Tuesday, April 17, 2007

freecycle

saja buat entry khas ttg freecycle ni. aku tau ni pon dari kakak notts ni . byk yang telah aku dapat. Brg pertama ialah curtain. ok gak. lepas tu aku dpt fridge , besar gak, pastu aku dpt leather sofa (chesterfield punyer tuh) , coming ni aku akan amik rak, and curtain lagi. sebeno aku dpt byk lai barag tapi ada yg aku cancel sebab hubby malas gi amik + agak jauh, ada yang aku x follow up pon bila dpt sebab sian kat hubby asik dok gi umah orang jek kutip barang. Fuhh!! kira sapa2 yang nak brg2 murah x yah beli dptkan di sini freecycle.org.

Rumah aku ni dah nak penuh. So kami berura2 ingin pindah sebab memnag rumah tu kecik bebeno. ada satu umah tu memnag cantek tapi £450, kami minta tawar £400 x tau dpt ke idak. rasanya kalau dpt kami pindah kot. x larat umah ni sebab kadang tu nak jalan pon susah. dahlah umah aku jadi tumpuan budak dan dewasa mengaji. rasanya perlu umah besar sket. tapi kena sabarlah untuk dpt umah besar + murah. la ni smeua mahal. nyampah aku. umah sekarang £330. memnag le murah. mana nak cari umah harga gitu lagi.

aku ngantuk sungguh hari ni. minmggu lepas aku demam yang amat. dari ahad 8 hb sampai le semalam 16 april aku demam hingga hampir terlupa birtday hubby 16 april . teruk betul demam kali ni, gigil2. suhu lak kejap2 38, pastu 39. Ya Allah sampai rasa cam nak mati pon ade. x leh tidur , nak nafas pon x boleh. bila tidur mulalah berbunyi2. aku memnag x tidur dengkur OK tapi disebab demam hidung sumbat, dah le berbunyi. hubby aku kata macam serigala jadian. sabo jelah. dah seminggu aku melepek kat umah. alhamdulillah, ramai yang memberi bantuan, abang rizal siap belikan madu, ab. halim siap hantar asam jawa. kak laila bagi ubat mesia yang power itu. Alhamdulillah, berkat doa semua akhirnya sihatlah aku. aku mula demam sejak program PRI aritu kat HUll. sampai kak zurul tgk aku pon takut macam minah gian ganja.

masa pergi HUll jejak kasih jumpa KAk Roza. x classmate aku dulu. dia tutor UM buat PhD kat Hull. Bulan depan ni dia bersalin lah. Moga dia tabah hidup tanpa suami di sisi. suami dia keje kat dubai. tak pe lah kak, susah dulu sonang kemudian kan...

Kami dah ada calon untuk helper. 2 calon, tapi kami masih dlm taruma lagi. Doakan moga semua OK. may be bulan 7 ni kot, entahlah. kadang2 aku rasa x de maid pon x per, rasa boleh dah manage, tapi kadang tu rasa aku memang sangat2 perlu. apatah lagi bila aku sakit. RUmah macam tongkang pecah. anak2 aku la ni nagda semacam. x larat nak layan. Habil tu la ni Ya Allah asik nak nyakat orang jek. jenuh la melalak je si along dan angah dia kerjekan. dah terserlah kejantanannya, asik gigit oarng, tarik rambut, hempap2 badan orang, dibuatnya along dan angah tu cam kuda tunggangan jek. hai, habil ni dah kalahkan kakak2 dia. kalau kakak2 dia tidur,siaplah, ade je agenda dia. tak larat betul tengok perangai baru dia ni. mm, tapi seronok tengok dia dah pandai solat. Kiut sangat tengok mulut dia kumat kamit baca ntah apa ntah. suka tengok dia mencebik2. pastu suka tiru apa ummi dia buat. tau jelah aku. kalau bercakap tangan semua mesti berjalan. ala2 pemidato gitu. pastu dia pandai ajuk lak tu apa yang aku buat. kalau aku jerit , dia pon jerit, ish2 budak nih.

habil habil. mentang2 le lama jadi adik. manja terlebih betul budak nih........mm, husna dah mula bertanya kenapa baby ada satu jek , nak baby lagi. amboi2 pandai plak si husna mintak2 baby. aritu saja tanye dia nak adik baper. dia siap guna jari tu kira, one two....nak adik ten!!. mak oiii. hubby aku kata: "ingat ummi tu kilang ke". sememang nya umah aku sentiasa meriah. meriah dengan nangis, gelak hilai tawa anak2. merekalah kekuatan aku. walau mengada amcam mana pon, mereka tetap anak2 aku....

3 comments:

Ephilei said...

GigoIt.com is a improvement over Freecycle where free items are listed. It has a lot of advantages over Freecycle like pictures and search and it's easier for beginners to pick up.There are lots of advanced features too, like RSS, a Google Earth layer, and gmail-style conversation views. I hope you check it out.

mummy said...

mak aiii..tu br 4 bln tu duduk uk. ni nak bwk blk mesia ke brg recycle ni? kecik ke rumah tu? lom tgk rumah kitorg lagik..heheh...

mummy said...

opps, laily, mummmy tu kak lin tau..hehe...