Monday, July 07, 2008

Hujan

"Hujan yang turun bagaikan mutiara..."
tetiba hati terusik dengan lagu Allahyarham sudirman ini.

Ya, di luar hujan turun agak lebat. Terasa sayu, gersang, dan hambar. Begitu juga hati ini. entah apa yang tidak kena, bagaikan ada satu keresahan dan amukan emosi yang berpusu2 mengasak. Adakala aku termenung membuat kerja lantas di sergah manja oleh technician, dan tadi nyaris2 api menyambar tangan, nasib baik hanya kena pada glove yang tebal itu. segera aku tamatkan eksperimen yang merbahaya ini kerana aku takut aku tidak focus dan berlaku kemalangan pula. entah, api biru yang panas tidak berupaya melenturkan tiub glass yang selalunya boleh. entah apa silapnya. tangan sudah merasa lenguh. perut sudah merengek lapar, jam sudah pukul 3. patutlah...

mungkin glass itu seperti aku, masih belum dapat dicairkan. melting point aku tidaklah terlalu tinggi seperti tantalum atau tungsten. Suhu bilik saja sudah bisa cair kalau kena caranya . Caranya?

Aku tau ada yang tidak kena. ada kegusaran dalam hati yang belum hilang. ada kesayuan yang belum padam. Ada keikhlasan yang belum ditagih.

Salahkah aku begini? menanti pelangi petang?

aku pasrah. namun aku tidak mahu mengalah. ada ego yang bersisa. jujur dan tanggungjawab. demi bahagia ke hujung nyawa.

Ya bahagia, pasti ada yang terusik.

menyerah atau mengalah? menanti atau berharap?

bara menanti salju.

salju yang menyejukkan

sejuk yang menenangkan

tenang yang membahagiakan.

bahagia yang mendamaikan.

damai yang hilang........


aku menanti
damai kembali..



segera kembali

1 comment:

Linz said...

Mendung tak bererti hujan..
Jangan Bersedih : Kerana Boleh jadi Cubaan adalah "Anugerah".. :)

Chaiyok Elly..

Linzaini
www.sufisyahidah.blogspot.com