lahirlah. Jarang2 dpt jumpa dia. Tapi dia rajin menelefon. ketaq lutut jugak sebab kadang2 dia nak buat meeting tiba2 dan nak result yang aku belum siap. Apapun, ALhamdulillah , aku x delah banyak masalah sangat dengan dia. Berbanding dengan rakan2 aku yang lain.

mmm, KAdang2 ada supervisor bertindak seperti "TUHAN". mahu menentukan segala-gala malah terlalu menyibuk. Ada kes sahabat di sheffield supervisor tak bagi kawin, tapi bila dia kawin jugak dia tak bagi pregnant . alasanya nanti x boleh focus study. Yang kelakar nya dia tak bagi tinggal jauh di university (sebab nak nak jumpe tetiba), malah akan telefon masa sabtu ahad pun. Ini kes teruk ni. kadang2 ada jenis yang racist. student di fail kan kerana tak sealiran pemikiran. Aku cukup x setuju bila supervisor yang membuat keputusan dengan kuasa veto, sepatutnya mestilah keputusan seluruh komiti. Ini, kalau dia rasa x suka jek, gelaplah masa depan, jgn harapla. Ada kawan yang fail disebab supervisor YAhudi. ade ke patut!!

tapi aku tak setuju bab tak boleh kawin waktu belajar (utk kes buat phD dan master, tapi undergrad tu mungkin boleh difikirkan kalau sesuai) . Ramai orang yang beranak pinak boleh dapat phD. Itu bukan alasan. aku punye kawan yang single, tapi 5y buat phD tak submit pun tesis lagi. masing2 punye masalah tersendiri. Family sebenranya kekuatan dan ketabahan. Aku tak fikir aku boleh sampai ke tahap ini tanpan suami dan anak2. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Moga2 perjalanan dan perjuanagn membuat phD ini dapat dipermudahkan. Aku sendiri baru bermula, masih teraba2, byk sangat yang tak tau dari yang tau. Moga Suami dan anak2 sihat. Ialah, kalau dah banyak masalah family, duit, sakit, itu ini, pastinya mengganggu konsentrasi. PhD bukan sekadar ilmu dan ijazah tapi malah lebih dari tu. Moga Allah memberkati dan memberi Ilham pada HambaNya.