Tuesday, May 29, 2007

my little angah!!

Dalam bath tub ketika nak nbasuhkan berak dia.
\ummi: angah, umi basuh berak angah, ni, nanti besar dengar cakap ummi ke
angah: ye, nanti angah besar angah basuh ummi lak
ummi: nanti angah besar nak jaga ummi ke
angah: (angguk) kalau ummi pakai pampers nanti angah basuhkan..
aku pon citer kat hubby, hubby terus tanye angah
hubby: betul ke besar angah nakbasuh ummi pakai pampers
angah: iye
hubby: entah2 bibik yang basuh
angah: tak, angah...

very cute and sweet anagh!!! angah ni sekali tantrum pening yang rabbi. nangis susah nak berenti. jenuh nak pujuk. tapi kalau mood dia baik, best giler, lagi2 kalau2 layan dia cakap....very friendly and talkative....manja yang amat. kalau start mengada, ampun....rasa nak hantar dia balik mesia jek. Tapi la ni makin besar, kureng sikit dah ngada tuh tapi masi ada....

Start last week, kami ajar husna dan hanis tidur asing. good starts indeed, tapi pagi2 kalau jaga, semua gi bilik ummi , semua nak tidur atas katil...along siap cakapn lagi, "ok sekarang siang je boleh tidur kat bilik mmi, mlm2 tidur bilik along...girl bilik girl ok, habil boy tidur nagn ummi...." amboi bukan main dia...aku nak dia tidur bilik yg agak besar sikit sebab dua orangkan. tapi depa nak jugak bilikkecik as their room, lantakla, asal depa sukahati, cuma sempit la..

Hubbby palk, siap ajar, "kalau nak masuk bilik ummi n babah kena ketuk pintu dulu ok." mmm, budak umur 3 n4 tahun bukan nyer reti.....tunggulah depa besq sikit...

Friday, May 25, 2007

keluarga, kerjaya dan jamaah....

Fuhh, over rajin nampka update bloq, hang x de keje ke? kata busy?? heeh tula, lepas antar assignemt kurang le busy sket, pastu lak patutnya ada meeting. haritu supervisor call dok taney tarikh miting. aku kata result x siap lagi. memang la. punye la byk dia suruh buat. x logik la nak siap 2 minggu. dia kata kalau dah siap bagiatu tehn boleh buat miting. hureeeee, x dela aku nak rush sgt, tapi keje masih buat jugak. masih lambat balik gak. takut by the time dia mintak harap2 siap lah...dia suruh ukur thickness sample, i hate this job, please... asik broken je smaple. tau jelah sample PMs(permannet magnets)nikan very brittle. aku cam surrender nakbuat. thickness dah la senipis kulit bawang. pastu dia suruh aku seal + anneal sample. aku x reti jadi kena mimtak senior ajar. susah tu, nakkena pakai api2 lak nak seal dlm glass. ish, complicated lak tu. lab coat jgn citer la, cam belacan. bidang aku ni x leh pakai lawa2, kang kena manjat, gergaji sample, mcm kerje kilang besi laks. dia plak busy kena ikut time dia (senior tu la) la. lepas anneal dia suruh measure balik hysteresis. tu satu hal lagi. nak mesure hysteresis tu berchenta rasa. perlu spend time sebulan tu. pastu ada series Ta (tantalum) , 21 sample utk buat hysteris lagi. wei, bior benar ni. confirm x siap walau dia bagi sebulan, walau aku stay kul 10 malam hari2 pon belum tentu siap. camner ni....aku kena be be honest la nagn supervisor aku. boelh buat meeting tapi result yang mana ada dulu la. ni aku rasa macam dah nak final year plak. writting + lab. rasanya dah boleh produce 1 paper nih....chewah, ye le tuh, harap2 dengan cara ni dapat le aku siap cepat. nakbalik mesia...rindu satay samuri, ikan patin, roti bom hasan cafe, cendul klang........bila bunyi tepon kat lab rasa seriau, takut dia yang call...aku tgk budak fisrt year lain cam relax jek, aku la terkejar2 buat kerje...tak pe tak pe....nanti aku final year, relax sket kot..harap2 le...

eh, ni dah jauh dari topik ni....pasal tajuk entry kali ni. aku pernah buat usrah gabuangn tajuk ni masa aku jadi ketua helwa serdang. sepaker nya adalah kak Nor atau Prof. madya Dr. nor zuraida.) seoarang akat psikitrist dari PPUM yang juga exco abim selangor. ramai orang boleh berkeluarga dan berkerjaya tapi blom tentu boleh berjamaah. kenapa perlu berjamaah????? haa itu kena buat entry khas tu..

Di UK ni, alhamdulillah, dengan mengususng anak 3 org tu kami sempat berusrah dan program di stanford, nottingham, hull, coventry. Deangan wadah yang sama, MISG ABIM UK Eire (click sini tgk web site) .Di malaysia juga kami sekeluarga juga terlibat dengan abim selangor (click web abim) . jadi sebagai penerusan kami di sini pon terlibat dlm usaha2 dakwah to li'la' kalimatillah

Bukan mudah sebenarnya, kena iltizam dan mujahadah bila kita dah menggabungkan diri kita dalam jamaah. BUku maza ya'ni liintimail islam (apa ertinya saya memeluk islam) karya ustaz fathi yakan adalah buku yang terbaik setakat bagi yang nak tau kenapa perlu jamaah. buku ini aku baca sejak sekolah lagi dan dijadikan bahan usrah. hingga aku beranak pinak aku masih lagi membaca buku itu entah kali keberapa. sungguh tajam pemikiran ilmu ustaz fathi yang berasal dari syiria , antara orang kuat ikhwanul muslimin.

Berbalik kepada tajuk. Dulu masa aku blom kawin aku cukup takut kalau aku futur. Futur punye makna yang luas.jangan salah faham bukan kufur, itu makna lain dah. bukan sekadar berhenti dari jln dakwah tetapi kalau dah rasa malas2 nak pergi usrah pun dah boleh masuk kategori futur. kena muahasabh sebab aku selalu rasa cam nak futur jek. ialah, bila dah beranak pinak, komitmen dah terbagi2. susah betul, berat je rasa nak gi usrah tuh...Alhamdulillah, dengan izin Allah aku bertemu jodoh dengan orang yang mempunyai inspirasi dan aspirasi yang sama dengan aku. punya wahdatul fikr dan wahdatul a'mal. mudah sikit tugas aku. Jodoh kami betul2 magic and fantastic. tanpa perlu bercinta lama2, dan tanpa perlu gossip2. tup2 kawan dengo citer kami bertunang dan kemudian kawin.

Mmepunyai husband yang memahami sangat penting. tak kira dia terlibat jamaah atau tidak. sebagai isteri, kita kena faham , lelaki tetap lelaki. walau dia atau kita aktif jamaah pon, dia masih nak kita layan dia jugak, nak makanan kita masakkan. aku punye maid sewaktu lahir hanis. tetapi bab makan aku akan sediakan sendiri. aku akan masak sebab hubby aku lebih suka begitu. Time managemnet sanagt penting. sebab kita membuat extra duty. may be orang lain bersukaria pergi shopping, tgk wayang, santai2 an hujung minggu. tapi kami sekeluarga berperang minda dan ilmu di tamrin atau usrah. kadang kal letih juga tetapi lebih baik letih berilmu dari letih duduk umah tgk tv yang x abis2 cerita. tapi bukan bermakna kami x jalan2 atau shopping tau rehlah. KAmi buat itu smua bila x de program. jadi kena la pandai. sebab itu aku suka bawak anak2 ikut seklai berprogram. aku nak dedahkan mereka , ini lah kawan2 ummi dan babah, inilah 'kerja' ummi dan babah yang akan disambung oleh kamu2 semua. memdidik anak2 x semestinya di rumah dan berkepit dengan mereka saje. Husna seawal 2 bulan setengah telah ku bawak ke tamrin Qiadi di morib. may be ada orang kata boleh ke focus bertamrin dengan bawak anak tu. jawabnye Boleh!!! just kadang2 dia nagis2 sikit tu biasalah. kena bijak la. alah bisa tegal biasa. InsyaAllah, ramai adik2 brotehrs dan sisters yang tolong jagakan. tu yang seronok tu. ukhuwwah terjalin erat disitu. ehhh jap nak gi tgk sample, sat gi sambung...

ok, sambung balik, tgh run sample tungge le lagi 1 jam. ada plak sorang lecturer dari china ni jenguk2 apa aku buat ni. dia mintak plak alamat url blog+ fotopage aku nak tgk2. ehheheh dia buat reseacrh attchment kat sini. very friendly orang nyer....

sambung citer. teringat masa tamrin tu. selalunya jadual waktu tamrin dan content sgt padat. tapi kali ni tetiba depa buat malam persembahan gitu. jadi ada 2 group minta izin utk guna husna sebagai pelakon dlm drama diaorang. hehehe sronok tgk hunsa 2 1/2 bulan di kendong utk berlakon smaa. menang plak tuh..

Teringat gak baiknya husna, kalau aku kena bagi cerama, masa dia baby, baring je dlm bakul. kalau adik2 ppkpim ajak aku bagi pengisian syaratnye tolong jaga anak aku sekali. depa ok jek. bila meeting yang serius cam syura ke, adik pkpim nilah tolong jaga, bawak si husna merata alam. maklumlah masa tu x de maid. jadi x boleh tinggal. kena usung. x de pilihan. Husna memnag membesar dengan dlm usrah. bila buat halaqah usrah, dia kan duduk tgh2 dan main ikut suka dia , x kacau orang. senang betul bawak dia. agaknya dia paham...

Hanis plak, seawal 40 hari sudah di bawa ke induksi exco, tapi kali ni aku dah ada maid. bawak sekali dia lah. habil plak, aku x iangta tapi awal juga aku dah bawak dia gi usrah. Cuma nye bila anak dah 3 aku terpaka buat giliran. tapi susah jugak, ada yg jeles. tengok program la. kadang tu aku angkut jelah semua. habis citer....anak2 aku kadang2 ok , kadang2 x ok masa program. ikut mood la. kena byk sabar tapi laam2 depa dah biasa. macam kami di UK ni, depa ni memnag suka nagn abg (budak undergrad) yang rajin melayan depa waktu program. itu yang anak2 aku n i mesra rakyat. dengan sapa pon x kisah.

Entry sekadar bagi motivasi utk diri sendiri jek. aku paham ada keterbatasan masing2. cumanya KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. buat mana yang mampu. cuma janagn terlalu creat pelbagai alasan untuk tidak terlibat sebab bila dah selalu beralasan, makinlama Allah bagi jauh dan jauh....bukan menuding jari pada sesapa, cumanya muhasabah diri aku jugak yang ngelat jugak. hehehehehe kalau ada azam, InsyaAllah, sebenarnya x seteruk mana2, dan tak sesusah mana. Percayalah, Hidup berjamaah ini penuh keberkatan. ikut kapasiti masing2. x perlu semua nak jadi ketua, kang sapa lak nak jadi follower. dan jgn la asik nak jadi follower je sepanjang zaman, kena lah juga cuba jadi leader. Cumanya bila kita pegang amanah , tanggungjawab lebih besar. bila tanggungjawab lebih besar, kita akan jadi lebih matang untuk uruskan diri dan keluarga. Ujian hebat akan datang. itu pasti. cumanya sejauh mana kita nak tangani...itu perlu mujahadah...

Aku bukan la syadid seperti orang lain, cumanya aku cuba untuk jadi yang terbaik seboleh mungkin. aku kagum kakak2 dan abang2 yang terus istiqamah walaupun dihujung usia, walau pelbagai mehnah melanda, tribulasi danmacam2. aku ni adeh, apa la sangat. kagum pada usaha dakwah Dr Mohd Manuty (ex lect uia), ustaz halim muhammady (lect UKM) cikgu sidek (lect uia), ustaz sidek fadhil (lect ukm), ustaz ni;mat (al marhum), ustaz fadhil nor (almarhum, pemangku presiden abim sewaktu anwar di penjara) dan ramai sangat lagi termasuk helwa, kak no sendiri, walau doktor yang kenkadang on call, jarang miss usrah, kak adib ( anak 6 ) masih setia,kak mas (lect upsi lani) dok susung anak jugak,, dll....rindu mendengan butiran ilmu dari mulut kalian!!!!!!!!!

amboi , panjang bebenor, minggu ni jelah next week aku akan busy, jadi ni pulun abis2 memblog...kalau rasa nak baca , bacalah...blog ni byknye guna sebagai tpt utk aku ngomel jek...

ahad ni aku umur 29 tahun....takutnya nak cecah nombor 3 tuh...Doakan terus kuat dan tabah....

kelahiran anak sulung...

Wah lega yang amat, Alhamdulillah, 6 in 1 assignment sudah pon dihantar. harap2 x kena pulang balik. harap2 lulus lah. ini merupakan subject RTP (reseacrh Training program) . di sheefield ni utk grad kena amik 45 credit. subject ni 10 credit. jenuh gakla menyiapkan assignment ni...maklumlah lama dah tak buat assignment, asik suruh student buat je selama ni...

ytgh tunggu sample nih..aku masih belum cerita pasal kelahiran husna yang sangat2 ditunggu2. kami kahwin hampir setahun tapi blom ada tanda akan berbadan dua. dah tension sangat orang ask dok tanye jek. Satu ketika aku begitu hampa, aku siap boleh pergi pusat kesihatan nagdu nagn Dr ezra. Dia actually from india tapi lama dah duduk mesia. Aku suka ngan dia, even family kalau skait request nak nagn dia. dia kata mungkin aku "berat" . So dia kata dia nak aku exercise. dia amik berat aku dan kaat lagi 3 bulan kalau x pregnant dtg lagi. haa, lepas tu aku dok pulun raound satu upm bila habis office hour. siap bawak baju lagi. kadang tu siap naik tanggga turun tangga fakulti nak bagi turun berat. hasilnya seminggu turun banyak gak. tak lama lepa stu aku demam . tak terfikir le apa2. tapi lain macam. aku stop exercise. takut kot2la masatu aku peknen ke. dah x larat nak buat UPT. hubby pulak rajin dok solat hajat, moga kami ada rezeki untuktimang cahaya mata... satu malm aku mimpi. ada nurse tu cakap akt aku, patutla awak demam, awak pregnant! aku terus terjaga. kebetulan masih ada satu UPT kit simpan. aku terus cuba. Subhanalllah!!! positif!!! aku kejut kat hubby tidur, dia terus melompat masuk toilet nak tgk hasil test tu. yes 2 line!!!. dan pagi tu seperti biasa kami solat jamaah subuh bersama2 tetapi doa kami pagi tu sungguh syahdu.air mata kesyukuran tidak dpt ditahan2 lagi... syukur yang amat.!! Pagi tu hubby dok tepon ofis dia kata masuk lambat nak gi klinik. Aku terus gi PK (pusat kesihatan UPM. Dr ezra xde. jadi jumpa dr fauziah. dia ni pon dr favourite aku. aku byk tanye dia masalah peribadi aku. yang berkaitan kesiahatnlah. bila result kuar kata yes, betul positif. tanpa segan silu, kami berpelukan depan kauter tu. fuhh, rasa nak bagitau satu dunia. budak yang buat test tu senyum2 jek. ehhehe dan lagi 3 minggu lagi fisrt anniversary....inilah hadiah anniversary terhebat...

Hubby aku sangat gembira, bermula episod manja aku, heheh, hubby mula rajin buat kerja rumah. aku rasa bagaikan puteri chewah....berita mengandungnye aku tersebar la luas. alhamdulillah, kawan2 ucap tahniah...mak abah dan family mertua sangat gembira maklum, depa dok tunggu2 bila la nak dapat cucu pompuan. kira nye husna ni cucu pompuan pertama utk kedua2 pihak..

oklah, hari berganti hari.hari....fisrt time tgk husna ultra sound,masa dia 4+ bulan dia bergerak, subhanallah....aku rasa nak nagis terharu. tuhan je yang tahu perasaan aku waktu tu. hubby di sebelah pun sama. dia memegang tangan aku dan aku dpt rasakan dia sungguh bahagia...

Sepanjang pregnant husna aku bertungkus lumus siapkan thesis master. cuma masa awal2 pregnat aku asik nagntuk je. maklumlah hubby hantar ofis seawal kul 7. heheh aku siap sambung tidur kat ofis. pastu asik batuk aje. mas ablom tau aku pregnant punyelah aku byk makan ubat batuk. bila tau pregnant aku stop semua. Dr suruh aku minum air je byk2. jadinya aku asik terkencing2 je. tapi aku sungguh bersemangat siapkan thesis. due aku patutnya 6 mei. 5 mei thesis pun siap dan di hantar. aku dok ingat lagi. jenuh aku terkejar2 nak siapkan takut terberanak nanti tertangguh, nak mula bukan senang. tapi lepas 6 mei x de tanda2 nak bersalin. mertua aku dah datang dan berkampung dirumah. hai bila ni....rasa dah seminggu lewat, gi PPUM, Dr kata bagi 10 hari, kalau 16 mei tak bersalin kita induce. So dlm kepala aku, hai induce pon induce la....sampai 14 hb, x sakit lagi, mertua aku dah boring dudk umah, heheh15hb, lepas solat zohor jamaah nagn hubby, aku arsa dah tanda2 can nak bersalin ni. tapi x sure. maklumla anak sulung. akhirnya kami decide gi je hospital. tapi x rasa sakit pun. bila check baru 1 cm. aku kena duduk wad. hubby aku pulak tunggula kat luar wad tu. mak dia x bagi balik takut2 aku kang bersalin lak. sian dia tidur kat luar wad satu mlm....aduh..aku dok pulun lagi baca quran...kontraksi makin terasa. darah kuar dah. tapi aku soalt jugak. ada orang tegur. eh, naper solat,bukanke kuar darah. aku jawab, selagi x beranak, kita kena solat, pecah air ketuban pon masih kena solat. . cumanya kena cuci dulu la sebelum solat. kalau kuar waktu solat nak buat caner. tapi kewajipan solat masih ada. mlm tu aku tak boleh tidur tak keruan ras anya . bila Dr check masih 1 cm. fuhh. pukul 3.30 pagi, pop! air ketuban pecah, bila dr check masih 1 cm. huwaaa!!! bila nak bukak ni...rasa penat + sakit sgt. bila dah pagi. aku mintak cleaner panggil hubby aku kat luar. patutnya x leh masuk, sib baik nurse tu bagi hubby aku temankan aku. aku dapat lihat riak muka dia kesian tenguk aku dok pegang tepi katil tahan sakit. dia pun pegang tangan aku. Aku tepis. dia cuba nak picit2 pon aku tepis, sian dia. ntah aku rasa lagi skait laks. tehn kul 9 pagi, DR check...dah 3 cm, dia kata boleh masuk labour room, masa tu darah dah kuar byk dah...habis lantai.....aku dapat tengok muka hubby aku cam takut..aku lagila takut...

masuk labour room, nurse inject apa pon x tau. rasa ubat tahan sakit kot. pastu ras angantuk. kul 12.30 dah rasa gesa. dr suruh teran aku pon teran la..rasa cam lawan bola pon ada, nurse pelatih situ dok pegang aku, jerit ramai2, teran2...teran2....dah nampak kepala besar duit syiling...teran2...aku mengah dah x kuar jugak ni...Dr kata cepat nanti baby lemas. aku masih nagntuk...tapi bila Dr kata takut baby lemas, aku pon teran lagi...dah setenagh jam aku teran tak kuar jugak. fuhhh!! akhirnya tepat kjam 1.05 keluarlah Husna.......penatneyr yang amat... lepas Dr jahit semua. eeei aku rasa banyak koyak tu. bayangkan anak sulung 38 kg. Dr bagi aku minum dan aku pon tidur dengan lenanya. dah x inagt apa. bila jaga, nurse hulur baby utk disusukan. kekok la rasa. tapi aku cuba juga...Hubby+ keuarga tunggu diluar. maklumlah masuk labor room kul 9 dah kol 4 lebih aku x kuar lagi, manala depa tak risau. padahal aku dok tidur..kepenatan.......

Dr tanya apa nak bagi nama anak . aku kata Husna Naqeebah. Dr tu kata ooo, rajin usrah la ni...heheheehhe

Itulah dia citernye... dari khamis masuk wad isnin depan tu baru aku kuar sebba masa tua ku demam. Dr takut infection ke apa. Bermula episod aku sebagai seorang ibu....yang dipanggil ummi. tapi kanmasatu hubby aku dok gelar diri dia papa. tapi lepas 5-6 bulan dia tukar la plak ke babah, hinggalah sekarang....ooo very sweet mwmory...alamak tux citer bab mengidam lagi tu...kena buat entry lain...nak gi tengok sample ni..

Wednesday, May 23, 2007

Birthday husna

Husna lahir 16 mei 2003, hari guru tuh, kul 1.05 ( waktu org balik sekolah). kami sambut simple2 jek, menu pon sempoi jek, x larat nak masak2 , sibuk, spaghettie, mini pizza, aice cream. buat le jugak nasi impit+ rendang utk bagi rumah ke rumah. adalah dln 12 rumah di kawasan tu. cadangnye nak baut sendiri kek tu, dah beli bahan2, tup2 dia ternampak le kek monkey tuh. dah le nak plak....nak buat aku x reti.meh tengok gambo kat sini

Tuesday, May 22, 2007

letih yang meletihkan...

Ahh, lately ni balik lab lambat bukan lagi sekali sekali malah hampir setiap hari. sebenarnya aku juga tungkus lumus nak siapkan assigmnet pastutnya hantar jumaat lepas, tapi aku minta extend sampai jumaat ni. aku bagi alasan, supervisr aku blom return literature aku tuh.

sebenonya tika dan saat ini, aku nagntuk yg amat. mlm tadi tidor kul 2 pagi siapkan assignment, pon masih x siap lagi, tapi aku kagum sket, dlm2 aku rasa mcm x de idea, byk lak aku taip utk assignment. ni dok taip blog ni utk ilang ngantuk la ni...

khamis lepas...hubby dok Ym aku, dia tension kat umah, anak2 buat hal, husna pecah piring kat rumah tamu.hanis lak sepah2 kan mee dlm bilik tidur. Dia macam mengeluh tension. aku lak tgh bergelut kat lab. rasa sedih bersarang di hati. Tetiba teringat dialog nagan hubby

hubby: elly , abang rasa petang ni nak bawak anak2 gi park
aku; alamak bang, ummi sibuk la arini
huby: takpelah abang je bawak diaorang..
aku: sorry la bang, sibuk
hubby; tak per...
sian kat hubby tapi apa kan daya assignmnet kena antar esok nih...(masatu x tau boleh extend) tapu ntah naper tetiba baca email lecturer tu balas, aku terus kata nak extend 2-3 hari, dlm x sapai 1 mint dia balas email aku dan kata aku boelh hantar next week. fuhh. lega aku. aku tutup pC. pergi lab off semua equipment. lantakla, dah letih arini, . ahh, esok la sambung. aku perlu tenang diri, hubby dan anak2. aku tetiba teringat janji nak belikan payung utk anak2, harap2 bila aku beli payung ni peranagi depa ni berubah sket. mungkin sebab aku asik baliklambat ajek. pastu asik ank maarh jek, maklumlah bila penat anak2 nagda2 nak manja mula la naik angin kus kus. depa lak asik nak mengaruk je lately. pening aku. jenuh cari payung kecik x jumpa, last2 jumpa kat kedai 99p. heheh punyelah happy diaorang....bila beli payung terus call hubby
aku: bang, elly dah beli payng ni, rasanya sempat tak pergi park, barul 5 lebih ni
abang: tapi anak2 tidur ni
aku: klah

hati aku berbunga2 sebab dpt balik awal. dlm train terbayang muka anak2. lotihnya berdiri sepanjang tram. sampai dirumah anak2 dah bersiap2. tinggal tunggu ummi jek.husna pelik" ummi, kenapa ummi balik tak lambat arini?? . mmm, "ummi nak ajak gi park " Ok jom kita gi park. nanti aku upload gambo2. enjoy budak2 tu main segala mala di situ. kami saja x de org lain, heheheh. sila click di sini utk gambo...

esoknya jumaat,aku cakap siap2 kat hubby: sorryla bang hari ni kena ganti selamam balik awal. so hari ni kena balik lewat.fuh...kul 9.15 pm aku masih di tram station. geram betul awat lambat tram ni. di west street ni muda mudi dah mula membanjiri pub dan bar2. bunyi bisng dan gerombolan remanja pompuan berpakaian seksi jalan di tepi2 aku. ish depa ni sabo jelah. hati aku teringat rumah bila aku call hubby on the way balik dari ajar ngaji. sian hubby , ntah kali keberapa usung anak. malam mula menjelang. hati aku rasa takut plak. aku call hubby lagi. dia kata nak solat. aku cakpa. bang takutlah bang. aku sebenarnya x sampai hati nak suruh dia amik sebab baru jek dia balik. tapi hubby aku pon risua sebab dah mlm dia pon terus cakap akan amik aku kat tram station . fuhh lega aku. masuk kete aku terkejut tgk rambut hubby pendek
aku: eh, bila abang potong rambut?
hubby; tadi
aku: eh, pergi sekali dgn anak2
hubby : yelah, bawak semua
aku: tak mengaruk ke dlm kedai tu
hubby: abang dah bagi umpan
aku: ice cream??
hubby ye, habis je gunting rambut, ice cream pon habis..
aku: fuh!! siannya hubby kena usung semua!!!
Rasa bersalah makin menebal, samapi umah dah kol 10 pm....lepas anak2 tidur aku terus minta maaf nagn hubby. sorrylah bang, lambat sangat ummi balik ....x per...(itu lah ayat typical dia)....

Dan pada ketika itu barulah aku realize yang hubby aku x seperti org lain. yelah, bila mother's day beli bunga, valentine ke apa2 la, lagilah kat lab ni depa gi dinner ngan wife, tapi hubby aku tak pun. bila depa tanye hubby tak kasi bunga ke? aku kata; seklai jek dia bagi bunga, masa aku konvo master dulu, tapi aku pon bukan minat bunga sanat pon...hubby aku tunjukkan kasoh sayang dengan perbuatan dia. walaupun aku kata , bang hari ni mother's day. dia senyap jek. tapi pengorbanan dia benar2 menyentuh hati keisterian dan keibuan aku. tak perlu bunga atau cokelat ke, ke apa. hadiah yang dia beri itu lebih tertusuk di hati aku dan benar2 bermakna. Dia tak merungut pon aku balik lewat.Dan aku juga realize, aku telah membuat pilihan yang tepat menerima dia sebagai suami aku 6 tahun yang dulu......Terima kasih abang kerana banayk berkorban selama kita di sini... Love you very much...

Thursday, May 17, 2007

happy birth day husna Naqeebah

Husna Naqeebah lahir pada 1.15 tengahri, Jumaat, berat 3.8kg, dilahirkan secara normal di PPUM...

Sorry husna ummi x sempat nak story panjang, nanti ummi update, ummi busy la ni...


gambar husna masa kecik2 aku upload di sini..., muka sebijik cam habil



nanti aku citer lagi
la ni dia dah pon membesar. anak ummi sangat cantik...

Friday, May 11, 2007

Lagi dan lagi

nampaknye aku kena miting lagi 2 minggu. aku pon x paham. dulu hampir 3 bulan x de miting. supervisor kata dia sian tgk aku sebba x sihat. tapi bila aku dah Ok, dia punye pulun miting x abis2. Fuh baru aku puji dia hari tu kan? Bukan apa, bila miting dia nak tgk results. banyak lak tu. cam x logik lak 2 minggu boleh siap. oleh itu aku terpaksa lagi bertapa di lab. aku x suka bagi alasan kalau x sipa nanti. tapi aku arsa x berdaya kalau tiap2 mlm balik lewat. So, aku kena balik lagi kul 9+ mlm.....Mula2 kata nak miting sebulan seklai. la ni dia kata meeting 2 minggu sekali. EEii, kalau aku x de anak+ suami, aku balik kul 12.

Ni tgh tension , siapkan literature review yang x abis2. nak muntah rasa. next week kena hantar lak tu. adeh, lemah longlai rasa badan. mlm tadi balik umah kul ( lebih, tgk husna dah tidur. alamak, sian anak ummi x sempat jumpe ummi. Babah dah melepek penat jaga anak. aku paham sangat. anak aku 3 org tu kalau nagn babah dia manja semacam. teringat semlm dia dok YM aku bagi tau habil tetiba tanggal seluar dan nappy, terabut taik dia kat carpet. alamak, sian hubby aku kena cuci. mmm, Gitulah gayanya hidup aku di sini. entah bila la aku dpt duduk dan makan dengan bertenang. Baru nak pegang periuk, sorang merengek. baru nasi nak masuk mulut ada lak yang nak terkencing. sabar...itu jelah yang mampu aku kata. tu yang kul 11 mlm aku masih di dapor siapkan lauk utk esoknya. sebenarnya hubby aku boleh je masak tapi sianla plak, dahla kena jaga anak pagi sampai mlm, at least dah ada makanan, lega sket. Lagipon, aku lebih suka aku yang masak sebab akdang kala hubby aku masak x berapa nak kena. masak sayur campor taruk halia. hari tu aku kata masak sup daging sempoi , taruk air , letak daging+halia+bawang+sop bunjut+ pelaga sket. sekali sku balik dia dgn bangganya kata, gilah try rasa sop tu. aku rasa, YA Allah, pahitnyer, dia pergi letak pelaga punyelah byk, lagi byk dari ketul daging!! x perlah, aku malas nak komen, aku telan jek...tapi lately dia dah byk improve sket la masak2 tu. bagi aku dia dah amsak tu dah syukur amat dah.kang byk komen dia x nak masak lagi lak...heheheeh

Rasa bersalah lagi kat hubby. Dia kata x perlah buat kerje, balik lambat pon x per. anak2 jgn risau, dia uruskan. Fuhh mithali sungguh hubby aku nih. dia kata siapkan phD cepat2, dia nak balik M'sia cepat!!! sebab dia plak nak buat. Dah lama x tension study. Dulu masa undergrad, study seronok rasa ada geng. ni study sorang2.....

oklah , nak gi jenguk sample, dah siap kot.....

Saturday, May 05, 2007

meeting lagi

sejak minggu lepas aku sellau balik lambat utk prepare meeting next tuesday. 9 lebih baru sampai rumah. aku sebenarnya baru miting isnin haritu, tapi supervisor nak aku bagi data lain la plak. so sejak itu aku tungkus lumus nak siapkan, kena buat 50-60 graph. result yg aku dpt dari measurement kena di tukar ke unit lain la plak. very confusing sebab melibatkan byk calculation dan formula. maklumla aku nii baru merangkak2 dan memahamkan. supervisor ingat boleh dpt direct dari alat tu rupanya kena kira lain la plak. huhhh!
pestime aku balik lewat. 8.30 mlm masih menunggu tram. hati diruntun sayu. Bila naik tram dan bermenung, hati dan minda teringat anak2 di rumah. timbul rasa bersalah. lebih2 lagi pada hubby yang terpaksa mengusung mereka untuk mengajar ngaji. badan dan otak sangat penat. bila terpandang wajah anak2 rasa bersalah membuak2. habil memaut leher aku dan mencium aku lama. Hanis menenggek di riba memeluk dan mencium aku bertubi. husna pulak siap mintak lagi. Ummi, boleh tak along cium ummi?. mmm, hampir 12 jam aku tinggalkan anak2 dgn hubby. pasti hubby aku sangat penat. rasa bersalah makin bertambah bila ku jenguk dapur hubby sudah pon masak sambal sotong. Terima kasih sayang. sekurang2 nya ummi x perlu masak lagi. dan sejak aku busy balik mlm hubby lah yg masak. Aku sungguh terharu dgn pengorbanan dia. malah bila aku YM dgn dia mengatakan aku terpaksa balik lewat utk siapkan kerja2 dia OK saja. dia kata dia nak tolong buat kerje aku pon dia x reti. Tak pelah yang, dah tolong jaga anak dah seribu rahmat bagi aku. kawan2 di lab bersimpati dgn aku yang nampak kelam kabut membuat kerje. kadang tu samapi nak kencing pon dok tahan2. ehheheh. mmm, bila tgk anak2 tidur, aku rasa wajah mereka cukup comel sekali. bertuah aku melahirkan mereka, rasa hiba bersarang, sian anak ummi...sabarlah sayang, akan kita kejap bersama buah2 kemanisan itu...

Pada aku inilah lumrah belajar. dari aku final year lagi aku sudah biasa duduk lab sampai tgh mlm, apatah lagi masa aku buat master. itulah dunia aku. dah bidang aku kena duduk lab, nak buek caner. kadang jeles tgk org yang buat management, language, economics, sebab mereka boleh buat keje kat umah. kadang2 je ke U. tapi aku kena hari2. tapi salah aku jugak, awat aku minat sangat fizik dulu??

Tadi kawan mexico aku merungut wife dia tersilap bagi lunch box anak dia pada dia. aku kata makan ajelah, u beruntung your wife buat kan utk u tapi i kena buat sendiri. dia kata x pelah laily. sekejap je . seolah2 memujuk aku. Dia ni sellau kesian tgk aku yang beranak 3. sebab dia ank 1 pon dia rasa tension dah. Seorang lagi kawan dari spain, mash bujang dia ni sgt rajin , terkejut tgk aku masih buat kerja walau dah mlm, dia kata,kenapa u x buat kerje kat umah. i kata, kat umah i x boleh buat kerje. dia kata, x perlah laily, lepas ni u akan rasa kemanisan susah payah yang u lalui. mmm, pandai le depa ni berbicara. Tapi alhamdulillah, akwan2 di sini walau lain bangsa dan agama kami rasa seronok , berkongsi suka duka.

Satu lagi yang buat aku tambah terharu. Supervisor aku sendiri. Dia ni pada mula tidak percaya yang aku ada 3 anak. byk kali tanye, hampir setiap kali pertemuan dia tanye, betul ke anak u 3? ish, dia nih. satu hari dia dtg menjenguk aku di lab. saja 2 nak borak2. aku pon tunjuk gambo anak2 aku kat pc aku. then baru dia percaya. dia ni family man. sebab itu dia sgt memahami aku. dia kata anak dia pon productive mcm aku. cucu dia nak masuk 6. heheheeh. Dia sungguh ambik berat pasal kebajikan aku. Tulah Allah nak tolong. setengah org, urusan keluarga mudah, ada helper atau anak dah besar, tapi nagn supervisor problem plak. tapi aku alhamdulillah. kalau miting, tu dia mesti tanye anak2, suami, sihat ke semua. satu ketika dia tnye aku berapa lama aku kat lab. aku terus terang ckp aku sampai lbt, 10.30 baru sampai lab, tapi aku balik lambat. aku ckp hubby kerje pagi.pastu dia dok tanyela, kerje apa, baper jam, kat ner. mmm, lepas baru sambung balik isi miting yang sebenar. dia kata asalkan aku boleh managa time, x per. tiba2 dia nak decide miting seterusnya. dia tulis pukul 10 am. aku diam aje. dlm kepala dah pikir aku kena letak anak ku rumah org la sekejap ni. then masa nak abis miting tetiba lak dia tersedar.eh, bukan ke your husband kerje pagi. so kita lewat kan sikitla supaya u confortable. fuhhh, lega yang amat. terharu...baik nye dia. ada satu hari tu aku batuk2, dia kata pergila balik umah. jgn dtg selagi u x baik. mmm, baik2 jugak, tapi kerje kena siap. aku x nak gunakan alasan aku ada anak menyebabkan keje x siap. tapi menurut student dia, dia ni bagus, pergi conference dia akn tanggung family sekali. fuh!! tapi sanggup ke tanggung aku yg ada 3 anak???? aku kena start repo baik sket ngan dia ni....

Dulu aku sellau merungut2, pasal anak2. penat, nak layan karenah yg macam2. sunguh, kadang tu rasa nak hantar depa ni balik mesia jek. Tapi bila2 lama2 aku muhasabah. anak2 aku la penguat semangat aku belajar. masa aku buat master dulu pon gitu. sepajang pregnnat husna aku writting dan sungguh motivated sekali. aku submit thesis tu sehari sebelum due besalin. dan masa aku konvo, hanis telah pon 3 bulan dlm perut!!!dan aku sedar byk rezeki yang perolehi setelah anak2 aku lahir. walaupun pada mulanya sukar, berat rasa memikul tangguungjawab amanah Allah ini. ada rekod di sini yang anak 12!!! masih boleh belajar. aku setkat 3 apalah sgt kan?? cuma pada aku kalau anak 12 sekuarang2nya kakak2 dia atau abg dia boleh tolong jaga adik2 kecik. tapi kalau aku, si husna tu, huhhh,punggung dia pon kita masih basuhkan. sepende dia pon kita masih pakaikan. makan pon kadang bersuap.

Sebenonya masa aku tulis ni jam dah kol 12. aku baru lepas dok basuh ayam, basuh pinggan, siapkan initi popiah, nak blend cili esok kami akan coventry utk usrah. utk ilang rasa penat aku memnbloglah., haaa, lepas ni aku kena kemas baju2 yg nak di bawa. huwaaa!!! pukul baper aku nak tidur nih.....

Ahhh, esok rombongan che' kiah akan berbondong2 ke usrah..harap2 depa ni ni boleh behave le sikit di rumah orang.........

Wednesday, April 25, 2007

Fotopages

dah lama gambo ni aku peram. mlm tadi dgn muka x malu pinjam kawan punye card reader. so dptla gambo2 tuh. tapi x abis upload. x larat. pc aku slow banget. so, jenguk2 lah gambo2 aku di sini

aku rasa da rezeki nak beli videocam la plak. cmera tu cam x cantik la gambo maklumla murah. tunggulah ek. gambo ratus2 dlm camera tu , kalau aku ada masa yang terluang dan tenang, anak2 dah tidur aku akan kuarkan khazanak gambo2 semua untuk tatapan orang yang asik tanye mana gambo2 aku di sini. yelah masing2 dok tunjuk gambo, tapi aku lak x de. InsyaAllah akan ada nanti...

mmm, lately ni aku terajin membawa bekal pelbagai ke lab sebabnya kalau duduk lab smapai kol6, lapo giler. setakat bawak nasi kol 12.30 mana le cukup perut ku ini asik bunyi2. awat mas akat mesia aku x rajin bawak bekal? padahal aku ada maid. kadang2 je bawak la tapi x hari2 macam kat sini. tentu jimatkan. lagipon kat sini budaya bawak lunch box. x kira student atau staff. lebih selesa bawak makanan sendiri. mmm, nampkanya aku kena teruskan budaya bawak bekal ni kat mesia. chewahhh, yelah tuh...

nak tau, mmmmm, mlm tadi aku mimpi aku pregnant , berslain awal tahun depan. huhuhu, gabra giler. pagi ni aku mesej kat hubby pasal mimpi tu, dia kata merepek dah aku nih.ish, aku x bersedia. semalam husna tanye aku "ummi bila nak gi hospital?". aku kata "naper". dia :"nak dapat baby lagi la, nanti kat mesia ummi dpt baby lagi ye". ish kamu ni husna, memandai2 jek. walaupun secara medical, and scinetific aku dah usaha untuk sementara waktu ni untuk tidak pregnant manatau Allah nak bagi. Tapi terus terang aku blom sedia untuk ada baby lagi. sabarla husna yek. nanti ummi dpt PhD, InsyaAllah, ummi bagi husna baby OK. Cukuplah melayan kamu bertiga yang membuat ummi pening kepala. lagi2la dengan lasaknye habil itu. sorrylah, x mampu den. pada aku bab pregnnat ok, sebab aku so far x de masalah sangat masa pregnnat, cumanya nak jaga tu aku x sanggup. dahle sejak lahir husna hingga kini tidur aku sering x lena. biorle ummi bertenang dulu nak oii. pastu kang aktiviti memerah susu x abis. satu hal. la ni pon x larat si habil tu, gian memanjang. nampaknye tiada tanda2 untuk dia berenti nyusu. rasanya sampai dpt baby kot bau berenti. kata hubby aku kakak dia dulu smapai 4 tahun nyusu lagi. sepupu dia sampai dah masuk sekolah pon nyusu gak. ngerinye aku....Tapi alhamdulillah susu maish ade untuk habil dek kerap nyusu sebab petua aku, byk demand byk le supply. tengok body habil tu, fuhhh, senget bahu dukung dia. La ni x larat perangai baru dia, suka tanggal seluar+ nappy. tau2 je dah togel. hiiii budak ni.

Tuesday, April 24, 2007

sambungan

x de kerje ke kamu ni laily. heeheeh, sebabnyer mata aku dah berpinor tgk excel nih. aku kena convert data ke excel pastu nak buat graph nyer kadang x menajdi, kena ubah itu ini. dah le nombor punye le byk, ribu riban. tolooong, bila nak siap ni. bayangkan aku ada ratus sample. satu sample kena repeat 5 kali untuk pieces berbeza dan amik average. sekali run 1 piece tu makan 1 jam.tu x masuk kena calibrate lagi. jadi utk siap satu sample perlu 1 hari. 1 sample = 1 hari. ratus2 sample???? mak oii . bertapa aku kat sini. aku x kira baper ratus tapi rasanya ada le 100+ kot. dahla tuh nak fill helium tu makan masa hampir 2 jam. kadang2 dpt le buat hampir 2 sample tapi mustahil utk siap 2 sample 1 hari kerana perlu minimum 10 jam 1 hari duduk di lab. jadi sementara nak tunggu sample run tu boleh le buat kerje lain. cumanya kadang aku nak muntah duduk lab tu sebab bayang kan lab tu aku sorang2 je. kadang tu siap tertidur2 kat situ. hehehe. cam busy la sket. nak seminar pastu nak siapkan report. assignmnet nak hantar next month. balik umah tgk rumah cam tongkang karam. kadang x sempat duduk terus masak. pastu ngemas, bg anak2 makan. huhhh, aku x nak merungut2 cumanyer bila dah penat tuh mulala terpikir indahnye hidup ini kalau ada maid. at least balik boleh le layan anak2 jek. x yah pikkir nak kemas toys+ laps tumpah2 air, makan terabur. kadang tu rasa umah aku x kan kemas sampai bila2....sakit jiwa raga aku bila tgk anak2 aku makan tumpah sana sini. huhhh letihnyer badan. kan sedap kalau ada spa +sauna free kat sini. huhuhu

ok, nak sambung citer bab ngaji tadi. Hubby aku ni memang suka nagajr ngaji. dia dah mula ngajar secara formal sejak dia undergrad lagi. dia ngajar kakak telecom waktu lunch depa. dptla duit sket. so mak ayah dia x de nak bagi duit dah. kakak2 tu kadang bagi lebih kat dia. pastu masa dia dah kerje pon lepas office hour dia ngajar staff tpt kerje dia. bila dia kawin ngan aku, kami sellau ngaji sama2, sebelum ada anak kami sempat khatam. sebab dijadikan rutin lepas maghrib kami akan tadarus sama2 dan kami pastikan evry single solat dilakukan berjamaah. indahnya waktu tu. tapi bila dah ada anak sukar dah nak buat gitu.

kelebihan dia ialah dia boleh mengaji quran denagn suara yang merdu. sebenonya inilah ciri2 suami yang aku nak sebelum aku berkenalan lagi dgn dia. aku memnag mengidamkan suami yang bagus bacaannya dan alhamdulillah Allah perkenankan. Aku pon baru tau lepas kahwin yang rupanya dia pernah wakil perak peringkat kebangsaan masa dia sekolah dulu. Tapi dia eksyen konon terror la tu, maklumlah sekolah rendah lagi (eh, ini dia yang citer) jadi kalah sebab malas practice. mertua aku asik dok citer jek betapa bangga nyer mereka waktu itu pestime sekolah tu wakil perak. gitulah ceritanya...Tapi lepas tu dia x asah bakat dia sgt. mmm, patutnya dia masuk academy quran aritu. heheeheh.

Aku perhatikan ramai sebenonya yang tidak boleh membaca quran dengan baik dan mereka ini tidak ambil berat akan kelemahan mereka. Anak2 dihantar mengaji supaya boleh baca quran dgn baik tapi mereka sendiri baca pon merangkak2 dan x amik inisiatif untuk perbaiki keadaan. Untungnya suami aku kerana x perlu sangat nak polish aku bab baca quran sebab aku dulu sekolah agama. Alhamdulillah, hasil didikan ustazah+ustaz aku dulu menjadikan aku boleh membaca quran dengan lancar cumanya x le semerdu husband aku. aku pon pernah la jugak wakil sekolah tahfiz quran tapi kalah sebab aku hafaz tapi suara x sedap. heeheeh. Aku juga dedahkan anak2 aku husna dan hanis untuk mula iqra' dan husna nampkanya agak cekap cuma hanis ni main2 sket tak focus lagi. lagipon dia blom pon 3 tahun, tapi at least kita bagi pendedahan. Oleh itu, pada aku masih blom terlambat kepada sapa2 yang rasa masih rangkak2 baca untuk betulkan bacaan. aku sendiri pon byk kelemahan yang eprlu di baiki. jadi sama2 lah kita terangkan hati kita dengan nur al quran al kareem. PAling kurang boleh tau panjang pendek pon bagi aku dah kira OK untuk permulaan. at least basic2 tajweed. Yang paling ptg adalah suami2, sebab kena jadi imam untuk keluarga. kalau suami2 amik berat InsyaAllah isteri2 kan turut sama....

Ok, aku nak teruskan kerje melihat nombor %&^(&((+_)+_)%£$"$"£$$$^%

Selamat berjuang!!!

mengaji

mmm,alhamdulillah sejak kedatangan kami ke bumi sheffield, suburlah budaya mengaji di sheffield. alhamdulillah bila husband aku offer diri nak ngajar ngaji ramai parent yang mengalu2kan. jadi bermulalah diary yang sibuk husband aku. dan sekarang parent pon request untuk belajar ngaji jugak. jadi hubby aku la ni mengajar 7 hari seminggu. Maklumlah di sheffield ni tiada bidang agama, jadi bila orang ada background islamic studies dtang memang alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak suasana islam di sini. ialah kat sini islamic education x de. mak ayah lak sibuk study + kerje. mana ada masa nak tgk anak2 ni ngaji ke , fardhu ain semua tuh.
isnin sampai jummat ajar bebudak di 2 tpt, tinsley dan darnal. sabtu kul 10.30-11.30 am ajar dewasa laks. ahad ajar fardhu ain. mmm, susah kami nak ke mana sebab huby dah mula sibuk. dah jadi sama mcm kami kat mesia balik. mcm kat mesia nak ke maan2 nagn hubby pon kena buat appointment, kadang tu kena amik cuti sebab sibuknye dia. nampkanye kat sini pon gitu gak le gamaknyer...

kelakarnye kat sini, ada budak yang x biasa sebut ustaz pon. ada budak sebut "U- start ". mmm hubby aku kena ajar ngaji pon dlm english sebab ade budak x paham melayu.heheeh, bebudak ni dah lama x ngaji lidah tergeliat geliat. x kisahlah asalkan ada kesedaran nak mengenal al quran. bukan apa quran ni kalau dah lama x baca berkarat sikitlah kan. apapun budaya penyuburan alquran tu penting. jgn kita terlalu sibuk hingga lupa yang anak2 kita dahaga ilmu rohani.

to be continued....

BBQ geng mengaji Darnal at Rother Park




menarik bukan makan2 ituh.



inilah family yg hantar anak mereka mengaji ngan husband aku. depa dok arrange BBQ. ini kawsan darnall jek. happening sungguh. sebenonya aku hadapai amsalah camera. usb cable camera aku tinggal kat mesia so, usb dia spesel sikit x lah pakai yg biasa punye so aku ni dok keep gambo dlm memory card jek. ni gambo2 dpt dari camera org lain. gambo di atas ada hanis jek, husna dan habil dah kepenatan dlm van. hheehhe

Boleh tengok gambar & video pendek ka sini: (sila klik link)
http://videomalaya.blogspot.com/2007/04/bbq-geng-mengaji-darnal-sheffield-2007.html

http://picasaweb.google.com/shaarizan/RotherValley?authkey=QkoWFaIwxYo

http://picasaweb.google.com/akimaira/SepetangDiRotherValley

nak tau anak2 aku, husna dan hanis dok pakai baju hijai dan ikat rambut dua. habil yg comel dan gambo gedabak itew...aku x de sangat dlm video sebab masa video di ambik sibuk nyusukan habil.

Tuesday, April 17, 2007

freecycle

saja buat entry khas ttg freecycle ni. aku tau ni pon dari kakak notts ni . byk yang telah aku dapat. Brg pertama ialah curtain. ok gak. lepas tu aku dpt fridge , besar gak, pastu aku dpt leather sofa (chesterfield punyer tuh) , coming ni aku akan amik rak, and curtain lagi. sebeno aku dpt byk lai barag tapi ada yg aku cancel sebab hubby malas gi amik + agak jauh, ada yang aku x follow up pon bila dpt sebab sian kat hubby asik dok gi umah orang jek kutip barang. Fuhh!! kira sapa2 yang nak brg2 murah x yah beli dptkan di sini freecycle.org.

Rumah aku ni dah nak penuh. So kami berura2 ingin pindah sebab memnag rumah tu kecik bebeno. ada satu umah tu memnag cantek tapi £450, kami minta tawar £400 x tau dpt ke idak. rasanya kalau dpt kami pindah kot. x larat umah ni sebab kadang tu nak jalan pon susah. dahlah umah aku jadi tumpuan budak dan dewasa mengaji. rasanya perlu umah besar sket. tapi kena sabarlah untuk dpt umah besar + murah. la ni smeua mahal. nyampah aku. umah sekarang £330. memnag le murah. mana nak cari umah harga gitu lagi.

aku ngantuk sungguh hari ni. minmggu lepas aku demam yang amat. dari ahad 8 hb sampai le semalam 16 april aku demam hingga hampir terlupa birtday hubby 16 april . teruk betul demam kali ni, gigil2. suhu lak kejap2 38, pastu 39. Ya Allah sampai rasa cam nak mati pon ade. x leh tidur , nak nafas pon x boleh. bila tidur mulalah berbunyi2. aku memnag x tidur dengkur OK tapi disebab demam hidung sumbat, dah le berbunyi. hubby aku kata macam serigala jadian. sabo jelah. dah seminggu aku melepek kat umah. alhamdulillah, ramai yang memberi bantuan, abang rizal siap belikan madu, ab. halim siap hantar asam jawa. kak laila bagi ubat mesia yang power itu. Alhamdulillah, berkat doa semua akhirnya sihatlah aku. aku mula demam sejak program PRI aritu kat HUll. sampai kak zurul tgk aku pon takut macam minah gian ganja.

masa pergi HUll jejak kasih jumpa KAk Roza. x classmate aku dulu. dia tutor UM buat PhD kat Hull. Bulan depan ni dia bersalin lah. Moga dia tabah hidup tanpa suami di sisi. suami dia keje kat dubai. tak pe lah kak, susah dulu sonang kemudian kan...

Kami dah ada calon untuk helper. 2 calon, tapi kami masih dlm taruma lagi. Doakan moga semua OK. may be bulan 7 ni kot, entahlah. kadang2 aku rasa x de maid pon x per, rasa boleh dah manage, tapi kadang tu rasa aku memang sangat2 perlu. apatah lagi bila aku sakit. RUmah macam tongkang pecah. anak2 aku la ni nagda semacam. x larat nak layan. Habil tu la ni Ya Allah asik nak nyakat orang jek. jenuh la melalak je si along dan angah dia kerjekan. dah terserlah kejantanannya, asik gigit oarng, tarik rambut, hempap2 badan orang, dibuatnya along dan angah tu cam kuda tunggangan jek. hai, habil ni dah kalahkan kakak2 dia. kalau kakak2 dia tidur,siaplah, ade je agenda dia. tak larat betul tengok perangai baru dia ni. mm, tapi seronok tengok dia dah pandai solat. Kiut sangat tengok mulut dia kumat kamit baca ntah apa ntah. suka tengok dia mencebik2. pastu suka tiru apa ummi dia buat. tau jelah aku. kalau bercakap tangan semua mesti berjalan. ala2 pemidato gitu. pastu dia pandai ajuk lak tu apa yang aku buat. kalau aku jerit , dia pon jerit, ish2 budak nih.

habil habil. mentang2 le lama jadi adik. manja terlebih betul budak nih........mm, husna dah mula bertanya kenapa baby ada satu jek , nak baby lagi. amboi2 pandai plak si husna mintak2 baby. aritu saja tanye dia nak adik baper. dia siap guna jari tu kira, one two....nak adik ten!!. mak oiii. hubby aku kata: "ingat ummi tu kilang ke". sememang nya umah aku sentiasa meriah. meriah dengan nangis, gelak hilai tawa anak2. merekalah kekuatan aku. walau mengada amcam mana pon, mereka tetap anak2 aku....

Sanah hilwah Ya Habib

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 31


TerIstimewa buat suami nan tersayang....


Moga hari2 yang mendatang memberi seribu makna

Moga harapan dan cita2 dimaqbulkan Allah

Moga istiqamah dalam perjuangan

Moga terus tabah dan kuat melawan ujian Tuhan

Moga kan terus menjadi suami, kekasih dan teman

Moga mithali di hati ummi dan anak2


Sesungguhnya aku bangga menjadi suri hidupmu

wahai suami yang mulia....moga mulia di sisi YANG MAHA MULIA
Percayalah, sejak kita diijabkabul hingga saat ini, aku kan sentiasa disisimu
susah mahupun senang, biar perit, biar sakit, walau pedih, kita lalui bersama....


ummi, along, angah, adik...kami kan gagah di bawah kasih sayang mu

Thursday, April 05, 2007

best dan tidak

sebelum aku sampai ke UK aku terbayang2 betapa la best nyer tpt mat salleh nih. jeles tgk gambo kwn2 yang pernah sampai sini. Tetapi apabila sampai sini byk jugak perkara yang terfikir ada di sini. ada yang best dan ada yang tak best
1) paling best ada shopping!!! itupon kalau anda berwang, bukan beruang. hehe. tapi tpt yang sesuai pda aku ialah carboot jelah. mula2 tgk brg dia, pinor mata. books and toys murah yang amat. aku aritu beli ala2 notebook barbie, rege £2. baru dlm kotak lagi. harga sebenar di argos £15. ada satu buku tuh cantik giler, 3D lagi hanya 20p, baru lagi. harga sebenar £30. fuhhh!!! mana x giler nengok. lagila aku ada 3 anak kecik. tidak keruan rasanya melihat itu semua. rumah aku pun dah penuh ngan buku dan mainan. tu x termasuk koleksi encyclopedia yang hubby aku terajin collect. aritu beli 25 siri hanya £10. masih baru, x pakai lagi. harga sebenra dlm £100+ gitu. just name it mainan yang ku i dam tapi x mampu di mesia, fisher price, chicco, barbie, little tiker, princess....fuhh sawan aku.
kalau yang kaya raya sket, pergilah meadowhall, sebelah umah aku jek. haa situ segala mala design ada. memang heavenlah!!

2) yang x best nyer di sini service lembab. amatle lembab. aritu aku punye internet register kat 3 bulan x activate lagi. last2 kami tukar internet provider lain. fuhh aku yg x reti nak marah omputih la ni dah pandai ala2 tengking gitu kat costomer service dia. geram yg amat. baru 2 minggu kami ada internet kat umah. sabo jelah.

3) tak bestnyer social dia lah. mmm kurang sesuai sebenonya utk anak2. maklumlah kalau gi mana2, ada je yg org dok gatal kissing+ raba2, peluk2 depan org. sakit mata betul aku. di sini love and affection memang di tunjuk2. kadang tu dah dah tua2 baya2 nenek kita massih jalan pegang2 tgn. kalau kat m'sia? buaang tebiat le jawabnye di kata orang. satu lagi kat sini pompuan lagi ramai yg smoking. buruk rasanya tengok pompuan pregnant tapi tegar isap rokok. ish ish...

4) yg x best jugak, (ish nampaknya byk yg x best laks) toilet di sini amat le kureng. kadang tu aku terpaksa membeli air mineral kalau x bawak botol demi sebuah kesucian. aku pelik la depa ni kalau poo poo kesat2 gitu je. tapi bab basuh tanagn buakn main beria lagi. itulah di sini. bersih tapi tak suci. anak2 kecik pon kalau nak basuh kencing b*r*k di sini aku lap2 jelah. kat umah kang baru basuh betul.

5) yang best lak di sini., mat salleh di sini kuasa membeli tinggi , jadi byk brg2 dia let go free jek. baru ni aku dpt curtain, fridge (besar lagi) dan mlm ni aku akan amik sofa kulit . semua nya bagi gitu jek. lagi satu kete di sini murah2 giler . aku teringin gak nak balik bawak mercedez mata belalang. heheheeh. depa kat sini kete pakai buang jek. x heran sgt. kerje cleaner part time pon boleh pakai merc. kalau kat mesia, jadi proffesor baru dot beli merc itupon 2nd hand.

6) best transportation di sini. memang mesra disabled+ erderly. org tua yang dah x larat jln pon masih boleh gi shopping, turun naik tram sorang2. masing2 pakai wheel chair ala2 motor gitu. ish sebenonya aku pon teringin nak naik tu sebab lenguh kalau shopping lama2. heheeh. parking kete kalau kat mesia, tpt disable pon selamba jek parking kan tapi di sini jgn cuba2.

7) school di sini x macam mesia. sini main je lebih. x de periksa2, home work pon x de. pergi sekolah bawak lunch box jek. kat mesia dok pikul beg cam guni beras. husna really enjoying her school time. memang best mainan dia.

oklah nanti aku sambung. aku tengah tunggu sample ni. sekali run 1 jam.

Tuesday, April 03, 2007

habil o habil

habil makin 'besar' la ni. bukan sekadar size tetapi juga perangai. dia asik dok copy paste perangai angah. apa yang angah buat mesti dia nak jugak buat. Contoh, kalau babah mintak kunci kat angah dia pon nak bagi jugak jadi terpaksa la berlakon. lepas angah bagi kunci , then kunci tu bagi kat habil lak supaya dia pon boleh bagi babah jugak. oleh itu setiap kali jugala terpaksa la berlaku lakonan reverse ini. ish, tu yang jadi lambat kerje tu. angah tutup pintu dia pon nak tutup jugak, angah nak itu dia nak jugak, pening dibuatnyer.

satu lagi perangai ni baru dikesan sejak membesar nih. ketagihan dia terhadap penyusuan ibu sangat2 extreme. maklumlah sepanjang hari aku x de kat umah. kalau aku ada, asik mengekor aku jek. pastu kalau dia giat nak susu dia akan cari sendiri. kalau aku buat x tau je, dia akan masukkan kepala dia dalam baju aku. aduh, jgn le buat mende ni depan orang.kadang tu aku letih betul. satu hari lebih 10 kali nyusu, padahal dah kenyang. nak dekat setahuun setengah kan. selagi aku tak bagi dia akan menyondol2 dan campak apa yang aku pegang, then dia akan memanjat badang aku dan baring sambil mencari2 sumber susunyer. selagi kita x bagi susu selagi tulah mulut dia tidakakan senyap. pernah stau ketika aku masak dan dia naik gian nak nyusu. jadi aku terpaksa MENYUSU SAMBIL MASAK. ish, bayangkan la betapa la dia ni. aku amik kerusi dan letak 1 kaki atas tu utk pangku dia yang 'semanagt' tu. nampkanye selagi dia x de adik dia akan terus nyusu ummi dia . ialah, kalau dulu husna dan hanis usia macam ni dah ada adik tapi dia jadi adik lama laks. manja terlebih lah. aku pon memang berhasrat nak susu dia setakat 2 tahun jek, pastu aku kena cari idea nak berenti kan dia. penat wei

untung betul habil banding dengan kakak2 dia. puas dia minum susu ummi dia. memang dia sihat gebu subur betul. malah kulit dia putih bersih lagi cantik dari kakak2 dia. cuma rambut dia x panjang2. kalau aku pagi2 siapkan along dan angah nak gi school, ikat rambut depa, dia pon sibuk nak ikat rambut yang x de tuh. kadang tu aku terpaksa tipu2 sikat rambut dia. cuma satu jek dia, berat mult sket, x byk words yang kuar lagi. tapi arahan2 diterima dgn baik, dia boleh mengikut perintah. kadnag tu seronok ngarah2 dia sebab dia rajin.

mmm, terlanjur cerita pasal habil nak cerita performance english anak aku. ialah husna dah byk words dah nih. cuma slang yorkshire ni macam melayu baku. satu hari aku dengar along dan angah baca buku kat bilik mainan dia.

angah: what is this
along: this is a crocodile
angah: what is this color ( pandai plak angah ni walau terabur grammar)
dalm hati aku, wah pandai dah speaking budak 2 tuh. husna memnag cepat tangkap. hari tu dia sibuk cakap nagn habil. "habil, your name , your name" . konon nak tulis lah tu. kadang tu sibuk tanye aku.

along: what is your name.
aku: laily
along: Ok, laily, this is your card, laily

ish , budak ni panggil aku laily laks. bila dia belajar shape pandai laks dia apply tuh
~ummi, buat sadwitch potong triangle
~ ummi, rambut angah keriting, circle , circle
~ummi hidung pig tu circle

terhibut melihat gelagat mereka meneroka dunia baru mereka di sini. bahasa yang selama ini kurang aku tekankan masa di malaysia tapi mereka dah tunjuk improvement. so aku pon mula juga speaking di rumah. angah contohnya walaupon x eprnah ke sekolah dia dah pandai jugak nak lawan along dia. yang kelakar tuh husna cakpa melayu pon dah macam orang putih tergeliat lidah. ish baru 4 bulan tu. kalau 3 tahun mahu nya lagi terror dari aku sendiri. bulan 9 ni dia akn masuk school sampai kol 330 pm dan hanis lak akan masuk nursery smapai kol 11.30. tinggal la habil jek.....

Tuesday, March 27, 2007

makan makan makan

mm, sejak aku di Uk ni masuk dah 4 bulan, sukanya aku makan. asik makan aje, tapi jgn terkejut beruk, berat aku turun ~3-4 kg!!! mmm, gara2 byk jalan la kot + sibuk layan anak2. jadi kesimpulannya sapa2 yang rasa nak makan banyak tapi nak kurus, bykkanlah berjalan.

bukan itu saja aku juga kemaruk memasak. lagilah sejak beli bread maker ni. kepala ni asik dok pikir idea nak masak apa. lagilah masa beli tu dia bagi buku resepi khas utk breadmaker , punye lah canggih resepi . gerram nak cuba semua . sebab lepas masak boleh makan. ehhehe

hubby aku juga kuat makan. kadang tu aku nak tergelak, satu ketika nak tidur perut dia berbunyi. mm, boleh dengar tuh. padahal makan byk dah. tapi biasalah hubby aku, makan byk mana pon maintain jek. malah di UK ni dia lagi byk makan nasi dari di malaysia. pagi, ptg, malam. anak2 aku juga begitu. smapai aku jerit, tak kenyang2 lagi ke?? yelah kadnag tu lmas abreakfast, lepas makan roti sapu coklat, dia mintak cereal pulak, pastu nak roti canai plak, pstu nak cereal lagi. mak oii, kang meletop perut tu karang. mmm, pastu depa la ni kurang sket dah makan nasi. cheese tu ratah macam makan nasi. sabo jelah. roti tu kira boleh ganti nasi dah bagi diaorang. kalau aku, mesti nasi jugak. sebab tu aku cuba2 la buat roti sendiri . apa tak nye seminggu roti sampai 3 bungkus besar. sib baik murah jugak.

aku x suka beli makanan kat kedai. lagipun sini yang ada hanye kebab+ burger. dah le mahal + x sedap + besaq nye . aritu aku beli kebab share ngan husband, boleh makan dari lunch smapai dinner x abis2. kadang tu teringat m'sia, makan2 kat hasan cafe atau satay kajang. ish22 ishh. rindu betul ikan patin, siakap, pucuk paku, jantung pisang,

lagi satu, di sini, org melayu nye suka buat jamuan. haa masa tu lah dpt rasa nasi dagang, kerabu, dll. masa ni la aku belajar dari kakak2 di sini caner nak masak. haa, last week, a, fuad + kak zurul spend msa boring depa kat rumah aku. dah tu depa bawak pasembor!!! wah!, aku dah belajar dah, nanti aku buat. mmm, aku hidangkan depa laksa sarawak simple. 1/2 jam siap. wahh , mesti terkejut mak aku. x pernah seumur hidup masak laksa. seingat aku first n last masak laksa ialah masa aku amik kemahiran hidup tingkatan 3, belajar buat laksa. itu jelah. heheh, biasalah, kat m'sia kalau teringin melambak laksa boleh beli. kat sini, kena buat sendiri. Tu yang asik teringin memanjang. hujung minggu plan nak try buat muffin laks. harap2 jadik la.

Antara masakan yang dulu aku x reti la ni dah boleh buat: nasi beriani (sempoi, campak rempah je) , pizza (from A-Z buat sendiri) , potato baked (kdanga lapis daging, lapis sardin), nasi daging, nasi minyak, kebab ( balik mesia jual pasar mlm ni). kadang tu aku sempat lagi buat che' mek molek dalam sibuk2 tuh.

antara resepi yang aku belum cuba lagi dan akan dibuat dalam masa terdekat nih: tiramisu (resepi kak kina), pasemboq ( resepi kak zurul), kuah rojak buah (resepi kak wan), nak gak cuba buat apam balik (resepi yus, hhehe x cuba lagi nih), nak buat beberapa kek lagi resepi kiriman mak.

Untuk pengetahuan semua mak aku adalah penjual kek di kampung. aku adalah bagi duit sikit suruh belajar buat kek, gi class. dia kira dah expert la ni. So, kat kg tu kalau b'day, tunnag+ kahwin, tempah kat mak aku la. dia juga jual pelbagai jenis roti + muffin. tapi masa kat mesia aku MALAS sanagt nak belajar dari dia. aku cuma tolong kacau2, lenyek2 roti, tolong tulis ats kek ( kalau tylisan omputih dia x reti tulis, cam eja cogratulation ke, wedding ke ,) tolong sapu creame atas kek. kadang tu mak aku ajar gak , tapi aku x sungguh2. haaa, bila dah sampai sini, nyesal x sudah. napa la x belajar dulu. then baru mintak mak pos resepi. ehheheeheh

harap2 aku akan enjoy memasak untuk melupakan kerinduan aku pada MALAYSIA....

Thursday, March 08, 2007

rutin

ahhh, aku tak suka rutin sebenarnya, buat mende yg sama everyday. masa aku di kampus dulu, masa undergrad hidup aku sgt busy, masa final year lagile. meeting sana sini. kira ala2 mat rempit aku ni dulu. uda awak mesti ingat kisah2 kita dulu. dengan motor kapcai yamaha 80 aku redah KL ke seri rampai utk meeting pkpim. balik umah kol 1 pagi. mandi, solat, baca quran sket dan aku start buat kerje aku. ahh, siapkan tesis. ramai yang tanye resepi aku belajar, masih boleh dpt 4.0. Pada aku, ilmu itu cahaya, dia tidak akan menerangi hati2 yang kotor. Jadi nak study tu setelkan dulu solat, quran, dan jgn lupa baca DOA sebelum belajar . bagi lari setan2 yang nak bergayut tuh. heheheh, inilah sellau aku cakap kat student aku. tapi kat Uk ni lagi byk syaitanla, ehehehhehehe

buat PhD ni bukan setakat belajar, dpt ilmu+findings, tapi aku belajar tentang kehidupan, manusia, kawan, berguru, dan macam2...entahlah, orang kata ilmu ni makin dikaji/baca ,makin byk yang x tau. itulah yg aku hadapi. awatla aku study x paham2???? geram kadang tu. makin baca makin poning. agaknya memang hati aku ni kena masuk workshop kasi cuci sket. heheheeh. ke aku ada dosa nagn sapa2? ni kena muhasabah ni, tazkiyyah diri

Di Uk ni, rutin aku, bangun pagi, siapkan anak2, bagi depa breakfast, usung mereka ber3 kesekolah. tadi ada abang tu tegur. "Sian abaang rizal tgk laily. bawak anak ramai2 ke school. mintak la zah hantarkan". alamak, sediahla plak . bukan apa x nak susahkan org . balik jam dah 9.15. sesi baca buku sementara tunggu hubby balik kerje. bukan baca buku aku, buku utk hanis angn habil la. letih kadang tu asik citer animals kat jungle. buku tu jek. sementara tu siapkan makan utk hubby. lauk dah masak malam tadi. 9.40 hubby balik. aku kuar laks. sampai lab kul 1015am gitu. gedebuk gedebak, 5.00 mula nak balik. sampai umah, x sempat mende2, tanggal tudung pun x sempat, dah kena serbu dek habil. apa lagi, nak susu lah. kena bagi dulu kalau tidak x larat dengo dia nangis. dia dah rindu susu ummi dia. aku la ni x larat dah perah. semenatra aku x de, no susu, makan le apa2. lagipon dia dah 16 bulan. dah makan macam2. tu yang macam hysteria tgk umi dia balik tuh.kul 6 , budak2 mengaji samapi, riuh rendah umah aku. depa ni beza sungguh dengan masa kita belajo ngaji dolu2. selagi blom turn depa nagji nagn hubby depa akan main, lompat2, nyorok2, baling2. Ya Allah, pening aku. hubby aku cakap jgn bising, adalah 1 minit, kang bising lagi. x tau dah nak buat apa. kalau riuh ngaji tu x pe jugak. kol 7 depa semua balik. yelah depa dah 7 org anak aku 3, jadi 10 org budak kecik!!! mana x nyer. pastu aku prepare dinner anak2, aku prefer amik nasik, suap sekali utk 3 org. selesai , siapkan makana untuk esok plak, kol 10, tidoq!!! x larat nak study lagi dah. kalau masa bujang dulu, kol 10 ni masaih muda. esok rutin yang sama akan berulang,,,,,,,

mlm tadi esi angah berbual nagn babah dia. sebenonya angah ni lagi peramah dari along. korang mesti seronok borak ngan dia, sebab dia sellau memulakan dialog.
suami aku tgh termenung
angah: Babah, babah buat apa tuh?
babah: tengah fikir masa depan
angah : tgh kat depan, ni dapur pergilah kat depan
babah: ^&)(_)

Babah: kita kena berjimat cermat
angah : naper?
babah: kita nak simpan duit?
anagh: jadi x leh gi kedai iqbal lagi? (kedai ni depan umah, boleh tengok dari tingkap jek), jadi, kena makan nasi jek, roti jek,
baha: babah nak beli kete la
angah: kete TETEDEZ?
babah: haaa, mercedez

angah ni suka dipuji. kalau kena puji memanjang senyumnyer. haa satu lagi, dialog
angah: ummi, angah nak masuk jannah (aku sellau kata , kalau good girl boleh masuk jannah)
ummi: haa, kalau dengar cakap ummi, nanti Allah sa?
angah: yang
ummi: allah sayang baru boleh masuk jannah
angah: uncle goreng masuk jannah tak? (panggilan untuk A. hazri yang sellau nyakat nak goreng dia kalau nangis)
ummi: kalau dia dengo cakap ummi dia , dia masuk jannah la
pastu mula la dia start sebut nama uncle dan abang2 yangdia kenal sleuruh UK. aku x larat nak jawab dah
uncle rizal\/ masuk jannah tak? uncle poad? abang lokman? kak aisyah? abang hadi?abang ryan? ^(*)*_(+_

angah, angah, bulan 8 ni dia akan masuk school. dia tu kepingin sekali pegi school. kadang tu bil apergi hantar along, dia akan tunjuk, ummi itu kawan angah. hehe enath bile le jadi kwn dia. pastu sellau dok citer, ummi cikgu angah ajar nyayi nih...itu ini. sianya, anagh . begitu berangan nak gi school/ lastly kat sini ada sekolah melayu. umur paling awal 4y. dia umur nak masuk 3y. tapi hubby aku daftar jugak. asalkan dia boleh citer nanti kat umah yang dia ada kawan dan cikgu. sebenonya hubby aku pon ngajar juga kat sekolah melayu, ajar faudhu ain. dptlah £6/hour. 5-7 pm hari ahad. jadi bila babah dia pon nagjar tpt sama, dia pon ngekor babah. kejap2 masuk class babah dia. x perla, asal dia happy sudah. Aku notice yang dia ni sangat cintakan buku. sebelum tidur mesti sibuk baca buku sampai mata aku dah terpejam dia masih lagi bertanye, ummi ni elephant kan? ummi, ni apa giraffe ke? aduhhh, udah le tu ngah, ummi nak tidur nih......

Tuesday, February 27, 2007

sesaja

dapat ni dari email , membuat saya tersenyum..

WIFE VS. HUSBAND
A couple drove down a country road for several miles, not saying a word. An earlier discussion had led to an argument and neither of them wanted to concede their position. As they passed a barnyard of mules, goats, and pigs, the husband asked sarcastically, "Relatives of yours?"

"Yep," the wife replied... "in-laws."

WORDS
A husband read an article to his wife about how many words women use a day... 30,000 to a man's 15,000! The wife replied, "The reason has to be because we have to repeat everything to men...
The husband then turned to his wife and asked, "What?"

CREATION
A man said to his wife one day, "I don't know how you can be so stupid and so beautiful all at the same time."

The wife responded, "Allow me to explain.
God made me beautiful so you would be attracted to me;
God made me stupid so I would be attracted to you!"

WHO DOES WHAT
A man and his wife were having an argument about who should brew the coffee each morning. The wife said, "You should do it, because you get up first, and then we don't have to wait as long to get our coffee." The husband said, "You are in charge of cooking around here and you should do it, because that is your job, and I can just wait for my coffee."
Wife replies, "No, you should do it, and besides, it is in the Bible that the man should do the coffee." Husband replies, "I can't believe that, show me."

So she fetched the Bible, and opened the New Testament and showed him at the top of several pages, that it indeed says..............................."HEBREWS"! (she's good!)

The Silent Treatment
A man and his wife were having some problems at home and were giving each other the silent treatment. Suddenly, the man realized that the next day, he would need his wife to wake him at 5:00 AM for an early morning business flight. Not wanting to be the first to break the silence (and LOSE), he wrote on a piece of paper, "Please wake me at 5:00 AM." He left it where he knew she would find it.
The next morning, the man woke up, only to discover it was 9:00 AM and he had missed his flight. Furious, he was about to go and see why his wife hadn't wakened him, when he noticed a piece of paper by the bed.
The paper said, "It is 5:00 AM, Wake up!"

Finally
God may have created man before woman, but there is always a rough draft before the masterpiece!

Monday, February 26, 2007

as time goes by

sedar x sedar dah hampir 3 minggu husband bekerje sebagai floor engineer. Aku pulak sudah biasa menghandle anak nan 3 itu di waktu pagi. masa mula2 aku nak kuar umah. kul 715 pagi anak2 aku dah siap berpakaian. padahal nak kuar umah kul 8.45. bukanapa, tau jelah. Semua budak2 tu aku kena siapkan pakai baju, seluar, termasuk husna. kang kita dah pakaikan baju ni, nak pakai baju tu plak. sabo jelah. budak2 tu. kang nak bagi makan lagi. itu ini, gedebuk gedebuk dah kol8.30. kang nak kuar satu hal. pakai jaket lagi, socks, glove. dah pakaikan glove habil, pakaikan hanis plak, , pastu tengok habil dah tanggalkan glove la plak. nak pakaikan balik. kadang tu aku terpaksa pakaikan sampai 3-4 kali. ragam di waktu pagi, gitulah. kejap nak roti sapu coklat, kang kejap nak lain plak. tapi lama2 aku dah cekap mengendalikan budak2 tu semua. Alhamdulillah... Sekurang2nye hubby balik kerje kul 9.40 sampai umah, makanan dah siap. Sebab biasanya aku masak lauk waktu malam, pagi x sempat wei. kadang malam aku perap ayam, pagi masuk oven, tinggal je, aku balik hantar husna, dah siap. So, la ni life makin mudah. Aku pon la ni tinggalkan budak2 tu luar pintu dan masuk nursery husna kerana pintu tu transparent so, sambil2 buka jacket husna, boleh nampak budak2 tu. Sib baik sebelah pintu jek . Tapi husna ni berdikari, dia nak buat semua sendiri. Yelah tapi sedih jugak tgk mak bapak org lain dok manja2kan anak.

SEnyum pagi: Hari tu hubby balik kerje, dia bercerita
hubby: ada senyum pagi ni, tapi janagn gelak tau
aku: la citerle dulu,
hubby: peristiwa ni berlaku di kedai bash (depan umah)
aku: ok, pastu
hubby: ada la sorang ni, pagi2 lagi dah ke kedai
aku: eh, abang ke? (sebab dia la yang pagi2 ke kedai)
hubby: jgn gelak tau
aku: ish, x citer abis lagi
hubby: Budak tu pon cakap, give me kitchen 1 kg
aku: kah kahakaha , la abnag la tuh...(ebab aku suruh dia tadi beli ayam, masa ni ketawa aku dah pecah satu umah)
hubby: tulah, si barsh tu pon muka confius, kitchen 1 kg, cepat2 la abang cakap eh!, chicken 1 kg. sorry, I'm so tired.
aku: heheeh, yelah hubby baru balik keje masa tuh
la ni aku selalu usik dia kalau cakap chicken, hehhehe

Satu petang ahad
Aku; husna, jgn tengok dekat2, nanti sakit mata, kang kena pakai cermin mata plak
husna: ummi belikan cermin mata along
aku: kecik2 tak elok pakai cermin mata
husna: abih tu babah je yang boleh tengok Tv dekat2
aku: napa plak:
husna: babah kan pakai cermin mata
aku: babah pakai cermin mata sebab rajin study dulu, hhehe (dalam hati, sabo jeah anak aku nih)

Satu malam, aku bercerita apsal buku animals kat husna dan hanis
Aku; kita tak boleh makan pig, pegang pon x boleh, dog pon x boelh
along: cow?
aku :boleh
along: sheep?
aku: boleh
along: chicken?
aku: boleh
along: parrot?
aku: mmm, ummi x sure, nanti ummi tanye babah
along: telinga cow?
aku: mm, boleh
along: taik mata pig?
aku, ish budak ni, semua badan pig x boleh makan...ke situ lak pergi dia

Gitulah anak2 aku. gelagat mereka mencuit hati walaupun kadang2 perangai merekan buat aku gerrrrrraaaam. Tapi merekan penguat semanagt aku untuk terus KUAT di bumi UK nan sojukkkk ini...