Saturday, September 15, 2007
Makna angka itu
Hai..ala2 pengantin baru gitu..
Terima kasih kepada intan, su, anis, wa yang sudi membuat surprise untuk 6th anniversary kami.
Diam tak diam usia mahligai kami sudah 6. Ucapan yang sebenar sudah 6 atau baru 6? mana2 pun boleh. bergantung pada justifikasi masing2. selama tempoh 6 tahun kami dikurniakan 3 anak. Alhamdulillah. satu 'pencapaian' yang agak memuaskan. hehehe
Melayari bahtera rumahtangga tidak semudah yang disangkakan. Bersikap tasamuh, qana'ah, terima seadanya, sedia di nasihat, juga menasihat, belajar untuk lengkap melengkapi dan terlalu banayk lagi yang perlu dipelajari. Siapa pun kita, menerima amanah sebagai isteri dan ibu menuntut kesabaran dan keimanan yang luar biasa. membaca buku berkenaan perenting atau ke kursus parenting belum cukup! praktikal itu satu mujahadah seperti yang aku pernah cerita dulu.
Banyak suka duka yang kami lalui sepanjang hidup bersama. Daripada seorang kawan, menjadi sahabat, kemudian tunang dan seterusnya kami menjadi suami isteri yang sah. Laluan 'percintaan' kami sungguh mudah. Tiada aktiviti 'tackle menackle' mahupun 'mengurat'. bermula dengan hanya surat, Tup2 hubby dengan machonya berjumpa parent menyampaikan hasrat di hati ingin 'berkawan'. Tup2 maknya telofon emakku. Tup2 kami tunang. Tup2 kahwin.
Mengahwini sesama jamaah banyak membantu kami untuk terus istiqamah. Masalah ditangani dengan hikmah. Ah sedangkan lidah lagi tergigit ini pula suami isteri. Alhamdulillah, sepanjang kami kahwin belum lagilah kami gaduh yang pelik2 (read: tengking2 atau jerit2 atau yang sewaktu dengannya) . Kalau ada yang tak paus hati aku lebih suka berterus terang. walau sekecik mana pun. Itu kata kuncinya. TERUS TERANG. Aku dapati ramai kawan2 makan hati dengan suami masing2 sebab asik simpan dalam jek. Cuma cara untuk terus terang tu macam2 la yang aku pernah buat.
ops, apasal macam formal plak post kali. ok tukar tune! pernah aku merajuk ngan hubby, aku tulis surat letak bawah bantal!! Aku ni org nye jenis meriah. kalau aku merajuk atau ada le mende x puas hati, aku akan senyap. sennag je hubby nak tau. kalau senyap semacam tu adalah mende tu.
Bijak dan creative!! itu satu lagi kata kunci. aku bukan isteri yang hebat cuma baru belajar ke arah itu. Belajar mengenali lelaki dan kesukaanya. jangan ingat ustaz takde taste! dia juga kadang2 suka fesyen rambut tertentu, gaya tertentu, baju tertentu, warna tertentu, makanan tertentu. Banyak sangat bende baru berlaku setiap hari. Rupanya baru aku tahu hubby aku punye berkebolehan menyanyi sebijik seperti P. Ramlee. peminat p ramlee rupanya. sanggup berjaga malam tengok cerita yang pada aku alahai dah baper kali ulangdah!!! aduh boringnye.....
Teringat satu ketika ketika baru2 kahwin, hubby tetiba diserang satu penyakit pelik. kakinya tetiba bengkak semacam. hingga nak jalan pun susah. denyut2. Dr. suspect gout. ada waktu sakitnya amat teruk. panic juga aku dibuatnya. dahla aku tak tau drive kereta. caner ni. sib baik aku ni rider! aku bawak hubby naik motor ke klinik!! sib baik dia ringan beberapa kilo dari aku. Kesian aku tengokdia waktu tu, nak pergi kerje pun tak boleh malah Dr nasihat dia untuk tidak berpuasa lantaran ubat yang etrpaksa juga dia makan. Kalau tidak bersedialah untuk denyutan yang amat sangat. Waktu itu amat2 menguji kami. sampai nak ke toilet pun terpaksa aku papah. Sedih sungguh waktu tu tengok dia. Malam ku sering terganggu gara2 kakinya itu. tersengguk2 aku menyapu kakinya waktu malam. Kes kakinya di bawa ke pakar dan alhamdulillah dia kembali sihat. Aku terpaksa agak ketat mengikut diet yang Dr. suruh. Mencabar sungguh waktu itu. Alhamdulillah perkara2 seperti inilah yang merapatkan hubungan kami suami isteri.
Satu ketika kami menghadapi krisis kewangan yang agak meruncing. lantaran dia study master dan waktu husna itu telah lahir. Waktu yang sama adik nya 2 orang akan masuk kolej. Namun kuasa tuhan siapa tahu. Aku dilantik menjadi pensyarah pada 25 tahun. sesuatu yang diluar dugaan. tatkala ramai kawan2 yang ada master terpaksa menjadi tutor. Rezeki sungguh! Tuhan Maha Mengetahui. Alhamdulilah , hubby habis juga masternya. saat itu rasa susah payah kami terbalas.
Sebelum kahwin kami tak sempat bergosip, tup2 kawan2 hanya tahu kami bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Oleh itu dikalangan sahabat2 kami, kami ni antara yang kahwin awal. Aku berusia 23 dan hubby 25. Lantaran itu banyaklah sahabat minta bantuan untuk carikan pasangan. Ada yang datang mintak nasihat untuk proses meminang. Ada yang ditakdir Allah bertemu jodoh. Alhamdulillah. satu ketika kami terlibat secara langsung dari merisik sampai meminang hingga hantaran pun kami buat.ish rasa macam orang tua la plak. Alhamdulillah, seronok melihat sahabat2 merasa ni'mat perkahwinan. Hingga kini, kami di UK pun kami dah jadi ala2 orang tua lah jugak. Sekurang2 nya dapat bantu adik2 yang jauh dari mak ayah untuk beri nasihat mana yang perlu. Ada kala ada sahabat yang terlalu cerewet, nak yang tinggi, yang cerah ,yang itu, yang ini. Aduh!!!! yang lawaknya ada yang nak isteri mahir komputer sebab boleh bantu dalam bisness. Ish! ingat cari isteri macam cari pekerje ke apa! memang wajah tu penting. tapi kena lah pikir juga agamanya. Berapa banyak orang yang kahwin jelitawan yang cantik menawan tapi akhirnya rumahtangga hancur berkecai! Oleh itu fikir2kan, , Cantik wajah dan akhlak, cantik agama.
Moga Allah memberkati keluaga ku, meberikan mawaddahwarahmah yang tak kunjung padam, murahkan rezeki, merahmati kami, jadikan kami sentiasa berkasih sayang...
Buat abang, terima kasih kerana tidak pernah tidak menyintaiku......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam..Moga mahligai yang di bina sentiasa ceria, bahgia dan diredhai Allah sentiasa.Dimeriahkan lagi dgn 3 pari2 kecil yg insyaAllah bakal mengikut jejak langkah babah dan ummi mereka dalam meneruskan perjuangan menegakkan kalimah Allah.amin
selamat ulang thn..semoga berbahagia sampai bila2
selamat ulang tahun ke-6...suatu perkembangan yg amat memberansangkan tu....6 years 3 kids alhamdulillah rezeki Allah kan...doakan kami juga sekeluarga begitu seadanya....saya pun nak ucap gitulah jugak...."sayang abi terima kasih krn tdk pernah tdk menyayangiku"...hi...hi...blog saya : http://www.razlanzahrah2007.blogspot.com/.......teruskan mencoret ye kak laily....
Post a Comment