Wednesday, May 07, 2008
adik nan cerdik- terkini
dia suka buat memek muka macam ni kaalu bergambar. Ni gambar dekat tepi rumah kami.gambar ni cute sanagt.
suka gambar ni, waktu usrah di birmingham
tekun dengao story telling cikgu angah waktu visit ke grave art galleries
masih di park. ni waktu lain rasanya
main pasir di Hazel Park
dengan songkok usang itu mas ab'day ababh
maaf ek, sila lihat dalam keadaan senget. heheheini gamabr waktu program smsa day out.
habil akan berusia 3 tahun oktober ni. Alhamdulillah, dah banyak cakap. heeh sebab aku takut sungguh dia ada speech difficulty. walaupun tidaklah selancar along dan angah waktu seusianya, namun kami boleh faham, itupun cukup...along waktu umur cam habil ni dah ada 2 adik dah...tapi habil masih lagi adik. mana tak manja yang amat. pantang along atau angah manja2 ngan umi dan baabh, mulah dia nyempit2.
"shushu mi lees" (susu umi please)- ni bila dia nak menyusu aku. la ni dia jarang2 nak nyusu. ada waktu2 giannya. kiranya dia telah 97% cerai susu. tinggal 3% lagi.
satu hari hubby cium dia sebab nak gi kerje.
habil: "babah gi ne ?
hubby: babah nak gi kerje
habil: nape babah gi je
hubby: babah nak cari duit
habil: naper babah ri wit?
hubby: nak beli mainan habil...
fuhh, x lama kemudian lepas babah dia kerje
habil: mi, ne babah?
ummi: babah gi kerja:
habil: babah gi beli menan habil?
ummi: yer.....
fuh..banyak cakap betul la ni. terutama bila nak tidur.
dah pandai baca doa tidur. namun yang paling clear..."wa amuuuut"
tadi dia borak ngan babah dia.masih dalam ruang lingkup kerje babah dia. sejak babah dia tidurkan dia, dia sangat2 rapat ngan hubby. aku sengaja x nak tidurkan dia sebagai langkah2 memutuskan penyusuan..
"babah, babah gi ner... babah jwb: gi kerje
"babah, hebe (habil) nak gi je....
satu yang aku pelik. dia sanagt2 suka pakai songkok. songkok tu macam nyawa dia. kemana2. kalu dia mandi, tau pulak letak kat tepi, pastu lepas mandi, amik balik. nak tidur, dia letak kat rak, bangun tidur pi cari songkok dia. aduh, ni kenan apa nih. even ke farm, ke london, ke asda. sampai satu ketika aku sorok. kemudian songkok tu terbasuh dlm wash machine. sedih tengok dia pegang songkok yang dah lembik dan basah tu.
"shian okok hebe " (kesian songkok habil)
maka berdirilah dia di tepi heater sambil meemgang songkoknya. konon2 nak keringkan la tuh. nantilah kalau aku ada masa, nak compile gambar2 dia bersongkok merata alam kat uk nih. naik lunyai songkok nan satu tu. aku telah memesan 2 songkok habil minggu ni. semenatara ni aku pujuk dia pakai kopiah sebab x sanggup tengok dia pakai songkok yang dah usang, macam belacan dah.
gambar di atas adalah yang terbaru. aksinya sungguh comel di mata aku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment