Wednesday, May 14, 2008

alhamdulillah

cerita husna pause dulu sebab nanti birthday dia 16h may boelh sekalikan citer .
ni nak citer lain

" the best poster award goes to Miss..(masa ni dah pikir bukan aku ni) ....norlaily m saiden

Haa, aku ker tuh...

Ya Allah, alhadulillah..rezeki , siapa sangka. hadiahnya adalah wang tunai £500 (hadiah termahal pernah dpt , kalau convert RM lah) dan nama anda akan terukir di jabatan.

Aku sangat nervous hari ni. mlm tadi tidur x lena. gara2 competition tu. melihat poster orang lain bikin hari gerun. judges adalah dari pihak industri dan pensyarah tertentu.. aku sedar diri. aku ni x pandai. memang aku inferior. sangat2. aku rasa projek aku buat x best. orang lain lagi best. english aku berterabur. kadang2 aku x faham mendelah aku buat. namun itulah berkat doa hubby dan anak2...siapa sangaka

mula2 akufikir biarlah harini berlalu dengan cepat. aku takut. bila judges dah jln2, dalam hati aku harap jgnlah pergi poster aku. kang takut aku tak boleh jawab. aku sedar. aku x pandai. Namun alhamdulillah, skill masa mengajar di upm dulu amat2 membantu aku. x ku sangka aku boleh bercakap almost 2 hours!

ada sorang judges datang bertanya soalan di luar kotak.
"Why Malaysia sponsors you for this work?"
"Do you enjoy doing this? aku jawab dengan muka sungguh2! yes of coz, i have to , this is my life. ehheh tersonyum2 judge (ni dari company mana daaa)

ada lecturer datang dan berkata
"ok, i don't know about magnet, can you explain from the beginning?"
ada lecturer yang nak investigate how frequent aku jumpa prof daveis. mm sajalah tu . nak bagi aku hangat hati. dah tau prof davies dah retired. aku just cakap
" i just "fully utilize" thomas"

sememangnya prof davies seperti kurang berfungsi. namun dia sangat2 bagus dalam check writting aku. . yang berfungsi hanya thomas. heehaku dah mula panggil dia thomas. sebelum ni berprof2.

yang x bestnya bila nama aku di umum, kena la plak salam. apa nak buat dah semua mata memandang, lensa kamera dah tertuju. salamlah aku dengan sapa ntah (maybe pengaarah company yang sponsor hadiah tu kot) dengan berat hati. ish kalau tau nak menang boleh pakai sarung tanagn heheheh. dia kata "congratulation for your bright poster". hehe poster aku mmg colurful giler and bright colur.

dari depan aku lihat sorang judge tersenyum pada aku sambil angkat tangan tanda bagus. yang kelakarnya kami salam jek. majlis nya beria.hadiahnya nanti. ish sabo jelah. lepas habis konon2 dpt hadiah tu, maka thomas pun meluru pada aku
"congratulation laily", sambil hulur tangan...alamak, salam lagi (lemahnye aku!!!!). judge yang tadi pun pergi dekat aku. memuji aku di depan supervisor "u answer my question very well"
(Ya Allah, berbunganya...hati aku)

bila aku gulung poster, datang sorang lecturer, " i got comment from the judges, they said, you can answer their questions inteligently"
aku: ooo tahnk you, thank you... (apa lagi yang boleh ku kata)

dari naik lift, kuar lift , turun lift, tidak putus2 aku terima ucapan tahniah. terharunya. ada ke patut depa kat "you should go to pub tonite"

supervisor aku plak "laily, we sholud celebrate, ok next week, we can have lunch together" (alamak lemahnya aku, kat bar la nih...)

orang pertama yang dibagiatu, sapa lagi. hubbyla, nak nagis rasa, nangis gembira. heheheh....

rupanya seronok ek kena puji. tapi kita kena beringat sellau pujian ni boleh makan diri. nanti jadi riak, bermegah2, hilang keikhlasan. ambillah yang positif. selepas kemenagan ini, aku jadi lebih termotivasi. ex co-supervisor aku langsung x jenguk poster aku tapi bile dah umum keputusan dia wish.ini cukup menggembirakan aku. aku jadi lebih bersemangat. aku lebih yakin. Moga Allah beri hidayaha dan petunjuk.

(bicara dlm hati )
sebeno nya laily, kamu idok le teruk bebeno. jgnle kamu rasa rendah diri. paling2 koman, deme paham apa yang kamu cakap. oklah tu. sudah2 le rendah diri x abis2. bangun laily, bangun........bangun.....buat apa kamu risau bebeno. kamu je yang rasa teruk. kamu boleh laily, ayuh!!!! langkah harus lebih yakin selepas ini...

moral of the story, yakinlah pada Allah. mintalah padaNya. Dia Maha pemberi rezeki. rezeki kemudahan, ketenangan, rezeki kebahagian, rezeki keyakinan.

dapat duit tu nanti nak beli laptop. heeh harap duit tu x ke lain.

nak inform juga helper baru aku, sudah sampai denagn jayanya. Alhamdulillah. syukur teramat. itu kena buat entry lain plak. oo ye. gambar2 masa competition natilah aku minta jabatan. kalau aku tau aku nak menang , aku bawak camera. heheeh. tulah pasal sebab malu. kang beria2 bergambar, orangtanye x reti jawab, malu la plak.

Moga Allah permudahkan urusan aku memperoleh ilmuNya. PhD hanay lah tool saja. matlamat utama mencari kebenaranNya. Ya kebenaranNya. kebenaraNya yang di cari...

4 comments:

jemot said...

TAHNIAH LAILYYYYYYYYYYYYY i am sooooo happy for u

Unknown said...

waahh laily, congrats, yus tumpang gembira sekali.

Aryati Bakri said...

Laily..tahniah..tahniah...Good work

Semoga semakin lebih berjaya ...

kak yati

hishamuddinz said...

Tahniah!! Moga-moga akan terus berjaya dan membawa balik kejayaan ke Jbt Fizik