Tuesday, April 24, 2007

mengaji

mmm,alhamdulillah sejak kedatangan kami ke bumi sheffield, suburlah budaya mengaji di sheffield. alhamdulillah bila husband aku offer diri nak ngajar ngaji ramai parent yang mengalu2kan. jadi bermulalah diary yang sibuk husband aku. dan sekarang parent pon request untuk belajar ngaji jugak. jadi hubby aku la ni mengajar 7 hari seminggu. Maklumlah di sheffield ni tiada bidang agama, jadi bila orang ada background islamic studies dtang memang alhamdulillah dapat membantu sedikit sebanyak suasana islam di sini. ialah kat sini islamic education x de. mak ayah lak sibuk study + kerje. mana ada masa nak tgk anak2 ni ngaji ke , fardhu ain semua tuh.
isnin sampai jummat ajar bebudak di 2 tpt, tinsley dan darnal. sabtu kul 10.30-11.30 am ajar dewasa laks. ahad ajar fardhu ain. mmm, susah kami nak ke mana sebab huby dah mula sibuk. dah jadi sama mcm kami kat mesia balik. mcm kat mesia nak ke maan2 nagn hubby pon kena buat appointment, kadang tu kena amik cuti sebab sibuknye dia. nampkanye kat sini pon gitu gak le gamaknyer...

kelakarnye kat sini, ada budak yang x biasa sebut ustaz pon. ada budak sebut "U- start ". mmm hubby aku kena ajar ngaji pon dlm english sebab ade budak x paham melayu.heheeh, bebudak ni dah lama x ngaji lidah tergeliat geliat. x kisahlah asalkan ada kesedaran nak mengenal al quran. bukan apa quran ni kalau dah lama x baca berkarat sikitlah kan. apapun budaya penyuburan alquran tu penting. jgn kita terlalu sibuk hingga lupa yang anak2 kita dahaga ilmu rohani.

to be continued....

No comments: