Monday, September 11, 2006

indahnya cinta itu

sebenonya aku tersangat busy tapi aku nak jugak tulis sebab nanti lambat cam x best. 9/9 aritu aku sambut 5th anniversary. alhamdulillah, 5 tahun kami melayar bahtera rumahtangga. so far tak pernah lagi lah gaduh besar, sekadar perselisihan faham tu biasalah kan tapi semua dapat ditangani dengan kematangan , berbincang dan alhamdulillah, aku happy dengan apa yang aku ada. ada suami yang penyayang dan 3 anak yang comel dan sihat. terasa dah complete dah. hubby aku x suka aku cakap habil tu anak last dia suka aku refer sebagai anak ke 3. chewah!! berhajat nak tambah anak lagi lah tu, heehh sabar....aku plan masa aku tgh writting phD nanti la...dulu aku pregnant husna masa aku writting master. really enjoy my previous pregnnacy...

aku x de hadiah nak bagi husband kali nih. memang aku sengkek giler2 sebab kena bayar duit workshop dan exam english aku tuh. kami x de la plan nak sambut ke mende. tapi jummat mlm tu aku ajak hubby keluar malam dating berdua. di asetuju tapi dia nak pergi bila anak2 semua dah tidur. tau jelah anak aku tuh. kul 11 baru tidur. hubby aku lak dah tidur. punyelah aku kejut dia liat nak bangun, tension aku. last2 aku merajuk le...ialah janji nak pergi pastu tidur lak

heheh bila dah merajuk hubby aku pon pujuk la konon malam esok la ek, ngantuk sangat. oklah, asal kami berdua dpt kuar berdua dating2. so esok nye kami balik klang. malam tu gak anak2 aku semua x tidur2. ish, skait jiwanye aku. last2 kami kuar gak. anak2 di bawah pengawasan mak aku le. kami pergi muara sea food kat tanjong harapan. terpencil gak tempat ni tapi ramai org. aku ni namanya org port klang, ini pes time aku gi nih. perut dah kenyang makan kat umah tadi. nak makan apa ek? so, kami just order aiskrim + kerang rebus. mak oii, beso nyer kerang dia. aku x pernah jumpe sebeso tu seumur idup. dipendek citer, kerang tu x cukup masak, spoil betul mood aku. angin sepoi2 bahasa, angin laut malam, ntah x tau le romantis ke tak tempat nih. alamak, caner ek nak bagi malam ni cam best. aku x de idea. ahh, kami pon borak2 je kat situ. bila balik, dalam kereta hubby buat surprise!! dia ni jarang le nak buat suprise ke apa. ntah malam tu ada lak idea dia. ish, tak sangka romantic gak hubby aku nih....unforgetable moment lah, thanks bang, love u so much...atas hadiah 'invisible' itu. kami samapi umah kol 1 pagi. fullamak, dating giler la plak. jiwang karat betul.

besoknya kami ke giant klang bawak anak2 jalan2 sebagai ganti mlm tadi kuar x bawak diaorang. sebagai hadiah visible, hubby hadiah aku hand bag. thanks abang, realy love it. walaupon aku tau baper harganya dan beli kat mana. it doesn't matter to me. as long as abang ikhlas, elly terima dan elly dapat rasakan your love bila memakai beg itu.

mmm, 5 tahun memadu kasih , suatu yang tersangat indah sukat dilafaz dengan kata2. Moga Allah terus memelihara kasih sayang kami selamanya.

Istimewa buat abang(ish ni satu dunia baca nih) , untuk kesekian kalinyaa, ingin ku katakan,
Aku bangga menjadi suri hidupmu..sayang...

5 comments:

NZNM said...

Selamat Ulangtahun perkahwinan yg ke-5 buat Laily & hasri. Semoga mawaddah & rahmah berkekalan selamanya, dimurahkan rezeki & cahayamata yg soleh & solehah.

yus said...

Selamat Hari Ulangtahun ke 5 yer Laily.

Amboi baca cerita pun dah terasa romantiknya....semoga bahagia selalu hingga ke anak cucu.

uDA said...

huuuu karattttssss ekekek.

tahniah ya elly dgn hasri. semoga perkahwinan kekal ke akhir hayat. aminnn

ummu_naqeebah said...

thanks kawan2 yang mendoakan kami. moga kami sentiasa intim dan berada dalam bunga2 cinta.

ummu_naqeebah said...

thanks kawan2 yang mendoakan kami. moga kami sentiasa intim dan berada dalam bunga2 cinta.