Monday, August 07, 2006

negatif...

mmm, alhamdulillah, keputusannya negative. ngeri gak kalau berlaku sebaliknye. hehehe, kadang tu aku rasa janggal. maklumlah, 3 tahun berturut2 pregnnat. tapi tahun ni tak. pelik plak rasanya. nampak org pregnant macam best jek. aku suka masa pregnant sebabnya aku rasa hubby aku tersangat sayang kat aku. dia suka tengok aku . masa anak fisrt dan second. aku rasa cam putri raja gitu , heheeh. aku jenis yg x de masalah sgt masa pregnant so really enjoy my pregnancy. cuma yang x larat nak jaga anak rapat2. itulah sebabnya aku ambil keputusan untuk guna IUS...yang dah 3 nih selalu buat aku pening kepala dan naik darah. heheeh aku nih bukan jenis suka jerit2 atau tengking2, tapi bila ada anak nih, suara aku kadang dah macam petir, hehehh. yang sorang nih asik nak nagis jek, manja semacam. kadang tuh nangis tanpa sebab. si hanis la nih. pedih telinga dengar dia jerit. dia benar2 menguji jiwa keibuan aku. aku selalu ingatkan diri aku. anak nih kalau kita lagi tinggi suara dia lagilah lawan. jadi kena guna kasih sayang. memang letih tapi itulah cabarannya. bukan mudah nak jadi ibu solehah. perlu tahan mental dan emosi. fizikal jugak:) kena fit wei...

habil contohnya. asik suka kutip ntah apa2. panjat sana sini. jenis susah tidur. asik nak org main dengan dia jek. letih aku berjaga malam. pastu suka kacau kakak2 dia main atau makan. jadi kakak2 pon selalu gak tolak habil sebab geram. aduh....letihnya, sini nangis , kang sana plak nangis......

husna nagn hanis selalu gaduh. husna selalu tak puas hati dan dengki nagn hanis, kalau hanis main ke, dia rampas , pastu bukan dia nak main, dia campak bende tuh, saja x bagi hanis main. hanis pulak suka nangis. hai, meraung la plak.... satu lagi x puas hati si husna suka sangat gigit hanis. sian hanis berbintat2 tanda kena gigit. aduih...anak2 ummi...naik angin gak aku. tapi si husna nih pandai pujuk kang lepas di buat hanis, dia pon gi la kat hanis, salam, minta maap, cium2, peluk2...budak2 nih..kejap gaduh kejap kang baik...

begitulah orang beranak ramai dan rapat. Nampak macam hervoc dan hectic hidup aku kan? tapi byk kemanisan yang terucap sebenarnya. mmm, contohnya:

satu hari aku minum berdiri , sebenarnya aku nak rasa jek air tuh. Husna pun cakap: "Ummi, minum duduklah, janagn berdiri. heheh aku pon jawab OK, OK, sambil duduk dan minum. Sebenarnya dialog husna itu adalah dialog yang selalu aku cakap pada dia. dan nah!! dia pulak cakap balik kat aku, ehhehpadan muka!!!

habil dah pandai cium orang , seronok sekali!!! hanis pon dah byk cakap cuma buah butirnya agak susah sikit nak paham. aku ada cipta lagu untuk dia. aku ajar dia nyayi sambil buat gaya. dia suka sangat dan itulah antara ubat mujarab kalau dia nangis...
"Allah Maha besar, Cipta bulan, Cipta bintang, bintang kelip2, lip lip lip..."

Rupanya menjadi ibu nih kena kreatif. adakala anak x nak makan, kena pikir resepi baru. ada kala anak meragam. serba tak kena dibuatnya. kena pikir alternatif. Dan aku realize, makin lama makin seronok aku menjadi UMMI!!!

mm, husna plak. u all mesti x sanggup dengar!! sebab dia sangat byk cakap. umur 3 tahun 3 bulan tidak menggambarkan usia yang sebenar. semua bende nak tanye. Ummi kita nak gi mana nih, ummi napa ummi pakai baju nih, ummi ni warna apa nih, tu apa tuh, napa buat cam ni, aduih, sampaai letih menjawab pertanyaan macam penberita makcik nih. dia pandai bercerita dan menyanyi. siap dengan gaya2 sekali. contohnya:
nih versi dia : ada sekor monyet duduk di atas dahan. ada buaya. mm, nak makan, nak makan, ekkk(bunyi sendawa) dah kenyang...

cerita tuh lah diulang2 dalam kereta sepanjang balik dari sekolah. lagilah kalau dia belajar lagu baru......hai,tahan telinga jelah, dengo jek...

Dulu aku teringin nak dpt anak yang byk cakap. mesti seronok kan? tanye itu dan ini. tapi bila aku dah alami, memnag best cuma penat jelah.....

1 comment:

yus said...

anak yg banyak bertanya, memang pening nak melayan. Anak saya Aqil pun macam tu, sampai hangin saya kadang tu, baru sepuluh saat bertanya, tanya lagi soalan yg sama....aduh!! Tapi keletah mereka mmg menghiburkan.