Friday, May 11, 2007

Lagi dan lagi

nampaknye aku kena miting lagi 2 minggu. aku pon x paham. dulu hampir 3 bulan x de miting. supervisor kata dia sian tgk aku sebba x sihat. tapi bila aku dah Ok, dia punye pulun miting x abis2. Fuh baru aku puji dia hari tu kan? Bukan apa, bila miting dia nak tgk results. banyak lak tu. cam x logik lak 2 minggu boleh siap. oleh itu aku terpaksa lagi bertapa di lab. aku x suka bagi alasan kalau x sipa nanti. tapi aku arsa x berdaya kalau tiap2 mlm balik lewat. So, aku kena balik lagi kul 9+ mlm.....Mula2 kata nak miting sebulan seklai. la ni dia kata meeting 2 minggu sekali. EEii, kalau aku x de anak+ suami, aku balik kul 12.

Ni tgh tension , siapkan literature review yang x abis2. nak muntah rasa. next week kena hantar lak tu. adeh, lemah longlai rasa badan. mlm tadi balik umah kul ( lebih, tgk husna dah tidur. alamak, sian anak ummi x sempat jumpe ummi. Babah dah melepek penat jaga anak. aku paham sangat. anak aku 3 org tu kalau nagn babah dia manja semacam. teringat semlm dia dok YM aku bagi tau habil tetiba tanggal seluar dan nappy, terabut taik dia kat carpet. alamak, sian hubby aku kena cuci. mmm, Gitulah gayanya hidup aku di sini. entah bila la aku dpt duduk dan makan dengan bertenang. Baru nak pegang periuk, sorang merengek. baru nasi nak masuk mulut ada lak yang nak terkencing. sabar...itu jelah yang mampu aku kata. tu yang kul 11 mlm aku masih di dapor siapkan lauk utk esoknya. sebenarnya hubby aku boleh je masak tapi sianla plak, dahla kena jaga anak pagi sampai mlm, at least dah ada makanan, lega sket. Lagipon, aku lebih suka aku yang masak sebab akdang kala hubby aku masak x berapa nak kena. masak sayur campor taruk halia. hari tu aku kata masak sup daging sempoi , taruk air , letak daging+halia+bawang+sop bunjut+ pelaga sket. sekali sku balik dia dgn bangganya kata, gilah try rasa sop tu. aku rasa, YA Allah, pahitnyer, dia pergi letak pelaga punyelah byk, lagi byk dari ketul daging!! x perlah, aku malas nak komen, aku telan jek...tapi lately dia dah byk improve sket la masak2 tu. bagi aku dia dah amsak tu dah syukur amat dah.kang byk komen dia x nak masak lagi lak...heheheeh

Rasa bersalah lagi kat hubby. Dia kata x perlah buat kerje, balik lambat pon x per. anak2 jgn risau, dia uruskan. Fuhh mithali sungguh hubby aku nih. dia kata siapkan phD cepat2, dia nak balik M'sia cepat!!! sebab dia plak nak buat. Dah lama x tension study. Dulu masa undergrad, study seronok rasa ada geng. ni study sorang2.....

oklah , nak gi jenguk sample, dah siap kot.....

2 comments:

zlaa said...

Sama-la di sini. Baru je jumpa hari Rabu, hari Selasa depan nak jumpa lagi. Pulak tu cuti Sabtu sampai Isnin. Nak report apa pun tak tahu.. Tension jugak..

Insan Biasa said...

Salam Laily,

Dah lama tak masuk blog laily,
Saya baru je bersalin anak nombor 3.
Alhamdullilah, saya dapat anak lelaki.
Seronok baca cerita laily.

Keep in touch