Friday, September 29, 2006

Akhirnya...

Alhamdulillah, syukur teramat aku telah mendapat suarat tawaran biasiswa rabu hari tu walaupun result ilets terbaru x kuar lagi. . aku saja gatal2 tangan call KPT tanye status aku. sebab kan dulu aku dpt 6.0 , KPT nak 6.5 jadi KPT x kuar surat padahal . sebenarnya biasiswa aku dah lulus cuma bersyarat, english tulah. tapi rupanya depa terima jugak result 6.0 tuh . yg geramnyer awat tak bagitau aku?????? aku ni dah la amik lagi sekali. duit lagi. pastu pulak masa dah suntuk, aku kena register ahad ni. dah giler???? alhamdulillah, sheffiled setuju aku defer sampai 15 nov. aduih, habih duit repeat ielts tapi puas hati sebab akhirnya dapat jugak 6.5!!!! happy sebab yg paling x sangka speaking dpt 7, kuang kuang, padahal masa mula2 amik dulu dpt 5 jek. kira la nih dah berabuk aku cakap omputih, ehheeheh. yelah, sebab aku practice speaking dengan cakap sorang2, dlm kete, bilik air, atas katil, eeei macam orang giler. Tapi aku rasa sebab rezeki, sebab aku x confident mas atuh, soalan tanye pasal bird, dancing...fuhhh, berpeluh aku

La nih byk mende nak pikir, tiket x booking lagi. aku rasa aku pergi dalam 11 nov atau 12 nov. sebab kawan kat sana minta bior le sampai hujung minggu x de le depa penat. tu satu hal. passport , visa , income tax, umah, kete, tanah, bibik, huwaaaa, byk mende nih....Lagi stau sama mula2 terima surat tawaran tu, gabra giler sebab dia kata dia hanya sponsor aku tetapi x sponsor keluaga. Mak oiii, aku x leh tidur sanagt malam tu sebab boleh idup ke dengan single scholarship ni. pastu aku sms kat en. johan , pendaftar, dia kata elaun family ngan housing upm bayar. fuh!!! baru lega...kalau tak duit yg aku dapat hanya lepas untuk sewa ruma jek. pastu nak makan apa????

Hikmahnya aku dapat lambat sebab aku sempatle beraya sakan kali nih, sebab lepas nih aku akak beraya di negara asing. sedih nya, sob sob, tinggalkan byk mende kenangan manis dan pahit di bumi tanah tumpah darah. ahh aku kan dah kata aku nak berhijrah. aku nak berjuang. aku nak berjihad. menuntut ilmu untuk manfaat ummah. aku nak berjaya, menjadi ibu dan pelajar.............

Doakan aku dan keluarga. perasaan bercampur baur ni. gembira sebab akhirnya dapat peluang belajar de tempat baru, sedih, tinggal semua. takut, boleh ke aku survive dengan 3 anak yang cenonet itu...Ya Allah, bantulah hambamu ini........

Tuesday, September 26, 2006

ramadhan kareem

ramai rasanay org buat entry khas sempena ramadhan. kakak aku baru bersalin semalam, puasa kedua. sian dia jenuh le mengganti sebab last year dia bersalin lebih kurang aku, dah kena ganti satubulan penuh. x sempat habis ganti peknen balik, tahun ni bersalin bulan posa lagi. aduh....kira 2 bulan nak ganti wei.....aku masih belum dengar kisah penuh dia nih, yg tau baby girl, berat 4+ kg. selamba je huby aku kata patut le tgk macam tong deram. sebab nak besar sangat perut dia. aku call maid dia yg angkat, dia x tau mende sangat. ish kira ni anak ke3 dia.nak lawan aku tuh..

Kira mak aku ni dari tahun 2002 sampai 2006 dia terima cucu setiap tahun, maka setiap tahun jugalah umah kami kenduri akikah hingga orang kampong pon cam 'pelik-pelik'. Suburnya anak orang nih, hehehhe. tahun lepas dapat sekali dua. aku bersalin habil cuma beza 2 minggu dari (ayong (kakak aku la ) aku ada satu je kakak.

Alhamdulillah, ramadha penuh keberkatan. setelahsekian lama aku tidak berterawih di surau. kali terakhir waktu aku pregnnatkan husna, pastu x pernah lagi sebab kau x de maid, sapa nak jaga anak2 aku. tapi kali ni, boleh aku berterawih di surau. seronoknya bila balik terawih nagn hubby naik motor cam romantik pak, heehehhe. solat maghrib berjemaah, maid aku pon ikut sekali, + anak2 3 orang yg nyibuk2 tuh.

apapon, aku mengharap berlaku keajaiban sempena ramadhan ini. MOga hidup aku sekeluarga diberkati dan diredhoi. Moga dapat la rasai ni'mat lalatul qadar, lebih baik dari seribu bulan....

Ameen....

Friday, September 22, 2006

apa-apa aje

actually x tau nak letak tajuk apa. anniversary dah berlalu tapi semangat annyversary masih terbawak2 lagi. heheeh. byk sangat event yang berlaku last week. dalam sibuk2 aku nak exam, aku kena jadi penagrah program hari anugerah cemerlang fakulti sehari sebelum exam. memnag penat giler. sogan gak kena duduk sobelah dekan atas pentas. hehe dan buat pertama kali aku pakai selendag pusing2 , jadi ramai le yg menegornye, cantikla konon (perasan , heheh). aku kan jarang bergaya, bila sekali bergaya, vouge gituh. kami buat konsep open air sket kali ni. selalu buat dalam dewan kali ni buat kat luar pulak. tengah aku excited beri ucapan, hujan pon turun dengan lebatnye. so, org x baper concentrate aku cakap apa. x perlah, apapon aku enjoy. mm, malam tu kol 9 lebih aku dah tidur, kepenatan, esok pagi2 dah nak exam. doakan moga berjaya kali nih.

entry 2: sebelom aku exam. aku gi workshop. kebetulan cuti sem seminggu, boleh la aku focus sket. sakit jiwa betul workshop tu start kol 1 - 5 petang. x de gap nak solat. dlm ramai2 aku perasan hanya 3 orang je solat zohor. ni kira main kuar2 jelah. aku+ sorang lecture uitM + sorang lecturer UPM. kami minta solat kat dewan sebelah. tempat tu x de surau. hampeh betul. aku pelik, yg lelaki2 ramai2 tuh period ke? ramainya army officer. ish, teruk betul.

Satu perkara yang tidak dpt aku lupakan seumur hidup. aku parking kete depan McD masa workshop tuh. aku tengok ramai parking situh. tup2 bila balik aku tengok kete aku dah x de. seriau nyer. kena curik ke????? rupanya kete aku kena tunda ngan MPSJ
aku dikira salah parking dah le kena bayo RM134 setelah diskaun. ish dahlah aku sengkek x pasal2 kena bayo kat MPSJ. ni mesti aku ni kurang bersedeqah ke x ikhlas ke , sebba itu agaknya Allah tarik duit aku. insaf, insaf...

entry 3
akhirnya aku dah berjaya menghabiskan puasa 26 hari. Alhamdulillah. serik rasanya beranak bulan posa. hehehelepas ni kena rancang kalau boleh bersalin selain bulan posa. Tapi aku tengok waktu aku habis posa ramai kengkawan yg hanya kena ganti 1 hari pon x ganti2 lagi. ish, teruknya....

entry 4
habil dah mula berjalan tapi belum gagah lagilah. tapi cute sangat tengok dia jalan. maklumlah badan dia debab. heheeh ramai yg tanye kasi makan apa anak tuh, debab gitu. x de apa, makan cam biasa, bubur, buah, cuma istimewa nya habil, dia hanya minum susu ibu sahaja. aku target dulu , paling kurang pon lepas setahun baru nak campur susu formula. Tapi kalau x de masalah , naper nak campor ek. baik teruskan jelah......

entry 5
ish baper byk entry dah, hhehe. lawak plak ada le satu malam aku borak ngan husband. la ni kami sellau berkesempatan kuar dua2 sebab nak temankan dia siapkan proposal PhD dia. moga2 dia ada rezeki untuk dapat biasiswa. ameen. tetiba dia tanye aku pada suatu malam
hubby: eh, anak ke 4 kita nak namakan apa?
aku: ish, abang ni blom peknen dah nak pikir nama anak. apa kata nama ***** ( aku laks excited nak reka nama)
hubby: mmm, abang nak nama yang unik sikit, lain dari lain
aku: nama lelaki susah lah, kalau nama ****
hubby: x bestlah...
aku: nantikan masa kat sekolah org buat lawak. siapa nama naqeebah usrah awak, depa jawab naqeebah. ialah sapa nama dia. depa jawab naqeebahlah, nama dia husna naqeebah...heheheh
hubby: nanti orang panggil dia Kak Aqeeb (chewah mandai jelah )
aku: apa kata nama nih***
hubby : mm
aku: ap nama ni plak *****
hubby....ZZZZZZ dah tidur la plak....

sebenarnya susah nak cari nama sebab hubby nak bagi mesti start huruf H. ada cadangan tak?

Entry 6
ok, aku janji ni yg last!!! kebetulan ada open day kampong baru medical centre , tempat keje husband aku la tuh. aku terlibat jadi pengadil pertandaingan mewarna. mula2 depa suruh aku jadi pengadil baby comel , pastu x jadi laks. tapi aku frust sebab habil x leh masuk pertandingan tu sebab hanya sampai umur 10 bulan saja. ish, habil dah 11 bulan. tension betul. pertandingan mewarna plak start umur 4 tahun. husna baru 3 tahun +. ish..geram betul. last2 husband aku letak tikar , dia minta kertas yg sama macam budak bertanding, dan anak2 aku, husna ngan hanis pon sibuk ler ngaler. depa duaorang ingat kira masuk bertanding la tuh. kira hubby aku tipu2 la tuh. hehehe.

ada dapat buku free dari enfagrow. tajuk buku tuh pasal job. ada gambar2 lah, pasal pekerjaan . so, bibik ajar lah husna. ada gambo policeman dia ajar , "ini polisi", dah le husna melekat perkataan polisi tuh. aku pon x perasan dia ajar tuh.
tiba2 mlm tadi husband aku tanye husna. ni apa ni, dengan penuh selamba dia jawab ini polisi.
waduh waduh, sudah di indon kan anak ku ini. aku dah x tahan gelak, hubby aku cakap lagi, bukan, ni polis. husna jawab lak, taklah, ini polisi. Hubby aku jawab, polisi tu dasar-dasar . heeheheh macam le husna tu paham. aku lak nyampuk, husna, policeman, dia pon ikut tapi aku rasa aku kena check mlm ni, samada polisi dah bertukar pada policeman ke tak. haru-haru....

Monday, September 11, 2006

indahnya cinta itu

sebenonya aku tersangat busy tapi aku nak jugak tulis sebab nanti lambat cam x best. 9/9 aritu aku sambut 5th anniversary. alhamdulillah, 5 tahun kami melayar bahtera rumahtangga. so far tak pernah lagi lah gaduh besar, sekadar perselisihan faham tu biasalah kan tapi semua dapat ditangani dengan kematangan , berbincang dan alhamdulillah, aku happy dengan apa yang aku ada. ada suami yang penyayang dan 3 anak yang comel dan sihat. terasa dah complete dah. hubby aku x suka aku cakap habil tu anak last dia suka aku refer sebagai anak ke 3. chewah!! berhajat nak tambah anak lagi lah tu, heehh sabar....aku plan masa aku tgh writting phD nanti la...dulu aku pregnant husna masa aku writting master. really enjoy my previous pregnnacy...

aku x de hadiah nak bagi husband kali nih. memang aku sengkek giler2 sebab kena bayar duit workshop dan exam english aku tuh. kami x de la plan nak sambut ke mende. tapi jummat mlm tu aku ajak hubby keluar malam dating berdua. di asetuju tapi dia nak pergi bila anak2 semua dah tidur. tau jelah anak aku tuh. kul 11 baru tidur. hubby aku lak dah tidur. punyelah aku kejut dia liat nak bangun, tension aku. last2 aku merajuk le...ialah janji nak pergi pastu tidur lak

heheh bila dah merajuk hubby aku pon pujuk la konon malam esok la ek, ngantuk sangat. oklah, asal kami berdua dpt kuar berdua dating2. so esok nye kami balik klang. malam tu gak anak2 aku semua x tidur2. ish, skait jiwanye aku. last2 kami kuar gak. anak2 di bawah pengawasan mak aku le. kami pergi muara sea food kat tanjong harapan. terpencil gak tempat ni tapi ramai org. aku ni namanya org port klang, ini pes time aku gi nih. perut dah kenyang makan kat umah tadi. nak makan apa ek? so, kami just order aiskrim + kerang rebus. mak oii, beso nyer kerang dia. aku x pernah jumpe sebeso tu seumur idup. dipendek citer, kerang tu x cukup masak, spoil betul mood aku. angin sepoi2 bahasa, angin laut malam, ntah x tau le romantis ke tak tempat nih. alamak, caner ek nak bagi malam ni cam best. aku x de idea. ahh, kami pon borak2 je kat situ. bila balik, dalam kereta hubby buat surprise!! dia ni jarang le nak buat suprise ke apa. ntah malam tu ada lak idea dia. ish, tak sangka romantic gak hubby aku nih....unforgetable moment lah, thanks bang, love u so much...atas hadiah 'invisible' itu. kami samapi umah kol 1 pagi. fullamak, dating giler la plak. jiwang karat betul.

besoknya kami ke giant klang bawak anak2 jalan2 sebagai ganti mlm tadi kuar x bawak diaorang. sebagai hadiah visible, hubby hadiah aku hand bag. thanks abang, realy love it. walaupon aku tau baper harganya dan beli kat mana. it doesn't matter to me. as long as abang ikhlas, elly terima dan elly dapat rasakan your love bila memakai beg itu.

mmm, 5 tahun memadu kasih , suatu yang tersangat indah sukat dilafaz dengan kata2. Moga Allah terus memelihara kasih sayang kami selamanya.

Istimewa buat abang(ish ni satu dunia baca nih) , untuk kesekian kalinyaa, ingin ku katakan,
Aku bangga menjadi suri hidupmu..sayang...

Wednesday, August 23, 2006

Busy tahap gaban

Sebenarnya aku tgh tension dan letih. dah lama blog ni x di tulis. ni waktu lunch nih. mmm, menulis blog ni satu terapi gak ....hehehe. ok
Cerita 1

Akhirnya setelah betahun2 dari x de anak sampai anak aku dah 3, akhirnya alhamdulillah husband tersayang konvo juga. Membuat master full time kerje, full time belajar. denagn duit sendiri. Pada aku bukan satu tugas yang mudah buat dia , malah buat aku juga. terlalu byk liku2 dan ranjau yang kami lalui. Sesungguhnya pada kami konvokesyen dia adalah terlalu manis. Hubby aku sangat teruja aku pon begitu. Kejayaan setelah hempas pulas memberi seribu kepuasan yang x tergambar. apapon byk duit gak lebur sebab baru 2 minggu lepas adik dia konvo, pastu la ni dia pulak. bulani n i kena ulang alik amik family dia di kampong. mmm, x apalah...


Bunga yang dibeli untuk suami tersayang, bear 2 ekor tu je dah RM10

Husna dan hanis pon nyibuk dengan bunga untuk babah mereka. habil muka ngantuk sebab terpaksa dikejutkan bangun tidur. babah keluar dewan kami masih di rumah . aku dok masih bagi anak2 makan. bla.....bla, sib baik umah dekat ukm. wajah ayu aku dengan suami tersayang.....

Cerita 2

Petang tu kami masjid putrajaya meneruskan pengambaran. mula2 hubby aku cam malu lah, tapi bila sampai sana ramai gak budak ukm amik gambar. diaplak terexcited.

anak dara aku nan 2 ni sibuk posiong sana sini

mm, cuba tengok gambo aku kat bawah ni adakah aku di kira tidak menutup aurat? sebab masa aku masuk masjid putrajaya aku disuruh pakai jubah. aku terkejut. aku pon tanye kenapa. dia kata sebab aku pakai seluar. aku cam bengang. pakai seluar tak menutup aurat ke? tapi hubby aku kata pakai jelah. so aku dengan bengang2 pakai gak tapi aku saja2 cakap ngan pak guard tu , hai nampkanya aku kena pakai baju konvo lagilah ni. pastu sementara aku tunggu giliran ngan husband sebab nak jaga anak 3 nih, aku perati, aik ramai gak yg pakai lebih seksi dari aku, lepas jek. aku x faham, kalau foreinger pakai baju ketat tudung gitu2 bagi la plak. pakai baju kurung tapi tudung coincai2 pon lepas gak. aku x puas hati. masa nak keluar aku taney apa kriteria yang di kira? pastu aku tanye kenapa aku kena pakai jubah. masa ni pak guard lain. ade ke dia kata baju aku pakai ni nampak bentuk, pastu fesyen2??? pastu aku tanye kalau org pakai baju kurung tapi pakai tudung pendek, boleh ke? dia kata boleh,pelikkan? asal baju kurung/jubah, pakai selendang nampak rambut pon x per, tapi kalau pakai seluar , tudung tutup dada di kira x hormat masjid, apa lah. mertua aku ada sama bising dlm kete. dia kata baju aku pakai longgar kenapa pak guard tu kata aku pakai nampak bentuk? sakit hati betul aku.

Cerita 3

Alhamdulillah, hanis dah pon 2 tahun. teringat 2 tahun dulu. dia dilahirkan dalam kereta . tiada bidan tiada katil. akulah ibu akulah bidan...dia telah membesar dengan sihat. sempat minum susu ibu tanpa campur selama 6 bulan setengah walhal aku telah pon pregnant 2 bulan waktu tuh. sekarang dia membesar dengan sihat dan manja + ngada2. ehheeh nak buek caner, may be dulu dia x sempat bermanja ngan aku, jadi la ni manja dia terlebih, so terpaksa lah aku hadapi dengan sabar. karenahnye kadang2 buat aku hangat hati tapi itulah cabarannya....istimewa nye dia, hari lahirnya sekali dengan atuknya jadi kali plan sambut sekali termasuk sepupu aku. mak aku kan dah jadi tukang buat kek jadi dia telah buat 3 kek semua. wah!!! dengan beriani plak tuh+ macam2 makanan, gemuk le aku....



tulisan atas kek tu aku le yang buat, hehehe


Birthday girl sonyum2 dengan kain kembangnya...
deretan makanan (ni belum penuh ni) yang tak terlarat nak makan. Majlis makan2 ni berlangsung sampai malam...letihnya.....esok hubby aku EL aku plak amik cuti tapi gi gak keje sebab ada lecture....penat muktamar abim sekali nih.....

Wednesday, August 09, 2006

camera baru..

alhamdulillah, setelah sekian lama akhirnya, at last beli jugak aku camera digital...kebetulan ada warehouse sale kat PJ. alah beli yg murah jek. hasrga asal camera tuh RM799 (tulisan tgn), tapi yg dia print kat kotak tuh RM699, ahh, x ptg la tuh, yang penting dia jual 399. kira itulah yg paling murah. 4 mega pixel. oklah tuh. sellau 3.2 M pon dah 499, boleh rakam motion tapi no sound, oklah tuh. heheeh aku nih jenis sempoi. tapi bateri kena beli asing RM49 (boleh recharge 1000x) , pastu memory card 512MB RM50 (kira murah la) , aku tgk kat kedai 256 MB pon RM90. bila dah total sumer , laaa, dekat RM500 gak le rabak...apapon rasanya murah lagi, jenama Hitachi. kureng terkenal sgt lah, tapi rupa dia kiut dan comel. ahh, yg ptg gambo boleh tgk. kalau tgk dari rege asal , x sanggup nak beli. kita ni economy budget punye lah, heeheh, walaupon geram tgk videocam yg cangih manggih ribu raban tuh...nantilah ada rezeki akan kubeli kuga...ini pon beli kongsi duit ngan husband sebab adik dia nak konvo + dia sendiri nak konvo isnin ni....(x sabar nye melihat dirimu sayang!!!!)

aku belum sempat explore sgt camera nih. x sempat la plak. bawak ke ofis nak godeh, sibuk, kat umah anak asik dok kaco, hai...kena tunggu anak tidur baru boleh godeh..



aactually x clear sangat. kira x redah je guna nih. eh, tgk le aku , cuba2 tudung sarimah, kuang kuang. kebetulah aritu munawwarah design buat sale. kalau tak, x sanggup gak beli tudung yg nampak simple tpi mahal. aku pon ada beli gak tudung dalam warna itam dia tuh. alah yg selalu Kak ina (dia punye stylist) tunjuk kat rancangan hidayah tuh. alamak promo percuma la plak. tapi bagus tudung tu sebab kan kalau pakai tudung2 bawal yg jarang2 tu boleh le pakai tudung itam tu kat dlm. x panas.
anak2 suka bebenor le, amik bedak tenyeh pipi, pegang bear mintak amik gambo...bila tengok gambo ni rasa cam dah besar habil. dah 10 bulan tapi ummi still rasa habil cam infant lagi....


ada gambo blur sebab shaking kot atau flash tu salah set. nantile setelah aku pandai godeh...maybe hasilnya lebih baik...

Monday, August 07, 2006

negatif...

mmm, alhamdulillah, keputusannya negative. ngeri gak kalau berlaku sebaliknye. hehehe, kadang tu aku rasa janggal. maklumlah, 3 tahun berturut2 pregnnat. tapi tahun ni tak. pelik plak rasanya. nampak org pregnant macam best jek. aku suka masa pregnant sebabnya aku rasa hubby aku tersangat sayang kat aku. dia suka tengok aku . masa anak fisrt dan second. aku rasa cam putri raja gitu , heheeh. aku jenis yg x de masalah sgt masa pregnant so really enjoy my pregnancy. cuma yang x larat nak jaga anak rapat2. itulah sebabnya aku ambil keputusan untuk guna IUS...yang dah 3 nih selalu buat aku pening kepala dan naik darah. heheeh aku nih bukan jenis suka jerit2 atau tengking2, tapi bila ada anak nih, suara aku kadang dah macam petir, hehehh. yang sorang nih asik nak nagis jek, manja semacam. kadang tuh nangis tanpa sebab. si hanis la nih. pedih telinga dengar dia jerit. dia benar2 menguji jiwa keibuan aku. aku selalu ingatkan diri aku. anak nih kalau kita lagi tinggi suara dia lagilah lawan. jadi kena guna kasih sayang. memang letih tapi itulah cabarannya. bukan mudah nak jadi ibu solehah. perlu tahan mental dan emosi. fizikal jugak:) kena fit wei...

habil contohnya. asik suka kutip ntah apa2. panjat sana sini. jenis susah tidur. asik nak org main dengan dia jek. letih aku berjaga malam. pastu suka kacau kakak2 dia main atau makan. jadi kakak2 pon selalu gak tolak habil sebab geram. aduh....letihnya, sini nangis , kang sana plak nangis......

husna nagn hanis selalu gaduh. husna selalu tak puas hati dan dengki nagn hanis, kalau hanis main ke, dia rampas , pastu bukan dia nak main, dia campak bende tuh, saja x bagi hanis main. hanis pulak suka nangis. hai, meraung la plak.... satu lagi x puas hati si husna suka sangat gigit hanis. sian hanis berbintat2 tanda kena gigit. aduih...anak2 ummi...naik angin gak aku. tapi si husna nih pandai pujuk kang lepas di buat hanis, dia pon gi la kat hanis, salam, minta maap, cium2, peluk2...budak2 nih..kejap gaduh kejap kang baik...

begitulah orang beranak ramai dan rapat. Nampak macam hervoc dan hectic hidup aku kan? tapi byk kemanisan yang terucap sebenarnya. mmm, contohnya:

satu hari aku minum berdiri , sebenarnya aku nak rasa jek air tuh. Husna pun cakap: "Ummi, minum duduklah, janagn berdiri. heheh aku pon jawab OK, OK, sambil duduk dan minum. Sebenarnya dialog husna itu adalah dialog yang selalu aku cakap pada dia. dan nah!! dia pulak cakap balik kat aku, ehhehpadan muka!!!

habil dah pandai cium orang , seronok sekali!!! hanis pon dah byk cakap cuma buah butirnya agak susah sikit nak paham. aku ada cipta lagu untuk dia. aku ajar dia nyayi sambil buat gaya. dia suka sangat dan itulah antara ubat mujarab kalau dia nangis...
"Allah Maha besar, Cipta bulan, Cipta bintang, bintang kelip2, lip lip lip..."

Rupanya menjadi ibu nih kena kreatif. adakala anak x nak makan, kena pikir resepi baru. ada kala anak meragam. serba tak kena dibuatnya. kena pikir alternatif. Dan aku realize, makin lama makin seronok aku menjadi UMMI!!!

mm, husna plak. u all mesti x sanggup dengar!! sebab dia sangat byk cakap. umur 3 tahun 3 bulan tidak menggambarkan usia yang sebenar. semua bende nak tanye. Ummi kita nak gi mana nih, ummi napa ummi pakai baju nih, ummi ni warna apa nih, tu apa tuh, napa buat cam ni, aduih, sampaai letih menjawab pertanyaan macam penberita makcik nih. dia pandai bercerita dan menyanyi. siap dengan gaya2 sekali. contohnya:
nih versi dia : ada sekor monyet duduk di atas dahan. ada buaya. mm, nak makan, nak makan, ekkk(bunyi sendawa) dah kenyang...

cerita tuh lah diulang2 dalam kereta sepanjang balik dari sekolah. lagilah kalau dia belajar lagu baru......hai,tahan telinga jelah, dengo jek...

Dulu aku teringin nak dpt anak yang byk cakap. mesti seronok kan? tanye itu dan ini. tapi bila aku dah alami, memnag best cuma penat jelah.....

Friday, July 28, 2006

bAYANGKAN




















Atas: HABIL NAQEEB ANAK KU DAN GAMBAR bawah: ADALAH MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL....




Mampukan kita tidur lena melihat wajah2 mereka ini. Yang mati ini sebaya anak kita...


Hati keibuan ku tersentuh...sangat teramat....melihat 3 anakku tersenyum, tapi mereka di sana????

Moga Allah tempatkan mereka yang syahid di Palestine, lubnan dll dikalangan syuhada'...

Sahabat semua....buatlah sesuatu.....mungkin kita tak mampu mengangkat senjata seperti hizbullah, paling kurang dualah untuk mereka, sumbanglah apa yang ada, boikot barangan Yahudi mana yang mampu...at least buatlah sesuatu dari tiada...

palestin o palestin

siapa yang tidak sayu melihat gambar baby 8 bulan dan kakaknya 5 tahun mati dibunuh oleh israel durjana. luluh jantung aku, sayu tersangat, tanpa sedar, mata aku mula berkaca. terbayang anak sendiri....rupa baby tu saling tak tumpah rupa habil. andai itu adalah habil...tak terbayang macam mana aku ingin hadapi hidup....boleh rujuk web ini (abu amir)

Thursday, July 27, 2006

cantek

mmm, dah lama x membelog. tetiba teringat pillow talk antara aku dan suami. seronot gak bila sekali sekala borak kisah lama2, kira flash back citer dolu2 le nih heehhe kami ditakdirkan berkahwin biarpon selama ini kami memang dah kenal cuma perasaan centa tu x wujud lagi.
aku ni nak kata cantek x jugak, tapi x la teruk benor, tapi rupanya x semua orang memandang sangat rupa ni. walaupon penting. Yang penting bagi aku bior tenang bila suami pandang. sejuk hati dia. haaa tu dia...

pernah dulu masa baru2 kawin, aku berhias untuk suami, chewah, siap make up2 lagi tuh, tenyeh semua, merah sana sini. dengan harapan husband akan puji la konon. tapi tup2 bila dia tengok x kata apa lak malah dia kata dia prefer natural beauty. adui, buek malu aku je melawa2 , heheheh. pelik gak kadang tu kita rasa kita x lawa masa tu tapi dia kata lawa lak. contoh aku pernah bangun dari tidur nak sahur dengan muka sememeh tu pon dia kata , eh lawa gak bini aku ni, heheeh pelik la dia ni....kadang2 aku rasa dia cam x de taste, maklumla ustaz, rupanya dia high taste gak, kadnag2 dia boleh request lak, nak akubuat rambut fesyen macam ni la , itulah, nak aku pakai nilah, warna ni lah, fesyen nilah. kadang tu aku rasa cam x lawa jek, tapi itu la plak dia kata lawa. ikut jelah. lagipon dia yang nak tengok kita. mmmm rupanya kita tak boelh take for granted bila kawin. kita kena explore apa yg dia suka dan x suka. sebab semua lelaki x sama. kena kreatif...

cantik tu universal. agama itu jauh lebih penting. sebab dengan agamalah cantik dan segala macam keindahan itu akan hadir. Terasa indahnya solat jemaah bersama. masa tiada anak, hampir 5 waktu kami solat sama. seronoknya dapat baca quran sama2. nasihat menasihati.
alamak, jap, lari topik sat, nak share kegumbiraan aku. husna DAH PANDAI NGAJI!!!! . dia dah boleh baca iqra'. subhanallah, masa dia dah boleh baca tuh, aku menjerit keseronokan sebab aku baru ajar dia 1-2 kali dia dah boleh ikut dan kenal. aku cium dia bertubi2 macam x caya. Wah anak ummi. ini antara kesan rancangan iqra' TV9 pukul 7 tuh. husna teruja belajar!!! dan la ni dah masuk page 2. page 1 dah lancar!!!

balik pada topik, seronok kan kalau suami puji kita masak? tapi lelaki memang susah nak memuji. ehheeh kadang tu aku tengok makan bertambah 2-3 pinggan. aku tumggulah juga bila dia nak puji nih. tapi x jugak. tension punye pasal, mm aku kena bersuara jugak, "bang, sedap tak elly masak?", dia jawab okla, / angguk kepala. hai, menguji keikhlasan betul la...apapon aku tau, kalau dia makan dengan penuh selera tu maknanya sedap la. atau indicator lain, dia akan minta kita masak kan lagi lauk tu nanti atau yang terbaru ni dia suka sambal tumis aku. bali kerje, x sempat apa dah tanye sambal tumis semalam ada tak? panaskan? nak makan nagn roti la....mmm, jarang dia tanay makanan semalamm,
kesimpulannya x yah le harap suami anda nak memuji masakan anada selalu anggaplah perbuatan dia itu sebagai pujian yang tak terucap.....

apapon, luv u so much sayang...

Wednesday, July 19, 2006

thinking....

citer ct meneggelamkan citer yang patut lebih highlighted, palestine n tsunami. aku rasa media tidak adil. citer ct tuh patut masuk kat ruang hiburan sebab x penting. sib baik ct baru announce kalau tak hari2 le kuar citer dia, hari ni citer pasal gown, esok kang pasal rambut, pastu pasal make up, inai, kasut, cincin, bla.....tv pon sama, pelik zaman sekarang ni.....

aku terfikir...di palestine dan pulau jawa, jogja...
a) bila aku makan dengan enak nye, bersama anak2, bergurau senda, adakah mereka di sana dapat makan? atau makan pon sorang2? atau makan pon ntah apa mende, atau anak asik nangis je kelaparan?
b) bila aku tidur di atas katil, ada tilam , ada bantal, suami di sebelah, kadang2 baby kat sebelah,,adakah mereka di sana dapat tidur? kalau tidur pon pasti x selesa, kalau selesa pon pasti x aman, bom sana sini, ...suami mana? suami pergi berjuang? entah hidup entah mati...
c) bila aku mencium anak2 ku nan 3 itu dengan perasaan penuh keibuan, adakah ibu2 di sana dapat buat begitu? kalau dapat cium pon mungkin mayat? atau muka yang hancur? tangan dah x de, lumpuh? atau ibu di sana ke hulu kehilir mencari mana anak masing2?...
d) bila aku melihat bangsa aku, bersuka ria, bermewah2, memnazir sana sini, hiburan melampau, aku sanagn sedih, teramat sedih....

Jika kita mampu berfikir,Fikirlah, tidak mungkin kita sampai hati nak bermewah2 (walau kita kaya dan mampu) dan bersukaria dengan muslim yang lain menderita.....

cuma masalah yang paling besar ialah generasi hari ni tidak mampu malah tidak boleh berfikir lantaran terlalu disogok dengan mende2 yang pelik2 hingga menutup minda dan hati.......

marilah kita beri sumbangan wang mahupon doa....
bersyukurlah, insaflah,.....

wang boleh disumbang pada http://www.abim.org.my/web/......

Tuesday, July 18, 2006

cik siti kita

mm, arini semua surat khabar tanpa kecuali letak gambo ct + datuk sebagai front page. mmm, ish dasat gak siti ni. tu baru announcement. pak lah buat press conference pon tak live. mesti rating tinggi kol 12 semalam walaupon waktu tu keje.

mmm, byk mende bermain di pikiran aku. hebat sangatkah siti tuh? aku bukan nafikan sumbangan dia (actually x leh clarify jugak apa sumbnagan dia pada negara bangsa dan agama), , tapi aku confuse....frankly speaking la, siti ni suara dia memang sedap, aku minat, memang gifted . semua org keep talking pasal dia, termasuk aku jugak dan jgn surprise lecturer2 kat jabatan aku jugak.

Firstly, aku tak berkenan. chewahh, tapisiapa kita nak cakap byk2 . dia nak kawin bukan kita. perkahwinan dia x beri impact pon pada kita. dia dpt rete, kita x de dpt apa pon. tapi aku terpikir apakah perasaan bekas isteri ( ye ke?) dan anak2 datok k. walaupon aku x pernah alami dlm kehidupan tetapi sebagai seorang wanita, betapa hancur luluh hati melihatlelaki itu bersanding dengan begitu elegant nya di samping ' si dia yg hampir sebaya dgn anak dia. mmm, hubby aku tuh dlm x suka pon komen gak.
"yelah takut wedding of d year , tapi nanti cerai of the year. tapi kita ni doakan yang baik2 jelah kan....lagipon dia bercerai hidup , isteri dia bukan x cantik, malah kaya jugak,
aku pon tanye, "cantik ke bang", yelah aku x penah tengok bini dia
hubby: perepmpuan semua cantik, maknanya x delah senget benget ke apa
hubby lagi: dalam perkahwinan ni kena ada pengorbanan (chewah dia start ceramah tuh), bukan sekadar nak kawin jek
aku: eh, bang abang kawin ngan elly apa yg abang dah korbankan?
hubby : senyap jek....

aku cukup takut bila melihat majlis kahwin yang beria2 sgt nih. dlm islam pon x nak over2. Yang paling penting ialah keberkatan, lepas beberapa bulan org pon dah lupa betapa grand majlis kita tuh. la ni aku tengok org kawin macam nak perabih duit. kadang tu aku tengok x de le kaya sgt tapi siap ngan cameraman profesional, gambor studio semua, pelamin ribu riban gak. aku kawin pon ada gak pelamin tapi pelamin aku macam backdrop program jek. hehehehewalaupon dlm hati aku teringin gak nak bertukar2 naju , kejap punjabi , kang kejap jawalah, heheeh tapi angan2 jek....tapi sampia la ni aku teringin nak pakai naju gowm putih tuh, kain kembang2 gitu...heheheh. rasanya kalau aku ada lebih duit yang tak tau nak buat apa lagi selepas bersedeqah sana sini, aku teringin nak pakai baju2 kawin tu semua, amik gambo studio, make up2 semua...wah!! tapi muat ke baju2 tu utk aku? hehehehe

dulu aku selalu menilai lelaki hemsem mesti nak cari pompuan lawa . tapi percayalah, lawa itu x menjamin kebahagiaan. Byk sgt contoh kalau nak bagi. ahh u all pon tau. bila dah kawin, yang dipandang suami adalah kasih sayang dan tanggungjawab. kalau muka cantik, comel tapi cakap ngan suami tengking2 pon, skait ati jugakkan. aku ada kwn, laki dia hemsem , putih lepak, aku gi umah dia, ada la pompuan sambut, aku ingat maid dia. memang gelap. tapi rupa2nya wife dia. ish, sib baik aku tak terkuar mulut tanya mana wife dia atau terpanggil bibik ke ish!!. tapi bila aku tengok cara wife dia layan anak2, dan family, subhannallah, sungguh soft dan baik sekali. sesungguhnya dia telah membuat pilihan yang sgt tepat. macam aku gak, heheeh aku rasa aku ni ketegori gempal2 gitu (please bukan gemuk, heheh) , aku ingta x de le lelaki minat kat aku, tapi rupanya ramai wei...heheenanti aku buat entry khas kisah2 yang tersebut. tapi husband aku yang yang kurus murus tuh memilih aku, heehehehe

tapi yang aku tak berkenan tuh, bila ada kes cerai berai, alasan nye dah x de jodoh. padahal kita sendiri sebenarnya yang sepatutnya mengubah nasib kita. aku cukup takut bila orag permudahkan cerai2 nih. "alah....cerai jelah, x sefahaman, ada jodoh kang kawin lain"...amboi2...ambik mudah nyer....

kesimpulannya, walau siapapon kita kawin, lawa ke tak, kaya ke tak, perkahwinan itu perjuanagn bukan PERJUDIAN yang boleh kita gamble gitu2 jek. moga mahligai aku dan suami terpelihara , hidup dalam mawaddah dan rahmah sepanjang hayat....

Tuesday, July 11, 2006

gambar2 BTN

baru pagi ni dapat gambo dari Kak La nottingham....

Dari kiri pakai spec tuh, syafizal (lecturer UPM), tipah (angkat 2 tgn tuh), jenny (seluar pink), aku (yg cekak pinggang tuh, eiii comotnyer), ashwaq (tudung pink, dipanggil ustazah barbie), kak fuziah (baju merah, dr. veterinar), fauzi (bawak beg) azlimin (seluar itam, bomba)



just tambhan Kak La, yg gambo dia x de kat atas sebab tukang amik gambo.....

Rindu u all semua.....

Monday, July 10, 2006

akhirnye mimpi ngeri itu...

akhirnye igauan ngeri aku menjadi kenyataan. baru tadi aku dapat result ielts. sakit jiwa aku tengok. aku dah agak aku tak boleh score speaking. tapi terkujat gak reading aku score 7.5. listening aku 5.5, eeeei teruknye. akhirnya aku hanya dapat 6.0 sahaja. Hancus harapan aku utk dapat 6.5. sedih + nak nagis+ geram+ nyampah+ nak tumbuk orang...segala macam rasa.

First, mesti call hubby punye. ku luahkan rasa hati nan luluh ini. aku rasa aku dah buat yang terbaik. tapi nampaknya bukan rezeki aku tapi rezeki IDP itu utk dapat lagi RM510. Hnagin betul rasa. interviewer aku tu macam x ikut standard jek, patutnye taney le simple2 dulu waktu mula, hobi ke, family ke, ni taney nama pastu terus tanye soalan bla....macam yang aku citer kat entry IELTS dululah...aku dah agak dah...kalau org mesia ni kedekut markah sket. $&^%(*^&)(*

bad mood nyer rasa, nak buat kerje rasa geram. macam ni rasanya bila gagal...tapi bila ingatkan balik, bukan aku sorang je kena repeat. ramai kengkawan aku pon repeat, so, aku pon telling to myself la, aku ni tak le teruk bebenor....ada yang amik lebih dari 3 kali pon ada.

La ni dok pujuk hati nan lara. ada lah hikmahnye. mungkin ALLAH x nak aku riak dan takabbur, hehehe yelah, mana tau bila dpt result , rasa cam bagus konon. aku pon la ni tengah dok pulun posa ganti nan BANYAK itu. sempat ke aku ni. entahlah, cuba jugak. aku pon pesan kat husband posa sunat + solat hajat utk aku. aku pon dah lama tak amik exam. lagipon masa aku amik cam kelam kabut, denagn penat nyer. pastu busy ngan BTN dan LO, asik ada workshop jek, memang kurang fokus . chewaah, konon nak bagi alasan la ni...hehehe. nak sedapkan hati...

so, ku tekad dalam hati. gagal itu satu CABARAN dan COBAAN. aku tidak akan mengalah. moga sahabat2 dapat mendoakan aku supaya aku KUAT untuk lalui nye. perit jugak, nak buka buku lagi tu satu hal, DUIT lagi, RM510 bukan sikit bagi orang macam aku ni. eeei, macam2 boleh buat.

cuma aku risau aku akan lambat register nanti. Supervisor aku nak aku attend traning oct-dis kat sana nanti. entah sempat ke idak. tapi dia kata januari pon x per. mmm, aku la ni nak pikir tarikh untuk retest la plak. semester dah bukak plak tadi. tadi lecture 2 jam. huwaaa....

YaAllah, baru sedikit ujianMu aku dah gelabah. Bantu lah aku untuk redho atas ketentuanMu, Bantulah aku mencapai kejayaan, Terangkan hatiku menerima IlmuMU yang Maha Luas, Ikhlaskan hatiku setiap apa yang dilakukan, Berikan aku ketenangan dan kerahmatan......

Amin Ya Rabb....

Friday, July 07, 2006

awet muda la konon...

start rabu aku dah mula busy melayan budak2 baru di fakulti. pensyarah dan PA (penasihat akademik) menerima 8 orang student. student aku semual melayu . tapi masa semalam, aku terpaksa take over pensyarah lain punye student jugak. tak kisah la. yang aku nak kongsi ni ialah satu peristiwa yang amat lucu.

Scene 1: selepas aku memberi penerangan kepada pelajar tentang jadual akedemik dan sebagainya, kami semua lunch bersama2. aku x de masalah makan ngan student. so, selepas makan, aku sendiri kemas meja, buang samaph semua. tetiaba ada student tegur
student: kak
aku: yup ( aku dah biasa studenty panggil kak sebab ramai x caya sangat aku ni lecturer)
student: eh, awak studnet fizik kan?sambil tunjuk borang AK3 (borang pendaftaran)
aku: (aku actually pelik gak soalan tu, aku ingat dia tau aku lecturer), mmm, saya x paham la
student: awak fizik kan? (dia bertanya banyak kali)
aku: la (rupanya budak ni ingat aku ni studet baru macam dia) , mm, saya pensyarah kat sini
student: (muka terkejut dan malu) eh, saya ingat student tadi (sambil lihat nametag aku)
aku: senyum dan berlalu

Ni mesti student dari group lecturer lain ni....wah !!! aku dah jadi muda 10 tahun gitu...budak baru ni ada dari bekas diploma, stpm, matrik. agaknya budak yang tanye aku tuh budak x matrik kot. budak matrik ni muda sebab matrik sethaun, diploma 3 tahun. jadi bila masuk degree ada berbeza2 usia.

Scene 2
di dewan besar ada ceramah untuk pelajar baru. sebagai pensyarah aku ngan Dr jumiah pergi jugaklah beri sokongan. tapi mata aku dah mula berat , ngantuk sungguh. aku tengok Dr. jumiah dah terlelap. aku pon bingkas bangun nak jalan2 luar dewan. aku dah lama x gi Dewan besar. banayk perubahan dah, aku tercari2 mana agaknya toilet. tiba2
student: dik, adik cari apa ni..
aku: saya cari toilet
student: kat sini (sambil menunjuk)
student tu adalah fasi (pembantu pelajar) kira student senior la.

aku pon masuk toilet dlaam keadaan tersenyum2. kuang kuang...Hari ni dah 2 kali org ingat aku freshie....lepas tu terus sms kat husband citer....

tadi aku baru borak ngan timb. dekan. aku citerle kisah di atas, wah, laily awak jadi mudalah, dia senyum, hehhehehe

kesimpulannya. eh, aku ni x le tua sangat. aku selalu rasa aku ni tua sebab aku beranak tiap2 tahun. rupanya ada insan yang melihat aku muda dan aku kena pertahankan kemudaan aku ni. muda bukan sebab pada fizikal sebenarnya, tapi sikap kita yang yang ceria dan mudah mesra ngan student.

tadi gak aku jumpe sorang student lama, dia jumpe aku sambil salam dan cium tangan aku dan ucap terima kasih . dia dapat A subjek yang aku ajar. mmm, inilah kepuasan seorang guru. bukan kerana student dapat A, tetapi kerana pelajar masih menghargai kita dan ilmu. sebab itu aku sayang dengan kerjaya aku sebagai pendidik ni....kepuasan yang tak terucap....

Tuesday, July 04, 2006

pulun cuti

start dari khamis aritu sampai isnin (semalam) aku amik cuti. saja, maklumlah, aku ni antara staff yang byk cuti, jadi sementara student x masuk lagi ni, aku pon pulun la cuti.
Khamis- aku lepak2 kat umah jek, actually anytara sebab aku cuti ialah aku nak kembalikan susu aku balik. nak susukan direct pada habil, sebab lepas gi BTN 5 hari, susu aku merudum. jadi habil kat umah kerjenye nenen jela. petang akdan anak2 nan 3 itu mandi 'swimming pool'kat luar umah. alah pool yang bulat leh li[at2 tuh. husna dan hanis aku siap pakaikan baju renang lagi , heheh padahal mandi kat umah jek. jiran sebelah, student KDH tumpang seronok dok lain anak2 aku mandi. siap pasang lagu raihan + aku buat kuih che' mek moleh petang tuh....happening umah aku

Jumaat: memula gi hantar anak2 ke umah kakak aku. untungnye dia, umah dia memang dekat giler ngan anakku. boleh pegi hari2. tehn aku sorang gi warehouse anakku. mak oi, x cukup tgn nak pegang barang. biasanya gi nagn hubby , la ni gi sorang. aku nak cari baju sejuk, tapi x de yg OK, just beli baju habil + mainan tolak2 habil tuh, habih gak duit aku ~rm200. lagipon aku belikan apa2 patut sebagai hadiah adik ipar aku baru besalin, termasuk gak kat ofis aku ni byk no orang bersalin.
lepas lunch umah kakak aku, aku pon balik umah mak aku plakkat telok gong . sampai umah mak, aku tolong mak aku buat kek, tolong tulis atas kek, mak aku x reti tulis omputih..sejak mak aku dah pandai buat kek. dia telah mencetuskan satu revolusi dikampong tuh. la, ni bende kecik2 pon orang tempah kek, anak balik asrama, tempah kek, baru abis peksa, anak peksa nombor satu.....kadang tu nak tergelak aku. masa hari guru aritu, budak2 tadika pon tempah kek. dah nak petang , wei...kita kena balik umah kita kat kajang.....

sabtu, sibuk kemas2 barang kita nak gi sabak bernam umha yoyot (moyang bahasa jawa) anak2 aku ni. hubby aku kerje lak, kol 11.30 am aku kuar umah, sekali ngan anak2 ku samua. sampai ofis babah kol 1. husband aku malas nak baik umah, kang takut lambat bertolak. tu yang kena amik dia tuh , pastu terus kami ke sabak bernam, sungai air tawar. mak oi, sampai sana hampir kol 6 pm. penat giler...hubby aku plak sibuk siap2 dia ada usrah kat sg. besar. so, hanya kami anak beranak jelah lepak kay umah yoyot.

ahad, siap2 nak gi perak plak, umah MIL. ~ zohor baru hubby aku balik dari sg. besar. dlm kol 2 gitu bertolak, sampai trolak dah asar. wah!!! penat lagi....habil tidur dari lepas maghrib sampai subuh......

isnin- aku + hubby amik cuti. terpaksa sebab hubby dah x de masa lagi untuk balik kampong. nanti mak dia merajuk. susah nak pujuk wei. mmm, hubby aku beli durian, sedapnyer.....durian sungkai......lepas asar kami pon balik samai umah di kajang dah pon maghrib...........

Malam tadi, kami semua dan terlentang kepenatan......

pagi ni tiba2 dapat call dari pejabat dekan, nak result miting semalam. aik? miting apa lak ni, aku kat cuti. La, dia nak calon2 untuk hadiah universiti dan fakulti. alamak, pagi ni aku pulun semak result student2 ni.....kerani ofis aku kata , jenuh dia call, masa aku cuti . minta aku gi ofis masa cuti. sebab aku yang incharge bende bertahun2. ehehe, aku kata henfon tinggal ofis. sib baik henpon aku tinggal, kalau tak cuti pon kena kerje........

wah......minggu ni dah sibuk nagn pelajar baharu.tapi kali ni aku kureng motivasi sket le nak mengajar, may be hati dan minda aku dah pikir nak buat PhD. pastu lak, cam malas2 je tengok buku timbun2 depan aku ni. tapi nak buek caner kerje aku ialah mengajar. itu je yang aku tau buat. ikhlas kan diri wahai laily!!!!!

Tuesday, June 27, 2006

http://warkahhasri.blogspot.com

IELTS

nak citerlah citer lawak aku. masa nak masuk exam, sumer orang kena kuarkan my kad lah. so, dengan confident nya aku kuarkan kad Mcdonald yang sama warna biru ngan my kad. sib baik ada sorang chinese tu tegur, eh, u kuar kad McD lah...heheehmalu aku....
Actualy dlm purse aku ada byk card diantaranya, lesen, my card, kad kawin (dulu ada la ni dah ilang) , kad anakku, kad McD, kad KFC, kad metrojaya, kad bonuslink (ni pon ntah mana ntha) ...tapi aku tak credit card.

di sambung citer. aku gerun gak nak amik ielts ni. maklumlahm dah berkarat english aku ni. tapi dengan semangat malaysia boleh ku kuatkan azam. husband aku amik cuti antor aku, sementara aku siap dia lepak umah wadi uia tuh. masa aku duduk dlm bilik exam, belakang aku ada doktor pakar. sambil2 tunggu org kami borak . rupanya dia repeat. dulu dpt 6, dia kena dpt 7. heheehdlm hati aku , kalau doktor pon repeat, aku repeat x le malu sgt kot, heheheheh. apapon bila pikir mahal nyer yuran dia, no no....AKU KENA DPT 6.5 paling kurang, x nak kurang lebih sampai 7 aku x confident...dpt 6.5 pon aku rasa dunia ini aku yg punyer....

masa listening.....awatlah mat salleh ni cakap x baper clear. aku dok tunggu mana le answernya, tup2 dia dah abis ckp, alamak, bantai jelah, isi...Tapi bab reading, aku rasa aku did very well beb. terasa sennag dari latihan yang aku dah buat. rasanya aku dpt score kot bab ni. Writting plak. task 1 tuh mudah sebab aku byk idea, tapi task 2 tajuy benefit private school. sib baik aku ni bab mengoreng ni boleh tahan, tapi bab grammar aku paling risau. hentam jelah labu....

yang tensen bab speaking. abis 12.30, turn speaking aku 215, lama wei nak tunggu. tapi sebab org sebelum aku x de , dpt le aku awal. hubby pon jenuh tunggu. soalan dia awat le payah beno. tanye pasal kaitan nombor dlm kehidupan. pasal makanan, habit malaysian. tapi tulah, rezeki Allah telah memberikan aku mulut yang byk cakap......harap2 disebabkan akuramah , dptle extra manrk ke....

sahabat2....doakanlah aku....hopefully, x nak repeat, aku dah sengkek, baik duit 510 tu aku pergi bercuti deri kasi kat idp Australia yang kejam itu. ada ke sapa nak result hantar by post, dia minta extra charge RM10. wei, stamp cuma 30 sen jek. awat sampai rm10? mentang2 le kita x de pilihan....

AKU KENA LEPAS, AKU KENA LEPAS......PERMUDAHKANLAH YA ALLAH....

BTN

haa, nak buat entry khas ni, sebab byk citer.
Entry 1: kebetulan masa kami yg group nak ke oversea ni ber berBTN ada pulak group lain pon sama di Kem b, group dari doktor2 +pharmacist + nurse pon ada, dari kementerian kesihatan. nak jadi citer adalah sorang doktor ni mask dorm aku, dia rupanya pregnant anak pertama dlm 2-3 bulan. sian tengok dia. mabuk+lembik dek penangan pregnant tuh. satu pagi dlm kul 3 kot, aku dengo Pak guard ketuk2 pintu, aku pon kelam kabut bangun capai tudung dan tuala sebab baju lengan pendek. Pak guard minta IC doktor tuh. nape plak. dia kata dia jumpe doktor tu pengsan dan nak bawak gi hospital. La...bilamasa pulak dia pengsan, nak jadi citer rupanya dia skait, x kejut kitorang, dia gi jln kaki sorang 2 pagi ke bilik pak guard sejauh ~1 km turun bukit. Rupanya dia ada epilepsi, bahaya tuh....kami ni pening , naper dia x kejut kami. sanggup jln kaki sorang2.....pelik lah, doktor ni kurang bercakap, dia x bergaul sangat dengan kami , may be dia segan nak kejut kami yang terlentang keletihankot...tapi kami plak rasa bersalah sebab org ingat kami ni x jaga ahli dorm, sampai pengsan2 dibuat...pelik, dia kan doktor, takkan x tau betapa bahayanya perbuatan dia tuh....Akhirnya di pon masuk ward dan tidak lagi meneruskan BTN.........
Entry 2: Pasal aku di BTN. aku dah agak akan di brain wash , kena berus lah org kata. tapi kelakau pplak, semua org play safe jek. Ada ahli group aku, bukna main nye dalan kumpulan beria2 sokong fasi semahunya, tapi bila time makan, dok komplen. hoohoho..rupanya2 semua orang ni pandai berlakon ek?????
Kadang kala aku rasa aku ni BODOH dan DIPERBODOHKAN . Sibuk kata kami ni BIDAi (bijak pandai) tapi bila kami bagi idea , depa dah ada jawapan dan kena ikutlah jawapan depa, kami ni jadi burung hud hud. angguk kan ajelah. eeeii terasa DAYUsnya diriku ini diperkudakan sebegituh...TOLONG!!!!!tapi percayalah, 5 hari tidak dapat mengubah pendirian yang telah lama kubina dan kubaja dengan penuh rasa tanggungjawab . Buatlah modul macam mana pon, orang bidai tahu membezakan mana betul mana tidak.

Bukan la aku kata semua x bagus, ada gak yang positif. Aku di ajar utk berfikiran terbuka. belajar menerima org seadanya. tetapi 5 hari disitu satu perjuanagn yang panjang dan penuh onak duri. perasaan bercampur gaul. geram ada, tension ada, rasa nak tembak orang pon ada. penat tu x payah citer. tapi penat minda ni memikul beban 'ilmu baru' yang pelik2, kadang tu aku takut depa syok sendiri jek...apapun, terpulang pada kita, yang baik tu amiklah, jadi teladan, yang buruk tu...buang jauh2....

Pelajaran baru yang aku dapat.....Kita tak boleh paksa hati dan minda orang utk sama dengan kita. Mungkin kita boleh paksa mulut supaya cakap senada nagn kita. tapi Yang pastinya kami boleh dapat award atas lakonan yang cukup menakjubkan...hehehehhe

Monday, June 26, 2006

penat tahap gaban

mmm, startdari 12-15 aritu aku dok sibuk bengkel LO (learning objective). aku ngan senior lecturer lain bertungkus lumus menyiapkan hala tuju buadak2 fizik ni, kena review subjek 2 yg depa amikla, nth macam2 lah....wah, pada masa yg sama dok sibuk nak prepare IELTs plak. 15 hb - 19 hb, aku kena gi BTN la plak...
alhamdulillah, rezeki aku, dpt tumpang pajero faculty ecology. dah le kena usung petis ais mini milik mazlinda. yel;ah mana aku nak taruk susu2 aku tu nanti??? x de pilohan. kena bawak jugak. dah le gi BTN 5 hari. aku kena sediakan susu untuk 5 hari!!! dptlah lebih kurang 30 bekas. thanks kengkawan yang beri sokongan utk aku!!! samapi sana, dah le tinggi le plak atas bukit hostelnye. sib baik driver tu tolong angkat sampai atas. org sumer pelik, apa ke jadah nye bawak peti ais tgh2 utan ni. heheeh macam2 andaian dibuat. ada yg ingat aku diebetic , so perlu simpan ubatla, ada ingat aku kena jenis kena minum susulah...

bermulalah episod aku berjuang utk 5 hari di BTN. kalau ikut mana ada masa nak perah susu pon. tapi aku gagahi jugak. aku bawak kehulu hilir cooler bag. bila aku rasa cam boring ceramah tu, aku gilah toilet. perah kat toilet. masa mula2 perah tu, terkujat gak, awat susu aku warna pink! rupanya dah campur darah. Habil lah ni, la ni ganas sket nyusu. satu citer lagi orang pelik gak , apa yang aku usung ke sana sini tu. ada ingat aku bawak camera, ada yg ingat aku bawak bekal makanan dalam cooler bag tuh. heheeheh. kadang tu sambil perah susu kat toilet, aku senyum sendiri....

aku terpaksa curi2 masa utk perah. terseksa gak. sebab susu makin kurang bila masuk hari 4 dan 5. yelah, habil x isap....:( . Tapi bila pikir comelnye anakku menyusu, aku gagahi jua perah mana daya.

Yang x larat di BTN aku kena buat physical exam gak. kena lari 2 km. mak oii, kali terakhir aku lari masa Form 5. pastu dah. La ni terkedek2 aku. sib baik masa aku catat kurang dari 24 minit yang ditetapkan. kira not bad lah, kan...ehehehehpastu kema buat ujian pumping la..balancing la, breathing lah. nth apa2 , walau aku x larat aku buat jugak....akhirnya aku realize, fizikal aku ni dah teruk, ehheheehsatu lagi aku buat gak flying fox dan jungle trekking..... mmmm jungle trekking ni bukan satyu yg baru. masa aku student upm dulu, dah jenuh dah masuk kuar utan. cuma bila dah beranak pinak ni, stamina kureng le, sib baik aku dlm ahli kumpulan yang sporting giler.....thansk!!! best le u all

OK, utk LDK , aku dpt ahli yang gempak. meh siini aku list kan nama2 depa ni:
1) en shafizal (landscape UPM), la upm rupanya, awat x kenal. heheehh dia nak gi cardiff
2) azlimin ( bomba)- dia nak gi US, baru aku tau, bomba ni ada bidang kimia, forensic
3) shahrul (kustem) - adik lagi ni..dia nak gi netherland
4)eh, awat aku lupa ni, muka dah terbayang dah (dari PTD< kenmetrian kesihatan) dia nak gi jepun
5) kak suhaila (UTM), dia dtg dari nottingham semata2 nak BTN
6) tipah- dia pon dtg dari jepun utk BTN, alahai, kiutnye dia pakai baju sekolah., cam budak firm 5
7) Kak fuziah (jabatan haiwan) dia nak gi australia,
8) ashwaq (kiim) lahir di mekah, dia buat bidang terjemahan arab-english, berabuk arab la...
9) Jenny (cikgu sekolah) dia nak gi beijing , suka tengok dia cakp, pelat2 gitu...

10) aku le...

Best gak aku dapat dormate yang gila2. Dorm aku le paling bising. dahle kali ni, peserta paling ramai, batch ni. 100 lebih + ada group dari kementerian kesihatan + penjaran. riuh rendah ULu Sepri tuh,,,,,
ahli dorm aku yg giler2
1) kak hasnah (x ingat dari mana)
2 Kak zana , ni mak yg happy, dari jabatan haiwan
3) kak zatul ( wah cik gu kami yang ajar utk exam ). acually dia ngajar kenegaraan kat UPM, so diala jadi tukang ajar utk kami)
4) kak askiah, lecturer ecology
5) easy (tutor bintulu)
60 alamak, spa nama kakak ni, dok sebelah katil aku jek, lupa lak, dia pemngantin baru. ianai merah2 lagi....
7) aisyah. dari UKM, dah lama kenal adik ni. La budak PKPIM rupanya.

Ish, byk cityer nak share ni....rasanya nanti aku bukan entry baru....
Yang aku realize bila balik dari BTn 5 hari ni semua orang rindu kan aku. x pernah aku berpisah ngan suami dan anak2 lebih dari 3 hari. Tapi kan yang pastinya husband aku la paling rindukan aku, kuang kuang. betul lah kata orang, bila berpisah sekali sekala, rasa kerinduan menggamit jiwa...tak gitu cik abang nyer....

then 19-21 aku kena gi workshop nanotech kat UiTM, sib baik biasa gak ronda2 shah alam. aku drive sendir jek. rasa badan melayang2.....penat tahap GABAN

dan 24 th aritu aku amik IELTS. thanks hubby, amik cuti semata2 nak antor dan amik aku. aku amik kat IDP subangjaya. mak oii, ramainya . boleh dikira le yg melayu. hehehehaku rasa aku dah buat yang terbaik utk listening, reading dan writting. cuma aku takut tang speaking. sebab aku ni kan over ramah. byk cakap kang byk le salah. aku pernah amik ielst ni dulu, tahun 2000. la ni dah x valid lagi lah kan. tapi kan masatu aku speaking rasa cam lintang pukang tapi dia boleh bagi aku band 7. rasanya sebab dia mat salleh. kalau malaysian ni kedekut sket kot markah. aku rasa kelebihan aku adalah aku ni peramah dan byk idea nak cakap, bukan sebab aku teror omputih. heheehh

lepas abis exam kami berdua2 an gi ke jaya jusco klang. wah rasa cam bercinta cintun gitu...kadang kala aku pelik bin ajaib tenguk ada org baru 2-3 tahun kawin dah cerai berai. aku ni dah kawin 5 tahun, rasa cam baru lagi, dan rasa makin hari makin tebal cinta kami. rasa macam pengantin baru gitu...

Eh, awat lately ni hubby aku suka minum power root? nak menag nazaria ke? atau???