Monday, October 08, 2007

sanah hilwah ya habil


hari ni genapla habil 2 tahun. kejap je rasa. Mlm tadi dia tak boelh sebab selsema, batuk, demam. tidur nye asyik terjaga jek. dia memang begitu dari kecik. pernah aku tidak tidur langsung semalaman sebab dia demam. dia akan merengek , serba tak kena dibuatnya. kakak2 dia kalau demam x delah macam tu sangat. agaknya itulah penangan anak bongsu. (pst...setakat ni...)

nampkanya hajat aku untuk berentikan dia breastfeeding tidak juga kesampaian disebabkan aku tak sampai hati plus inilah satu2nya ubat nak berentikan dia dari merengek. teringat zaman2 awal menyusu dia. aku sungguh bersemanagt untuk menyusu sepenuhnya kerana ingin mem'balas dendam' hajat aku yang tidak kesampaian utk hanis dan husna.

kehadiran habil tidak dirancang langsung. malah pada awalnya aku sukar menerima yang aku pregnant lagi setelah baru berslainkan hanis yang baru 5 bulan. Malah, mengikut fakta sainsnyanya, aku tidak mungkin pregnant. mana mungkin. namun kuasa Allah jauh mengatasi segala2nya.

mari imbas kisah habil....jeng...jeng....

hari tu aku ambil cuti sebab nak uruskan family day abim selangor di sungai congkak. aku jadi pengarah program masatu. jadi terpaksa ambik cuti untuk beli2 barang. aku mambawa kereta sendiri bersama adik2 usrah aku ke alamanda. tetiba dlm2 jln2 tu aku ternampak watson. saja 'menggatal' beli pregnancy test. balik2 umah, tengahri waktu tu aku terus test. masyaAllah, 2 line (kepada yg tak tau 2 line makna positve, 1 line makna negative, x de line maknanya alat tu rosak, , sorry ek kena bagitau pasal line ni sebab ramai rupanya tak tau, huhuh, bagi yg blom kawin la kan) . hati aku berdetup kencang. hormon adrenaline merembes dengan banyaknyer. rasa nak pitam, nak tumbang. betul ke ni???? rsa nak nangis tapi ku tahan2. Aku ingin segera telefon hubby. tapi kang kalau aku tepon bibik dengo la plak. lantas aku kuar rumah dan telefon hubby dalam kereta.
"Bang... (masa ni dah startt nak nangis dah, huhuh)
Hubby: kenapa ?
aku: bang...(kelu lidah aku nak berkata2..dan aku nagis dan nagis dlm tepon, terpaksa le hubby dengo aku nangis dulu)
hubby: kereta kena langgar ke? accident ke? ( sebab dia tau aku drive ke alamanda tadi)
aku: elly pregnnat bang...hhuhuu (nangis lagi)
hubby: (dia pun terkedu, terdiam)
aku; nak buat camner bang....
hubby: tunggu abnag balik, nanti kita bincang (ah ini ayat standard yang sellau dia pakai kalau aku gusar)

selepas telefon hubby, aku termenung sendiri. bagaimana akan aku hadapi semuaorang? apa kata ketua jabatan? apa kata mak? ohhhh tidak!!!!!!!!aku sungguh tension. Malah waktu itu ada syaitan yang jahat berbisik, alangkah bagusnya kalau tetibanya gugur. kan bagus. x yah pikir mende2 tu semua. sampai ke situ otak jahat aku berfikir. Astaghfirullah...

Menuggu hubby balik terasa sungguh lama. Tatkala hubby melabuhkan diri di sofa bed, aku memegang lengannya dan mengigit kuat2. haa kau berbekas. hubby aku senyap jek .dia biar je lengan dia kena gigit. hhehh sebabnya aku pernah cakap kat dia kalau aku pregnant lagi aku akan gigit dia. sebab itu dia senyap jek bila aku gigit lengan dia. heheeh ade ke patut??

hari2 yang dilalui sungguh tension dan menghibakan. Sedih, geram, menyampah kat hubby , ntah macam2 aku rasa. Jahat sungguh aku. sadis sungguh bila aku masih juga susukan hanis tatkala aku pregnant. Tak sanggup aku berentikan dari menyusu hanis. kesian sungguh dengan hanis. Sayu melihat deretan susu yang aku express. samapi hanis 8 bulan rasanya aku terpaksa habiskan susu2 tu. sedih sangat, Tuhan je yang tahu. sebab itu agaknya la ni dia banayk rengeknya sebab tak puas bermanja dengan aku. Hubby aku cuba memujuk aku macam2. apa taknya. aku asik nangis je aku waktu tu. sikit 2 nangis. sensitif benar. aku tak boleh terima yang aku pregnant lagi waktu hanis belum pun merangkak!!!

aku cuba rahsiakan pada semua orang. malah aku warning bibik aku jangan bagitau mak aku. Terasa perit rasanya untuk terima hakikat ini. apatah lagi hendak berhadapan dengan ketua jabatan nanti. aku baru je cuti bersalin, tup2 nak cuti lagi?? sapa nak ngajar? kita tak cukup orang?? aduhh!!!!!mak aku hanya tau aku pregnant dalam 5-6. sebab masa tu dah tak boleh sembunyi lagi dah. kira lama juga aku keep secret ni. Tapi aku ni kalau pregnant perut memnag besar giler, nak sembunyi macam mana. aku pun cuba untuk ngubat hati dengan INgat yang Allah yang takdirkan ini smeua berlaku. tiada salah sesiapa. manusia sehebat mana pun tak dpat lawan kuasa tuhan. Aku cuba belajar menerima kehadiran habil. rupanya ramai jugak yang lalui apa yang aku rasa.

Hati aku bertambah seronok bila dpaat tau yang bakal lahir nnati baby boy. melihat hubby teruja aku juga turut terasa girangnya dia. maklumlah, dah 2 girl sebelum ni. seperti kandungan yang sebelum ni, aku tak byk masalah sangat. Cuma sakit pinggang tu memnag tak boelh nak kata. Aku bag1 lecture 2 jam berturut2, macam nak pengsan rasa.

aku dijangkan berslain bulan puasa. hai, nakbuat macam mana, puasa ke 4.pagi tu kami bangun nak bersahur. perut aku dah start memulas2. ingat sakit perut nak buang air besar. asik ke toilet jek. pagi tu sabtu, hubby kena bagi kuliah subuh di bangi. dia kata kalau aku aku sakit dia cancelkan kuliah tu. aku kata, x payahlah. apa2 hal aku akan tepon.

menjelang subuh, perut aku terasa contraction, main kerap. aku gagahi utk solat subuh. Lepas solat subuh, pop!! water bag dah pecah!!!!!!! aku jerit bibik, bibik aku panic juga. aku tepon hubby . hubby kata ok, Ok. aku tunggu punyelah lama , x juga dia sampai. last2 bibik aku tepon, "ustaz, nak bersalin dah ni....". tunggu2 tak juga sampai. aku pikir nak call ambulance je. mana pergi la laki aku ni. Bibik aku lantas bertindak mengambil tikar, bantal dan kain batik. "berslain sini jelah, jom baring". ....aduh, dah le hanis dalam kete. takkan habil plak dalam rumah. apa lah nasib aku ni...

akhirnya hubby aku sampai.
"macam mana? elly nak salin kat ruma? berslain kat umah jelah.."
aku: tak nak bang, biar le bersalin dln kete dari dlm rumah, jom pergi hospital, ummi x larat dah ni" aku masa tu agak bengang nagn hubby, org nak berslain ni dia masih lagi mampu teruskan kuliah tu. dia kata tak kan nak break mengejut. dia kena bagi penutup. ish....tapi satu surau tu tau aku nak berslain. lawaknya lepas aku bersalin depa siap call hubby, dah berslain ke??hehehehe

kali ni aku baring dalam kete. sebab kalau aku dudk, kang jadi kes macam hanis lagi. udah la, cukuplah. sebab gravity kalau duduk baby lagi mudah keluar. sampai dihospital, kepala si habil dah kuar sikit?
hubby aku panggil nurse "nurse, babay nak kuar dah, kepala dah kuar dah"
lantas nurse pun selak , " kepala dah nampka dah tu, tahan2 jgn teran..." lantas dia sorong aku pakai wheel chair. Bayang kan bed semua penuh aku dibaring atas strecher (eh caner eja ni) . x de bantal, x de tabir pun. sib baik wkatu subuh. x de lelaki kat situ. lagi kat tepi toilet plak. ish, sadis sungguh tempat aku berslain. malah bantal pun x de.
"saya rasa nak terkuar dah ni"...aku cakap
"sabar2 jangan teran..tahan2.....(ish, boring betul, depa dok cari file la, pad la, aku ni nak berslain dah wei...)
aku komenlah, aku nak tabir, nak bantal. depa gi amik cadar, gumpal2 jadi le bantal.letak bawah kepala aku. pastu depa kata tpt penuh ni.
dalam hati aku , sabo jelah.sib baik aku tak lama. Tup2 teran2 kuarlah la habil.
"sennag benor awak berslain" kata si nurse tu......dah lega..cuma aku masalah masa kuarkan uri. Doc terpaksa seluk. aduh ...lagi sakit dari bersalin. ngeri2...tapi alhamdulillah, walaupun tanpa bilik, hanay kakitangan pompuan yang handle aku, pastu plak tpt tu agak privacy jadi terlindung gak aku walau x de tabir pun. sekurang2nya terjaga juga aurat aku. mmula2 mereka cakap agak kurang mesra. tapi bila tau aku lecturer upm, tup2 terus tune jadi lemah lembut. nyampah aku!!! semua orang jadi baik plak .....ade ke patut???

dan habil waktu sungguh comel sekali. dan aku bersyukur dan tidak sekali2 menyesal melahirkan dia.

No comments: