sejak minggu lepas aku sellau balik lambat utk prepare meeting next tuesday. 9 lebih baru sampai rumah. aku sebenarnya baru miting isnin haritu, tapi supervisor nak aku bagi data lain la plak. so sejak itu aku tungkus lumus nak siapkan, kena buat 50-60 graph. result yg aku dpt dari measurement kena di tukar ke unit lain la plak. very confusing sebab melibatkan byk calculation dan formula. maklumla aku nii baru merangkak2 dan memahamkan. supervisor ingat boleh dpt direct dari alat tu rupanya kena kira lain la plak. huhhh!
pestime aku balik lewat. 8.30 mlm masih menunggu tram. hati diruntun sayu. Bila naik tram dan bermenung, hati dan minda teringat anak2 di rumah. timbul rasa bersalah. lebih2 lagi pada hubby yang terpaksa mengusung mereka untuk mengajar ngaji. badan dan otak sangat penat. bila terpandang wajah anak2 rasa bersalah membuak2. habil memaut leher aku dan mencium aku lama. Hanis menenggek di riba memeluk dan mencium aku bertubi. husna pulak siap mintak lagi. Ummi, boleh tak along cium ummi?. mmm, hampir 12 jam aku tinggalkan anak2 dgn hubby. pasti hubby aku sangat penat. rasa bersalah makin bertambah bila ku jenguk dapur hubby sudah pon masak sambal sotong. Terima kasih sayang. sekurang2 nya ummi x perlu masak lagi. dan sejak aku busy balik mlm hubby lah yg masak. Aku sungguh terharu dgn pengorbanan dia. malah bila aku YM dgn dia mengatakan aku terpaksa balik lewat utk siapkan kerja2 dia OK saja. dia kata dia nak tolong buat kerje aku pon dia x reti. Tak pelah yang, dah tolong jaga anak dah seribu rahmat bagi aku. kawan2 di lab bersimpati dgn aku yang nampak kelam kabut membuat kerje. kadang tu samapi nak kencing pon dok tahan2. ehheheh. mmm, bila tgk anak2 tidur, aku rasa wajah mereka cukup comel sekali. bertuah aku melahirkan mereka, rasa hiba bersarang, sian anak ummi...sabarlah sayang, akan kita kejap bersama buah2 kemanisan itu...
Pada aku inilah lumrah belajar. dari aku final year lagi aku sudah biasa duduk lab sampai tgh mlm, apatah lagi masa aku buat master. itulah dunia aku. dah bidang aku kena duduk lab, nak buek caner. kadang jeles tgk org yang buat management, language, economics, sebab mereka boleh buat keje kat umah. kadang2 je ke U. tapi aku kena hari2. tapi salah aku jugak, awat aku minat sangat fizik dulu??
Tadi kawan mexico aku merungut wife dia tersilap bagi lunch box anak dia pada dia. aku kata makan ajelah, u beruntung your wife buat kan utk u tapi i kena buat sendiri. dia kata x pelah laily. sekejap je . seolah2 memujuk aku. Dia ni sellau kesian tgk aku yang beranak 3. sebab dia ank 1 pon dia rasa tension dah. Seorang lagi kawan dari spain, mash bujang dia ni sgt rajin , terkejut tgk aku masih buat kerja walau dah mlm, dia kata,kenapa u x buat kerje kat umah. i kata, kat umah i x boleh buat kerje. dia kata, x perlah laily, lepas ni u akan rasa kemanisan susah payah yang u lalui. mmm, pandai le depa ni berbicara. Tapi alhamdulillah, akwan2 di sini walau lain bangsa dan agama kami rasa seronok , berkongsi suka duka.
Satu lagi yang buat aku tambah terharu. Supervisor aku sendiri. Dia ni pada mula tidak percaya yang aku ada 3 anak. byk kali tanye, hampir setiap kali pertemuan dia tanye, betul ke anak u 3? ish, dia nih. satu hari dia dtg menjenguk aku di lab. saja 2 nak borak2. aku pon tunjuk gambo anak2 aku kat pc aku. then baru dia percaya. dia ni family man. sebab itu dia sgt memahami aku. dia kata anak dia pon productive mcm aku. cucu dia nak masuk 6. heheheeh. Dia sungguh ambik berat pasal kebajikan aku. Tulah Allah nak tolong. setengah org, urusan keluarga mudah, ada helper atau anak dah besar, tapi nagn supervisor problem plak. tapi aku alhamdulillah. kalau miting, tu dia mesti tanye anak2, suami, sihat ke semua. satu ketika dia tnye aku berapa lama aku kat lab. aku terus terang ckp aku sampai lbt, 10.30 baru sampai lab, tapi aku balik lambat. aku ckp hubby kerje pagi.pastu dia dok tanyela, kerje apa, baper jam, kat ner. mmm, lepas baru sambung balik isi miting yang sebenar. dia kata asalkan aku boleh managa time, x per. tiba2 dia nak decide miting seterusnya. dia tulis pukul 10 am. aku diam aje. dlm kepala dah pikir aku kena letak anak ku rumah org la sekejap ni. then masa nak abis miting tetiba lak dia tersedar.eh, bukan ke your husband kerje pagi. so kita lewat kan sikitla supaya u confortable. fuhhh, lega yang amat. terharu...baik nye dia. ada satu hari tu aku batuk2, dia kata pergila balik umah. jgn dtg selagi u x baik. mmm, baik2 jugak, tapi kerje kena siap. aku x nak gunakan alasan aku ada anak menyebabkan keje x siap. tapi menurut student dia, dia ni bagus, pergi conference dia akn tanggung family sekali. fuh!! tapi sanggup ke tanggung aku yg ada 3 anak???? aku kena start repo baik sket ngan dia ni....
Dulu aku sellau merungut2, pasal anak2. penat, nak layan karenah yg macam2. sunguh, kadang tu rasa nak hantar depa ni balik mesia jek. Tapi bila2 lama2 aku muhasabah. anak2 aku la penguat semangat aku belajar. masa aku buat master dulu pon gitu. sepajang pregnnat husna aku writting dan sungguh motivated sekali. aku submit thesis tu sehari sebelum due besalin. dan masa aku konvo, hanis telah pon 3 bulan dlm perut!!!dan aku sedar byk rezeki yang perolehi setelah anak2 aku lahir. walaupun pada mulanya sukar, berat rasa memikul tangguungjawab amanah Allah ini. ada rekod di sini yang anak 12!!! masih boleh belajar. aku setkat 3 apalah sgt kan?? cuma pada aku kalau anak 12 sekuarang2nya kakak2 dia atau abg dia boleh tolong jaga adik2 kecik. tapi kalau aku, si husna tu, huhhh,punggung dia pon kita masih basuhkan. sepende dia pon kita masih pakaikan. makan pon kadang bersuap.
Sebenonya masa aku tulis ni jam dah kol 12. aku baru lepas dok basuh ayam, basuh pinggan, siapkan initi popiah, nak blend cili esok kami akan coventry utk usrah. utk ilang rasa penat aku memnbloglah., haaa, lepas ni aku kena kemas baju2 yg nak di bawa. huwaaa!!! pukul baper aku nak tidur nih.....
Ahhh, esok rombongan che' kiah akan berbondong2 ke usrah..harap2 depa ni ni boleh behave le sikit di rumah orang.........
Saturday, May 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam ziarah :)
baca pun dah dpt byangkan camana penat awak tu laily. tapi macam org lain cakap juga, penat2 dahulu senang lenang kemudian. :-)
aidura: salam perkenalan..
uda: harap2 begituylah
Post a Comment