start rabu aku dah mula busy melayan budak2 baru di fakulti. pensyarah dan PA (penasihat akademik) menerima 8 orang student. student aku semual melayu . tapi masa semalam, aku terpaksa take over pensyarah lain punye student jugak. tak kisah la. yang aku nak kongsi ni ialah satu peristiwa yang amat lucu.
Scene 1: selepas aku memberi penerangan kepada pelajar tentang jadual akedemik dan sebagainya, kami semua lunch bersama2. aku x de masalah makan ngan student. so, selepas makan, aku sendiri kemas meja, buang samaph semua. tetiaba ada student tegur
student: kak
aku: yup ( aku dah biasa studenty panggil kak sebab ramai x caya sangat aku ni lecturer)
student: eh, awak studnet fizik kan?sambil tunjuk borang AK3 (borang pendaftaran)
aku: (aku actually pelik gak soalan tu, aku ingat dia tau aku lecturer), mmm, saya x paham la
student: awak fizik kan? (dia bertanya banyak kali)
aku: la (rupanya budak ni ingat aku ni studet baru macam dia) , mm, saya pensyarah kat sini
student: (muka terkejut dan malu) eh, saya ingat student tadi (sambil lihat nametag aku)
aku: senyum dan berlalu
Ni mesti student dari group lecturer lain ni....wah !!! aku dah jadi muda 10 tahun gitu...budak baru ni ada dari bekas diploma, stpm, matrik. agaknya budak yang tanye aku tuh budak x matrik kot. budak matrik ni muda sebab matrik sethaun, diploma 3 tahun. jadi bila masuk degree ada berbeza2 usia.
Scene 2
di dewan besar ada ceramah untuk pelajar baru. sebagai pensyarah aku ngan Dr jumiah pergi jugaklah beri sokongan. tapi mata aku dah mula berat , ngantuk sungguh. aku tengok Dr. jumiah dah terlelap. aku pon bingkas bangun nak jalan2 luar dewan. aku dah lama x gi Dewan besar. banayk perubahan dah, aku tercari2 mana agaknya toilet. tiba2
student: dik, adik cari apa ni..
aku: saya cari toilet
student: kat sini (sambil menunjuk)
student tu adalah fasi (pembantu pelajar) kira student senior la.
aku pon masuk toilet dlaam keadaan tersenyum2. kuang kuang...Hari ni dah 2 kali org ingat aku freshie....lepas tu terus sms kat husband citer....
tadi aku baru borak ngan timb. dekan. aku citerle kisah di atas, wah, laily awak jadi mudalah, dia senyum, hehhehehe
kesimpulannya. eh, aku ni x le tua sangat. aku selalu rasa aku ni tua sebab aku beranak tiap2 tahun. rupanya ada insan yang melihat aku muda dan aku kena pertahankan kemudaan aku ni. muda bukan sebab pada fizikal sebenarnya, tapi sikap kita yang yang ceria dan mudah mesra ngan student.
tadi gak aku jumpe sorang student lama, dia jumpe aku sambil salam dan cium tangan aku dan ucap terima kasih . dia dapat A subjek yang aku ajar. mmm, inilah kepuasan seorang guru. bukan kerana student dapat A, tetapi kerana pelajar masih menghargai kita dan ilmu. sebab itu aku sayang dengan kerjaya aku sebagai pendidik ni....kepuasan yang tak terucap....
Friday, July 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment