Monday, October 06, 2008

syawal di sheffield


heheeh, ala2 macam nikah la plak...



ummi, x de duit raya ker ummi????



ummi, angah selalu buat ragam, asik nak nagis jek, ampun angah ye ummi,



babah, ampunkan habil, halal makan minum habil, habil selalu buat babah fenin, hehehe





alhamdulillah, syawal di sheffield disambut meriah seperti tahun2 yang lalu. ALhamdulillah, habil akhirnya dapat juga merasa buat pertama kali memakai sampin. sungguh teruja habil. berita terkini, habil dah lulus potty training!! fuhh, lega hampir 5 tahun setengah aku tanpa putus membeli 'pampers' akhirnya bulan ini aku tidak perlu lagi membelinya. rasanya beribu2 lemon duit habis utk dypers.

terima kasih buat mak di kampung yang tergesa2 juga membuat baju buat kami sefamily. serba hijau tu. tapi sayang habil tak dpaat 'sekayu' dengan kami sebab kain x cukup. x perlah. oklah tu...

terima kasih juga buat zawawi notts yang sudi/sanggup/terpaksa rela mengangkut baju2 raya kami dari Malaysia. berat gak baju2 tuh..time kasih byk2...raya dtg umah ek..

moga syawal ini memberi keberkatan buat kami sekeluarga

ameen

Monday, September 29, 2008

eid mubarak




(terima kasih untuk pereka kad, intan)

moga ramadhan yang pergi, akan kita temui lagi tahun hadapan, pastinya dengan lebih baik.

Buat sahabat2 di bumi uk yang mengenali, singgah la di teratak kami.

jemput semua

mohon ampun, atas segala salah silap, terlanjur kata dan lain2.

eid mubarak!

Thursday, September 25, 2008

insaf

eidulfitri bakal menjelma. namun hati ini tidak lah genmbira sangat kerana sahabat2 disekitar aku dirundung duka. ada yang bakal menyambut raya dengan anak terbaring kaku di ICU, ada yang menyambut raya tanpa suami yang memang'tiada', ada yang sambut raya dengan suami yang jauh di mata. Berada di UK ini membuka mata aku seluas2nya. ujian yang aku hadapi terlalu kecik berbanding orang lain. itupun aku dah merungut. teruk sungguh aku ni.

aku berkata dengan hubby "elly sangggup ujian susah, tak pe, makan lebih kurang , hari2 makan telur pun ok, tapi kalau ditimpa ujian anak sakit, suami skait.. Ya Allah...beratnya....".....

tapi apalah daya kita, kita tak boleh memilih ujian yang mana yang kita nak. Apa yang Allah beri pastinya ada hikmah. Dia Maha Tahu, samada kita mampu tanggung atau tidak.

Lemah aku....lemah untuk mentafsir dan memikir...

Thursday, September 18, 2008

salam dari Dublin

aku masih lagi di dublin, masuk hari ke 5, lagi 2 hari lebih kurang aku akan pulang kepangkuan suami dan anak2. aduuuuuh rindu nyer...

Alhamdulillah, aku telah present agak baik (aku masih terasa kegataran nervous, tapi aku rasa aku x perform sangat sebab suara pun can mengeletar je))
thomas: don't nervous laily, u did it many times (ujarnya sambil duduk disebelah aku, sebelum tu dia duduk kat atas, agaknya dia tau aku nervous semacam jek) )
aku: OK (sambil mengumpul kekuatan)
habis je present, aku kembali duduk. seorang prof dari France menepuk bahu aku dari belakang (dalam hati aku, sabar je dia , pandai2 je tepuk bahu orang, sib baik pakai jaket tebal skt, dah la muda baru 32, dia jadi prof masa umur 30, caya tak?). dan thomas juga menepuk bahu aku sambil menunjuk tangan tanda bagus.
ish ish caner aku nak bagitau yang jangan pandai2 tepuk bahu orang .

thomas: u can answer the question very well. i like the way you say "can u hear me ?)
aku tersenyum saja. kelakar kot masa tu. rostrum tu agak tinggi bagi aku yang kemetot ni,susah aku nak nampak slide tu, jadi aku plan konon2 x nak pakai mic. tu yang aku tanye org dengo ke tak. tapi suara aku tak cukup kuat. dewan tu besar.



sebaik keluar dewan, seorang researcher dari Hitachi menegur
"your result is very good, i want to discuss after this...bla...bla...)
thomas menyampuk: Yes, she got excellent ,....very good result
dalam hati aku, thomas ni suka benar memuji sampai satu ketika aku rasa dia memuji untuk motivate aku semata. sebab aku tau aku bukan bagus pun. saja je dia kata aku bagus. cam x ikhlas jek..(ish laily x baik..heheh)

apapaun, conference ini adalah permulaan yang sanagt baik bagi aku. present dihadapan pakar2 magnet seluruh europe buat aku jadi bertambah confident. "laily, kamu ni idokle teruk bebeno"



hari kedua sampai,aku dah mula rindu sangat dengan anak2 dan hubby. sambil study, mata bergenang je, ber YM dan cakap ngan anak2 sambil tgk web cam lagi la hati aku bagai disayat2. Hai...sabarlah ye..umi gi berjuang ni

alhamdulillah, aku tinggal bersama adik2 undrgrad dan adik2 yang buat acca. sekurang2nya terubat sikit rindu dgn anak2. kalau aku tinggal sorang2 kat hostel, maunya gila aku. dan alhamdulillah, murah rezeki ramadhan, ade saja jemputan iftar.


ni iftar di rumah Kak Naz



ini iftar rumah Eton



ini iftar di dublin mosque



bayangkan ada adik2 malaysia kat sini yang almost everyday makan kat masjid dan menu nya sama setiap hari selama 30 hari ramadhan. nasi beriani, ayam tandoori, kuah ala2 kari daging dan salad. sedap juga tu. mmg kami licin dulang tu.


ini waktu khatam quran sempena nuzul quran bersama adik2 254,

ini gambar sebelum iftar di dublin mosque. iftar kali ke2 disitu.chewah, aku pun dah jadi macam anak dara selama seminggu ni. berkawan dengan anak dara , ehheehehe

sekian dulu laporan dari Dublin. jumpa lagi nanti di sheffield.

Saturday, September 13, 2008

mencari hikmah

hari ni memang agak kelam kabut uruskan itu dan ini termasuk jumpa prof davies. so far, slide boleh kata siap, tinggal conclusion dan teknikal2 sket. cuma ada uncertainty yang kena kira sikit.

aku sempat berym kejap ngan hubby
hubby: elly, hari ni balik awal tau
aku: tengoklah bang, umi cuba
hubby: habil asik tanye je, umi ner, umi ner
elly: ok, umi balik before 6

hai, hati keluh kesah sket ingat anak2 yang bakal ditinggalkan untuk seminggu. relaxlah seminggu je. heheeh. 7 hari tau. paling lama setakat ni. tup2 tengah kemas2, asif bagatau yang thomas tersayang akan tinggalkan sheffield dan balik ke hometown dia di austria.

haaa!!!! macam terhempas batu kat batu jemala. bior benar?????????????

apa akan jadi dengan aku nanti????

dahlah aritu dapat supervisor retired, ni dapat dah dpt yang ok, nak tinggal aku pulak.....

dia akan officially bertugas di sana next year januari. Aduh!!

sepanjang dalam bas hati aku tidak keruan. terbayang2 sapa pulak supervisor baru aku nanti...hanya 2 orang terlintas, Dan allwood atau Mike Gibbs (orang yg paling digeruni)

YA Allah moga Engkau memberikan yang terbaik untuk ku....


huhuhuhu

huhuhuu

nak thomas jugak
nak thomas

huhuhu

Tuesday, September 09, 2008

baru atau dah?

8 september 2001 tarikh kami disatukan dan semalam genap 7 tahun. baru 7 atau dah 7? entah...
takde apa2 yang istimewa sangat. hanya kad dan bunga. hubby belanja iftar di lebanese restaurant...lamb and vegetable soup di aMasyaAllah, 5 star!!!!








alhamdulillah...antara kenikmatans eorang isteri adalah melihat suami dan anak2 gembira...

thanks sayang

i lap u

Wednesday, September 03, 2008

terapi


fikiran agak berserabut. semalam meeting ngan prof daveis. thomas dtg lambat sebab dia ada viva. hari ni meeting pula dengan thomas. dia baru cakap semalam nak tgk slide utk present kat JEMS dublin. hai, bila thomas tgk slide aku byknya kena ubah, bukan setakat ubah slide, malah ada eksperimen lagi yang perlu dibuat utk cukupkan data tu. conference ni dahlah memang specific betul bidang aku. takutnya berganda2 la. tak boleh nak goreng2, sebab audiennya pasti lebih pandai dari aku. ngeri2.rasa x de mood je nak pergi. masa dah suntuk. lagi seminggu je lagi. thomas suruh run sample utk tau grain size and do some simulation lagi. ada yang aku run last week, x habis2 lagi. rasanya samapi minggu depan x siap2 ni. sabtu depan aku akan pergi. sedih juga sebab kena tinggal family seminggu plak tuh. awat conference lama sgt. ish ish...

blog adalah terapi buat aku untuk melepaskan ketensenan....

mudah2an ramadhan ini memberi kekuatan buat aku agar gagah meneeruskan phD ni. adakala rasa aku tau apa yang aku buat. ada kala aku confuse, adakala rasa banyak nya tak tau. adakala rasa nak tidur je sebab dgn tidur aku lupa aku buat phd, ehehhe terfikir2, bolehke aku habis dlm time frame.

dalam hidup, cabaran adalah kekuatan sebenarnya. cuba takde cabaran? mau nye kita relax2 je goyang kaki kan? jadi telan jelah cabaran tu. semua orang yang berjaya dimuka bumi ni ada cabaran yang tersendiri. jadi, nak tak jadi orang berjaya?????

NAk nak nak ...

jgn lari dengan cabaran, hadapi sekuatnya. jadinya perteguh tekad, kuatkan iltizam ok!!!!



come on laily! u can do it!!!
p/s : gambar tiada kena mengena sangat dengan tajuk, sekadar gambar hiasan...

Tuesday, September 02, 2008

nasyid Vs lagu dakwah

entah macam mana sabtu lepas, aku terbaca ditranungkite tentang azhan, akademi nasyid. fuhh, suara nya ala2 jamal abdillah, malah tak keterlaluan kalau kata lebih hebat dari jamal. maka sepanjang hari aku dan hubby 'melayan' akdemi nasyid. semua persembahan azhan aku tengok. malah aku sempat tgk juga masa final kat tv9. tapi taklah tgj semua persembahan, aku skip2 jek, tapi bila turn azhan, aku tengok habis. hai, tak pasal2 aku dah ajdi peminat azhan la plak...

peliknya, x de publisiti langsung pun sebelum ni pasal akademi nayid. aku tau pun dah nak final. mm kalau akademi fantasia, x sudah2 cerita depa sesaja.

jom layan kejap salah satu persembahan beliau


namun bila tengok barisan penasyid2 ni aku agak tidak selesa. mungkin orang akan akta aku ni ketinggalan zaman ke apa. mmm, pada aku nasyid ni tak berapa sama dengan macama nyanyi lagu ketuhaan atau dakwah. tak semua orang boleh nasyid. nasyid bukan setakat lagu tapi termasuk akhlak dan penampilan orang yang mengalunkannya. itu jika benar2 mahu memartabatkan nasyid sebagai medan da'wah.

kalau dilihat lately banyak lagu2 nasyid yang 'meleret2 ala2 jiwang la pulak. bukannya menginsafkan malah jadi sebaliknya. nasyid mesti ada identiti yang tersendiri. bukan sekadar lirik yang seperti "bercinta pun ingat tuhan" tetapi kesan dan auranya luar biasa. pada aku yang dibesarkan dengan lagu2 nada murni, aku lebih menghayati dan menikmati kesedapan lagu mereka. biarpun tanpa music yang cangggih2, sekadar pukul kompang pon dah cukup merdu. Lihat saja lagu Munajat. fuhh! alunan suara asri cukup menyentuh sanubari.

mana yang penting? lirik atau music? pada aku dua2perlu tapi yang jauh lebih penting adalah lirik. lirik yang mendidik jiwa bukan susunan musiknya sangat.

lagi satu berkenaan penasyid wanita. mm, pada pendapat aku yang dhaif ni, aku kurang berkenan sungguh melihat wanita , biarpun bertudung menyayi di pentas. dengan pakaian yang vouge (alamak betul ke eja ni) dan make up yang tebal suara yang mendayu2 , lenggok2 badan (biarpun x menari) , maaflah aku tak terfikir lagu tu sampai ke lubuk sanubari.

musim penyayi wanita bertudung
alhamdulillah, aku menyambut baik keinginan penyanyi2 wanita bertudung. Namun biarlah sempurna. tudung bukanlah satu imej tetapi satu tuntutan. imej boelh berubah bila2, di mana saya ikut masa, tetapi bila tudung dalam erti kata menutup aurat tidak akan berubah, walau di mana, even masa nak bersalin pun.




dari sudut feqh, tudung ni biarlah tutup apa yang patut ditutup, tiada sikit2, atau perlahan2. tetapi kalau dari sudut dakwah, mereka ini lebih baik penampilannyai artis lain sekurang2nya. Meskipun aku tidak berkenan sama sekali tudung dijadikan fesyen semata. sekadar letak dikepala, macam tutup dengan sapu tangan jarang saja. Ya, mungkin ada yang kata, nak tutup sikit dulu beransur2. Pada aku, tidak kisah yang itu cuma patutnya, bila disebut beransur2 patutnya makin lama makin baik, makin lama makin tutup. Tetapi yang aku tengok makin lama, makin terbuka. itu bukan kearah yang lebih baik. tetapi kearah makin nak "buka" gayanya.

apa2 pun, tudung adalah salah satu saja dari ciri2 menutup aurat. Banyak lagi ciri2 lain yang perlu dipenuhi. paling2 pun, seronok juga bila makin ramai yang realise bertudung pun boleh "cari makan" dalam hiburan. tapi arits yang bertudung perlu lah menjaga akhlak, supaya kita tidak menjadi fitnah pula nanti.

Saturday, August 30, 2008

face painting


mula2, sapu putih kat mata


then, sapu merah plak



bagi penuh kat satu muka yang tombam tuh...


next, amik kaler itam garis2 kan...


tada...dah siap spiderman




dan yang ni pulak yang lain, butterfly dan cat meow meow. entah macam maan ada free face oainting kat meadowhall, apa lagi....



selain itu, sea world dan butterfly lagi...angah suka beno ngan butterfly. yang ni di paint masa islam expo di london

sebenonya uminya pun teringin nak buat face painting. maklumlah maca kecik2 dulu mana ada peluang face painting ni. yang aku ingat muka aku di paint masa kahwin dulu. hehehe cukuplah....

kalau teringin sangat, umi nak buat sendiri kat rumah rupa tiger, dan tunggu babah balik kerja....heheeh

agak2 babah terkejut tak? heheheh

Wednesday, August 20, 2008

Hati yang keras

andai kata kita ni jenis orang yang sukar terima teguran atau nasihat, atau jenis yang "hati batu" atau jenis yang x berperasaan (iku suka sendiri dan rasa sentiasa betul saja) , cubalah ikuti artikel di bawah. kadangakala kita tak sedar yang hati kita ni keras.

Bahan Usrah
Qaryah Darnal 2008 Siri 1

Artikel Umum


LIMA TANDA HATI KERAS MEMBATU

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Tulisan : Prof. Madya Dr Ashraf Hashim
UIAM

http://www.mindamadani.my/content/view/95/4/

Tuesday, August 19, 2008

hampir putus asa

Thomas Schrefl
secara officialnya adalah main supervisor yang baru. dan prof davies adalah co-supervisor. Tetapi prof davies masih menguasai projek aku, meeting, dan banyak keputusan. Baru2 ini prof daveis seakan merajuk dengan aku sebab abstract yang aku hantar untuk JEM's tidak direfer pada dia. dia menghantar email rasa macam kecewa dan ala2 dijauhkan oleh aku. dia turtt kata projek phd aku ini idea oroginal dari dia. maka aku pun reply email dia dan mohon maaf. sebab masa tu very desperate, evry short notice. thomas minta hanatr abstract dan aku panic sebab tak tau nak tulis apa, lantas thomas yang bantu dan aku straigh away terus submit sebab dah lewat sehari dari due. alhamdulillah diterima abstract tu. aku ditimpa rasa bersalah. amat2. thomas sebenarnya yang byk sponsor projek aku. dan dia lebih take care. rupanya davies jeles la plak.....sensitif ...dia boelh compare, since dia orang experiemnt dan thomas orang modelling.." experiment is more important tahn modelling/simulation"

masa meeting, prof davies yang kuasai keputusan. aku diam saja. menurut perintah. namun kalau meeting dengan prof davies sellau berakhir denagn penderitaan emosi. apa taknya. kalau aku tanye soalan ade ke dia kata soalan tu tak perlu tanya, aku perlu jawab sendiri. aduh!! tu yang asyik rasa stupid je lepas meeting ngan dia. sampai rasa takut nak tanya soalan. amat berbeza kalau meeting dengan thomas. thomas seorang yang suka motivate pelajar. idoklah terasa aku ni stupid sangat2.

aku bukan tak suka prof davies. namun sejak 2 menjak ni dia terlalu sibuk dah aku terasa diabaikan, apatahlagi dia cakap sendiri , "my priority now is family". yelah. lantas aku cakap " you still have a student". dia diam aje...Jadi janganlah marah kalau aku rapat dengan thomas...sebab dia yang paling ambil berat hal aku sekarang ni.

satu hari aku rasa agak down juga. entahamcam mana, thomas masih ada di bilik aku sampai kul 9 mlm. dan semua orang dah balik. maka bermula la sesi sharing session. nak nagis pun ada, tapi control macho. ("ish laily ni, sikit2 nangis, heh).
aku: thomas, i don't think i have enough data for my second year report..

thomas ; don't worry laily, second year year viva is nothing, they just want to see your progress.
aku: until now, i have no progress (chewa, buat muka sedih)
thomas: No, laily u see, u won the poster competition, that is progress. Now, you know how to do simuluation, that is progress. That is normal laily, in reseacrh, sometimes up, sometime down. But at least u have progress.
aku: But i don't know waht i'm going to do for my second year report
thomas: It's ok laily, we will do more simulation.(since we have problem in helium bla bla)
aku: how about dublin's conference? i have no idea...
thomas: oo, u can use what ever slide have u made for malaysian coference, nobobody knows. different audien..
panjangla juga , termasuk isu prof davies. aku cuba provoke pasal prof daveis. nampkanya dia ni akhlak mulia, langsung x burukkan prof davies. sampai certain extend aku tanye, pasal do i need to change him?
thomas: No, laily, we still need him. He has bla bla...bkla.(dlm hati baiknye dia, aku baru nak kutuk, hehe)
dan termasuk isu, ada ahli grup dia yang pertikai, projek reseacrh aku tak termasuk dlm grant thomas, tapi thomas still sponsor aku dlm byk hal. terasa macam dianaktirikan la plak....

Sesi berakhir hampir 10 malam. fuh!!! masa summer, 10 malam idokle gelap beno....
last sekali aku cakap: thank you thomas, i feel motivated now...
dan malam tu aku rasa lega

dan lagi 2 minggu nak hantar report wajah thomas tidak kelihatan. aku dah stuck!!! nak kena hantar 15 pages jek. semalam cuak sebab file literature dan introduction yang siap ditulis hilang. jenuh cari sana sini rupanya terselit kat folder lain. fuhh bikin hati gabra saja.

alhamdulillah, Allah bagi ujian tang lain dan bagi kelebihan tang lain. kelebihan yang paling aku syukuri ialah mendapat thomas!!!! dulu aku sedih bila prof davies retired, tapi alhamdulillah, Allah ganti yang lebih baik. Bukankan Allah Maha Mengetahui?????

MOga Allah permudahkan urusan...

Friday, August 15, 2008

separuh lelah


aku cukup tidak mampu untuk buat 2 kerja sekali, buat kerja lab sekali dengan writting. susah nak concentrate. sebab kalau aku duduk ngadap buku dan pc, aku terlupa yang aku tgh run sample, atau ada machine yang perlu divacuum atau ada lagi sample yang kena melt. Jadinya aku buat kerahan tenaga minggu ini. Selesaikan semua tugasan lab then focus on buat report. paling2 tinggal measure jek.

alhamdulillah, 1) curie- done 2) sample fabrication- done 3) sample for TEM- done (dibuat di mexico) 4) xrd - on going

so la ni tinggal xrd saja. tapi tidak berat sangat hanya letak sample petang, dan esok pagi amik , sebab buat slow scanning. tindakan seterusnya adalah kira grain size. dan next week monday bila supeervisor balik akan berlaku lagi marathon untuk simulation. rasanya aku kena guna 2 komputer. cepat sikit. la ni masih confuse nak beli lap top kat sini ke , kat m'sia. walaupun kat m'sia murah tapi nak suruh2 orang ni macam segan la plak.

sedar tak sedar lagi 2 minggu nak kena submit. mood menulis masih x datang lagi. masalahnya tak tau nak tulis. macam blur. Ya Allah berilah ilham MU.padahal list of content tu dah berbulan2 dah siap. mmm, kalau last minute maunya cungap aku nih. aku kalau boleh tak nak tangguh. hantar on time. walaupun sepatutnya kalau ikut tarikh aku boleh minta hantar lambat since aku register lambat. tapi x per. kita kena kejar masa la ni.

aku berharap, 31 Ogos, hari aku benar2 merdeka, sebab dah submit report. tapi itu tak mungkin sebab lepas tu kena prepare for viva 2nd year pulak. pastu aku kena ber"rumah" dilab since aku kena buat magnetic properties pulak. masalahnya bila helium dan fill in. aku tak boleh berenti dari bekerja. p. davies asyik cakap , helium tu mahal, mahal dan mahal. so aku kena guna betul2, termasuk dtg hujung minggu...huwaaa!!!!cop2, 13 sept dah kena ke dublin. ish2 sempat ke nak prepare slide. thomas selamba jek kata guna slide yang sama masa kat london tu, bukan orang tau. lain audien. mm, pandai..pandai thomas nih...lega sket la kan?


habih tu, bila nak merdeka ni?? rasa lambatnya abis phD. Tapi tgk masa laju jek. tup2 bulan 11 ni aku dah masuk 3rd year. adakah ini final year????? last meeting prof davies kata dia x confident aku boleh habis dlm 3y.aku cakap biasiswa boleh extend 6 bukan jek. Tapi thomas plak optimis jek, dia kata aku boleh buat kerje 3y, tehn 6 bulan lagi boleh rehat.. So, aku kena ikut thomas, OPTIMIS!!! laily boleh!!!!

tgk kawan2 sempat jln ke spain, europe, disneyland, scotland......aku pergi pun setakat legoland jelah. hajat di hati bestnyer boleh jln2, tapi bila tuh....aduh aduh, x mampu aku fikirkan.

oklah

sampai ke temu lagi

selamat berhujung minggu

p/s: gambar tiada kaitan, saja letak gambar dolu2, waktu anak2 kecik2, mm la ni pun masih kecik...

Wednesday, August 13, 2008

misi rahmatallil a'lameen


(poster kem anak soleh sebelum edit, hehe yang dah edit tak simpan la plak, kira halal la ek)

Alhamdulillah berakhir sudah Kem anak soleh 2008. Penat Ya Allah, tuhan saja tau. Alhamdulillah kehadiran diluar jangkaan. kami expect paling2 ramai 30 org jek. tup2 samapi 50. tak menang tangan dibuatnya.

gambar2 nantilah ek...

ada yang bertanya...sempat lagi laily duduk uk buat phd , buat program2 camtu?

pada aku, di mana bumi dipijak, misi rahmatallil a'lameen itu akan ku bawa. Sebenarnya, apa yang kita buat terlalu sedikit dari apa yang sepatutnya kita lakukan. Jauh sangat kalau nak dibandingkan dengan para pejuang terdahulu...

Minggu ini bertempat diDublin, kem yang sama akan dibuat. cuma aku tak larat nak ke dublin lagi since aku akan ke dublin bulan depan sempena conference magnetic. aku akan present oral (oral lagi! bila nak dapat present poster ni?). jadi moga2 kem ibadah di dublin mendapat sambutan dan diredhai hendaknya.

minggu ini dan seterusnya adalah minggu paling myesakkan tanagn dan dada, jiwa dan raga, since bertungkus lumus siapkan sample utk dibawa ke Mexico (aku x pergi , kirim kat orang,) dan untuk second eyar report. Supervisor di vienna la ni. Fuhh aku ngeri betul kalau kena pergi oversea sorang2 nih. mula2 bila supervisor kata laily kena pergi vienaa, aku dah cuak. sib baik tak kena. kalau aku pergi sama family ok jugak. ini gi sorang2. fuhh. lagi ni nak ke dublin pun sama. cuma leganya ramai kawan didublin. so tak perlu sewa hotel, duduk umah kawan je, since ramadhan, senang nak iftar dan terawih.

sebenarnya aku kena belajar travel sorang2. nanti kalau aku dah sibuk jadi professor ke (ameen) kan kena kejap2 gi swiss, kejap2 ke japan, chewah berangan. takkan aku nak angkut semua anak kan??? (konon2 nak pujuk hatila ni)...

so, assignment terdesak la ni adalah 1) second year report 2) conference didublin

oklah ye, sebenarnya aku nak kupas tajuk misi da'wah tapi otak dan badan dah letih since kerje2 lab macam kerje kilang. nanti, insyaAllah..

cop!! lupa aku juga nak buat laporan last 2 week, kami ke legoland, sabojelah hujan la plak....apapun, oklah. nanti berita bergambar akan menyusul

Wednesday, August 06, 2008

kem anak soleh 2008

kem anak soleh kembali lagi di sheffield setelah mendapat sambutan menggalakkan. Kali ni ditukar approach sikit tidak sahaja tumpu pada solat& wuduk tetapi tentang modul anak soleh dan puasa.

Kali ini juga kami kurang 'bercakap' kerana anak2 lebih suka game dan fun activities, dan lebih kepada practical.yang penting nasihat tu sampai pada anak2


contoh video di atas, akan kami paparkan supaya anak2 kita tahu beza, solat lebih penating dari main game. janagn samapia main game sampai terlupa solat!!!

sebab dulu masa siri 1 lebih kepada asas2 solat dan wudu', kali ini kami cuma refresh saja. cuma penekanannya ialah DON'T MISS SOLAT!!! we can solat anywhere!!!. no excuse. mm tadi ada jumpe video kat iluvislam, pastu dah ilang la plak, sat nak cari...tak pasti yang ni sesuai ke tidak.kalau sesapa ada idea, meh bagi sini. video ni agak berat la plak bagi anak2...mmmmm


disebabkan ramadhan pun dah dekat, kita kena bagi motivasi sikit kat anak2, modul yang kami guna ala2 upin dan ipin, hehe...



fuhh, susah juga rupanya nak buat model yang fun tapi bermanfaat.

kepada yang berrminat sila lihat maklumat di bawah. (saya copy paste dari pengarah program
KEM ANAK SOLEH ( KEMAS 2008) SHEFFIELD


1-Tarikh : 10 Ogos 2008/Ahad Waktu: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
2-Tempat : The Centre, Norfolk Heritage Park Sheffield. Untuk maklumat lanjut mengenai tempat sila lawati:
http://www.sheffiel d.gov.uk/ out--about/ parks-woodlands- -countryside/ parks/a-z- city-district- -local--parks/ norfolk-heritage -park

3-Peserta : Semua Anak-Anak Melayu Sheffield
a-5-10 tahun untuk kategori A

b.10-12 tahun untuk kategori B

4- Anjuran : Ahli Qariah Melayu Darnal & Woodhouse Sheffield & Sekolah Melayu Sheffield

5-Yuran : £5 seorang. Untuk ibubapa yang ada lebih dari 3 orang anak yuran penyertaan adalah sebanyak £15.00 sahaja

6-Moderator/ Penceramah : Al-Fadhil Ustaz Hasri Harun Al-Peraki
Al-Fadilah Ustazah Norlaily Saeden

Dibantu oleh Remaja Melayu Sheffield

7-Aturcara
9.00-9.30 pagi - Pendaftaran

9.30-10.00 pagi - Perasmian oleh Penghulu PMPMS

10.30 pagi - Sesi 1
11.30 pagi - Rehat & Refreshment

12.00 tgh - Sesi 2
1.00 tgh - Makan tengahari dan solat berjemaah
2.00 petang - Bengkel 1
3.00 petang - Treasure Hunt
4.00 petang - Majlis Penutup dan Minum Petang

5.00 petang - Bersurai


untuk lebih detail, saya copy paste dari email hubby kepada ahli sheffield
Assalamualaikum wr wbth,

Saya diminta oleh AJK Kemas untuk menjelaskan objektif program dan kepentingan kepada anak-anak kita. Moga penjelasan ini akan memahamkan lagi program kita pada hujung minggu ini nanti :

Sebagaimana yang kita sedia maklum program ini dinamakan Kem Anak Soleh dengan ringkasnya KEMAS. Saya dah facilitator dikalangan anak-anak remaja sheffield akan memberi penekanan 3 objektif utama dalam program kali ini.

Pertama : Modul Anak Soleh - kepentingan menjadi anak soleh, bagaimana mempersiapkan diri, bentuk kesedaran untuk menjadi anak yang taat kepada ibu bapa sebagaimana dituntut dalam islam.

Kedua : Modul Solat & Wuduk - kepentingan bagaimana melaksana solat dan teknik,kaedah dikalangan kita. Penekanan akan keperluan melaksanakan ibadah solat dari awal lagi dikalangan anak-anak kita. Modul lanjutan daripada tahun lalu dan diberi sedikit penambahan untuk lebih menarik. Beberapa aktiviti lebih kepada praktikal akan dilakukan agar ianya lebih efektif dan menyeronokkan agar segar diingatan anak-anak kita

Ketiga : Modul Ramadan al-Mubarak - melatih anak-anak akan bagaimana bersedia dari awal akan tanggungjawab berpuasa dibulan ramadan, doa-doa dan bagaiaman memahami tanggungjawa ini dari awal lagi. Ajk menyediakan doa-doa untuk anak-anak kita agar mereka bersedia untuk menghadapi bulan ramadan tidak lama lagi...

Harapan saya dan semua fasilitator yang dilantik agar program ini mendapat sambutan menggalakan dan mengisi aktiviti anak-anak kita semasa cuti sekolah ini.

Setakat ini seramai 15 anak-anak telah mendaftar kan diri kepada AJK . Semoga lebih ramai lagi yang akan mendaftar kepada pengarah program sdr M Fuad Rahman bagi memudahkan ajk menyediakan makanan, bahan kursus dan sijil penyertaan.. .

begitu juga saya menyeru kepada ibu bapa yang menghantar anak dalam kursus ini juga jika tiada anak yang nak dihantar pun boleh juga....... agar sudilah apa kiranya menyumbang apa sahaja yang diperlukan bagi melancarkan program kali ini sebagaimana yang telah ditunjukan pada tahun lalu. Dengan sokongan yang begitu memberangsangkan faedahnya akan dinikmati bersama semua warga kita.

Saya doakan mudah-mudahan program ini akan berjaya dan mendapat barakah daripada ALlah swt.

Uhasri
ketua facilitator kem



Jika ada geng2 diluar sheffield, seprti notts (kak zalilah nak join??) atau di leeds ke boleh le datang. la ni cuti sekolah, marilah kita manfaatkan masa anak2 dengan aktivit yang sukar didapati dibumi uk ni, hheh,

jemput2 semua

MOga Allah memberi BARAKAH

Sunday, July 20, 2008

C.I.N.T.A

menyebut word itu saja bikin hati bergelora. cinta oh cinta. manusia sanggup buat apa saja demi cinta. Cukuplah mungkin pengertian cinta yang bersepah kalau di google kan. Aku sekadar berkongsi pengalaman, nostalgia sedikit dan mungkin sedikit tips. Cinta itu sangat2 luas, cinta yang aku nak kupas tentunya cinta manusiawi. kecintaan pada Allah dan rasul rasanya juga sudah banyak dikupas oleh orang lain dam aku bukan ahlinya.

Cinta sesama manusia juga luas. ibu ayah, adik, guru. aku ingin sempitkan lagi pada cinta diantara adam dan hawa. namun cinta adam dan hawa juga luas. aku rasa aku
tidak ingin kupas cinta jalanan. atau erti kata lain cinta biasa2 muda mudi tepi jalan. aku tidak punya banyak info tentang senario itu. cukuplah filem2 dan drama2 melayu yang terhidang sebagai santapan.

Cinta luar biasa


bak kata ct nurhaliza. cinta luar biasa. oops luar biasa bukan maknanya cinta sesama lelaki atau sesama wanita. maklumlah la ni isu ini sungguh sensitif. Cinta yang yang ingin aku kongsi boleh la aku katakan cinta muslimah atau mungkin boleh dikata "cinta bawah naungan ka'bah" (macam dah tajuk drama la plak) . cinta ini sungguh unik dan mungkin berliku. sorry aku tak punye idea lagi nak namakan apa.

ada beza ker dgn cinta biasa?
mm, ada part yang berbeza ada yang tidak. namun feel cinta tetap cinta.cuma bezanya adalah method. bagaimana cinta diurus.bagaimana cinta dipamer, disembah. sapa harus urus siapa? kita urus cinta atau biar cinta mengurus kita. sapa yang lebih berkuasa. kita atau cinta. ini antara persoalan2 yang perlu dijawab dulu.

islamic kah bercinta sebelum kahwin??
mungkin ada berpendapat.
"tak boleh! haram, cinta sebenar adalah selepas kahwin. x islamic tuh. astaghfirullah..."

aku tidak pasti orang lain. mungkin pendapat berbeza. tapi aku jujurnya bercinta juga sebelum kahwin. sesuatu yang fitrah dan natural pada aku untuk seorang muslim berasa jatuh hati/berkenan dengan muslimah yang lain. jangan ditolak fitrah ini. Suatu yang tipu kalau ada yang kata muslin yang baik tidak mungkin jatuh hati,
"ish, ni mesti x jaga pandangan, mana boleh jatuh2 cinta ni, x islamic"

x islamic lagi. yang islamic bagaimana ye???

Contohnya aku dan hubby. sebenarnya aku kenal dia sudah lama. pernah berjumpa tetapi tak ade feel apa2 pun. dia di UIA dan aku di UPM. Dia juga telah berjumpa ramai muslimah, yang bijak, yang cantik, sopan, karisma, jauuuuuuh lebih hebat dari aku. namun Allah campakkan rasa cintanya tumpah pada aku. Hubby terdetik hati dengan izin Allah untuk memilih aku. Ini kuasa Allah yang Maha Hebat. dicipta lelaki itu berpasangan denagn diterbitkan rasa suka.Ta'jub bukan? Allah jadikan lelaki/perempuan untuk cenderung hati nya pada orang tertentu dan tidak semua.banyaklah asbab musabab nak ditakdirkan jatuh hati ni.

Namun aku tidak menafikan sama sekali ada setengah2nya menggunakan orang untuk mencarikan jodoh. ini pada aku juga bagus. Hubby juga guna orang tengah untuk sampaikan hajatnya. lelaki contohnya, sudah ada rasa ingin kahwin, boleh meminta sahabat2 senior tolong bantu mencarikan calon yang sesuai. aku dan suami sendiri perlah terlibat dengan urusan ini. Bukanlah pelik sebenarnya meminta sahabat yang kita percaya untuk carikan jodoh. Ini juga method untuk menemukan 2 hati. Malah ini jalan yang paling selamat dan lebih islamic untuk mereka2 yang belum berjumpa calon masing2 dan sudah teringin bernikah.

Cinta bermatlamat
Akhlaknya, bercinta mestilah punya matlamat untuk diakhiri denagn ikatan yang sah. Jika anda belum bersedia untuk berkahwin dalam masa terdekat, janganlah bercinta. Ini nasihat aku. Cinta perlukan tanggungjawab. Ya, aku pernah di approach oleh sahabat aku sendiri, , sanagt baik, akhlak mulia, tapi aku masih di tahun 1. Satu keputusan yang sukar pada waktu itu. Dalam hati , "ish, bagus budak ni, rajin solat di surau, akhlak terpuji, bijak, muka pun boleh tahan (alamak hubby jgn marah ek) ". Kalau aku tak terima nanti, ada ke orang nak kat aku lagi. nanti menyesal pulak. dia ni baik , belum tentu nanti aku dah grad jumpa bagus macam dia. Kalau aku tolak kang dia cari lain pulak. Ini satu lagi isu muslimah, desperate!!, aku mengambil masa setahun untuk memberi keputusan. lama kan? dan sepanjang setahun itu solat istikhorah seolah2 menjadi solat wajib bagi aku. dan aku rahsiakan dari semua orang kecuali sorang saja kakak yang aku percaya. sampai kini, sorang pon x tau. Namun aku berpendapat, aku bercinta untuk berkahwin, bukan suka2, dan pastinya kami kalau nak kahwin pun lagi 3-4 tahun, lagilah dia buat perubatan, mau nye 5-6 tahun lagi. mampukah aku mengawal diri??"

jawapannya adalah "TIDAK"


cinta datang wrong timing. maka berlalulah begitu saja. sian mamat tuh....

aku sangat2 tidak rekomen bercinta lama2. bukan saja sukar diurus, tapi banyank ujian dan cabarannya. lebih2 lagi mengawal nafsu dan gelojak hati. syaitan amat gemar....
bercintalah seadanya sebelum nikah.

Aku sibukkan diri dengan urusan study dan persatuan. Aku benar2 sibuk dan tidak ada ruang untuk cinta2 ni. sepanjang tempoh study ada juga hati ini digugat. hehe tak sangka gak eh, comot dan ganas macam aku ni pun ramai orang minat, kui kui.

hubby datang dalam hidup aku sebaik saja aku grad dan memulakan master. Ya, pada aku ini waktu yang sangat sesuai. dan hubby hadir, memang orang kata timing cantek!!

"Hati ini bukan milik saya, maka mintalah pada Pemilik mutlak sebenar hati ini". mudah saja jawapan aku.

disebabkan kami sudah sama2 matang. kami sudah tau apa yang perlu dibuat. perkara nombor wahid yang hubby buat sebelum apa2 lagi adalah menghubungi mak aku (setelah usahanya memohon kepada Pemilik sebenar hati) . eheheh, selepas call, hubby terus jumpa family dikampung (aku x de pon waktu tu) dan line clear (proses dibuat dalam tempoh seminggu) .Ini dah macam prosedur ISO la pulak. dia lulus interview. then dia beritahu mak dia yang dia dah jumpa calon isteri. kemudian mak dia call mak aku, bla, bla....alhamdulillah selesai bab tu. Paling kurang hubungan kita dibawah pengetahuan keluarga. Jadi ada kawalan disitu. nasihat aku, family first, then barulah hati kita.

kenapa aku cerita kisah aku? sebenarnya kisah aku bukanlah yang terbaik untuk dikatakan cinta islamic. ada juga cacat dan cela. ini sekadar berkongsi dengana adik2. kisah cinta masing2 pasti berbeza. tapi mungkin ada sedikit sebanyak yang adik2 boleh ambil iktibar.

cinta islamic Vs dating
aku benar2 boleh kata kami bercinta adalah sesudah kami bertunang. sebelum itu orang kata sekadar "hai hai bye bye". maka bermula proses taaruf kami. Ya, kami saling telefon dan email. Satu penipuan besar kalau dikata tak de perhubungan langsung. Tanyalah pada sesiapa yang bertunang, pasti ada sekelumit rasa cinta, sayang, rindu. saling memberi motivasi dengan hadiah mahupun kad . Ustaz pun ada naluri macam manusia lain. cinta tidak mengenal status. Namun biarlah berpada. bijaklah menilai suasana. sibukkan diri denagn urusan gerakan atau persatuan agar tidak dilalaikan dengan lamunan asmara yang keterlaluan. Sedar diri, yang kita apa2 pun belum lagi suami isteri. Saat ini kita benar2 diuji. Sabarlah. Sabar makna yang proaktif. penantian satu penyiksaan sungguh. Inilah masanya kita kutip pahala kesabaran.Jangan terlalu dilayan lagu2 jiwang karat, janagn sellau biarkan diri sorang termenung. jangan biarkan diri anda diselubungi misteri...misteri cinta. sebab kita asik dok bayang dia sesaja. bangun tidur dia, nak makan dia, gi mana, dia dan dia.....misteri sungguh cinta ni kan???

teringat dulu waktu b'day. aku impikan hadiah yang romantis dari tunang. mungkin jam, bunga, kad istimewa, , (ish yang ini janagn ikut, tak boleh jadi contoh ok!) . tapi hubby bagi aku jam jugak. tapi jam meja UIA. ish sabo jelah. Sama juga bila raya. ingatkan dapatlah kad raya tulis "istimewa buat tunang". tapi yang aku dapat kad raya UIA yang gambo depannya masjid UIA, dan hubby hanya sign jek. x tulis mende2 pun. jadinya janganlah kita terikut2 dengan budaya2 biasa yang orang lain buat. bikin kita angau dan sasau!!

Ok, bab dating. Ini isu yang sangat2 sensitif. Boleh ke berdating dalam islam?? aku tak boleh jawab. adik2 boleh fikir sendiri. basicnya sangat2 mudah, simple,
"bila ada sorang perepmpuan, dan seorang lelaki berdua2an, orang yang ketiganya adalah syaitan"
jadi statemenmt di atas sudah cukup untuk menjawab , boleh ke tidak dating ni.

Dan ayat alquran yang kerap kita dengar. gerun bunyinya
"La taqrabuzzina"

bukan x bagi zina, dekat pun x boleh. dekat macam mana, jangan mulakan. jangan beri ruang dan peluang untuk diri kita dan tunang kita untuk berjumpa berdua. Berjumpa dalam erti kata konon2 untuk melepaskan rindu dendam. Fuh, ngeri bunyinya. mungkin ada yang kata
"ala, kami bukan jumpa tempat sunyi, kami jumpa tempat ramai orang!"

walau kita berjumpa tempat yang ramai pun kita dan pasanagn kita tidak dibawah kawalan mana2. tiada siapa ingin menegur, tiada siapa yang kisah. "Hanya aku dan kau saja". Ya benar, dalam byk kes, bermula dari jumpa kemudian bersambungan dengan perkara2 lain. Percayalah, (ini dari pengalaman aku sejak di upm, belajar dulu), bila terlalu kerap berjumpa, Allah sudah hilangkan rasa malu. bila bercakap sudah tidak rasa apa. sebab itu tidak hairan, walau muslimah, namun sudah berani pegang tangan!! ini kisah benar ni.lantaran cinta amat sanagt musliamh pun rela hati tangan dipegang. ini lantaran kekerapan berjumpa hingga hilang kesiuman. Cinta sudah berada pada tahap yang paling tinggi dalam hidup. ini sangat bahaya!!

Inilah salah satu kelemahan yang sanagt sukar dibendung. Bila cinta menguasai diri, duit dan masa sudah tidak dihitung.apatahlagi iman. Aku lihat didepan mata banyak muslimah2 upm yang nampak hebat, berjuang demi islam, namun jatuh tersungkur dipintu cinta. merelakan diri diperguna oleh cinta. hilang sifat malu dan jati diri yang selama ini dipertahankan. bagaimana seorang yang musliamh berpenampilan terpuji dengan muslimnya juga dilihat soleh boleh naik motor bersama tanpa ikatan sah? pelik bukan? sampai sekarang aku dok fikir2 macam mana boleh terjadi? jenuh berusrah bagai, tup2, begini jadinya. Ini satu fitnah yang besar buat Islam.


Alhamdulillah, sewaktu bertunang, aku di serdang, hubby di seri rampai. jaraknya dekat. kalau nak dating x sampai satu jam boleh je jumpa. Namun kami pertahankan jati diri ini. Siapa kata tidak rindu? kami rindu juga. Tapi komitmen "menjaga" itu jauh lebih tinggi dari rindu. Ya, jujurnya kami pernah juga berjumpa , tidak pasti samada boleh atau tidak dikatakan dating. Hubby selalunya akan mengatur pertemuan dirumah aku dikampung. maka aku dari serdang dan dia dari gombak akan masing2 menuju ke klang. rumah family aku. Hubby dilayan oleh family aku. kami bercerita bersama2 dengan family aku sekali. Menjelang perkahwinan banyak urusan official, borang2 perlu diisi. maka mak dan abah datang dari klang ke serdang begitu juga hubby untuk sama2 berbincang urusan2 perkahwinan. malah urusan untuk survey rumah sewa juga kami pergi bersama mak dan abah. Sekurang2nya ada kawalan, jelingan mak dan ayah yang membuatkan kita hormat. Terus terang, mak aku sangat2 mempercayai hubby. selalunya kalau aku nak kemana2 aku akan beritahu mak. maka mak akan kata "Hasri tau tak? bagitau hasri jugak" .

bijak bercinta
ingin aku ulangi. aku bukanlah contoh yang terbaik kalau hendak dikatakan "cinta islamic". istilah itupun mungkin kurang sesuai. Namun sedikit2 sisa pengalaman yang aku kutip buat aku jadi lebih prihatin.

Bila sudah mabuk bercinta, katalah apa saja. nasihatlah apa saja. ia bagai angin lalu.kita seolah2 berada dalam dunia sendiri. Cuma nasihat aku sebagai orang tua (kira tualah kan), rasional lah. keluarkan diri dari dunia yang memisahkan diri kita dari orang lain. Nikmatilah hidup ini dengan bahagia. Hidup ini bukan kita dan dia saja.

Ni'mat cinta sebenar akan lahir. jauh lebih manis dan murni apabila tok kadi ngangguk mengiakan 2 saksi. perjalanan masih jauh. jauh lagi. cinta sebelum kahwin hanya secebis daripada lautan nikmat cinta yang ada dalam dunia rumahtangga.


Muhasabah
satu ketika, ambil sedetik waktu. tafakkur. berfikir. takut dan harap. Kita harap biarlah cinta kita berakhir dengan perkahwinan tapi kita juga patut takut ia jadi sebaliknya. Oleh itu seadalah bercinta (agak kurang praktikal kalau aku kata, jangan bercinta langsung) , kerana jika bukan dia pilihan Allah buat kita sekurang2nya kita tidak kecewa yang amat sangat. Jangan letakkan pergantungan cinta mendalam kita lebih tinggi dari perancangan Allah. Bukan Alllah tidak pernah uji dengan cinta yang tidak kesampaian kepada ramai orang? mungkin kita juga diuji begitu. paling kurang kita bersedia jika dia bukan ditakdir jodoh kita. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

hidup dalam rumahtangga tidak seindah cinta masyuk kita sebelum nikah . Ya, indah! namun menuntut tanggungjawab dan amanah besar.

Nasihat

aku tidak mahu adik2 diluar sana kecundang. tewas sebelum waktunya. Cukuplah apa yang cukup. jadilah orang baru. Jika masih gagal. usahakan agar akhlak muslim itu sama dengan keterampilan fizikal kita. usahakan yang mana perlu. Islam ada jalan. pilihlah jalan Islam. cinta dalam islam tidaklah terlalu kompleks. kita yang buatnya kompleks.

Maaf teramat maaf. bukan niat untuk menyinggung sesiapa sebab aku sedar diri , aku ini penuh kekurangan. Sama2lah kita nasihat menasihati."Addinu nasihah" .Di sheffield ini ada yang hampir kecundang. harap adik2 ambil iktibar. aku sebagai orang tua, menjadi tanggungjawab untuk sama2 ingat mengingati.

maaf juga ini entry terpanjang rasanya. heheh. maklumlah malam minggu. masa panjang dan damai untuk menaip.

fuh!!! larat2 diri membacanya. moga ada manfaat!

Friday, July 18, 2008

Fitnah bermaharaja lela

satu negara dikejutkan kembali dengan insiden ulang tayang penahanan anwar. Aku bukanlah ahli politik, malah tidak berminat langsung untuk menjadi ahli politik. aku juga tidak berdaftar dengan mana2 parti pun. Namun aku pada aku, sikap ambil tahu tentang politik tanahair amat penting walaupun berada nun jauh di uk.

melihat berita utusan
"Fitnah Rosmah: Raja Petra ditahan"
terfikir jugak, kenapa tidak beritanya juga begini
"Fitnah anwar: saiful ditahan"

satu ketika kita disajikan dengan berita yang amat keterlaluan penipuannya. Malah media seolah2 bertindak menjadi hakim di luar mahkamah. Ketaranya media sudah hilang integriti! media sudah menguasai segala2nya. ketidakseimbangan cerita amat ketara. aku tidak pasti samada wartawan media ini sedar atau tidak yang pembaca sekarang ada akal untuk berfikir.

Sungguh aneh politik di Malaysia. sangat2 pelik. sukar dijangka. penuh dengan tipu muslihat. satu ketika rakyat kebanyakan sudah keliru. mana satu yang benar. siapa fitnah siapa sebenarnya. siapa mangsa, siapa pemangsa.

Sulitnya melihat kebenaran. Namun Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi mahupun nyata. Alangkah amannya dunia bila semua ingat Allah.

mungkin ramai yang dapat meneka aku dibelah pihak yang mana. pada aku itu bukan isunya. ya, jujurnya dulu aku pernah beberapa kali menziarahi keluarga kak wan atas jemputan (pergi beramai2 bersama sahabat abim) . Mengenali keluarga kak wan, aku melihat ketabahan yang luar biasa. teringat kata2 kak wan. " saya ni sebenarnya x de cutting jadi ahli politik". Namun takdir telah menentukan , kak wan yang lemah lembut itu kini menjadi lantang bersuara di dewan parlimen. Kak wan sungguh hebat. peribadi mulia, akhlak subhanallah, sungguh terpuji. sesiapa yang mengenali kak wan pasti mengiakan kata2 aku ini. Seorang yang briliant di zaman belajarnya. namanya terpahat di papan tanda sebagai best student royal surgeon college (sorry nama penuh x sure) di dublin. Antara wanita terawal yang memakai tudung malah beliau juga sangat aktif berdakwah mengajak adik2 pada waktu itu untuk menutup aurat. aku secara peribadi pernah berjumpa seorang pensyarah wanita dan beliau bercerita kak wan lah orang yang mengajak dia bertudung dulu.

sesiapa yang mengenali keluarga ini mana mungkin percaya anwar meliwat saiful. Malah kes liwat pada tahun 98-99 juga membuktikan dia tidak bersalah untuk dakwaan liwat. Sungguh aneh dan pelik orang yang merekayasa cerita ini. Aku tidak fikir anwar punya banyak masa hendak melakukan perkara laknat itu. jika melihat jadual aktivitinya saja sudah semput. sanagt padat dari pagi samapi malam. Terlalu banayk yang ingin dia buat. tuduhan liwat adalah sangat jijik dan keterlaluan. Ya Allah, bagaimana kak wan dan keluarga menghadapi ujian ini. Anwar sudah punya family yang harmoni dah bahagia. dia tidak perlu mencari keseronokan songsang!

Aku bukanlah pengagum anwar atau peminat ekstrimnya. , aku cuma menghormatinya dan keluarganya yang pada aku sangat kuat semangat. Teringat satu ketika sewaktu beliau baru keluar dari penjara dan menunaikan umrah, beliau dan keluarga dilayan seperti raja diistana mewah. kata beliau sewaktu dijemput berceramah di jamuan hari raya abim
" saya dapat merasa tinggal di istana dan dilayan hebat diistana setelah merengkok dalam penjara. kalau ada sesiapa ingin jadi tetamu diraja seperti saya, sanggupkah anda merengkok dulu dalam penjara?"

Cukup2lah apa yang berlaku pada beliau. Entah apa yang mereka inginkan. adakah mereka mahu bertindak seperti Tuhan?

Moga Allah tunjukkan kebenaran.

Ya Hadi
Ya Hadi
Ya Hadi
Tunjukkan kebenaranMu.....

Ya A'ziz
Ya A'ziz
Ya A'ziz
Muliakan hambaMu disisiMU

Friday, July 11, 2008

London, here we come...

fenin, fenin..terlalu banyak yang perlu difikirkan dalam satu masa. aku juga nak fikir baju apa anak2 nak pakai, sabtu anak2 pakai jeans ke pakai dress ke, beg mana, hubby nak pakai baju apa, aku juga, aktiviti apa depa nak buat masa aku conference, patut ke gi london zoo atau madame tussaud, nak beli tiket masuk islam expo, naik tube lalu route mana, nak bawak makanan apa, logik tak bawak rice cooker, nak buat rendang, sambal tumis, kang aku makan sedap2 masa gala dinner anak2 aku makan apa, aturcara ziarah kawan2 lagi, camera nak beli sebab yang dulu dah jatuh dek anak2, pop up tent nak jadikan bilik untuk syahida dan ju, Fuhhh!!

Termasuk kerja2 lab, dan menyiapkan slide presentation. sedihnya kedua2 supervisor tak ada minggu ni. depa tengok dan respon via email jek. Alhamdulillah ada si Gino budak germany, post doc yang baik hati tolong komen dan terjemah slide dalam bahasa jerman yang supervisor aku bagi. Dia banyak bagi idea apa yang aku patut tulis dan tak patut. slide aku terrlalu banyak words. eheheh jadinya aku kena fikir2kan diagram mana nak letak, picture yang sesuai...bla...bla..agak last minute sebab last week dan samapi hari ni masih dok buat kerje lab, bila nak sit down godeh2 slide presentation. ingatkan nak recycle je slide2 yang terdahulu. tapi macam x relevant pulak. fuh!!

aku dah buat 23 slide , tgh fikir slide mana nak buang ni. Aci tak kalau letak gambar anak2 kat last slide,huhuhu. walaupun ini bukan pertama kali present di bumi asing, aku ketaq juga. malahaku rasa aku lagi ketaq present depan malaysian dari mat salleh2 nih.








Doakan semua berjalan lancar. Anggaplah ini untuk berkongsi idea dan ilmu. bukan nak exam pun. banyak lagi yang perlu dibuat ni. fenin fenin. moga Allah bagi kekuatan.

be honest anyway

see you then...

Monday, July 07, 2008

Hujan

"Hujan yang turun bagaikan mutiara..."
tetiba hati terusik dengan lagu Allahyarham sudirman ini.

Ya, di luar hujan turun agak lebat. Terasa sayu, gersang, dan hambar. Begitu juga hati ini. entah apa yang tidak kena, bagaikan ada satu keresahan dan amukan emosi yang berpusu2 mengasak. Adakala aku termenung membuat kerja lantas di sergah manja oleh technician, dan tadi nyaris2 api menyambar tangan, nasib baik hanya kena pada glove yang tebal itu. segera aku tamatkan eksperimen yang merbahaya ini kerana aku takut aku tidak focus dan berlaku kemalangan pula. entah, api biru yang panas tidak berupaya melenturkan tiub glass yang selalunya boleh. entah apa silapnya. tangan sudah merasa lenguh. perut sudah merengek lapar, jam sudah pukul 3. patutlah...

mungkin glass itu seperti aku, masih belum dapat dicairkan. melting point aku tidaklah terlalu tinggi seperti tantalum atau tungsten. Suhu bilik saja sudah bisa cair kalau kena caranya . Caranya?

Aku tau ada yang tidak kena. ada kegusaran dalam hati yang belum hilang. ada kesayuan yang belum padam. Ada keikhlasan yang belum ditagih.

Salahkah aku begini? menanti pelangi petang?

aku pasrah. namun aku tidak mahu mengalah. ada ego yang bersisa. jujur dan tanggungjawab. demi bahagia ke hujung nyawa.

Ya bahagia, pasti ada yang terusik.

menyerah atau mengalah? menanti atau berharap?

bara menanti salju.

salju yang menyejukkan

sejuk yang menenangkan

tenang yang membahagiakan.

bahagia yang mendamaikan.

damai yang hilang........


aku menanti
damai kembali..



segera kembali

Friday, July 04, 2008

menangi hati isterimu

mengharungi bahtera rumahtangga pastinya sekali sekala hati tercuit, hati tersentak, hati remuk, dengan sikap pasangan kita. Itulah hikmahnya perkahwinan, mengajar kita bertasamuh, berlapang dada. jadilah orang pertama yang memulakan maaf,dan jadilah juga orang yang mudah memaafkan. Kita harus sedar kita jua insan , suami kita jua insan. Tidak lekang dari salah silap. itu pun fitrah kejadian tuhan.

teringat kisah rasulullah dan saidatina a'syah, lebih kurang beginilah ceritanya. rasanya cerita ini sellau di perdenngarkan. waktu itu nabi balik lewat. nabi ketuk pintu tapi aisyah tak dengar sebab dah tidur lena. rasulullah tidak mahu ganggu tidur isterinya, lantas baginda tidur didepan pintu. bila dah pagi, aisyah sedar yang suaminya tiada disisi dan membuka pintu. Astaqfirullah! rasulullah tidur di luar rumah!. lantas bersegeralah aisyah mohon maaf.
"Maaf aku Ya Rasulullah, aku tidak sedar, aku tidur terlalu lena"
Rasulullah menjawab" Maafkan aku ya aisyah, aku yang salah, aku balik lambat"
"aisyah menjawab.."tidak ya rasulullah, aku yang salah,,,"
mereka saling mengaku salah. alangkah indahnya nya. Subhanallah...

percayalah, bila kita memulakan maaf, kita jadi manusia yang lebih bahagia. dan jika saling bermaafan dengan pasanagn kita selalu (tidak termasuk hari raya) kita akan lebih berhati2 menjaga hati pasangan kita. Nikmatnya hidup jika hidup berkasih sayang.

Apabila ada salah dan silap, cepat2lah diperbetulkan. Kejujuran sanagt2 penting. Apabila pasanagn kita mula tidak jujur dalam sesuatu perkara, itu petanda badai perbalahan hendak bermula. Selisih faham itu biasa, hadapilah dengan akhlak muslim. tiada guna meninggi suara. kita bukan kanak2 ribena. Berbincanglah, bertenanglah, terimalah kelemahan dengan rasa syukur sebab kita ada pasanagn yang mengingatkan kita apabila terleka. itu lah hikmah perkahwinan. Berbekalkan akal dan iman, berhemahlah bila bermusyawwarah. Janganlah pendamkan rasa tidak puas hati kita itu lama2. Ia bakal memanjangkan "perang". Bersegeralah...buatlah sesuatu sebelum terlambat. Isteri itu pakaian suami dan begitulah sebaliknya.

Apabila rumahtangga memanjat usia, kita cepat rasa selesa dan sudah memadai. selesa dalam erti kata cukup dah cinta selama ini. apalagi ingin dimaniskan, anak pun sudah berderet. kita hidup aman bahagia, x bergaduh2. kira alhamdulillah. Namun bagi aku tidak cukup. rumahtangga bahagia bukan maknanya tidak bergaduh. Bahagia pada aku ialah cinta dalam rumahtangga itu "hidup", mekar, subur mewangi dan ma'mur. kita tidak takut untuk menasihati pasangan kita sebab kita tau pasanagn kita dahagakan nasihat. Addinu nasihah. belajar menerima teguran denagn positif. ini satu proses. bukan mudah hendak tarbiiyyah diri agar tidak melenting bila ditegur. bukan mudah. betul. cubalah. jika ada orang tegur/nasihat dan kita rasa gembira, maknanya kita sudah hampir mencapai matlamat itu. A'zeem. namun jika kita masih rasa 'geram' dengan orang yang menegur kita , ada something yang masih tidak settle dalam hati kita. check lah hati kita. mungkih perlu tazkiyah nafs dam muhasabah.

Aku sempat membelek2 buku di bawah. aku buka helaian demi helaian. mmm aku jumpa point yang aku cari. tanpa berfikir panjang terus saja aku membelinya. Buku ini sebenarnya agak basic. lebih kepada asas baitul muslim. Namun bila rumahtangga yang makin bertambah usia, perlu jua sekali sekala di jenguk2 kembali asas2 ini. kita kan mudah lupa. Selalunya sebab lupa asaslah kita tersasar. fikir diri hebat, namun sebaliknya. Aku ingin hadiahkan buku ini buat suami tersayang. Buku ini jua lambang yang kita kena sama2 proaktif. Bukan isteri saja yang harus menangi hati suami, suami juga. mari kita ramai2 belikan buku ni untuk suami kita.



Tuesday, July 01, 2008

tidak takut dosa

hati aku agak sedikit terganggu. Benarlah kata seorang pendakwah dari Indonesia yang aku sudah tidak ingat namanya. Tapi beliau memberikan satu forum di UIA semasa abim dan yadim menajdi penganjur jika tidak silap sewaktu awal2 perkahwinan dulu. Katanya
" ahli politik berfikiran , semua orang adalah musuh melainkan yang benar2 nyata saja kawan. TETAPI bagi pendakwah, semua orang adalah kawan kecuali yang benar2 nyata saja musuh"

Pada satu ketika bila kita sudah selalu buat salah, kesalahan seterusnya sudah tiada apa2 lagi. sudah biasa. tiadak terasa apa. lebih2 lagi ramai yang menyokongnya. Teringat apda satu kata2, " Bila menipu sekali, kita terpaksa menipu banyak kali selepas itu untuk menutup penipuan yang satu itu "
Moralnya janganlah cuba2 menipu, walau sekali. takut nanti kita hanya rancang hendak menipu sekali je tapi terpaksa menipu banyak kali.

Susah sangat kah bercakap benar? Ya , susah, jika dengan bercakap benar, kuasa dan harta akan tergadai. Jangan bicara soal maruah, soal prinsip, soal jati diri. Tiada maknanya. Bila manusia sudah terkena penyakit TIDAK TAKUT MATI. Atau mungkin lupa tentang kehidupan selepas mati.

Inilah mungkin sindrom yang dikatakan oleh Ustaz Sidek Fadhil, sidrom tidak takut dosa. Bukan tidak tahu mana dosa, mana tidak. Kenal,,,, tahu. menipu itu dosa, merampas harta orang itu dosa, mengaibkan orang itu dosa, menggunakan kuasa dan pangkat untuk kepentingan peribadi itu dosa, membiarkan kemungkaran depan mata itu dosa, menafikan hak orang itu dosa, dosa belaka, arif semuanya. Namun masalahnya sudah TIDAK TAKUT DOSA. Mungkin boleh di kata, Ada apa dengan dosa?

dosa, pahala, syurga, neraka, munkar, nankir, raqib, a'tid. itu semua sudah tiada dalam kamus orang yang tidak takut dosa.Itulah malangnya ujian kemewahan. Itulah padahnya ujian kekuasaan. Jauh lebih hebat dari ujian kemiskian dan kesusahan. ramai orang boleh survive dengan hidup susah tetapi tak ramai yang boleh survive bila hidup senang. Ini lah penangan bila terlalu lama berpangkat dan berkuasa, sudah tidak betah lagi jadi manusia biasa, terlalu biasa di puja di puji, sudah tidak boleh lagi menerima teguran dan nasihat. takut nya bila hati sudah di tutup Allah, pintu hidayah sudah tiada, apa lagi yang boleh di lakukan. Takut2 Allah akan membiarkan kita terus lena dan leka denagn dosa tanpa kita sedari.

apapun, Allah Maha Pengampun, Maha penyayang. Biarpun hambanya berlalu munkar, Allah masih beri Ar Rahman. ada udara untk diseduti, ada hujan untuk dinikmati, ada lagi nyawa yang diberi.

Terinagt perbincang usrah helwa tempohari. Sedutan sebahagian daripada ayat quran (maaf nanti saya cek surah apa, ayat berapa), tapi lebih kurang begini maknanya:
"sekirang ada segolongan yang mahu memberi ancaman kepada kumpulan lain , ia tidak kan berlaku dengan izin allah, dan sekiranay ada golongan yang ingin memberi faedah/nikmat kepada gologan lain, juga tidak berlaku tanpa izin Allah) .

Semuanya berlaku denagn izin Allah. Ingat!! tiada yang hebat daripada Allah. "Manusia merancang, Allah juga merancang, tetapi perancangan Allah lebih baik"


Sama2lah kita berdoa agar yang benar biarlah ditunjukkan benar. Yang salah biarlah ditunjukkan salah.

Aku tidak sanggup air mata ini berderaian lagi.....

Ya Latif Ya Latif Ya Latif.....lembutkanlah hati2 mereka

Ya Qawwiy Ya Qawwiy Ya Qawwiy.....kuatkan hati orang yang beriman

Ya Qhaffar Ya Qhaffar Ya Qhaffar...ampunilah aku, keluargaku, sahabatku, guru2ku, pemimpin2ku, muslimin muslimat, mu'minin, mu'minat

Ah, terasa dhaifnya diri...............