Thursday, June 26, 2008

pendidik berjiwa murabbi

Alhamdulillah baru selesai 'mengerjakan' melt spinner. Tadi hampir2 putus asa sebab generator tidak berfungsi. segera ku panggil technician. 2 orang datang cuba untuk mengesan apa lah masalahnya, tekan sini, tekan sana, cuit itu ini, tak menajdi. last2 baru perasan ada orang tertekan emergency button. sabar jelah, technician tu tersenyum dan menyebut" OK, give me five" sambil tangannya menghala ke arah aku minta disambut, eheheh, aku senyum " sorry, i cannot touch your hand, " . Dia tersenyum tanda faham (agaknya la). akupun senyum saja...tapi aku puas..kerana hasil ribbon yang ku tunggu akhirnya di depan mata. Jadi mulai hari ini bermula lah kerja2 kilang aku....fuh....

apa kaitan nye dengan tajuk entry ni... bersemanagt ni sebab baru denagr talk oleh Cikgu Sidek.

Aku seorang pendidik. sejak kecil lagi aku memang bercita2 menjadi cikgu. Dan aku anggap hingga kini cita2 itu masih meresapi dalam diri. Pensyarah juga cikgu, juga pendidik. Cuma tambahan kerje bagi pensyarah ialah research. Asas kerja pensyarah adalah mengajar dan menyelidik. tambahan mungkin serba sedikit kerja pentadbiran, mungkin sebagi auditor, mungkin sebagai ajk itu ini, serba serbi. Cukup kah tugasan itu mengangkat martabat pensyarah sebagai pendidik? Jauh sekali. Apatah lagi bila dikaitkan dengan pendidik dengan murabbi.


Berjiwa Murabbi

Aku ingin menjadi pendidik berjiwa murabbi. bukan sekadar melakukan tugas asasi tetapi juga mentarbiyyah. Murabbi yang 'aura'nya boleh dirasa oleh pelajar. bagaimana? aku ingin mendidik pelajar2 agar Kenal diri,kenal Tuhan, tahu tujuan hidup, apa akhirnya hujung hidup kita. namun aku mengajar Fizik, bukan ilmu agama, bukan tamadun islam. Bagaimana itu ya?

Menulis mahupun bercakap, apatah lagi berteori tidak semudah realiti. Dulu2 kita di ajar simple harmonic motion contohnya. kita belajar tentang damping. kita kaitkan dengan macam2 contoh, ombak, buaian, pendulum. apa saja yang back and forth melalui path yang sama. Graf yang amplitudnya makin berkurang dan berkurang. Jika kita berfikir di luar kotak, kita boleh kaitkan dengan putaran hidup kehidupan. Tiada kuasa Yang jauh lebih hebat dariNya. Akhirnya lama2 kita akan tiada juga seperti hilangnya nya amplitud dalam graf itu melainkan ada force dari luar. motion sudah tiada, tiada harmonic lagi. Namun force itu tidak dapat mengalahkan force Allah. Yang tiada tolok bandingnya. Aku pernah mengajar subject mechanic and waves. topik ini. bila aku tanye pada pelajar, rupanya ada juga yang boelh berfikir. Bukan mudah memaknakan fizik dalam kehidupan. aku letak gambar Hanis dalam buaian. hehe student aku pasti ingat, rasanay akulah satu2nmya pensyarah yang letak gambar anak2 sebagi object dalam nota kuliah. kita buai buaian, lama2 dia berhenti, kita buai lagi. bila kita berhenti buai, buaian pun berhenti . Namun ada orang mencipta buai electric. boleh set berapa jam nak buai .haa, masa ni betul simple harmonic motion berlaku. tiada damping. namun lepas tempoh tu berakhir, buai itu akan berhenti juga.Allah Maha Berkuasa. Tiada yang akan lebih padaNya. dia sentiasa lebih hebat. Maha Agung, Maha mengetahui.

Cukupkah sekadar bijak?

Kita lihat ramai manusia di luar sana yang bijak dalam belajar, tetapi ilmunya tidak dapat dimaknakan dalam kehidupan. Lihat kisah tragis Sufiah. Seorang yang bijak. setakat kalkulus dan algebra tu pejam mata je orang kata. Namun beliau diuji Allah dengan ketidakmampuan untuk mengenal, memilih dan membeza, apatah lagi ingin mengaplikasi matematik dalam nilai Hidup. Moga Allah beri hidayah padanya dan kekuatan kepada keluarganya. Allhumma Ameen. Teringat kata2 kak halimahtun, ibu sufiah, katanya "pandai bermakna tahu membezakan yang baik dan yang buruk". Lihat, murabbi perlu semai nilai murni agar pelajar boleh menilai , bukan sekadar denagn akal tapi menilai dengan jiwa rabbani.

Mendapat deretan A bukan bermakna segala2nya. Namun janagn jadikan itu alasan untuk tidak perlu mendapatA. Alangkah bagus jika bijak dalam ilmu dan bijak juga dalam mengatur hidup. Sudah terlalu banyak contoh2 ulaam' islam yang hebatnya bukan kepalang. Malah sekarang ini juga sudah ramai golongan yang bukan aliran agama namun boleh berbicara tentang agama. Bukankah itu satu kelebihan yang tiada tolok bandingnya?

Nilai tambah bagi pendidik
Kita mahu menjadi pendidik yang punya nilam tambah. Nampka hebat dengan ilmu di dewan kuliah tapi juga harus hebat dengan akhlak di depat keluarga, depan masyarakat.






Mencari Kebenaran

Sukar sebenarnya hendak menjadikan ilmu yang kita pelajari sebagai satu tautan kita dengan Ilahi. APtahlagi subjek kita nampak macam sekular. Kajian, pemerhatian, analisis, modelling, sebagainya adalah salah satu cara kita mencari kebenaranNya. Penyelidikan yang kita buat untuk mencari, menyelongkar, mengekplorasi rahsia Ayat-ayat Allah. atau mudahnya tanda2 kebesaran Allah. Sebab Allah suruh kita berfikir, berfikir dan berfikir, "afala ta'lamuun" tidakkah kamu mengetahui? bagaimana harus tahu jika tidak mengkaji?

jejak2 mencari kebenaran pastinya penuh onak dan duri. Pastinya kita tidak sama dengan dengan Thomas Edison, si pencipta mentol dan Henry ford, orang yang memajukan kereta.Yes, mungkin kita boleh berkongsi semangat tidak mahu kalahnya, tetapi kita mahu lebih dari itu. Kita mahu jadi perubah ! bukan sekadar merekacipata sesuatu yang bermanfaat untuk umat tapi juga mengubah sikap dan pemikiran. In jauh lebih sukar.

Ilmu tahap tinggi

Kalu ilmu silat mungkin ilmu tahap tingginya kebal atau tidak lut kena parang atau, boleh ghaib tiba2. kalau bagi pendidik a.k.a apakah ilmu tahap tinggi? Jika dalam dunia pendidikan, plaing tinggi adalah menda[pat phD , jika dalam dunia pekerjaan pendidikan, paling tinggi adalah menjadi professor. Siapa yang tidak mahu jadi professor? lebih2 lagi pada usia muda. sekarang ni, sudah ramai professor berusia bawah 40 an. Agak2nya aku dapat tak prof sebelum 40? Namun bukan itu taruhannya. aku mahu biarlah jawatan sama taraf dengan ilmu, malah biar ilmu yang lebih tingi dari jawatan. Itu lebih baik.

Memang target duniawi ingin bergelar professor tetapi biarlah seiring dengan target ukhrawi. Allah berjanji untuk mengangkat darjat orang yang berilmu. Itu janji Allah yang pastinya tidak akan dimungkiri. darjat yang Allah beri pastinya jauh lebih tinggi dari darjat yang manusia beri.

Iltizam murabbi

Aku tidak tahu amal soleh yang mana yang akan membantu aku masuk syurga. Aku juga tidak tahu dosa mana yang mungkin menghumbankan aku dalam neraka. Aku kin dalam Takut dan Harap. takutkan azabNya dan Harapnya RahmatNya.

Aku sedar diri. Aku bukanlah golongn yang lahir dengan akal yang bijak, dan pandai. Aku sedar, terlalu banyak kelemahan yang tertampung dalam diri. pPada aku yang penting, aku tahu, apa yang aku tidak tahu. Tetapi aku tidak mahu jadikan kelemahan tidak tahu itu menjadi tidak tahu selama-lamanya. aku tidak mahu menjadi rendah diri tidak bertempat. Iltizamnya, kelemahan adalah untuk di tangani, bukan dirintihi. Sekurang2 mungkin sedikit kelebihan mampu menaikkan rasa yakin bahawa Allah jadikan manusia itu sebaik2 kejadian. Setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing2.

Aku ingin jadi seperti aku. Aku mahu jadi pendidik berprinsip. Yang tahu membeza dosa, pahala. tahu membeza, benar salah. Juga beretika. Sangat penting dan amat2 penting. Ilmu bukan untuk dimegahkan apatah lagi untuk minta disanjungi. Ilmu adalah untuk dimanfaat, dan satu 'tool' untuk mendekat diri pada yang Maha Esa.

Doa Murabbi

Ya Allah Rabbul Jalil, Yang menjadikan Alam, Yang mematikan, Yang menghidupkan
Ya Allah, Ya Karemm, Aku ini lemah yang Allah, maka kuatkanlah aku
Aku ini hina ya Allah, maka muliakan aku di sisiMu,
Terlalu banyak yang aku tidak tahu YaAllah, berikanlah aku sedikit IlmuMU....

Ya Allah, Jadikan hidupku, matitu, amalanku, ibadatku, ilmu ku hanya keranaMU. Tidak lain dan tidak bukan hanya keranaMu. Jadikan Ilmu ku bermanfaat untuk diriku dan Umatku, jadikan ilmu ku menaikkan darjatku di sisiMU.

Janganlah jadikan aku angkuh dengan ilmu, takabbur dengan kemewahan, riak dengan kepandaian. Jadi aku aku hamba yang selalu ikhlas, redha dan kuat semangat juangnya. seperti semangat juang Rasul2Mu, para sahabat, dan para tabi'en...

Andai aku leka Ya Allah, kejutkanlah aku, bantulah aku...Kurniakan aku sahabat yang soleh yang boleh menyedarkan salah silapku, yang boleh berkongsi inspirasi, yang boleh berkongsi suka dan suka.

Permudahkan urusan ku Ya Allah
Permudahkan urusan ku Ya Rahman
Permudahkan urusan ku Ya Rahim

Ameen Ya Rabb













p/s: entry ini sangat panjang kerana aku memakan masa yang lama untuk buat, sebanyak 3 kali aku tapi akhirnya barulahsiap dan bersedia untuk dipublishkan.sekadar berkongsi.

2 comments:

jieismail said...

salam

wachhaaa..energetic artikel kali ni! buleh jadi ketua helwa balik mesia nanti!

semoga Allah beri kemudahan taufikNya untuk terus lagi menulis dan menulis dan menulis...

ummu_naqeebah said...

salam,
wei wei, amatlah jauh nak jadi ketua helwa. idoklah teman mampu