Friday, May 25, 2007

keluarga, kerjaya dan jamaah....

Fuhh, over rajin nampka update bloq, hang x de keje ke? kata busy?? heeh tula, lepas antar assignemt kurang le busy sket, pastu lak patutnya ada meeting. haritu supervisor call dok taney tarikh miting. aku kata result x siap lagi. memang la. punye la byk dia suruh buat. x logik la nak siap 2 minggu. dia kata kalau dah siap bagiatu tehn boleh buat miting. hureeeee, x dela aku nak rush sgt, tapi keje masih buat jugak. masih lambat balik gak. takut by the time dia mintak harap2 siap lah...dia suruh ukur thickness sample, i hate this job, please... asik broken je smaple. tau jelah sample PMs(permannet magnets)nikan very brittle. aku cam surrender nakbuat. thickness dah la senipis kulit bawang. pastu dia suruh aku seal + anneal sample. aku x reti jadi kena mimtak senior ajar. susah tu, nakkena pakai api2 lak nak seal dlm glass. ish, complicated lak tu. lab coat jgn citer la, cam belacan. bidang aku ni x leh pakai lawa2, kang kena manjat, gergaji sample, mcm kerje kilang besi laks. dia plak busy kena ikut time dia (senior tu la) la. lepas anneal dia suruh measure balik hysteresis. tu satu hal lagi. nak mesure hysteresis tu berchenta rasa. perlu spend time sebulan tu. pastu ada series Ta (tantalum) , 21 sample utk buat hysteris lagi. wei, bior benar ni. confirm x siap walau dia bagi sebulan, walau aku stay kul 10 malam hari2 pon belum tentu siap. camner ni....aku kena be be honest la nagn supervisor aku. boelh buat meeting tapi result yang mana ada dulu la. ni aku rasa macam dah nak final year plak. writting + lab. rasanya dah boleh produce 1 paper nih....chewah, ye le tuh, harap2 dengan cara ni dapat le aku siap cepat. nakbalik mesia...rindu satay samuri, ikan patin, roti bom hasan cafe, cendul klang........bila bunyi tepon kat lab rasa seriau, takut dia yang call...aku tgk budak fisrt year lain cam relax jek, aku la terkejar2 buat kerje...tak pe tak pe....nanti aku final year, relax sket kot..harap2 le...

eh, ni dah jauh dari topik ni....pasal tajuk entry kali ni. aku pernah buat usrah gabuangn tajuk ni masa aku jadi ketua helwa serdang. sepaker nya adalah kak Nor atau Prof. madya Dr. nor zuraida.) seoarang akat psikitrist dari PPUM yang juga exco abim selangor. ramai orang boleh berkeluarga dan berkerjaya tapi blom tentu boleh berjamaah. kenapa perlu berjamaah????? haa itu kena buat entry khas tu..

Di UK ni, alhamdulillah, dengan mengususng anak 3 org tu kami sempat berusrah dan program di stanford, nottingham, hull, coventry. Deangan wadah yang sama, MISG ABIM UK Eire (click sini tgk web site) .Di malaysia juga kami sekeluarga juga terlibat dengan abim selangor (click web abim) . jadi sebagai penerusan kami di sini pon terlibat dlm usaha2 dakwah to li'la' kalimatillah

Bukan mudah sebenarnya, kena iltizam dan mujahadah bila kita dah menggabungkan diri kita dalam jamaah. BUku maza ya'ni liintimail islam (apa ertinya saya memeluk islam) karya ustaz fathi yakan adalah buku yang terbaik setakat bagi yang nak tau kenapa perlu jamaah. buku ini aku baca sejak sekolah lagi dan dijadikan bahan usrah. hingga aku beranak pinak aku masih lagi membaca buku itu entah kali keberapa. sungguh tajam pemikiran ilmu ustaz fathi yang berasal dari syiria , antara orang kuat ikhwanul muslimin.

Berbalik kepada tajuk. Dulu masa aku blom kawin aku cukup takut kalau aku futur. Futur punye makna yang luas.jangan salah faham bukan kufur, itu makna lain dah. bukan sekadar berhenti dari jln dakwah tetapi kalau dah rasa malas2 nak pergi usrah pun dah boleh masuk kategori futur. kena muahasabh sebab aku selalu rasa cam nak futur jek. ialah, bila dah beranak pinak, komitmen dah terbagi2. susah betul, berat je rasa nak gi usrah tuh...Alhamdulillah, dengan izin Allah aku bertemu jodoh dengan orang yang mempunyai inspirasi dan aspirasi yang sama dengan aku. punya wahdatul fikr dan wahdatul a'mal. mudah sikit tugas aku. Jodoh kami betul2 magic and fantastic. tanpa perlu bercinta lama2, dan tanpa perlu gossip2. tup2 kawan dengo citer kami bertunang dan kemudian kawin.

Mmepunyai husband yang memahami sangat penting. tak kira dia terlibat jamaah atau tidak. sebagai isteri, kita kena faham , lelaki tetap lelaki. walau dia atau kita aktif jamaah pon, dia masih nak kita layan dia jugak, nak makanan kita masakkan. aku punye maid sewaktu lahir hanis. tetapi bab makan aku akan sediakan sendiri. aku akan masak sebab hubby aku lebih suka begitu. Time managemnet sanagt penting. sebab kita membuat extra duty. may be orang lain bersukaria pergi shopping, tgk wayang, santai2 an hujung minggu. tapi kami sekeluarga berperang minda dan ilmu di tamrin atau usrah. kadang kal letih juga tetapi lebih baik letih berilmu dari letih duduk umah tgk tv yang x abis2 cerita. tapi bukan bermakna kami x jalan2 atau shopping tau rehlah. KAmi buat itu smua bila x de program. jadi kena la pandai. sebab itu aku suka bawak anak2 ikut seklai berprogram. aku nak dedahkan mereka , ini lah kawan2 ummi dan babah, inilah 'kerja' ummi dan babah yang akan disambung oleh kamu2 semua. memdidik anak2 x semestinya di rumah dan berkepit dengan mereka saje. Husna seawal 2 bulan setengah telah ku bawak ke tamrin Qiadi di morib. may be ada orang kata boleh ke focus bertamrin dengan bawak anak tu. jawabnye Boleh!!! just kadang2 dia nagis2 sikit tu biasalah. kena bijak la. alah bisa tegal biasa. InsyaAllah, ramai adik2 brotehrs dan sisters yang tolong jagakan. tu yang seronok tu. ukhuwwah terjalin erat disitu. ehhh jap nak gi tgk sample, sat gi sambung...

ok, sambung balik, tgh run sample tungge le lagi 1 jam. ada plak sorang lecturer dari china ni jenguk2 apa aku buat ni. dia mintak plak alamat url blog+ fotopage aku nak tgk2. ehheheh dia buat reseacrh attchment kat sini. very friendly orang nyer....

sambung citer. teringat masa tamrin tu. selalunya jadual waktu tamrin dan content sgt padat. tapi kali ni tetiba depa buat malam persembahan gitu. jadi ada 2 group minta izin utk guna husna sebagai pelakon dlm drama diaorang. hehehe sronok tgk hunsa 2 1/2 bulan di kendong utk berlakon smaa. menang plak tuh..

Teringat gak baiknya husna, kalau aku kena bagi cerama, masa dia baby, baring je dlm bakul. kalau adik2 ppkpim ajak aku bagi pengisian syaratnye tolong jaga anak aku sekali. depa ok jek. bila meeting yang serius cam syura ke, adik pkpim nilah tolong jaga, bawak si husna merata alam. maklumlah masa tu x de maid. jadi x boleh tinggal. kena usung. x de pilihan. Husna memnag membesar dengan dlm usrah. bila buat halaqah usrah, dia kan duduk tgh2 dan main ikut suka dia , x kacau orang. senang betul bawak dia. agaknya dia paham...

Hanis plak, seawal 40 hari sudah di bawa ke induksi exco, tapi kali ni aku dah ada maid. bawak sekali dia lah. habil plak, aku x iangta tapi awal juga aku dah bawak dia gi usrah. Cuma nye bila anak dah 3 aku terpaka buat giliran. tapi susah jugak, ada yg jeles. tengok program la. kadang tu aku angkut jelah semua. habis citer....anak2 aku kadang2 ok , kadang2 x ok masa program. ikut mood la. kena byk sabar tapi laam2 depa dah biasa. macam kami di UK ni, depa ni memnag suka nagn abg (budak undergrad) yang rajin melayan depa waktu program. itu yang anak2 aku n i mesra rakyat. dengan sapa pon x kisah.

Entry sekadar bagi motivasi utk diri sendiri jek. aku paham ada keterbatasan masing2. cumanya KALAU TAK BOLEH BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA. buat mana yang mampu. cuma janagn terlalu creat pelbagai alasan untuk tidak terlibat sebab bila dah selalu beralasan, makinlama Allah bagi jauh dan jauh....bukan menuding jari pada sesapa, cumanya muhasabah diri aku jugak yang ngelat jugak. hehehehehe kalau ada azam, InsyaAllah, sebenarnya x seteruk mana2, dan tak sesusah mana. Percayalah, Hidup berjamaah ini penuh keberkatan. ikut kapasiti masing2. x perlu semua nak jadi ketua, kang sapa lak nak jadi follower. dan jgn la asik nak jadi follower je sepanjang zaman, kena lah juga cuba jadi leader. Cumanya bila kita pegang amanah , tanggungjawab lebih besar. bila tanggungjawab lebih besar, kita akan jadi lebih matang untuk uruskan diri dan keluarga. Ujian hebat akan datang. itu pasti. cumanya sejauh mana kita nak tangani...itu perlu mujahadah...

Aku bukan la syadid seperti orang lain, cumanya aku cuba untuk jadi yang terbaik seboleh mungkin. aku kagum kakak2 dan abang2 yang terus istiqamah walaupun dihujung usia, walau pelbagai mehnah melanda, tribulasi danmacam2. aku ni adeh, apa la sangat. kagum pada usaha dakwah Dr Mohd Manuty (ex lect uia), ustaz halim muhammady (lect UKM) cikgu sidek (lect uia), ustaz sidek fadhil (lect ukm), ustaz ni;mat (al marhum), ustaz fadhil nor (almarhum, pemangku presiden abim sewaktu anwar di penjara) dan ramai sangat lagi termasuk helwa, kak no sendiri, walau doktor yang kenkadang on call, jarang miss usrah, kak adib ( anak 6 ) masih setia,kak mas (lect upsi lani) dok susung anak jugak,, dll....rindu mendengan butiran ilmu dari mulut kalian!!!!!!!!!

amboi , panjang bebenor, minggu ni jelah next week aku akan busy, jadi ni pulun abis2 memblog...kalau rasa nak baca , bacalah...blog ni byknye guna sebagai tpt utk aku ngomel jek...

ahad ni aku umur 29 tahun....takutnya nak cecah nombor 3 tuh...Doakan terus kuat dan tabah....

No comments: