sedar x sedar dah hampir 3 minggu husband bekerje sebagai floor engineer. Aku pulak sudah biasa menghandle anak nan 3 itu di waktu pagi. masa mula2 aku nak kuar umah. kul 715 pagi anak2 aku dah siap berpakaian. padahal nak kuar umah kul 8.45. bukanapa, tau jelah. Semua budak2 tu aku kena siapkan pakai baju, seluar, termasuk husna. kang kita dah pakaikan baju ni, nak pakai baju tu plak. sabo jelah. budak2 tu. kang nak bagi makan lagi. itu ini, gedebuk gedebuk dah kol8.30. kang nak kuar satu hal. pakai jaket lagi, socks, glove. dah pakaikan glove habil, pakaikan hanis plak, , pastu tengok habil dah tanggalkan glove la plak. nak pakaikan balik. kadang tu aku terpaksa pakaikan sampai 3-4 kali. ragam di waktu pagi, gitulah. kejap nak roti sapu coklat, kang kejap nak lain plak. tapi lama2 aku dah cekap mengendalikan budak2 tu semua. Alhamdulillah... Sekurang2nye hubby balik kerje kul 9.40 sampai umah, makanan dah siap. Sebab biasanya aku masak lauk waktu malam, pagi x sempat wei. kadang malam aku perap ayam, pagi masuk oven, tinggal je, aku balik hantar husna, dah siap. So, la ni life makin mudah. Aku pon la ni tinggalkan budak2 tu luar pintu dan masuk nursery husna kerana pintu tu transparent so, sambil2 buka jacket husna, boleh nampak budak2 tu. Sib baik sebelah pintu jek . Tapi husna ni berdikari, dia nak buat semua sendiri. Yelah tapi sedih jugak tgk mak bapak org lain dok manja2kan anak.
SEnyum pagi: Hari tu hubby balik kerje, dia bercerita
hubby: ada senyum pagi ni, tapi janagn gelak tau
aku: la citerle dulu,
hubby: peristiwa ni berlaku di kedai bash (depan umah)
aku: ok, pastu
hubby: ada la sorang ni, pagi2 lagi dah ke kedai
aku: eh, abang ke? (sebab dia la yang pagi2 ke kedai)
hubby: jgn gelak tau
aku: ish, x citer abis lagi
hubby: Budak tu pon cakap, give me kitchen 1 kg
aku: kah kahakaha , la abnag la tuh...(ebab aku suruh dia tadi beli ayam, masa ni ketawa aku dah pecah satu umah)
hubby: tulah, si barsh tu pon muka confius, kitchen 1 kg, cepat2 la abang cakap eh!, chicken 1 kg. sorry, I'm so tired.
aku: heheeh, yelah hubby baru balik keje masa tuh
la ni aku selalu usik dia kalau cakap chicken, hehhehe
Satu petang ahad
Aku; husna, jgn tengok dekat2, nanti sakit mata, kang kena pakai cermin mata plak
husna: ummi belikan cermin mata along
aku: kecik2 tak elok pakai cermin mata
husna: abih tu babah je yang boleh tengok Tv dekat2
aku: napa plak:
husna: babah kan pakai cermin mata
aku: babah pakai cermin mata sebab rajin study dulu, hhehe (dalam hati, sabo jeah anak aku nih)
Satu malam, aku bercerita apsal buku animals kat husna dan hanis
Aku; kita tak boleh makan pig, pegang pon x boleh, dog pon x boelh
along: cow?
aku :boleh
along: sheep?
aku: boleh
along: chicken?
aku: boleh
along: parrot?
aku: mmm, ummi x sure, nanti ummi tanye babah
along: telinga cow?
aku: mm, boleh
along: taik mata pig?
aku, ish budak ni, semua badan pig x boleh makan...ke situ lak pergi dia
Gitulah anak2 aku. gelagat mereka mencuit hati walaupun kadang2 perangai merekan buat aku gerrrrrraaaam. Tapi merekan penguat semanagt aku untuk terus KUAT di bumi UK nan sojukkkk ini...
Monday, February 26, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment