start dari khamis aritu sampai isnin (semalam) aku amik cuti. saja, maklumlah, aku ni antara staff yang byk cuti, jadi sementara student x masuk lagi ni, aku pon pulun la cuti.
Khamis- aku lepak2 kat umah jek, actually anytara sebab aku cuti ialah aku nak kembalikan susu aku balik. nak susukan direct pada habil, sebab lepas gi BTN 5 hari, susu aku merudum. jadi habil kat umah kerjenye nenen jela. petang akdan anak2 nan 3 itu mandi 'swimming pool'kat luar umah. alah pool yang bulat leh li[at2 tuh. husna dan hanis aku siap pakaikan baju renang lagi , heheh padahal mandi kat umah jek. jiran sebelah, student KDH tumpang seronok dok lain anak2 aku mandi. siap pasang lagu raihan + aku buat kuih che' mek moleh petang tuh....happening umah aku
Jumaat: memula gi hantar anak2 ke umah kakak aku. untungnye dia, umah dia memang dekat giler ngan anakku. boleh pegi hari2. tehn aku sorang gi warehouse anakku. mak oi, x cukup tgn nak pegang barang. biasanya gi nagn hubby , la ni gi sorang. aku nak cari baju sejuk, tapi x de yg OK, just beli baju habil + mainan tolak2 habil tuh, habih gak duit aku ~rm200. lagipon aku belikan apa2 patut sebagai hadiah adik ipar aku baru besalin, termasuk gak kat ofis aku ni byk no orang bersalin.
lepas lunch umah kakak aku, aku pon balik umah mak aku plakkat telok gong . sampai umah mak, aku tolong mak aku buat kek, tolong tulis atas kek, mak aku x reti tulis omputih..sejak mak aku dah pandai buat kek. dia telah mencetuskan satu revolusi dikampong tuh. la, ni bende kecik2 pon orang tempah kek, anak balik asrama, tempah kek, baru abis peksa, anak peksa nombor satu.....kadang tu nak tergelak aku. masa hari guru aritu, budak2 tadika pon tempah kek. dah nak petang , wei...kita kena balik umah kita kat kajang.....
sabtu, sibuk kemas2 barang kita nak gi sabak bernam umha yoyot (moyang bahasa jawa) anak2 aku ni. hubby aku kerje lak, kol 11.30 am aku kuar umah, sekali ngan anak2 ku samua. sampai ofis babah kol 1. husband aku malas nak baik umah, kang takut lambat bertolak. tu yang kena amik dia tuh , pastu terus kami ke sabak bernam, sungai air tawar. mak oi, sampai sana hampir kol 6 pm. penat giler...hubby aku plak sibuk siap2 dia ada usrah kat sg. besar. so, hanya kami anak beranak jelah lepak kay umah yoyot.
ahad, siap2 nak gi perak plak, umah MIL. ~ zohor baru hubby aku balik dari sg. besar. dlm kol 2 gitu bertolak, sampai trolak dah asar. wah!!! penat lagi....habil tidur dari lepas maghrib sampai subuh......
isnin- aku + hubby amik cuti. terpaksa sebab hubby dah x de masa lagi untuk balik kampong. nanti mak dia merajuk. susah nak pujuk wei. mmm, hubby aku beli durian, sedapnyer.....durian sungkai......lepas asar kami pon balik samai umah di kajang dah pon maghrib...........
Malam tadi, kami semua dan terlentang kepenatan......
pagi ni tiba2 dapat call dari pejabat dekan, nak result miting semalam. aik? miting apa lak ni, aku kat cuti. La, dia nak calon2 untuk hadiah universiti dan fakulti. alamak, pagi ni aku pulun semak result student2 ni.....kerani ofis aku kata , jenuh dia call, masa aku cuti . minta aku gi ofis masa cuti. sebab aku yang incharge bende bertahun2. ehehe, aku kata henfon tinggal ofis. sib baik henpon aku tinggal, kalau tak cuti pon kena kerje........
wah......minggu ni dah sibuk nagn pelajar baharu.tapi kali ni aku kureng motivasi sket le nak mengajar, may be hati dan minda aku dah pikir nak buat PhD. pastu lak, cam malas2 je tengok buku timbun2 depan aku ni. tapi nak buek caner kerje aku ialah mengajar. itu je yang aku tau buat. ikhlas kan diri wahai laily!!!!!
Tuesday, July 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment