habil makin 'besar' la ni. bukan sekadar size tetapi juga perangai. dia asik dok copy paste perangai angah. apa yang angah buat mesti dia nak jugak buat. Contoh, kalau babah mintak kunci kat angah dia pon nak bagi jugak jadi terpaksa la berlakon. lepas angah bagi kunci , then kunci tu bagi kat habil lak supaya dia pon boleh bagi babah jugak. oleh itu setiap kali jugala terpaksa la berlaku lakonan reverse ini. ish, tu yang jadi lambat kerje tu. angah tutup pintu dia pon nak tutup jugak, angah nak itu dia nak jugak, pening dibuatnyer.
satu lagi perangai ni baru dikesan sejak membesar nih. ketagihan dia terhadap penyusuan ibu sangat2 extreme. maklumlah sepanjang hari aku x de kat umah. kalau aku ada, asik mengekor aku jek. pastu kalau dia giat nak susu dia akan cari sendiri. kalau aku buat x tau je, dia akan masukkan kepala dia dalam baju aku. aduh, jgn le buat mende ni depan orang.kadang tu aku letih betul. satu hari lebih 10 kali nyusu, padahal dah kenyang. nak dekat setahuun setengah kan. selagi aku tak bagi dia akan menyondol2 dan campak apa yang aku pegang, then dia akan memanjat badang aku dan baring sambil mencari2 sumber susunyer. selagi kita x bagi susu selagi tulah mulut dia tidakakan senyap. pernah stau ketika aku masak dan dia naik gian nak nyusu. jadi aku terpaksa MENYUSU SAMBIL MASAK. ish, bayangkan la betapa la dia ni. aku amik kerusi dan letak 1 kaki atas tu utk pangku dia yang 'semanagt' tu. nampkanye selagi dia x de adik dia akan terus nyusu ummi dia . ialah, kalau dulu husna dan hanis usia macam ni dah ada adik tapi dia jadi adik lama laks. manja terlebih lah. aku pon memang berhasrat nak susu dia setakat 2 tahun jek, pastu aku kena cari idea nak berenti kan dia. penat wei
untung betul habil banding dengan kakak2 dia. puas dia minum susu ummi dia. memang dia sihat gebu subur betul. malah kulit dia putih bersih lagi cantik dari kakak2 dia. cuma rambut dia x panjang2. kalau aku pagi2 siapkan along dan angah nak gi school, ikat rambut depa, dia pon sibuk nak ikat rambut yang x de tuh. kadang tu aku terpaksa tipu2 sikat rambut dia. cuma satu jek dia, berat mult sket, x byk words yang kuar lagi. tapi arahan2 diterima dgn baik, dia boleh mengikut perintah. kadnag tu seronok ngarah2 dia sebab dia rajin.
mmm, terlanjur cerita pasal habil nak cerita performance english anak aku. ialah husna dah byk words dah nih. cuma slang yorkshire ni macam melayu baku. satu hari aku dengar along dan angah baca buku kat bilik mainan dia.
angah: what is this
along: this is a crocodile
angah: what is this color ( pandai plak angah ni walau terabur grammar)
dalm hati aku, wah pandai dah speaking budak 2 tuh. husna memnag cepat tangkap. hari tu dia sibuk cakap nagn habil. "habil, your name , your name" . konon nak tulis lah tu. kadang tu sibuk tanye aku.
along: what is your name.
aku: laily
along: Ok, laily, this is your card, laily
ish , budak ni panggil aku laily laks. bila dia belajar shape pandai laks dia apply tuh
~ummi, buat sadwitch potong triangle
~ ummi, rambut angah keriting, circle , circle
~ummi hidung pig tu circle
terhibut melihat gelagat mereka meneroka dunia baru mereka di sini. bahasa yang selama ini kurang aku tekankan masa di malaysia tapi mereka dah tunjuk improvement. so aku pon mula juga speaking di rumah. angah contohnya walaupon x eprnah ke sekolah dia dah pandai jugak nak lawan along dia. yang kelakar tuh husna cakpa melayu pon dah macam orang putih tergeliat lidah. ish baru 4 bulan tu. kalau 3 tahun mahu nya lagi terror dari aku sendiri. bulan 9 ni dia akn masuk school sampai kol 330 pm dan hanis lak akan masuk nursery smapai kol 11.30. tinggal la habil jek.....
Tuesday, April 03, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hihi..Aqil pun cakap melayu mcm tergeliat lidah. Nak sebut bangun jadi mangun. Dah berapa kali ajar pun sama, dan juga beberapa perkataan lain. Balik Malaysia nanti mesti anak2 laily fasih berbahasa inggeris, sbb sempat bersekolah lama di sini..
Post a Comment