Wednesday, April 16, 2008
umurmu bertambah lagi..
Hari ini adalah ulangtahun kelahiran hubby. aku telah merancang untuk buat surprise birthday untuknya. tunggu......
16 april bukan setakat tarikh hari lahirnya saja. buat kami 16 april adalah tarikh keramat di mana pada tarikh ini, 8 tahun yang lalu aku menghadiahkan padanya'hadiah yang tidak berbalut' (ini istilah yang aku guna dalam komunikasi waktu itu). ahhh ku panggilnya ustaz. tarikh itu 8 tahun lalu aku denagn rasa kesyukuran memberi hadiah yang terindah untuknya. 8 tahun yang lalu hubby sungguh berdebar2, setelah menanti 3 minggu jawapan daripada aku. maka aku menanti tarikh hari lahirnya untuk memberi 'hadiah' itu. aku telah memberi harapan masa depan hari bahagia kami. waktu itu kali pertama bersua muka dengan bakal ibu mertua, tapi masa tu bersama segerombolan rakan2, namun pada tarikh itu hubby belum pun memberitahu ibunya. sebab aku meminta dia berjumpa dulu dengan keluarga aku untuk meminta keizinan berkawan atau dengan kata yang lebih mesranya, memulakan langkah ke gerbang perkahwinan. seminggu lepas tarikh itu, hubby pula bersua muka dengan mak aku, (aku tiada keraana ada jemputan ceramah di pahang) . maka denagn kata mudahnya rasmilah proses ini dalam tempoh ~seminggu saja. dia telah lulus ujian temuduga oleh family aku. dan tidak lama kemudian dia meminta izin dari emak ku untuk membawa aku berjumpa familynya. makan ditemanai 2 sahabat lain kami bertemu di rumahnya. dan tak lama kemudian kami menanti tarikh bertunang. ahh sempoinya kami.
ahh, tarikh ini begitu nostalgia buat kami. entah mana ek dia letakkan hadiah yang tidak berbalut itu....
inilah hasil dari hadiah yang tidak berbalut itu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment