satu negara dikejutkan kembali dengan insiden ulang tayang penahanan anwar. Aku bukanlah ahli politik, malah tidak berminat langsung untuk menjadi ahli politik. aku juga tidak berdaftar dengan mana2 parti pun. Namun aku pada aku, sikap ambil tahu tentang politik tanahair amat penting walaupun berada nun jauh di uk.
melihat berita utusan
"Fitnah Rosmah: Raja Petra ditahan"
terfikir jugak, kenapa tidak beritanya juga begini
"Fitnah anwar: saiful ditahan"
satu ketika kita disajikan dengan berita yang amat keterlaluan penipuannya. Malah media seolah2 bertindak menjadi hakim di luar mahkamah. Ketaranya media sudah hilang integriti! media sudah menguasai segala2nya. ketidakseimbangan cerita amat ketara. aku tidak pasti samada wartawan media ini sedar atau tidak yang pembaca sekarang ada akal untuk berfikir.
Sungguh aneh politik di Malaysia. sangat2 pelik. sukar dijangka. penuh dengan tipu muslihat. satu ketika rakyat kebanyakan sudah keliru. mana satu yang benar. siapa fitnah siapa sebenarnya. siapa mangsa, siapa pemangsa.
Sulitnya melihat kebenaran. Namun Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi mahupun nyata. Alangkah amannya dunia bila semua ingat Allah.
mungkin ramai yang dapat meneka aku dibelah pihak yang mana. pada aku itu bukan isunya. ya, jujurnya dulu aku pernah beberapa kali menziarahi keluarga kak wan atas jemputan (pergi beramai2 bersama sahabat abim) . Mengenali keluarga kak wan, aku melihat ketabahan yang luar biasa. teringat kata2 kak wan. " saya ni sebenarnya x de cutting jadi ahli politik". Namun takdir telah menentukan , kak wan yang lemah lembut itu kini menjadi lantang bersuara di dewan parlimen. Kak wan sungguh hebat. peribadi mulia, akhlak subhanallah, sungguh terpuji. sesiapa yang mengenali kak wan pasti mengiakan kata2 aku ini. Seorang yang briliant di zaman belajarnya. namanya terpahat di papan tanda sebagai best student royal surgeon college (sorry nama penuh x sure) di dublin. Antara wanita terawal yang memakai tudung malah beliau juga sangat aktif berdakwah mengajak adik2 pada waktu itu untuk menutup aurat. aku secara peribadi pernah berjumpa seorang pensyarah wanita dan beliau bercerita kak wan lah orang yang mengajak dia bertudung dulu.
sesiapa yang mengenali keluarga ini mana mungkin percaya anwar meliwat saiful. Malah kes liwat pada tahun 98-99 juga membuktikan dia tidak bersalah untuk dakwaan liwat. Sungguh aneh dan pelik orang yang merekayasa cerita ini. Aku tidak fikir anwar punya banyak masa hendak melakukan perkara laknat itu. jika melihat jadual aktivitinya saja sudah semput. sanagt padat dari pagi samapi malam. Terlalu banayk yang ingin dia buat. tuduhan liwat adalah sangat jijik dan keterlaluan. Ya Allah, bagaimana kak wan dan keluarga menghadapi ujian ini. Anwar sudah punya family yang harmoni dah bahagia. dia tidak perlu mencari keseronokan songsang!
Aku bukanlah pengagum anwar atau peminat ekstrimnya. , aku cuma menghormatinya dan keluarganya yang pada aku sangat kuat semangat. Teringat satu ketika sewaktu beliau baru keluar dari penjara dan menunaikan umrah, beliau dan keluarga dilayan seperti raja diistana mewah. kata beliau sewaktu dijemput berceramah di jamuan hari raya abim
" saya dapat merasa tinggal di istana dan dilayan hebat diistana setelah merengkok dalam penjara. kalau ada sesiapa ingin jadi tetamu diraja seperti saya, sanggupkah anda merengkok dulu dalam penjara?"
Cukup2lah apa yang berlaku pada beliau. Entah apa yang mereka inginkan. adakah mereka mahu bertindak seperti Tuhan?
Moga Allah tunjukkan kebenaran.
Ya Hadi
Ya Hadi
Ya Hadi
Tunjukkan kebenaranMu.....
Ya A'ziz
Ya A'ziz
Ya A'ziz
Muliakan hambaMu disisiMU
Friday, July 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
bestnya dah dpt jumpa kak wan..walaupun saya tak mengenali kak wan..tapi saya pun tak percaya..sebab saya masih ingat ada seseorg beritahu saya semasa bahawa anwarlah yag memulakan dakwah bertudung di msia...saya masih ingat di zaman saya tudung ada benda yg pelik. saya juga selalu diperli oleh makcik krn bertudung. tapi disebab kami bersekolah agama kesedaran bertudung adalah atas dasar diri sendir.Masa tu mak saya pun tak pakai tudung....Akak2 saya gi sekolah pun masih tak pakai tudung...Mana mungkin seorg yg memulakan dakwah ABIM ..dan diterima dakwahnya di masyrakat msia..Entahlah...
Post a Comment