Thursday, June 26, 2008

pendidik berjiwa murabbi

Alhamdulillah baru selesai 'mengerjakan' melt spinner. Tadi hampir2 putus asa sebab generator tidak berfungsi. segera ku panggil technician. 2 orang datang cuba untuk mengesan apa lah masalahnya, tekan sini, tekan sana, cuit itu ini, tak menajdi. last2 baru perasan ada orang tertekan emergency button. sabar jelah, technician tu tersenyum dan menyebut" OK, give me five" sambil tangannya menghala ke arah aku minta disambut, eheheh, aku senyum " sorry, i cannot touch your hand, " . Dia tersenyum tanda faham (agaknya la). akupun senyum saja...tapi aku puas..kerana hasil ribbon yang ku tunggu akhirnya di depan mata. Jadi mulai hari ini bermula lah kerja2 kilang aku....fuh....

apa kaitan nye dengan tajuk entry ni... bersemanagt ni sebab baru denagr talk oleh Cikgu Sidek.

Aku seorang pendidik. sejak kecil lagi aku memang bercita2 menjadi cikgu. Dan aku anggap hingga kini cita2 itu masih meresapi dalam diri. Pensyarah juga cikgu, juga pendidik. Cuma tambahan kerje bagi pensyarah ialah research. Asas kerja pensyarah adalah mengajar dan menyelidik. tambahan mungkin serba sedikit kerja pentadbiran, mungkin sebagi auditor, mungkin sebagai ajk itu ini, serba serbi. Cukup kah tugasan itu mengangkat martabat pensyarah sebagai pendidik? Jauh sekali. Apatah lagi bila dikaitkan dengan pendidik dengan murabbi.


Berjiwa Murabbi

Aku ingin menjadi pendidik berjiwa murabbi. bukan sekadar melakukan tugas asasi tetapi juga mentarbiyyah. Murabbi yang 'aura'nya boleh dirasa oleh pelajar. bagaimana? aku ingin mendidik pelajar2 agar Kenal diri,kenal Tuhan, tahu tujuan hidup, apa akhirnya hujung hidup kita. namun aku mengajar Fizik, bukan ilmu agama, bukan tamadun islam. Bagaimana itu ya?

Menulis mahupun bercakap, apatah lagi berteori tidak semudah realiti. Dulu2 kita di ajar simple harmonic motion contohnya. kita belajar tentang damping. kita kaitkan dengan macam2 contoh, ombak, buaian, pendulum. apa saja yang back and forth melalui path yang sama. Graf yang amplitudnya makin berkurang dan berkurang. Jika kita berfikir di luar kotak, kita boleh kaitkan dengan putaran hidup kehidupan. Tiada kuasa Yang jauh lebih hebat dariNya. Akhirnya lama2 kita akan tiada juga seperti hilangnya nya amplitud dalam graf itu melainkan ada force dari luar. motion sudah tiada, tiada harmonic lagi. Namun force itu tidak dapat mengalahkan force Allah. Yang tiada tolok bandingnya. Aku pernah mengajar subject mechanic and waves. topik ini. bila aku tanye pada pelajar, rupanya ada juga yang boelh berfikir. Bukan mudah memaknakan fizik dalam kehidupan. aku letak gambar Hanis dalam buaian. hehe student aku pasti ingat, rasanay akulah satu2nmya pensyarah yang letak gambar anak2 sebagi object dalam nota kuliah. kita buai buaian, lama2 dia berhenti, kita buai lagi. bila kita berhenti buai, buaian pun berhenti . Namun ada orang mencipta buai electric. boleh set berapa jam nak buai .haa, masa ni betul simple harmonic motion berlaku. tiada damping. namun lepas tempoh tu berakhir, buai itu akan berhenti juga.Allah Maha Berkuasa. Tiada yang akan lebih padaNya. dia sentiasa lebih hebat. Maha Agung, Maha mengetahui.

Cukupkah sekadar bijak?

Kita lihat ramai manusia di luar sana yang bijak dalam belajar, tetapi ilmunya tidak dapat dimaknakan dalam kehidupan. Lihat kisah tragis Sufiah. Seorang yang bijak. setakat kalkulus dan algebra tu pejam mata je orang kata. Namun beliau diuji Allah dengan ketidakmampuan untuk mengenal, memilih dan membeza, apatah lagi ingin mengaplikasi matematik dalam nilai Hidup. Moga Allah beri hidayah padanya dan kekuatan kepada keluarganya. Allhumma Ameen. Teringat kata2 kak halimahtun, ibu sufiah, katanya "pandai bermakna tahu membezakan yang baik dan yang buruk". Lihat, murabbi perlu semai nilai murni agar pelajar boleh menilai , bukan sekadar denagn akal tapi menilai dengan jiwa rabbani.

Mendapat deretan A bukan bermakna segala2nya. Namun janagn jadikan itu alasan untuk tidak perlu mendapatA. Alangkah bagus jika bijak dalam ilmu dan bijak juga dalam mengatur hidup. Sudah terlalu banyak contoh2 ulaam' islam yang hebatnya bukan kepalang. Malah sekarang ini juga sudah ramai golongan yang bukan aliran agama namun boleh berbicara tentang agama. Bukankah itu satu kelebihan yang tiada tolok bandingnya?

Nilai tambah bagi pendidik
Kita mahu menjadi pendidik yang punya nilam tambah. Nampka hebat dengan ilmu di dewan kuliah tapi juga harus hebat dengan akhlak di depat keluarga, depan masyarakat.






Mencari Kebenaran

Sukar sebenarnya hendak menjadikan ilmu yang kita pelajari sebagai satu tautan kita dengan Ilahi. APtahlagi subjek kita nampak macam sekular. Kajian, pemerhatian, analisis, modelling, sebagainya adalah salah satu cara kita mencari kebenaranNya. Penyelidikan yang kita buat untuk mencari, menyelongkar, mengekplorasi rahsia Ayat-ayat Allah. atau mudahnya tanda2 kebesaran Allah. Sebab Allah suruh kita berfikir, berfikir dan berfikir, "afala ta'lamuun" tidakkah kamu mengetahui? bagaimana harus tahu jika tidak mengkaji?

jejak2 mencari kebenaran pastinya penuh onak dan duri. Pastinya kita tidak sama dengan dengan Thomas Edison, si pencipta mentol dan Henry ford, orang yang memajukan kereta.Yes, mungkin kita boleh berkongsi semangat tidak mahu kalahnya, tetapi kita mahu lebih dari itu. Kita mahu jadi perubah ! bukan sekadar merekacipata sesuatu yang bermanfaat untuk umat tapi juga mengubah sikap dan pemikiran. In jauh lebih sukar.

Ilmu tahap tinggi

Kalu ilmu silat mungkin ilmu tahap tingginya kebal atau tidak lut kena parang atau, boleh ghaib tiba2. kalau bagi pendidik a.k.a apakah ilmu tahap tinggi? Jika dalam dunia pendidikan, plaing tinggi adalah menda[pat phD , jika dalam dunia pekerjaan pendidikan, paling tinggi adalah menjadi professor. Siapa yang tidak mahu jadi professor? lebih2 lagi pada usia muda. sekarang ni, sudah ramai professor berusia bawah 40 an. Agak2nya aku dapat tak prof sebelum 40? Namun bukan itu taruhannya. aku mahu biarlah jawatan sama taraf dengan ilmu, malah biar ilmu yang lebih tingi dari jawatan. Itu lebih baik.

Memang target duniawi ingin bergelar professor tetapi biarlah seiring dengan target ukhrawi. Allah berjanji untuk mengangkat darjat orang yang berilmu. Itu janji Allah yang pastinya tidak akan dimungkiri. darjat yang Allah beri pastinya jauh lebih tinggi dari darjat yang manusia beri.

Iltizam murabbi

Aku tidak tahu amal soleh yang mana yang akan membantu aku masuk syurga. Aku juga tidak tahu dosa mana yang mungkin menghumbankan aku dalam neraka. Aku kin dalam Takut dan Harap. takutkan azabNya dan Harapnya RahmatNya.

Aku sedar diri. Aku bukanlah golongn yang lahir dengan akal yang bijak, dan pandai. Aku sedar, terlalu banyak kelemahan yang tertampung dalam diri. pPada aku yang penting, aku tahu, apa yang aku tidak tahu. Tetapi aku tidak mahu jadikan kelemahan tidak tahu itu menjadi tidak tahu selama-lamanya. aku tidak mahu menjadi rendah diri tidak bertempat. Iltizamnya, kelemahan adalah untuk di tangani, bukan dirintihi. Sekurang2 mungkin sedikit kelebihan mampu menaikkan rasa yakin bahawa Allah jadikan manusia itu sebaik2 kejadian. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing2.

Aku ingin jadi seperti aku. Aku mahu jadi pendidik berprinsip. Yang tahu membeza dosa, pahala. tahu membeza, benar salah. Juga beretika. Sangat penting dan amat2 penting. Ilmu bukan untuk dimegahkan apatah lagi untuk minta disanjungi. Ilmu adalah untuk dimanfaat, dan satu 'tool' untuk mendekat diri pada yang Maha Esa.

Doa Murabbi

Ya Allah Rabbul Jalil, Yang menjadikan Alam, Yang mematikan, Yang menghidupkan
Ya Allah, Ya Karemm, Aku ini lemah yang Allah, maka kuatkanlah aku
Aku ini hina ya Allah, maka muliakan aku di sisiMu,
Terlalu banyak yang aku tidak tahu YaAllah, berikanlah aku sedikit IlmuMU....

Ya Allah, Jadikan hidupku, matitu, amalanku, ibadatku, ilmu ku hanya keranaMU. Tidak lain dan tidak bukan hanya keranaMu. Jadikan Ilmu ku bermanfaat untuk diriku dan Umatku, jadikan ilmu ku menaikkan darjatku di sisiMU.

Janganlah jadikan aku angkuh dengan ilmu, takabbur dengan kemewahan, riak dengan kepandaian. Jadi aku aku hamba yang selalu ikhlas, redha dan kuat semangat juangnya. seperti semangat juang Rasul2Mu, para sahabat, dan para tabi'en...

Andai aku leka Ya Allah, kejutkanlah aku, bantulah aku...Kurniakan aku sahabat yang soleh yang boleh menyedarkan salah silapku, yang boleh berkongsi inspirasi, yang boleh berkongsi suka dan suka.

Permudahkan urusan ku Ya Allah
Permudahkan urusan ku Ya Rahman
Permudahkan urusan ku Ya Rahim

Ameen Ya Rabb













p/s: entry ini sangat panjang kerana aku memakan masa yang lama untuk buat, sebanyak 3 kali aku tapi akhirnya barulahsiap dan bersedia untuk dipublishkan.sekadar berkongsi.

Friday, June 13, 2008

gambar aritu


ramai dah bertanya bila nak belanja. naik bosan juga. masalahnya, duitnya enggak dapat lagi. aku ni nak beli lap top. nampak gaya kena dulukan duit sendirilah....

gambar dan berita di aats aku copy paste dari buletin jabatan.

bila tengok gambo ni, rasa semangat balik. laily , you can do it!!! huhuhuh

serba tak kena

<
perjalanan phD aku bagai serba tak kena.macam2 la plak masalahnya
1) Curie temperature. aku mula2 guna DSC tapi tak de significant peak. may be oxidised masa heat up. walaupun buat dalam argon. then i emd up using tga, which more reliable. ok dah dapat peak yang ok, namun peak tu pelik la plak. instead of just weigh loss ada pulak cam gain, macam gunung everest la palk. aku refer tu supervisor, dia pun cam pelik, then we decided utk discuss dgn technician yang buat measurement tu. sorang faham lain, sorang faham lain, aku plak, jadi x faham. mmm, ulang lagi experiment, tapi masih sama juga. hari ni aku rujuk graf tu kat lecturer lain termasuk thomas yang tak pernah buat tga. so, appoinment aku adalah isnin ni. fenin2.....kenapa org lain senang je nak dpt resulty. aku ni payah betul....technician tu kta may be aku boelh dapat nobel prise dgn graf camtu...eee sabo jelah.
2) scherrer formula. ke hulu hilir tanye orang pasal standard. akhirnya standard quartz dah ada kat tangan. so, next week, boleh measure. cuma yang geramnya, bila baut slow scan peak tak menyerlah la plak, padahal masa scan baisa ada jek dia keluar. aduh...caner nih..
3) melt spinner- haritu berbulan nak setelkan induction coil. dahla dengan perabngai technician yang buat aku hangat hati. haa, dia nak pencel awal. lepas ni orang lain ganti. lega. harap2 lebih baik dari dia. ada saja yang tak kena. dia x letak ptfe sheets, dia x bend, salah letak nuts, dia x letak ring. jadinya banyak kali la aku ekna jumpe dia. ok la ni induction coil tu dah fix dalam melt spinner. patutnya hari ni. pukul 3 aku ada appoinement dengan senior nak work out guna sample dia dulu sebab dah tau melting point. tapibatang idung dia x nampak. ke hulu hilir lagi cari dia. aduh....

kawan2 doakanlah melt spinner tu boleh berfungsi denganbaik, ok. nyawa tuh..

sekiranya ketiga2 perkara di atas dapat selesai leganya rasa. baru cerah rasa boleh la nampak apa nak buat lepas ni. sebab bila result x dapat aku dah stuck untuk modelling sebab aku perklu result experiment juga.

lega juga setelah berhari2 nak setelkan hotel untuk conference kat london termasuk train. so, la ni untuk family aku dah setel , tinggal aku jelah. tunggu quote dari agent. so, bab tu dah setel.

sebab nak gi london by train, kami kena ada beg yang sesuai, push chair yang elok sikit, termasuk yang ada buggyboard, nak beli pop up tent, fuhh aku jugak ke kena fikir tu smeua? termasuk nak beli vouche 2 in 1 gi london zoo. fuhh....

berminggu2 amsalah di atas x dapat selesai jugak. sampai rasa kalau selesai arsa nak buat kenduri.

pastu pulak masalah emosi aku dengan sueprvisor yang retired tu. dia kata priority dia family , dia dah retired. x patut dah katanya datang office. angin aku. aku kata , u still have a student. senyap je dia, tulah dulu orang dok tanye apsal ganti supervisor, dia nak jugak supervise aku, pastu x nak bagi commitment. hangin tau. bila minta duit untuk conference katanya , dia x de grant. duit dia univ. ambil sebab dia retired. alhamdulillah ada thomas yang ensem itu sanggup sponsor aku. padahal project aku tiada pun dalam list grant dia. aku plak rasa serba salah bila da orang cam pertikai, prof davies x de duit jadi cam menumpang ke thomas untuk beli itu dan ini. nakbeoi helium tanya thomas, nak beli stool, lab coat la. abih tu, aku nak minta duit sapa. x kan aku nak beli stool sendiri dan letak kat lab. macam anak tiri jek rasa. aku pulak cam sensitif bila depa ni kata gitu. masa aku menang poster aku tulis juga nama prof davies as main, thomas as co. padahal thomas yang bayar poster dan edit poster aku, davies, x tengok pun. peliknya bila jabatan keluar list, nama thomas dulu, baru davies, aku dah confuse, sapa sebenonya main supervisor aku ni....

haritu aku jumpa davies di bilik. bawak graf nak discuss,a da la few minutes, dia kata dia rushingamik cucu balik scholl. aduh!!! setiap kali jumpa, dia rushing, amik cuuclah, amik wifela, amik SIL, la. mm, aku cuma menuntuk hak aku sebagai
adent. jumep dia sellau dlm keadaan tergesa2. entahlah, aku dah jauh hati dengan dia, aku tau dia baik, cuma dia kurang bagi comittment. bila jumpa, sorry laily, I'm so busy..salah ke aku merungut. aku cuma nak clear. aku ni bawah sapa. kadamg2 terfikir aku nak tukar tajuk je ke modelling. abih citer. aku malas nak dela dgn alat2 yang asik masalah dan perlu duit utk maintanence.

bulan 7 aku conference di london, bulan 8 kena submit 2nd eyar report. bulan 9 kena present conference kat dublin. tapi yang aku rasa fenin nye, result2 aku x banyak mana nak direpsentkan pun. bukan aku malas ke apa. tulah, kerje nye ke hulu hilir x tentu arah.

berkecamuk arsa dalam kepala. nak pikir itu dan ini. nak conference, pada masa yang sama nak bercuti jugak.

satu ketika aku x tau nak mula yang mana. serba x kena . buat ni x jadi, buat ni x jadi. normal ke aku nih...

ya Allah bantulah aku...

ok lah, meh tengok gambo aku dan grup magnet aku yang selepas grup presentaion kami ke HOpe, peak district.


thomas yang pakai baju merah tu. aku biasalah duk belakang2.


depa ni apa lagi, beer la. aku dah tau depa ni sure nak minum beer. so aku cari geng2 vege dan yang minum orange juice . heeeh



sib baik geng2 india ni walau non muslim tapi depa x drink dan vege.


lepas habis minum2, kami buatlah aktiviti walking. aku dah cungap. depa ni sambil jalan boleh discuss pasal magnet lagi. aku dah cungap . aku cakap aku x leh cakap, nanti penat. fuhh pancit la aku jalan kaki jauh2 ni.



nak jadi citer masa nak pergi ke bar tu, aku x tahan nak wee wee. depa dok kata , dekat lagi dekat lagi,. aku plak x tahan. dah la aku jln slow, dokla belakang sekali. last2 aku nekad, aku singgah rumah orang tumpang toilet. sib baik dia bagi. lega aku. dahla depa perasan aku dah hilang,. masing2 patah balik cari aku. tup2 aku muncul dari rumah orang. ehheehhe sorry... payah betul kat UK ni. toilet mmg susah.

bila bercampur dengan mereka baut aku sedar, aku kena berprinsip. ada sorang muslin lagi, lelaki , asif namanya, daroi pakistan. aku harap bila dia ada dalam grup kami, aku ada geng la. mmm. dia x solat pun. aku solat kat luar bar, tepi jalan, buat dek je kete lalu lalang. yang dia pulak selamba jek sampai luput waktu zohor x solat pun. ish, teruk betul. bukan nye boelh jama'. dekat je dari sheff. aku x tau mazhab mana dia pakai.

aku balik awal sebab kena kerje petang. yang depa ni dok hiking sampai puncak. ampuuun , aku serik nak hiking. separuh jalan je aku arsa nak tumbang.




gambar aku x de sebab dah balik. depa kata sib baik laily x ikut sampai puncak. sebab penat sungguh!.........

ok, entry di atas dibuat selepas aku dah fed up tengok graf2 depan mata yang aku tak tau nak analyse macam mana. harap2 dapat release tension.

semalam abg shah buat ujian emosi guna alat apa ntah. memang confirm, aku stress maxiumum!

apa nak buat nih.....hujung minggu ni, gi carboot, masak2, makan2, hubby lawan bola, layan anak....harap2 aku lebih semangat. thomas nak jumpe aku bincang pasal2 perkara2 dio atas,isnin 9.30 pagi.

wahai laily, study sikit2 no...(aku x jamin bawak buku hujung minggu dapat baca, ehheh)

Thursday, June 12, 2008

siaran tertunda: aktiviti potong rambut

sewaktu bank holiday haritu, kami x kemana. ni bank holiday yang bulan 3 aritu, bukan yang may. jadi kami, aku dan hubby, betul manfaatkan masa dengan anak2. antara aktivitinya adalah GUNTING RAMBUT.




mula2 kena habil dulu. kalau tidak bising satu alam. selalu nak menang, almaklumlah anak bongsu (setakat ni)

next angah plak.


pastu along pulak.


Hubby bolehlah dikatakan pandai jugaklah gunting rambut. jadi kepada sapa yang nak amik dia untuk potong rambut dipersilakan. tapi untuk anak2 saja ok!tengoklah gambo terbaru mereka, cantek tak hubby potong?

mari mengaji

di suatu petang, setelah balik dari school...
umi: da
angah: da
umi: zha
angah: zha
lantas aku tunjuk huruf dal,
umi: apa ni angah
angah : ha (dgn confidentnya)
ok sabar lagi aku..
ku ulang lagi dan lagi ...kali ni,
umi: da
angah: da
umi: ulang lagi
angah: da, da, da, da, da
ok good, aku tunjuk lagi huruf dal,
ini apa angah?
angah: HA (denagn makin confidentnya)
umi: ANGAH!!!!!!
aku dah hangin,
aku: apa ni angah , semua huruf x kenal ni, (denagn suara dah meninggi)
ku lihat mata angah dah berkaca...dan berderailah tangisnya....

aduh, macam mana mahu sabar ajar anak ngaji...

la ni aku terpaksa gilir ajar ngaji, selalu hubby aku. dia lebih sabar. aku ni nak marah jek. heheeheh


gambar dia atas waktu babah dia ngajar sebelum ni. ujian betul ek ajar anak sendiri.

aku ni kurang sabar agaknya.

Saturday, June 07, 2008

siaran tertangguh: Husna is 5




ini gambar terbaru husna. ayu kan? ala2 model gitu. ehehehgamabr di ambi di pantai Bray, Dublin. akan ku buat entry khas untuk misi rahmatallil a'lamin di bumi duvlin,
ok topiknya adalah Husna.


ini adalah kek b'day husna yang ke 5. beli saja di asda. hee ummi sibuk kerana waktu yangs ama jadi ajl hadiah dan sukaneka family day. jadi nak jimat masa dan wang, heeh buat cake cutting ceremony sekali dengan family day. Huna a.ka.a along dipaksa rela untuk memakai tudung.namun tau jelah si angah pun nyibuk2 jugak. dia naggap dia pun b'day juga.





ini gambar sukanekanye. caner ek nak lari2 dok pakai baju gown.

husna sudah bagai anak dara. petah beercakap. bijak dan matured. sudah pandai bergaya apatah lagi bile dihadapan camera. fuh. tau saja gayanya. FOTOGEDIK!

Menyedari yang dia anak sulung, along cukup banyak beralah. kadang2 sabar, kadang2 angin juga dia dengan adik2nya. vocab englishnya makin baik. sudah mula boleh membca. tapi english jelah. melayu x tau. huhu. test2 membaca yang cikgunya buat juga nampka positif.

oo rambutnya sudah diptong pendek. sebabnya aku x larat nak sikat pagi2. nama je rambut dia lurus, tapi nak sikat susah. jadi rambut pendeklah jalan penyelesaian. babahnya la tukang gunting rambut dari dulu hingga kini. percaya tak aku sendiri seingat aku, x pernah gunting rambut anak,. itu semua tugas hubby. rambut aku pun kadang2 hubby yang jadi stylist. di malasyai rajin gak gi salon, tapi kat sini mana nak cari yang untuk muslimah, mungkin ada tapi susah kot.

husna anak yang dinanti2. sewaktu husna seumur habil dia sudah punya 2 adik. tapi mungkin sejak dia lahir, dia membesar sepenuhnya dengan kami tanpa maid, jadi dia begitu berdikari. bangun pagi tanpa di suruh, sudah tau gosok gigi, dan buat apa yang patut. dan dress up sendiri untuk kesekolah. mm,

dia sangat suka menari. apa lagi cerita high school musical itu selalu di tonton. sedap2 gak lagunya. aku pun kadang2 naik suka juga. agaknya along ni ikut ciri2 aku kot. mm aku ni bekas penari. betul, tak tipu. aku pernah wakil sekolah menari sampai peringkat negeri. malah pernah masuk TV, 2 kali. eheheh. itu semua sejarah silam aku masa sekolah rendah.....tapi aku menari zapin, inang.

suka berborak denagn husna. satu hari
"ummi along sakit skeleton,
"haa??" aku terkejut.
"bone along ni..."
kui kui budak nih....

bagusnya dia suka cakap bm jugak walau salah. sewaktu kemas2 barang utk ke dublin. dia dah biasa tengok aku gulung2 baju untuk jimat space.
"tengok ummi, along guling baju nih.."
"mmm, bukan guling, gulung.."
satu hari kami tengok movie sama2. taujelah movie kat sini. mesti ada kissing2 punye. pastu hubby cepat2 tukar channel lain. nak tau apa dia kata?
"ummi, budak kecik tak boleh tegok ek? budak besar je boleh?
mmm,

kat sini x yah beli vcd lucah. semuanya depan mata bila on tv terutama pukul 10.00 ke atas.

oklah. mata dah ngantuk . tunggu isyak 11.30 mlm. fuh!

Wednesday, May 28, 2008

you are 30 now!!



mm, cepat masa berlalu. umur sudah meningkat. harapnya amal dan iman juga meningkat.

orang pertama yang wish adalah hubby, tengah malam dia kejut just to wish "happy birthday"

thanks a lot sayang. enough for me. at least you still remember my special day. heheh .

aku pun x expect apa2 pun since dah biasa hubby jenis yang x celebrate sangat ni tapi bila balik school tadi...

BIG SURPRISE FOR UMMI.!!!!!....


oooo....
even it was simple and nobody was invited, just us, our family, tapi terharu, betul..i did, i do...

the last time hubby suap aku in front of camera was masa wedding dulu, tapi at that time gambar blur so we don't have that kind of picture in our collection.

bila naik bilik, birthday card just waiting for me, atas pc.....FOR MY WONDERFUL WIFE...

first time sejak kawin hubby buat surprise ni....

mm, now abang, you are improved so much.. i mean in terms of 'physical' appreciation. tapi bab appreciation yang lain you are superb!! better than me.

sempena umur dah 30 tiada lain yang diharapkan melainkan agar Allah memberi kasih sayangNya buat aku dan keluarga. Memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan di medan ilmu. Memberi ilham, iltizam, hidayah yang tidak kunjung padam.

Dan yang ku damba.....HUSNUL KHOTIMAH...DAN REDHAMU

Friday, May 23, 2008

pembakat semangat juang

beberapa hari lalu , hampit luluh semangat juang aku selepas miting nagn prof davies. sampai 2-3 hari aku tak lalu makan. dgn kes si graham technician tu lagi. tup2 dpaat email dari pengarah sheffield magnetic material centre (SCAMMD)
Dear All

Our warmest congratulations go to Laily for winning the metals section
of the 2nd year poster prize competition last week.

This forms part of a very strong track record for SCAMMD students. We
have been "in the Department" long enough to have had entries in four
successive competitions. In three out of four years a SCAMMD student has
won! This is an excellent track record and, of course, those research
students currently in first year are reminded that the maintenance of
the tradition is very important! No pressure!!

Well done Laily!

Best wishes

Mike


pastu plak tetiba dapat tau yang seorang lecturer di jabatan aku entah amcam amna tau pulak aku punye blog. malu malu. dan telah mengirim ucapan tahniahnya malah memasukkan sedikit cerita aku dalam blognya. terharu...


kadang2 aku megeluh sendiri. PhD ni bukan sekadar 'ujian' untuk mengukur tahap keintelektualan/kepandaian kita dalam disiplin tertentu tetapi juga 'ujian' kita tentaang semua! life!. bagaimana nak deal dengan technician yang ego. nak deal dengan senior, dengan lanlord!, denagn cikdu sekolah anak2. cerita phD bukan sekadar dalam lab dan depan komputer saja. terlalau banyak yang aku belajar. Bila aku berbincang dengan sorang student phD dari mexico, dia seorang yang knowledgable (betul ke eja nih) , tanyelah apa saja pasal bidang dia, dia boelh jawab sellaunya. sehingga hujung2 dia menghantar tesis, dia masih juga buat eksperiemn, walau patutnya dah cukup dah result dia tuh. banyak sangat dah. bila aku dok negluh tentang tempih belajar phD yang sukar untuk habis 3 tahun, dia kata, laily, it's not the matter of time, but the knowledge you get from your phD.

mmm, aku tak kisah untuk buat phD lama2 (kalau untuk ilmu, bukan saja2) , cumanya sapa nak sponsor. itu jek masalahnya. rekod di jabatan ini selalunya 4 tahun. paling2, 3.5 tahun.

yang jelas, ilmu tidak akan habis. walau buat phD 10 tahun pun belum tentu kita pandai sepenuhnya. ia satu proses. balik nanti, kalau berpeluang, aku ingat nak buat post doc (di UK juga) . Mungkin ada rezeki, untuk teman suami pulak. hhehehe. balik upm, belajar jugak dengan senior2. belajar dan terus belajar.

Wahai hati, bertenang lah,
wahai jiwa, tabahlah
wahai minda, cergaslah
wahai badan, sihat lah
wahai akal, bijak lah
wahai emsi, stabil lah
wahai iman, kuatlah...

satu ketika, arsa kenapa lah aku ni baca dan baca tapi tak faham2. bodohkah aku? mungkin masih kurang usaha. kena baca dan bincang dan bincang dan baca.....

semalam, thomas belanja makan , nak celebrate akukatanay, aku pun x faham awat dia yang happy terlebih plak . . jgn tanya kat mana, dah tentunya di bar. aku hanya order potato wedges. harganya mak oi £3.90. potato je tuh. sueprvisor taney, tak lapar ke?, heheh aku kata aku heavy breakfast tadi. hehe apa taknyer, aku dah memulun makan nasi dulu sebab tau, aku hanya akan makan potato, salad, ehheehh. mula2 kami pergi satu bar tu. ngeri aku. semua orang minum beer. tgk situ pizza siap selepas sejam setenagh. kami pindah temapt lain. sib baik kali ni kami pilih makan kat luar sebab matahari menyinar indah plak semalam (thansk sunshine). bukan dalam bar. jadinya selesa sikit dari tengok deretan beer yang tersusun2 situ. lawaknya semua orang order juice. hehe agaknya depa respect aku kot. selalunya, mesti beer. anyway. tahnks la ye thomas....ooops, kami bukan makan berdua,kami makan dengan ahli group lain dan aku satu2nya wanita. janggal rasanya pakai tudung makan dekat bar. sabar jelah ek...thomas schrefl ni bujang . dapat professor di usia yang muda. org nye hensem, kalau aku tak kawin mahu saja aku ngurat dia, ehehheeheheh nak kenal siapa thomas . boleh cari di wikipedia. kot2 sapa2 nak cari calon. aku rekomen dia. baik sanagt. cumanya kena lah bersedia ditinggalkan selalu sebab asik2 gi overrsea saja. apa dah melalut dah ni...

minggu ni bank holiday.. nak kemana ya...may be kami akan ke york kot. pergi pagi balikpetang. busget holiday. maklumlah.....

Monday, May 19, 2008

layan blues..

hari ni seawal 615 pagi aku dah meredah sejuk. selaian dari teman shahiday anak abg din yang akan tinggal sementara di rumah ku utk beekrja, aku sebenarnya perlu bersedia untuk meeting dgn prof davies pukul 10.30 am. mmm Bagus juga nya berpagi2 an dtg ke ofis. tapi sejuk mencengkam merencat tumpuan ku. Seperti biasa, selaluny akalau miting ngan prof davis, akan berakhir denagn tahap ketegangan yang tinggi. stress dan tension. itu lah 2 perkataan, selain mengantuk. maklumlah musim summer ni tiodur x berapa betul. kang kejap2 bangun isyak, kejap2 bangun subuh.

result yang aku buat dikatakan tidak reliable. aku akui since alat tu meragam hari tu. jaidnya aku kena KIV results ni dia x bagi publish lagi. risau dah ni sebab abstract utk dublin dah diterima kang kalau x cukup data, caner nih. aku minta untuk repeat sample sebab ada yang aku tak puas hati sample tuh. namun masalahnya melt spinner tu ntah apa yang x kena, x mahu melt la plak. telah kucuba banyak kali. bikin hati aku hangat saja. aku discuss nagn senior may kita tular induction coil. so, aku tukar lilitannya. kerja ni technician yang kena buat. namun technician itu, graham buat aku hangat hati saja. ada saja yang tak kena. bila dah siap dia lupa /malas/senagja (aku kena siasat) utk letak ptfe sheets yang pada dasarnya x mampu aku b uat. ade ke patut aku kena buat. wei copper tu dah lilit, mana larat atanganaku nak selit sheets. lawaknya masa aku cakap ngan prof davies, word sheets tu sound macam shits, dia confuse, wakakaka aku sebut x berapa betul la tuh. malasnya kau nak jumpa graham tu balik suruh betulkan. aku ingat kat m'sia je ada technician malas, rupanya kat sini puuuuun. aku survey tanya senior lain pasal si graham ni. jawapan nya sama, idiot!. sebab dia nak pencen dah x lama lagi , jadi dia malas nak buat kerje sanagt. macam2

mengantuk sungguh rasa hari ni. x de mood. ish2 baru ej aritu bersemangat bagai. normal ke aku nih.....

oo ye husna dah 5y. tapi aku belum ada mood utk citer dan letak gambar2 dia.


dan tidak lama lagi , next week jek, umur aku bertambah lagi. angka depan dah jadi 3...
ngerinya...... dah 30 ek. dulu aku berazam nak dpt phD sebelum 30 tahun. namun x berjayalah ek. x pelah...

bila b'day teringat mak kat kampung yang selalu beli hadiah dan buat kek. kat sini x tau lah ada ke orang nak buat kek untuk kita kan.....



teringat masa bertunang dulu, dok bayangkan bila raya dapat kad, "selamat hari raya tunang tersayang" namun kad raya tyang aku dpaat adalah kad raya UIA dan tunang aku tu sign jek. Bila birthday terbayang kot2 dapat bunga ke, jam ke. memang dapat jam, tapi jam UIA. aduhh tunnag aku . harap bekas tunang aku tu memahami maksud tersirat ku sempena menjelang usiaku ke 30. ehehheheheheh

teringat masa first time b'day tatkala sudah menjadi isteri, aku siap nagis2 lagi sebab hubby x celebrate dan bagi hadiah pun, merajuk panjang. sebab aku ni dah biasa jenis2 celebrate ni, surprise2, dia pulak x biasa. maka bertentanganlah budaya itu. tapi lama2 aku dah x heran dah. wish pun dah ok. sebab aku rasa x de hadiah yang dapat menandingi hadiah kasih sayangnya pada aku dan anak2. Sesungguhnya dia suami yang penyayang buat aku dan anak2.

tapikan kalaulah ada orang nak bagi hadiah kan. ini aku ada lah nak listkan cadangan2 dan impian hadiah kan. kot2 la kan, yang x de idea nak bagikan , hadiah untuk aku kan.....
1. teringin nak beli jubah2 dan skirt kat http://www.shukr.co.uk/
2. teringin gak tudung butik munawwarah design..please postla kat sini please.(ni utk orang M'sia la nih) .http://www.munawwarah.com/
3. teringin nak lap top dell, yang high spec (http://www.dell.co.uk),utk modelling aku la nih.
4. teringin nak beli buku satu set "developments in permannet magnets" http://www.intertechpira.com/publicationSearch.asp?step=3&ecommProductID=49AC186180E664FAFB1E180E6649AC186180E6652B17EA180E66|2CA024|1491BE
5. teringin untuk pergi ke disneyland , paris, sapa2 nak bagi ini untuk hadiah boleh la ke , ehehh http://www.perantauholidays.com/destinasi/pakej-exclusive/

jadi list hadiah sudah tersedia. ehheehuntuk memudahkan anda smeua membuat pilihan...kui kui kui

Wednesday, May 14, 2008

alhamdulillah

cerita husna pause dulu sebab nanti birthday dia 16h may boelh sekalikan citer .
ni nak citer lain

" the best poster award goes to Miss..(masa ni dah pikir bukan aku ni) ....norlaily m saiden

Haa, aku ker tuh...

Ya Allah, alhadulillah..rezeki , siapa sangka. hadiahnya adalah wang tunai £500 (hadiah termahal pernah dpt , kalau convert RM lah) dan nama anda akan terukir di jabatan.

Aku sangat nervous hari ni. mlm tadi tidur x lena. gara2 competition tu. melihat poster orang lain bikin hari gerun. judges adalah dari pihak industri dan pensyarah tertentu.. aku sedar diri. aku ni x pandai. memang aku inferior. sangat2. aku rasa projek aku buat x best. orang lain lagi best. english aku berterabur. kadang2 aku x faham mendelah aku buat. namun itulah berkat doa hubby dan anak2...siapa sangaka

mula2 akufikir biarlah harini berlalu dengan cepat. aku takut. bila judges dah jln2, dalam hati aku harap jgnlah pergi poster aku. kang takut aku tak boleh jawab. aku sedar. aku x pandai. Namun alhamdulillah, skill masa mengajar di upm dulu amat2 membantu aku. x ku sangka aku boleh bercakap almost 2 hours!

ada sorang judges datang bertanya soalan di luar kotak.
"Why Malaysia sponsors you for this work?"
"Do you enjoy doing this? aku jawab dengan muka sungguh2! yes of coz, i have to , this is my life. ehheh tersonyum2 judge (ni dari company mana daaa)

ada lecturer datang dan berkata
"ok, i don't know about magnet, can you explain from the beginning?"
ada lecturer yang nak investigate how frequent aku jumpa prof daveis. mm sajalah tu . nak bagi aku hangat hati. dah tau prof davies dah retired. aku just cakap
" i just "fully utilize" thomas"

sememangnya prof davies seperti kurang berfungsi. namun dia sangat2 bagus dalam check writting aku. . yang berfungsi hanya thomas. heehaku dah mula panggil dia thomas. sebelum ni berprof2.

yang x bestnya bila nama aku di umum, kena la plak salam. apa nak buat dah semua mata memandang, lensa kamera dah tertuju. salamlah aku dengan sapa ntah (maybe pengaarah company yang sponsor hadiah tu kot) dengan berat hati. ish kalau tau nak menang boleh pakai sarung tanagn heheheh. dia kata "congratulation for your bright poster". hehe poster aku mmg colurful giler and bright colur.

dari depan aku lihat sorang judge tersenyum pada aku sambil angkat tangan tanda bagus. yang kelakarnya kami salam jek. majlis nya beria.hadiahnya nanti. ish sabo jelah. lepas habis konon2 dpt hadiah tu, maka thomas pun meluru pada aku
"congratulation laily", sambil hulur tangan...alamak, salam lagi (lemahnye aku!!!!). judge yang tadi pun pergi dekat aku. memuji aku di depan supervisor "u answer my question very well"
(Ya Allah, berbunganya...hati aku)

bila aku gulung poster, datang sorang lecturer, " i got comment from the judges, they said, you can answer their questions inteligently"
aku: ooo tahnk you, thank you... (apa lagi yang boleh ku kata)

dari naik lift, kuar lift , turun lift, tidak putus2 aku terima ucapan tahniah. terharunya. ada ke patut depa kat "you should go to pub tonite"

supervisor aku plak "laily, we sholud celebrate, ok next week, we can have lunch together" (alamak lemahnya aku, kat bar la nih...)

orang pertama yang dibagiatu, sapa lagi. hubbyla, nak nagis rasa, nangis gembira. heheheh....

rupanya seronok ek kena puji. tapi kita kena beringat sellau pujian ni boleh makan diri. nanti jadi riak, bermegah2, hilang keikhlasan. ambillah yang positif. selepas kemenagan ini, aku jadi lebih termotivasi. ex co-supervisor aku langsung x jenguk poster aku tapi bile dah umum keputusan dia wish.ini cukup menggembirakan aku. aku jadi lebih bersemangat. aku lebih yakin. Moga Allah beri hidayaha dan petunjuk.

(bicara dlm hati )
sebeno nya laily, kamu idok le teruk bebeno. jgnle kamu rasa rendah diri. paling2 koman, deme paham apa yang kamu cakap. oklah tu. sudah2 le rendah diri x abis2. bangun laily, bangun........bangun.....buat apa kamu risau bebeno. kamu je yang rasa teruk. kamu boleh laily, ayuh!!!! langkah harus lebih yakin selepas ini...

moral of the story, yakinlah pada Allah. mintalah padaNya. Dia Maha pemberi rezeki. rezeki kemudahan, ketenangan, rezeki kebahagian, rezeki keyakinan.

dapat duit tu nanti nak beli laptop. heeh harap duit tu x ke lain.

nak inform juga helper baru aku, sudah sampai denagn jayanya. Alhamdulillah. syukur teramat. itu kena buat entry lain plak. oo ye. gambar2 masa competition natilah aku minta jabatan. kalau aku tau aku nak menang , aku bawak camera. heheeh. tulah pasal sebab malu. kang beria2 bergambar, orangtanye x reti jawab, malu la plak.

Moga Allah permudahkan urusan aku memperoleh ilmuNya. PhD hanay lah tool saja. matlamat utama mencari kebenaranNya. Ya kebenaranNya. kebenaraNya yang di cari...

Wednesday, May 07, 2008

husna nan ceria.


x sempat nak karang. letak gambar dulu

adik nan cerdik- terkini


dia suka buat memek muka macam ni kaalu bergambar. Ni gambar dekat tepi rumah kami.gambar ni cute sanagt.




suka gambar ni, waktu usrah di birmingham


tekun dengao story telling cikgu angah waktu visit ke grave art galleries



masih di park. ni waktu lain rasanya



main pasir di Hazel Park


dengan songkok usang itu mas ab'day ababh


maaf ek, sila lihat dalam keadaan senget. heheheini gamabr waktu program smsa day out.

habil akan berusia 3 tahun oktober ni. Alhamdulillah, dah banyak cakap. heeh sebab aku takut sungguh dia ada speech difficulty. walaupun tidaklah selancar along dan angah waktu seusianya, namun kami boleh faham, itupun cukup...along waktu umur cam habil ni dah ada 2 adik dah...tapi habil masih lagi adik. mana tak manja yang amat. pantang along atau angah manja2 ngan umi dan baabh, mulah dia nyempit2.

"shushu mi lees" (susu umi please)- ni bila dia nak menyusu aku. la ni dia jarang2 nak nyusu. ada waktu2 giannya. kiranya dia telah 97% cerai susu. tinggal 3% lagi.
satu hari hubby cium dia sebab nak gi kerje.
habil: "babah gi ne ?
hubby: babah nak gi kerje
habil: nape babah gi je
hubby: babah nak cari duit
habil: naper babah ri wit?
hubby: nak beli mainan habil...
fuhh, x lama kemudian lepas babah dia kerje
habil: mi, ne babah?
ummi: babah gi kerja:
habil: babah gi beli menan habil?
ummi: yer.....
fuh..banyak cakap betul la ni. terutama bila nak tidur.
dah pandai baca doa tidur. namun yang paling clear..."wa amuuuut"

tadi dia borak ngan babah dia.masih dalam ruang lingkup kerje babah dia. sejak babah dia tidurkan dia, dia sangat2 rapat ngan hubby. aku sengaja x nak tidurkan dia sebagai langkah2 memutuskan penyusuan..
"babah, babah gi ner... babah jwb: gi kerje
"babah, hebe (habil) nak gi je....

satu yang aku pelik. dia sanagt2 suka pakai songkok. songkok tu macam nyawa dia. kemana2. kalu dia mandi, tau pulak letak kat tepi, pastu lepas mandi, amik balik. nak tidur, dia letak kat rak, bangun tidur pi cari songkok dia. aduh, ni kenan apa nih. even ke farm, ke london, ke asda. sampai satu ketika aku sorok. kemudian songkok tu terbasuh dlm wash machine. sedih tengok dia pegang songkok yang dah lembik dan basah tu.
"shian okok hebe " (kesian songkok habil)
maka berdirilah dia di tepi heater sambil meemgang songkoknya. konon2 nak keringkan la tuh. nantilah kalau aku ada masa, nak compile gambar2 dia bersongkok merata alam kat uk nih. naik lunyai songkok nan satu tu. aku telah memesan 2 songkok habil minggu ni. semenatara ni aku pujuk dia pakai kopiah sebab x sanggup tengok dia pakai songkok yang dah usang, macam belacan dah.

gambar di atas adalah yang terbaru. aksinya sungguh comel di mata aku

Thursday, May 01, 2008

angah yang keletah!


yang aku puji angah ni dia suka pakai tudung. macam along x suka sanagt. malah angah lagi rajin pakai tudung pergi school.

wajah yang dirindu setiap hari


nak buat caner lagi x tau. masih isap jari lagi.....


ini gambar terbaru. balik dari carboot. crown tu 20p beli terus pakai. make up tu beli seklai dgn beg. along yang make up kan angah.mmm, sabo jerlah...

Anak dara aku yang nombor 2 ni dah besar, dah pandai melaram, dah pandai bergaya. dulu kaku je depan camera . la ni pantang lensa kamera ke arahnya.

idea gila2 dia ni. kalau nak bangun pagi utk ke school payah betul. pandai nya alasan pelik2 direka.
" ummi, i'm so tired...."
" kaki angah sakit, kena gigit shark"
"ummi, angah arsa angah ni demam la "

dia selalu ngigau. lawaknya dia akan bercakap dengan suara yang sangat clear. satu hari dia ngigau cakap
"umi,sayang ummi, cup cup cup..."
ada tu dia ngigau sebut pasal Malaysia..macam2...

kalau nak pergi sekolah sangat2 paling getir dalam hidup aku sekarang ni. dari nak bangun, gosok gigi sampai lah dia nak sampai sekolah. fenin dibuatnya. bila dia dah ni sekolah, fuhh aman dunia. heeheheh .tapi bila dia x de sunyi je rasa rumah. windu plak....

dia mengaji pon OK. tapi taujelah mentang2 babah dia ajar. main2 je lebih. tapi kali ni hubby dah x bagi muka sangat. abih tu la ni baru ni rajin sikit. suka tengok dia ngaji. sebutan nya jelas dan makhraj pun betul. rasa nya ada peluang dia pintas along ni. itupun kalau dia rajin. eheheh aku berharap by the time dia balik M'sia dah boleh baca quran. Ameen.

Wednesday, April 23, 2008

muslim di bumi UK

alhamdulillah, hidup sebagai Muslim di bumi UK ni tidaklah seteruk mana. di sheffield sendiri, masjid amat banyak. tiada masalah langsung. makanan halal pun mudah. namu ada sesetenagh tempat menjadi Muslim di bumi UK satu yang memeritkan.

begini ceritanya...

setelah berlangsung PRI, kami ke cleethorpe beach bersama sahabat2. selepas itu kami berpecah. Aku mencadangkan, apa kata kita solat zuhur di Masjid Grimsby. lagipun imam nya salah satu speaker program kami dan kebetulan hubby baiknya semasa bekerja di grimsby dulu.

Sampai saja di masjid tersebut, kami berpusing2 dihadapan masjid? betul ke ni masjid bang? aku bertanya hubby.
Betullah, dagh banyak kali abg solat kat sini..kata hubby

tiada langsung papan tanda masjid, padahal ini satu2nya masjid di grimsby. pastu plak pintu masjid berkunci raapat. siap ada password lagi. aku mengeluh...

"masjid apa ni, susahnya musafir macam kita, berkunci2"
lantas kami menegtuk rumah Imamnya. berkali2 . tiada jawapan. lantas hubby menelefon. idok jua berjawab. seletalh hampir 10-15 minit kami mundar mandir depan masjid, akhirnya muncullahimamm tu. lanats dengan segera dia mohon maaf. dia di bilik, jadi tak dengar.dia juga bertanay di mana kami parking kereta. hubby kata di luarlah. lanats dia minta kunci kereta kami. dia nak parkingkan dalam masjid. hubby kata , x per, hubby parkingkan sendiri.

mm, aku mula2 pelik jugak, awat tok imam nih..

segera dia bukakan pintu masjid. Fuhh, agak payah nampaknya. macam bukak pintu bank. kemudian kami pun solat dan bersiap untuk balik.

imam itu lantas mengajak kami masuk ke rumahnya. kami berbelah bagi sebab nak cepat balik. 10 minit saja , dia kata. so oklah.

sebaik saja kami masuk ke rumahnya, maka anak2nya berebut2 nak bersalam. yang lawaknya anak2nya termasuk yang lelaki siap cium2 anak dara aku. malu2 si husna, kui kui. Isterinya sanagt peramah. Namanya Noura. dia kurang fasih english. jadi agak sukar berbual dengan nya. Namun anak2nya, 4 orang fuhh berabuk englishnya. maklumlah dagh 2 tahun lebih di bumi UK.

sedang berborak2, noura kata, "wait, 2 minute..."
aku ingta dia nak buat air ke pa. lanats Mak oi.....

dia hidang makan tengahari...kira langkah kanan ni. kami memang lapar. melihat lauk2nya, terkujat juga aku. tanpa malu2 isterinya menyedukkan hubby, aku dan sha yang ikut serta. mak oii, dia letak separuh ikan mackerel atas pinggan. dahla ikna mackeral tu besar amat. sha kata "ini makan nasi lauk ikan ke, makan ikan , lauk nasi nih..."heheh
sambil tu kami borak2, imam terpaksa jadi penterjemah ke[ada isterinya. yaang lawaknya bila tengok nasi dan lauk hubby yang hampir nak habis, dia selamba je letak lagi lauk. Hubby kata (yang ni selepas balik dari rumah imam tu lah), eeei x pernah bini orang senduk lauk atas pinggan abang macam tu....

aku dan sha saling berpandangan.macam mana mahu dihabiskan lauk yang banyak dlm pinggan ni. tercungap2 aku. anamu kahirnya aku mengalah, aku tak mampu nak habiskan, huhuhu

selepas tu dia hidang shai (tea) pulak. hubby bisik, balik kita cepat2 balik, kang lepas ni dia hidang apa plak.heheheh. imam tu sekelurag sangat2 peramah dan baik hati. anak2nya MasyaAllah. rajin dan pandai melayan anak2 aku.

tetiba aku kata nak pi toilet.
Noura: wait.."
lantas noura menjerit : abdullah!!!!!! (aku baru tau rupanya org arab ni kuarnya menjerittttt)
dia spekaing arab dgn anak dia. aku paham le sket2.
lanats abdullah menjerit dari toilet : cold or hot?..la rupanmya aku ni nak buang air , dia siap nak isikan air untuk aku lagi. lantas abdullah letakkan bekas berisi air suam itu ditepi toilet bowl dan meletakkan selipar di kaki aku.
MasyaAllah...kagum aku dibuatnya....

cuaca hari tu agak baik, anak2nya mengajak anak2ku main diluar. aku malas nak amik kasut habil. hubby plak tgh rancak berborak. lantas, noura memberi kasut lain. "small". katanya. yang aku paham, kasut tu anak dia x muat lagi. dalam eberpaa minute mereka bermain diluar. dengar suara habil menangis...

lanats aku bertanya pada Noura "Why? what happened"
lanats Noura menjawab" they are rubbish, lanats dia menunjukkan gaya habil kena tampar dengan anak2 mat salleh yang bermain sekitar masjid" segera anak2 Noura mengunci pintu pagar masjid. Noura juga menunjuk pintu rumah yang dirosakkan oleh budak2 nakal tuh.

Baru aku faham..kenapa masjid terpaksa dikunci, kenapa van kami kena parking kat dalam.

kesian mereka sekeluarga. hidup di situ. menurut kata imam tu, terasa macam nak balik ke egypt, x tahan duduk di Uk. umat islam di arae tu tidak memakmurkan sangat aktiviti masjid. dan orang bukan islam yang sangat racist. patutlah anak2 imam tu sgt excited bermain dengan anak2 kami. lagaknya seoalah2 dah lama kenal. sikit2 peluk. agaknya dah lama mereka x dapat bermain dengan tenang. siannya...

hai, aku dah baper kali bagi signak kat hubby, jom balik. imam tu ajk tengok you tube citer apa ntah. alamak..lantas hubby terpaksa minta diri.

imam tu kata, dah lama rumah dia x didatanagi tetamu. orang2 egpyt sendiri pun x datang rumah dia. terharu kami...

kami balik dengan perut kenya dan ukhuwwah yang baru terjalin..InsyaAllah kami datang lagi. ehehh pastikan perut betul2 kosong ek.ehheheheehehh barulah bermakna...

Ilal liqa' (kata2 aku sebelum balik, tersenyum simpul noura bila denagn aku cakap arab....alah setakat tu boleh lah..


Friday, April 18, 2008

kejutan buat mu

aku telah plan bersama mija untuk membuat surprise sempena hari lahir suami. hubby akan balik rumah pukul 7 malam, namun kebanyakan tetamu hanya boleh dtg pukul 7.30 mlm. jadi aku sms hubby untuk melambat2kan dia balik.
aku: "bang nanti beli roti, banana, yogurt, timun..."
hubby balas "napa banyak sanagt, abang penatlah...(maklumla baru lepas kerje)
aku "kalau abang sayang ummi abang kena beli..." (seakan mengugut la plak)
eheheheheh
apapun umi tau, kalau permintaan dari ummi abang kena tunaikan jugak, kang umi merajuk kang...

to abang,
selamat hari lahir yang ke 32 (muda lagi abang ni). Moga bertambah usia makin bertambah dekat dengan NYa.

Love you so much sayang...






buku la tahzan versi english , hadiah istimewa dari ummi, dan kad sebelah tu adalah dari rakan2 sekerjanya.

kad yang diframe khas buat babah dari kami anak beranak

sorrylah kena tengok senget sikit sebab malas nak edit, nak rotate

tu dia birtday boy sedang potong cake

antara tetamu yang hadir


Doa untuk memohon restuMu ya Allah...

antara menu, nasi ayam, mee sup, rojak buah, fruit custard, kopok leko.....

mija dan habil. mijalah yang chefnya. aku hanya tulis manual masakan jek. aku kena gi lab.

itu dia Sha dan Kai Cheat yang menajdi AJK untuk melicinkan lagi majlis ini. Haa masing2 tgh tapau tu nak balik hall.

Wednesday, April 16, 2008

umurmu bertambah lagi..


Hari ini adalah ulangtahun kelahiran hubby. aku telah merancang untuk buat surprise birthday untuknya. tunggu......

16 april bukan setakat tarikh hari lahirnya saja. buat kami 16 april adalah tarikh keramat di mana pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu aku menghadiahkan padanya'hadiah yang tidak berbalut' (ini istilah yang aku guna dalam komunikasi waktu itu). ahhh ku panggilnya ustaz. tarikh itu 8 tahun lalu aku denagn rasa kesyukuran memberi hadiah yang terindah untuknya. 8 tahun yang lalu hubby sungguh berdebar2, setelah menanti 3 minggu jawapan daripada aku. maka aku menanti tarikh hari lahirnya untuk memberi 'hadiah' itu. aku telah memberi harapan masa depan hari bahagia kami. waktu itu kali pertama bersua muka dengan bakal ibu mertua, tapi masa tu bersama segerombolan rakan2, namun pada tarikh itu hubby belum pun memberitahu ibunya. sebab aku meminta dia berjumpa dulu dengan keluarga aku untuk meminta keizinan berkawan atau dengan kata yang lebih mesranya, memulakan langkah ke gerbang perkahwinan. seminggu lepas tarikh itu, hubby pula bersua muka dengan mak aku, (aku tiada keraana ada jemputan ceramah di pahang) . maka denagn kata mudahnya rasmilah proses ini dalam tempoh ~seminggu saja. dia telah lulus ujian temuduga oleh family aku. dan tidak lama kemudian dia meminta izin dari emak ku untuk membawa aku berjumpa familynya. makan ditemanai 2 sahabat lain kami bertemu di rumahnya. dan tak lama kemudian kami menanti tarikh bertunang. ahh sempoinya kami.

ahh, tarikh ini begitu nostalgia buat kami. entah mana ek dia letakkan hadiah yang tidak berbalut itu....

inilah hasil dari hadiah yang tidak berbalut itu

sehari di kota london

cuti easter yang lalu sempat juga kami ke london. hanya sehari. apa nak buat, bajet ciput...

se awal pagi perjalanan kami ditemani oleh snow..meredahi kota london dalam keadaan sejuk membeku....

kami dah ketaq....sejuk banget ..bergambar berlatar belakangkan big ben


sekadar dapat tengok dan bergambar sahaja dengan london eye. nak naik idokle mampu...

kami merentasi sungat thames

di tower of london

tower bridge, sempat gakla jalan atas tu mencari2 tapak mana ni nak solat..

akhirnya kami bersolat di underground. ditepi tangga.tapi alhamdulillah, tiada masalah, walaupun tidak selesa orang tengok semacam la plak. apapun yang penting, jalan-jalan juga, solat jangan lupa..

kesimpulan yang dapat dari tour london ni. tidaklah hebat sangat london ni. tetapi promosinya bukan main. apapun aku [erhatikan mereka sanagt menghargai sejarah. bangunan2 dipelihara dan dipulihara denagn baik.

yang kelakarnya waktu naik tour bus tu, tourist guide tu bila lalu satu hotel dok bagitau disinilah elizabet taylor honey moon. bila lalu satu round about, dia cakap ingat tak cerita james bond. haa kita lalu metropolitan police, temapt james bond...lalu satu kedai budak2..di sinilah puteri diana beli rain coat...lalu satu kenai di sini aritis selalu buat rambut.. ish ish...bukan main pandai dia promosi

inilah dia pak cik yang tidak penat2 bercerita...

jadi, kelebihan british ialah mereka pandai memanipulasi sedikit kelebihan yang mereka ada. walau tempat tu x berapa nak best, mereka mampu menjadikan nya best. bijak bijak.... rasanya kita yang tertipu dan tergoda.....

Maha suci allah, di kota london, dapat disaksikan begitu ramai manusia yang masing2 seperti aku agaknya...

aku masih meneliti dan berfikir...rasional, moral dan kesan2 positif aku ke london...tapi apa nak buat aku akan ke london lagi lepas ni untuk conference. london lagi....

moga bila jauh perjalanan luaslah ilmu dan meningkatlah iman. bukanlah sekadar jalan2 seperti orang kebanyakan. habis duit dan penat. aku mahu lebih dari itu...