x de kerje ke kamu ni laily. heeheeh, sebabnyer mata aku dah berpinor tgk excel nih. aku kena convert data ke excel pastu nak buat graph nyer kadang x menajdi, kena ubah itu ini. dah le nombor punye le byk, ribu riban. tolooong, bila nak siap ni. bayangkan aku ada ratus sample. satu sample kena repeat 5 kali untuk pieces berbeza dan amik average. sekali run 1 piece tu makan 1 jam.tu x masuk kena calibrate lagi. jadi utk siap satu sample perlu 1 hari. 1 sample = 1 hari. ratus2 sample???? mak oii . bertapa aku kat sini. aku x kira baper ratus tapi rasanya ada le 100+ kot. dahla tuh nak fill helium tu makan masa hampir 2 jam. kadang2 dpt le buat hampir 2 sample tapi mustahil utk siap 2 sample 1 hari kerana perlu minimum 10 jam 1 hari duduk di lab. jadi sementara nak tunggu sample run tu boleh le buat kerje lain. cumanya kadang aku nak muntah duduk lab tu sebab bayang kan lab tu aku sorang2 je. kadang tu siap tertidur2 kat situ. hehehe. cam busy la sket. nak seminar pastu nak siapkan report. assignmnet nak hantar next month. balik umah tgk rumah cam tongkang karam. kadang x sempat duduk terus masak. pastu ngemas, bg anak2 makan. huhhh, aku x nak merungut2 cumanyer bila dah penat tuh mulala terpikir indahnye hidup ini kalau ada maid. at least balik boleh le layan anak2 jek. x yah pikkir nak kemas toys+ laps tumpah2 air, makan terabur. kadang tu rasa umah aku x kan kemas sampai bila2....sakit jiwa raga aku bila tgk anak2 aku makan tumpah sana sini. huhhh letihnyer badan. kan sedap kalau ada spa +sauna free kat sini. huhuhu
ok, nak sambung citer bab ngaji tadi. Hubby aku ni memang suka nagajr ngaji. dia dah mula ngajar secara formal sejak dia undergrad lagi. dia ngajar kakak telecom waktu lunch depa. dptla duit sket. so mak ayah dia x de nak bagi duit dah. kakak2 tu kadang bagi lebih kat dia. pastu masa dia dah kerje pon lepas office hour dia ngajar staff tpt kerje dia. bila dia kawin ngan aku, kami sellau ngaji sama2, sebelum ada anak kami sempat khatam. sebab dijadikan rutin lepas maghrib kami akan tadarus sama2 dan kami pastikan evry single solat dilakukan berjamaah. indahnya waktu tu. tapi bila dah ada anak sukar dah nak buat gitu.
kelebihan dia ialah dia boleh mengaji quran denagn suara yang merdu. sebenonya inilah ciri2 suami yang aku nak sebelum aku berkenalan lagi dgn dia. aku memnag mengidamkan suami yang bagus bacaannya dan alhamdulillah Allah perkenankan. Aku pon baru tau lepas kahwin yang rupanya dia pernah wakil perak peringkat kebangsaan masa dia sekolah dulu. Tapi dia eksyen konon terror la tu, maklumlah sekolah rendah lagi (eh, ini dia yang citer) jadi kalah sebab malas practice. mertua aku asik dok citer jek betapa bangga nyer mereka waktu itu pestime sekolah tu wakil perak. gitulah ceritanya...Tapi lepas tu dia x asah bakat dia sgt. mmm, patutnya dia masuk academy quran aritu. heheeheh.
Aku perhatikan ramai sebenonya yang tidak boleh membaca quran dengan baik dan mereka ini tidak ambil berat akan kelemahan mereka. Anak2 dihantar mengaji supaya boleh baca quran dgn baik tapi mereka sendiri baca pon merangkak2 dan x amik inisiatif untuk perbaiki keadaan. Untungnya suami aku kerana x perlu sangat nak polish aku bab baca quran sebab aku dulu sekolah agama. Alhamdulillah, hasil didikan ustazah+ustaz aku dulu menjadikan aku boleh membaca quran dengan lancar cumanya x le semerdu husband aku. aku pon pernah la jugak wakil sekolah tahfiz quran tapi kalah sebab aku hafaz tapi suara x sedap. heeheeh. Aku juga dedahkan anak2 aku husna dan hanis untuk mula iqra' dan husna nampkanya agak cekap cuma hanis ni main2 sket tak focus lagi. lagipon dia blom pon 3 tahun, tapi at least kita bagi pendedahan. Oleh itu, pada aku masih blom terlambat kepada sapa2 yang rasa masih rangkak2 baca untuk betulkan bacaan. aku sendiri pon byk kelemahan yang eprlu di baiki. jadi sama2 lah kita terangkan hati kita dengan nur al quran al kareem. PAling kurang boleh tau panjang pendek pon bagi aku dah kira OK untuk permulaan. at least basic2 tajweed. Yang paling ptg adalah suami2, sebab kena jadi imam untuk keluarga. kalau suami2 amik berat InsyaAllah isteri2 kan turut sama....
Ok, aku nak teruskan kerje melihat nombor %&^(&((+_)+_)%£$"$"£$$$^%
Selamat berjuang!!!
Tuesday, April 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment