Monday, March 27, 2006
PhD ku....
aku hanya reapply sheffield jek. pastu cepat le dpt nye. kebetulan bidang material kat situ 5*, Ok kot. bidang aku pon ada kat situ. rumah pon agak murah. kira Oklah kot. kawan2 pon ramai dokat2 situ.
HIJRAH!!! semanagt itu yang aku tengah garapkan. kadang kala , hijrah tempat untuk menuntut ilmu itu penting, untuk memotivasikan diri. ehhehe, dah x larat belajar kat malaysia. chewah! bunyi cam eksen la plak. cukuplah, pengalaman aku buat master kat sini. cukup perit dan tragis. punye le lama samapi tesis aku pon dah rupa tesis phD. majoriti komiti aku suruh convert, aku dah x larat wei. dah rasa nak muntah tengok tesis tu. eeiii, bertahun2 buat master, dari blom kawin samapi semapt beranak pinak.
Yang penting, aku boleh belajar, tuntut ilmu yangbermanfaat untuk disumbnag kepada agama bangsa dan negara chewahh. yang penting untuk UMMAH.
Walaupun aku tau bukan mudah untuk menggapai kejayaan. aku telah memilih jalan ini sebagai pendidik. aku tak mahu menyerah kalah. aku kena teruskan perjuangan ini. kadang kala stress juga jadi lecturer ni. kena ngajar, bukan mudah. lecture nya 1 jam, tapi prepare lecture notes sampai 1 hari. kadang kala kena stay up malam2, hujung minggu kena dtg ofis. supervise student, meeting, kursus sana sini. hadapi karenah student yang pelik2. balik umah, karenah anak nan 3 itu. malam kang usrah la meeting la. usung le anak2 pergi. hujung minggu pon x macam cuti. bila le aku rasa nak rehat. kadang tu menguji kesabaran aku. kadang kala aku pikir, lagi senang jadi cleaner, deal nagn sampah, basuh toilet, dah. malam boleh tidur lena. esok kutip sampah lagi. hehehe tapi hubby kata jadi cleaner pon stress jugak. kang plstik sampah x cukup le, gaduh ngan cleaner lain sebab ada yang pakai sabun byk2 la. ntah macam2 (ini kisah tpt keje hubby aku le) . kena marah nagn boss, stress jugak. heheeh. kesimpulannya, semua kerje ada kelebihan dan kekurangan masing2. kita kena jadi berbeza dengan org lain utk berjaya. stress ada di mana2.
Menjadi pendidik memang idaman aku sejak kecik lagi. bukan mudah nak didik jiwa supaya betul2 jadi MURABBI. aku selalu tekankan pada student kepentingan keberkatan ilmu. sebab aku ni bukannya pandai sgt, cuma entha, rezeki aku dpt kerje ni. kepuasan yang tidak terkira bila pelajar2 faham apa yang aku ajar. atau paling minimum pon, bila pelajar jumpa dan ucap terima kasih pon aku rasa satu kenikmatan. bila pelajar dtg denagn muka sodih dan pergi dari bilik aku dengan muka ceria, itupon satu keseronokan. walaupun kadang2 ada pelajar dtg dgn masalah yang ntah apa2, yang aku rasa malasnya nak layan, tapi aku gagahi jua, walau dlm hati, eeei, geramnyer. sapa yang tak geram. pegi class malas, test x dtg. asik nak merayu jek. sakit jiwa nye aku. susah nye nak ikhlaskan diri. kadang tu peliknye, pelajar aku ni ada yang masuk bilik aku cam x nak kuar jek. diaorang suka dengar aku membebel. katanye best. sabo jelah. Dan satu lagi, kita bukannya ajar fizik semata. aku pernah dlm kelas dok citer pasal budi bahasa ni. pastu bila aku pergi ATM, dah le que berjjela2. aku tgh sarat pregnnat . dan tiba2 ada seseorang pelawa aku kedepan. Ohhhhh, my student rupanya, terharunya aku....
Hai, dalam sedar tak sedar, dah 10 tahun aku di bumi UPM, sejak aku masuk sebagai pelajar matrik 1996. tak gitu Uda? peliknya, awat aku tak boring duduk UPM?? aku sendiri tiada jawapannya.......
Kalau ada rezeki teringinnya nak main snow, ehheeh . andai kata x de rezeki, pandai2lah aku memburu ilmu dibumi MALAYSIA nan tercinta ini, MAlaysia boleh!!!!
Tuesday, March 07, 2006
isteri YDP
sewaktu hubby aku jadi timb. YDP aku baru 1-2 hari bersalin husna. masa hubby gi muktamar aku masih kat hospital. sayu gak. yang lawaknya, beberapa hari sebelum bersalin, aku diminta jadi ketua helwa. mak oii. tak sanggup. bila habis muktamar, hubby bergegas ke hospital tengok aku. soalan pertama tanye, "elly jadi ketua helwa ke bang?" , "x lah, kak na jadi",
"alhamdulillah......".

Ini wajah suami ku waktu muktamar di mana dia sebak dan sadis...
muktamar seterusnya, aku mengandung 8 bulan plak. waktu tu hubby bakal menjadi YDP. aduh!!! . tuhan je yang tahu betapa gelisahnya aku bila dengar cikgu muslimin nak minta dia jadi YDP. aku berdoa moga2 ada orang lain. aku x sanggup jadi isteri YDP. aku tahu, masa dia bersama aku dan anak2 akan berkurang. sanggup ke aku. aku tahu dia juga begitu. beberapa hari sebelum muktamar, aku perasan, hubby aku sungguh gundah gulana. asik termenung, muka dia nampak gelisah dan gementar. aku tahu bukan mudah nak pegang amanah pada usia yang muda. waktu dia baru ~27. kira paling muda di malaysia. dia cuba menghubungi sahabat2 lama dia untuk sama2 membantu dia. tapi sedihnya +geramnyer, sahabat2 yang lain asik beri alasan, tgh writting tesis, sibuk kerje, balik lewat, x leh bagi komitmenla. macam2. aku nampak hubby agak down waktu tuh. dia pon boleh beri alasan yang sama kalau dia nak. dia pon tgh writting tesis!! dia pon sibuk kerje, kuar before kol 7 balik pon nak maghrib!!!. aku turut berkongsi gelojak perasaan dia waktu itu. aku tahu aku pon kena berkorban, segalanya, perasaan terutamanya!!!
makin dekat muktamar, makin gelisah aku lihat dia. aku cuba yakinkan dia, aku akan sentiasa disisi dia, baik susah mahupun senang. waktu itu aku ingin umdurkan diri dari exco. tetapi cikgu muslimin mintak aku stay, supaya aku boleh terus bersama hubby.
muktamar dibuat ni Maktab kerjasama malaysia. malam tu aku hantar husna ke kampong. aku dan hubby tidur di MKM. tidur asing sebab asrama lelaki asing nagn ponpuan. masa tu aku memnag tengah sarat. dah 8 bulan. kugagahi jua menghadiri muktamar. apabila diumumkan hubby aku jadi YDP, hati aku macam tersentak!!! walaupun aku dah tau lama. bila hubby aku beri ucapan sulung sebagai YDP baru. dia sebak. aku juga terasa tersentap hati. perasaan keisterian eh ada ke word ni) aku memuncak. lebih2 lagi bila dia sebut aku isterinya di atas pentas. bila dia kata hanya isterinya sahaja yang tahu. Dia makin sebak di atas pentas. satu dewan sunyi, seolah2 dapat merasakan kesedihan dan ketabahn hubby aku. ingin sahaja aku kedepan pentas dan memeluknya, mengusap belakangnya, dan mengatakan padanya,
"abang, elly di sini, kan terus bersama abang"....(alamak, sadis la plak bila tulis ni)
Itulah ceritanya, hingga kini aku masih terbayang2 wajahnya di pentas itu. Aku tahu dia terpaksa berkorban semuanya!!! demi memikul amanah ini. tesis dia tertangguh hampir 2 tahun. yuran masih bayar tapi x de progress. bila masa dia nak nagdap tesis tu. balik kerje, gi usrah, gi meeting, weekend rasmi sana, ceramah sini. kadang tu aku pikir, x de orang lain ke. takkan YDp nak kena buat semua!!dia jenis macam aku, jenis susah nak bagi alasan. terima jek. walalu aku tahu dia kepenatan tahap maksima, tapi dia gagahi jua untuk memenuhi jemputan. hingga kini begitulah dia. x de istilah penat. aku yang penat tengok dia. muktamar seterusnya, tahun berikutnya, aku pregnant lagi, masatuh dah 7 bulan. tapi kali ni, x de sadis sangat. biasa jek. tapi aku tahu, dia dah mula ada keyakinan berkat doa sahabat dan sokongan semua.
master dia dah lama sunyi sepi. aku nampak dia dah x de semanagt nak abiskan tesis dia. tak acilah orang lain. tak nak pegang apa2 jawatan sebab nak siapkan tesis. sibuk kerje la, macam le hubby aku ni x keje. geram...nyer. aku rasa aku kena ambil langkah drastik. satu malam, lepas habis usrah di rumah, aku pon bertanya pada dia dengan penuh hikmah
"abang, elly tengok, sem ni abang x daftar pon master abang"
aku tengok dia senyap jek. aku tahu ini soalan sensitif.
"abang elly rasa abang kena amik cuti la, siapkan tesis tu"
aku nampak dia termenung dan senyap. bila dia senyap aku mula kan lan ceramah motivasi aku.
bla..bla......bla.( x sangka rupanya aku ni motivator yang baik, heheh)
Akhirnya, aku nampak sedikit ceria di wajahnye. namun gundah tu tetap ada. OK bang, kita cari mana surat pendaftaran. tgh2 malam buta aku selongkar cari. x jumpe juga. Ok bang, x pe, call UKM, boleh daftar lagi tak. bayar denda pon x pe esok abang amik cuti 1-2 bulan? kuarkan duit kwsp abang. setelkan yuran tertangguh+ yuran sem ni. tak pe, duit boleh cari.
esoknya aku call dia , boss dia bagi cuti tanpa gaji 2 bulan. alhamdulillah. alternatif, aklau boss dia x bagi cuti, dia nekad berenti kerje. siapkan tesisi then pikir le kemudian nak keje apa. aku tahu rezeki dia ada. alhamdulillah...syukur teramat. kami berjaya melaluinya. aku sanggup temankan dia malam2 denagn sarat mnegndung anak ke3 supaya hubby aku termotivasi sellau. masa tu aku tengok dia gembira sebab tesis dia hampir siap. orang siap dalam 2 tahun. dia boleh siap 2 bulan. hewheeheh, power tak power tuh. hidup dia jadi macam student abis. lepak librray sampai malam. aku yang tengah sarat , gagah diri masak awal untuyk dia supaya lepas maghrib dia boleh terus gi library. aku nak dia makan yang aku masak. even breakfast dan lunch. solehah nye aku waktu tuh, heheheh akhirnya siap jugak tesis dia setelah ranaju duri ditempuhi....bayangkan selama ini dia kerje fulltime dan belajar juga fulltime!!! hebat hebat.....
sekarang ni dia tunggu viva , dah 3 bulan ni. lambat betul. aku dah x sabar nak peluk dia wkatu konvo dan katakan pada dia " abang dah buktikan!!!". tak sabar nak kongsi kegembiraan. dan aku rasa abim selanmgor byk menyuntik semanagt dia....
apapun, hingga ke saat ini, sampai bila2, aku bangga menjadi isterimu....
i love u sayang....
jgn mare...jiwang sket, apa salahnye ek, sekali sekala...
Thursday, March 02, 2006
Angah telefon MAWI??
" elo, mawi? awi? ,sambil pegang hp. aku dan suami saling berpandangan dan meletus lah ketawa kami bagai nak rak. tolong!!! anak aku dah kena penangan mawi....
sebeno sebelum ni kami sekeluarga x tau mende dan x nak amik tau pon pasal mawi ni. lagipon umah kami mana ada astro. dengo2 gitu jek pasal AF. cerita bermula masa hari raya aritu. rupa2nya mertua aku, (opah diorang ) peminat mawi. lagipun umah kat kampong ada astro. jadi masa raye asik dok pulun le pasang CD mawi kat umah. tup2 dah melekat di minda along . si angah masa tu x tau mende lagi. Bila balik sini, dah le along cam fanatik la plak. dengo lagu je kat pasaraya, walhal aku sendiri pon x pasti ye ke mawi nyanyi ni...
"ummi, mawi".
aritu aku nak beli CD education, "ummi, beli CD mawi"
Amboi2, bila le hang pandai sebut mawi ni. pastu plak, kat TV, iklan mamee, pernah le aritu beli, masak kat umah, setelah bertahun2 aku dan suami x makan maggie, Ya Allah, si along dan angah makan dengan penuh selera sekali sambil menyebut perkataan mawi berkali2. mulai dari saat itu, segala bentuk yang serupa mee adalah mawi, x kiralah, spaghetti ke, mee , ...la ni, dari dapur dengar intro iklan mamee tu, x tengok lagi pon, along dah jerit, mawi! mawi!
ish!ish!lagi satu aku ajar si along part of body, mouth, neck, chest, tummy!!, bila aku sebut tummy, si along jerit: mawi!! sambil pegang perut dia....hai haru2 . tummy pon boleh jadi mawi. sabo jelah.
entah apa yang hebat sangat dengan mawi tu, aku pon x tau. dari segi suara, hubby aku lagi sedap kalau nyanyi rasanya. aku citer kat class, " kalau husbnad saya masuk AF, mesti boleh menang, suara dia lagi sedap, dan pandai ngaji gak, heheeh"
rezeki dia, nak buat caner....tapi kadang tu aku pikir rakyat malaysia ni can x de mende nak buat dan fikir. pernah sekali tu aku dengar kat radio, org boleh tanye apa2 jek pada mawi, ada yg tanye kenapa mawi suka botak x suka ada rambut ke? Ya Allah, aku dengar,hai, mentaliti rakyat malaysia pikir bende2 gitu jek, x de le nak pikir jauh sikit. kalau borak, citer artis jek.mak nenek dia semua ambil tahu, suka kaler apa, sedara mara semua kenal la. cuba tanye, kenal tak imam ghazali, ibrahim adham, ibnu rusyd sure x kenal punye...
begitulah kita (termasuk aku jugak) sering terlalai dan leka dengan bende2 yang kurang penting. bak kata ustazah bahyah : kita nak lahirkan insan macam ibnu rusyd, bukan george bush, nak lahirkan imam ghazali bukan elvis presly, nak lahirkan ibrahim adham bukan david beckham.....
sedikit sangat orang nak berfikir......
betul ke ni...
dear abang,
Thursday, February 16, 2006
23 days to go
mm, hari ni posa lagi. baru hari ke 3. mak oi, 23 hari lagi nak abis. hai, jenuh juga bersalin waktu bulan posa. banyak nye nak ganti. sempatle aku posa 3 hari sebab bersalin habil pukul 7 pagi puasa hari ke 4. ish, larat ke ni...dah le aku ni menyusu. alhamdulillah, habil dah 4 bulan, blom lagi makan semi-solid dan blom lagi dia menerima walau setitik pon susu formula. harap2 boleh maintain le. bukan mudah wei. dah le kerje, penatnye nak perah selalu. tapi sebab dah masuk dalam list azam tahun baru, cuba jugak lah.
Bila posa dan masa yang sama menyusu, aku kena la bangun sahur. kalau tak lembik dibuatnye. malasnya nak bangun...tapi bila teringat, eh, aku ni menyusu, gagahkan diri jugakla bangun...
Habil baru baik cirit birit. teruk jugak le cirit dia.samapi kena gi jumpa pakar paed kat kbmc. terpaksa lebur lecture nak nator dia kat KL. tapi alhamdulillah, better la dah ni. berat dia naik sikit jek. sellaunya setiap bulan naik sekilo. ni 4 bulan berat dia naik 0.4 kg je. tapi still nampak chubby , naik sket pon tapi berat dia 7.8. kira besar jugak la. dia dah pon meniarap. beberapa hari sebelum 4 bulan. maklomlah badan giant!!seronok dah main ngan dia, dah suka bila orang gagah dia. husna nagn hanis dah pandai le main ngan habil. tapi kena tengok2 jugak. kang dia 'tepuk' adik dia, sapa nak jawab!!
aku sellau kata kat hubby, kan best kalau dia pon boleh susukan anak, boleh gilir2 , hehehehtapi biasalah dia sellau jawab bukan sennag nak dapat syurga. mmmm, what ever, aku enjoy breastfeed, walaupada mulanya, sadis gak. bukan mudah. habil ni isap kuatnya, masa mula2 dulu terkjeut, bila perah kuar susu merah. rupanya susu dah campur darah. pedihnya...walalu anak ke3 masih x cekap lagi breastfeed. tapi alah bisa tegal biasa. lama2 OK.
Bila aku renung2kan, dalam tempoh aku kahwin (4+ tahun) rupanya lebih 27 bulan (lebih 2 tahun tu) aku penuh dengan pregnant. mak oiii lama tuh rasanya lebih separuh usia perkahwinan kami. samapi la ni orang asik dok tanye, dah pregnant dah? ada lagi ke? dah berisi dah? ish awat le depa ni, takde mende lain nak tanye, korang ingat kerje aku ni pregnant aje ker? apapun yang pastinya sekarang AKU TAK PREGNANT setealh beberpa hari lepas aku buat urine pregannacy test. don't worry!! negative!!. Yang pastinya aku blom bersedia untuk menerima yang aku pregnant lagi. Tunggulah 2-3 tahun lagi...dan sekarang aku enjoy boleh pakai apa saja. dulu ken apakai baju besor2 boring. tapi bila dah x pregnant kena pilih2 baju jugak sebab breastfeed. kira baju kelawar dah x boleh pakai dah la kan. jubah yang x de butang depan kira simpan kotak jelah.
OK, weekend ni busy nagn syura di shah laam. hubby pon sibuk. no jalan2....
Thursday, February 09, 2006
tempat pertama esei budi bahasa
INi le sijil yang aku dapat...buat kenangan...
ehehh, nak share pasal last 2 days, aku gi amik hadiah olok2 sempena majlis penutup kempem budi bahasa dan nilai murni. kan aritu aku kata aku dapat RM1000. duit dah dapat majlis tu kira official jek. ehhehe duit nye pon dah abis. macam2 aku. ntah, kan aku kata seribu ni kejap je abis. apapun sekurang2nya dapatle beli radio kete baru setelah dimusnahkan oleh husna....kalau nak harap duit gaji, ntah bila, ehheehehhe duit tu dok bayar kad kredit jugak sebab aritu guna banayk beli buku DBP. kebetulan jualan murah DAWAMA buat. apa lagi kami dua2 rambang mata. RM200++ jugaklah, maklumla, kami ni gila beli buku. bacanye blom tentu. hehehehe
oklah, nak citer pasal majlis hadiah tu. yang bagi hadiah tu NC baru UPM. ada lecturer yang tanye,
"u student ke" ,
"x lah, saya kerje kat fakulti sians"
Ada yang tanye lagi,
"eh, u fakulti bahasa ke"
"x lah, fakulti sains, jab. fzik", aku jawab
"eh, orang sains pon boleh tulis esei gak ye"?
"sebenonya orang sains ni lebih kritikal pemikiranya" jawab aku, pandai jelah.....
Sebeno, hubby aku yang banyak tolong. kebetulan dia baru balik seminar jati diri. so banyak le bahan sket nak dimasukkan. siap amik kata siddiq fadhil, yusuf Qaradhawi. sure yang baca tau yang tulis ni orang abim agaknya, heehehehhaku pernak juga menag tempat pertma esei peringkat upm sempena kemerdekaan. itu pun hubby banyak tolong gak. dapatla aku dalam RM 300 kot (x ingat), dan menag tempat ke3 puisi kemerdekaan lagi .daapt le dalam RM150, pastu esei tu antor kat utusan malaysia. kuar plak tu. dapat lagi RM150. dapat le kami honeymoon kat Kuching, sebab kebetulan aku ada conference kat sana. masa tu aku dah pregnant 4 bulan husna . so, duit hadiah buat tambang air asia hubby. aku naik MAS sebab pergi atas tajaan UPM. so naik flight asing2 le.dan sekarang aku realize, kalau rajin, menulis ni boleh buat duit jugak. so sekarang aku semangat nak join pertandinga esei atau puisi, hehehee, dapat le duit tambahan.
ada satu lagi, masa minum lepas majlis kempen budi bahasa tu ada yang tak percaya aku dah kawin dan punye anak 3!!!!! kuang kuang!!!. mereka ingat aku student!!!inipetanda yang aku ni masih maintain cun tu... (dengo tu bang).
Wednesday, February 08, 2006
hot spring sg klah 2


habih je program maal hijrah tu, petang tu kami bergegas balik kampong suami plak. mmm, ingta tak aritu aku dok citer pasal hot spring ni? ~20 nimit je dari rumah mertua. kebetulan, mak nagn ayah ako nak datang esok melawat bapa mertua aku yang sakit jadi kami pon lepak le lagi kat situ...., jom jalam-jalan


Tengok tu, habil pon rendam kaki jugak kat air panas.x le panas sangat. kat situ kita pilih la kolam mana yang kita nak. beza2 suhu. suhu pon ditulis kat situ. so pandai2lah. happy anak2 ku pergi situ. so , nampaknye setiap kali kami balik kampong, kena la kami gi situ......yang bestnye bila mandi kay kolam besar utk kana2 kita pon x risau dia selsema sangat berendam sebab air kat situ suam2 kuku, kira syok le bebudak tu.....
SAmbutan Maal Hijrah

Padasambutan maal hijrah yang baru ni, Abim selangor telah menerima Anugerah Toko Maal Hijrah (pertubuhan). anugerah ini pertama kali diperkenalkan, dan kiranya abim selangor pertubuhan pertama lah yang menerimanya. Alhamdulillah, hasil usaha, abang2 dan akak2 terdahulu, memungkin kerajaan negeri mengiktiraf sumbangan abim. moga memberi semanagt dan motivasi pada penggerak2 abim semua. hadiah merupakan plak +duit RM5k+RM500 (buku). Jadi hubby aku sebagai YDP mewakini abim selangor menerima anugerah tersebut dari Sultan."Pejabat kat mana" kata sultan
"pejabat jak bangi, tuanku, dulu kat klang" kata hubby aku
"oooo" kata sultan,
itulah je kata2 sultan semasa hubby aku amik hadiah tu...mm, merasa jugakle cakap ngan sultan, heheehh aku usik hubby, ingatkan dia nak tanye, ada tak helwa abim yang boleh dikenenkan dengan beta, ehheheh (alamak , AMPUN TUANKU)
hai, hubby aku duduk kat meja VIP, depan khemah di Raja, yang aku n the geng duduk le khemah rakyat jelata. hai terasa nye antara 2 darjat. makanan yang dihidang pon lain, jenis air pon lain, layan usah nak kata le, nasib baik kami2 ni muka x malu, heheh x cukup , kami bangun carik sendiri...samapi ada caterer marah kami amik air VIP. sian tengok ada yang x dapat makan. bayangkan ada 4 kategory makanan semasa hidanagn makan. 1) hidangan di raja 2) VIP 3) orang awam 4) orang awam , orang kampung. Yang lawoknya, anak2 Kak Na (ketua helwa selangor) teringin nak makan ikan kat meja di raja. abis je program, anak2 dia gi cubit ikan kat situ. kena le marah nagn urusetia. padahal aku tengok urusetia yang dok pulun makan lebih2 tu. ala, urusetia x de buat mende pon, pakai baju punye le lawa, seragam plak tuh..duit sapa tuh...duit rakyat...chewah...geram gak, sian budak tuh, ala, budak kecik biasale....
progran nye mula kol 10, tapi sebab hubby aku terima anugerah di minta datang kol 8. mak oi, malehnye le aku cuti2 ni nak kuar awal. terpaksa le juga. sampai2 je depan masjid kanchong darat, kami di sambut
" Urusetia makan dulu ye, ada sedia sarapan"...mmm, dalam hati aku awatnye nye depa panggil aku urusetia, ooooopatutle, ish tensionnye, baju kami hari tu sedondon, warna pic, sama dengan baju urisetia, sabo jela, cuma pic kami ni terang sket and kain satin. kira kami lawa lagi le, heheh. aku pulak lately ni, suka plak pakai sedondon ngan hubby kalau program formal. maklumla, aku ni asik ngekor dia jek. samapi ada yang kami kami pengantin baru, kuang!!kuang !!. jubah yang aku pakai tu aku buat masa nagndung 8 bulan. kami buat sedondon sempena muktamar abim tahun lepas. heheh, sebab nak sedondon nagn bajumelayu hubby pakai jugaj jubah walau besar, ehhehehe
tokoh maal hijrah jatuh pada Dr. Mujaini (mantan ydp abim klang). wah, seronot le kami lepas program. pastu dengo Prof yusuf othman menag plak peringkat kebangsaan. lagi satu dr siddiq fadhil pon dapat peringkat perak.......alhamdulillah...sekurang2nya jasa2 mereka dirasai.....
Family Day ABIM Selangor
Wah, cuti raye cina yang lalu kami ada family day. best la dapat kompol semua. family day ni aku jadi pengarah. mak oii penatnye. dari nak tentukan tentatif, aktiviti hinggalah kepada nak pikir plastik sampah, sabun basuh pinggan. family day ni x de AJK teknikal. tu yang pening tuh. dari bende kecik2 sampaile ke beso2 akulah juga yang dicari orang. sibuk nagn 3 anak yang cenonet tu lagi. memnag penat sungguh. Alhamdulillah, exco abim selangor ni rajin2 + sporting abis. memang kerjasama bagus punye!!!
Cuma yang x laratnye, malam tu habil meragam rupanya demam. alhamdulillah le bawak paracetamol (cam salah je ejaan nye, heh) dan termometer lagi. mak oi, 37.8 darjah celsius tu. tak tidur le aku malam tu. dah le babah tidur kat dewan dengan semua brothers (ala2 tamrin gitu) . sib baik bawak helper, gilir ngan dia la. hai, dah azan subuh baru dia tidur. aku dah jadi cam zombi!!!!
Bukan senang nak berkumpul ramai2. tapi bila dah berkompol, happening!!! aku yang nagntuk ni pon jadi segar!! anak2 aku, si husna ngan hanis, memang le hantu air. tu le sebab aku buat kat Ulu Yam. kehadiran sekitar 70++.
Thursday, January 26, 2006
sesuci air mata ummi....
malam tadi hubby balik lambat. nak maghrib baru sampai. dia pon terpaksa cancel class dia di KUIM kerana terlalu letih katanya. dia pon part time je ngajar kat situ. aku tahu dia penat sangat. setelah aku melayan anak2 ni, aku take turn dengan hubby dia mandi dulu, tehn aku plak. walaupun aku ada helper, biasalah anak2 aku bila aku dan hubby kat umah, berkepit jek. dari tingkat atas aku dengar hubby aku marah husna . nada suaranya tinggi sekali. aku jarang dengar dia marah kuat2 ni melainkan dia geram sangat dengan anak2. tehn, terdengarlah suara along nangis dengan kuat sekali. aku yang kat bilik air tak keruan plak. cepat2 aku kuar. dan bertanya,
napa babah??? hubby senyap, tengok husna nangis bagai nak rak, aku kata,"along, meh ikut ummi naik atas, aku tanye lagi, napa babah? dia kata husna main peti ais, tehn pintu peti ais tpt sejuk beku tu jauh dan pecah sikit. dah le susah nak tutup, lepas ni nak bukak kena pegang pintu pelan2. aku pun mula naik hangin. "along ni asik nak main peti ais je", yelah geram jugak, baru je beli peti ais tu, sebab maid aku yang dulu dia bersihkan peti tu ntah caner, bocor. aku pon mula tinggi kan suara pada dia"along nak cari apa lagi??" denagn mata aku terjegil2 depan dia.aku memnag bengang betul sebab bayank barang2 kat rumah tu roisak sebab dia. contohnya radio kereta. aku baru je pakai kete sebulan, baru sanagt , dia pergi masukkan syiling dalam radio tula, tpt kasetla, dah rosak. pastu speaker PC aku pin dia gi masukkan kat syiling kat celah2. padahal syiling tu simpan terasing tapi dia tu tau je caner nak amik. apa lagi, pintu sampai terkopak2. aku beli dua high chair, dua2 meja nye dah patah. awatle anak aku ni.....
dia ni memnag suka buka peti ais. dah bayak kali aku beli kunci peti ais,dah lock pon tau buka. dia tu bijak betul, ade je cara dia nak buka peti ais tu. padahal sebelum aku masuk bilik air tu aku dah bagi dia ais krim.
diteruskan cerita. bila aku marah dia denagn muka yang menakutkan dia lagi nangis. nasib baik frekuensi suara aku tak sama nagan batu2 rumah tu. kalau tak dah lama runtuh. heheehhe dengan suara tinggi aku cakap,
"husna, cepat masuk bilik, baring atas katil tu", dia masih menagis lagi.aku cakap lagi
"ummi kata berenti nangis, senyap!!!!" dengan nada tinggi lagi. aku nampak dia teresak2 nangis. tak lama kemudia dia pon senyap sambil barimg atas katil dengan muka ketakutan.
aku rasa sangat bersalah, walaupun aku tak pukul dia, nada suara aku sudah cukup buat dia nangis. aku pon amik wudu' dan solat isyak. Dalam solat aku terasa sungguh syahdu. jahatnya aku ni. marahkan anak sampai ketakutan budak tu. air mata ku mula berlinang.....selepas solat aku lihat dia masih baring atas katil , senyap je. aku pon panggil dia dengan lembut..."husna , meh sini kat ummi"dia pon datang dekat aku. bila dia tengok aku pon nagis, dia datang memeluk aku sambil nangis. dan kami nangis bersama sambil berpelukan. aku cakap
"husna, ummi sayang husna. ummi marah sebab ummi sayang...then aku tanye dia, "husna sayang ummi???" dia angguk, "husna sayang babah? dia angguk. "meh kita doa sama2"
aku pon angkat tangan. dia pon sama. aku pon berdoa dengan kuat suapaya dia pon boleh dengar"Ya Allah, jadikanlah husna anak yang baik, jadikan husna ank yang ikut cakap ummi , debgar cakap babah. ........" dan aku lihat air mata dia berlinangan. aduh!!! syahdu nye aku lihat . rupa2nya anak aku ini sudah punya perasaan. akhir sekalli aku baca doa' "rabbana hablana min ladunka zuryyatan thoiyyibah, innaka samiun dua'....aku hembus di ubun2 dia. aku pon meleleh le air mata. lepas doa tu, kami berpelukan lagi. masatu aku cuba nasihatkan dia, "husna dengar cakap ummi yek ( dia angguk), jgn tolak2 angah, dengan cakap babah (dia angguk), jgn rosakkan barang2,(dia angguk) ummi x de duit lagi nak beli, ummi nak beli pampers, susu....,lepas ni makan ek(angguk) , ummi suap, pastu tidur , esok sekolah, ok, lepas ni husna turun bawah, salam nagn babah, cium tgn babah, cakap mintak maaf (dia angguk)
aku tanggal telekung dia dah x de,rupanya dia ke bawah jumpa babah. demi terpandang wajah babah, dia pon peluk babah dia dan nangis.....dan aku mendapat pengajaran yang sungguh bermakna malam tu.rupanya anak aku dah punya perasaan 'dewasa'. malam tu awal dia tidur. aku tepuk2, degan kasih sayang....
dia tidur je, aku makan dan bersiap utk pergi usrah. aku bawa hanis +habil+helper sekali. aku nak bagi hubby aku rehat secukupnya malam tu tanpa diganggu anak2.
bukan mudah menjadi ummi yang baik. kena pandai kawal emosi an kuat iman. kalau tak memang le boleh sakit jiwa tengok perangai anak2 ni. tapi bila diaorang Ok, seronok la, bila diaorang x Ok, macam nak pecah rumah...sabo jelah. itu je yang mampu aku katakan....
Wednesday, January 25, 2006
Monday, January 23, 2006
warna warni majlis aqiqah
budayakan songket, heheh tidur dengan khusyuknyer...
hanis dan abang tiyaz (anak kakak) nye kamcing
husna dok teman ummi dodoi habil
x de rambut sebenonya. kira acah2 jelah
gambar lepas kenduri. muka kepenatan...
tengok ni, husna seronok kena make -up kena tok uda nya. hai anak dara aku ni...
yang ni makcik dan embah sibuk bungkus2 kek. buat sendir tau kek ni...
lihatlah habil tidur. maintain jek pakai baju melayu tu.
hai....memnag penat sungguh haritu, tapi happy sebab dapat jumpe saudara mara, jauh dan dekat. budjet usah citer le.....byk lari jugak..x apalah bukan nye selalu (mmmm ye ker??? nampaknya dah 3 tahun berturut2 buat aqiqah). hopefully NO MORE aqiqah dalam 2-3 tahun . Tak gitu cik abang nyer????
Tuesday, January 17, 2006
majlis Aqiqah meriahnya...
Merih nya majlis. nanti aku kepilkan gambo ek. macam kenduri kahwin. bayangkan daging aqiqah lembu + 1 kambing hidup hadiah abang ipar dapat . mak oii nasi masak sampai 6 kali. > 50 kg beras tuh. dengan khemah nya, hai, rasa cam majlis anak kawin plak. sedara mara jauh dekat dtg. wah. padahal ini anak aku yang ke 3 bukan pertama dan juga terakhir. eheheh. alhamdulillah,. si habil tu x meragam. bagus betul. dipakaikan baju melayu pon, maintain jek. orang asik cubit pipi dia jek. geram, tembam betul. ramai yang x caya bahawa habil hanya minum SUSU IBU sahaja. aku x pernah beri makan apatah lagi susu formula. alhamdulillah, aku berjaya buktikan 'cakap-'cakap' orang tentang kemampuan aku menyusu baby boy yang katanya tahap menyusu nya luar biasa. itulah, hendak seribu daya, x nak seribu dalih. moga aku diberi kekuatan untuk terus istiqamah menyusu anak. Aku bukanlah ummi yang terbaik , tetapi menyusu kan anak dengan susu sendiri merupakan perkara terbaik sebagai ummui yang pernah aku lakukan. Yelah, aku ada helper, basuh baju, gosok, jaga anak awaktu aku kerja, kemas dia yang buat. jadi sekurang2nya, anak2 masih rapat aku.....nak tetap perlukan ummi dan babah. tiada yang boleh menggantikannya...walau siapa....
Alamak dah meleret plak citer. sambung balik bab kenduri. mmm, memang byk jugak le belanje keluar untuyk kenduri ni. moga ada keberkatannya. haa, tapi dalam meriah2 tu, ada juga insiden yang buat aku tension, walaupun cuba jugakla untuk relax. maklumlah, masa kenduri, ramai sangat yang datang. kami prepare memang banyak makanan. maklumlah, saya share nagn kakak. kira belanja kenduri ni bahagi dualah. dia pon aqiqah sekali anak dia. nak jadi citer ada lah beberapa jiran ni. kami baru je kenal. dia duduk belakang rumah. kira nyewa rumah sewa nenekla. rasanya x delah depa ni kerje kuat sanagt. tapi yang sedihnya, depa dok angkut makanan2 bawak balik, bermangkok2, berpinggan2. samapai tetamu datang x cukup makanan. denagn selambanya ambik tanpa minta izin tuan rumah. terkedu makcik2 aku tengok depa bawak sop kambing berulang alik bawak mangkuk. sapai kmai ni tuan rumah tinggal kuahnya.bukan tu je, dengan ayam goreng berpinggan2. lepas goreng, panas2 tu dengan selmaba depa bawak balik rumah. bila dah petang, ramai lagi oarang dtg, siannya, dah x cukup makanan. tinggal saki baki kuah jek. nasib baik makcik2 aku perasan perbuatan depa ni dan cepat2 sorok makana dalam bilik. heheehhabislah bilik bau makan. abih nak sorok mana? depa tu tau jek cari nanti. aku x paham lah sikap orang yang macam ni. bukan le kami x bagi bawa balik. memang patut dia bawa balik sebab dah penat tolong tapi berpada2 la. jgn la bawa byk sangat . majlis x abis lagi. cakap ngan tuan rumah pon idak. kalau sedara ke x pe jugak. ni kami baru kenal dalam tak sampai 2 bulan duduk situ. ish, tak paham le oarang yang macam ni. x de sopan santun budaya kita betul la. x kesian langsung ngan tuan rumah. segan pon ada jugak denagn sedara yang lewat. makan x semporna. padahal kami budget cukup. masak berkawah, tapi sekelip mata tinggal sket. cepat betul depa dok ambik . ish ish.....apapun, dalam kecoh2 tu, aku cubalah berpositif thinking jugak. anggaplah itu sedeqah kita. bising2 pon x guna jugak. dan malam tu kami makan nasi dengan telur dan saki baki kuah yang ada. sodih betul lah.
mmm, x pelah, dalam sedih aku tetap gembira, nak tau apa????? alhamdulillah, aku menang pertandingan esei kempen budi bahasa peringkat universiti. alhamdulillah...tempat pertama, dapat RM1000. rezeki baby lah ni. aku buat masa pregnnat dulu. hubby yang byk tolong sebenonya. bahan2 dia yang cari kebetulan dia baru je gi seminar jati diri. wah!! sedap le menggoreng dalam esei tu. lama sangat kami pon hampir lupa yang masuk pertandingan tu. tup2 dapat call suruh amik cek....wah dalam kepala macam2 dah terbayang nak beli apa....nak ganti radio kereta yang rosak dikerjekan husna. nak tau, baru je sebulan pakai kete baru, dia gi masukkan syiling dalm radio, dah le rosak. pastu nak beli meja tulis husna dan hanis, pastu simpan sket utk cuti2 malaysia (cadang nak ke famosa water world atau bukit tinggi), apa lagi ek.( bagi idea) .., eleh, 1000 tu bagi kat aku, kejap jele, hehehehehehe
dan aku masih menunggu duit terpijak lagi yang bakal aku dapat . actually x le terpijak pon. aku berhempas pulas juga untuk ini. terpaksa korban kan cuti dtg ofis nak siap kan kerje. hai...bila nak dapat, hehhehehe ni kira kerje rasmi jugak ni, bukan part time tau...manale sempat nak buat part time. walaupun boleh je kalau aku nak. cukuplah, anak2 lebih berharga dari duit...
alamak panjang le plak arini......
Wednesday, January 11, 2006
jemputan aqiqah
Norlaily Binti Mohd Saiden
Dengan rasa tasyakkur dan rendah hati ingin menjemput :
Tuan/Puan/Cik…………………………………………………………
Suami isteri serta keluarga ke Majlis Kesyukuran Aqiqah anakanda putera yang kami sayangi
HABIL NAQEEB BIN HASRI
Di teratak kami: No: 1, Kg Nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor pada 15 Januari 2006 bersamaan 15 Zulhijjah 1426H dari 12.00 tengahari– 4 petang.
Semoga Kehadiran tuan/puan akan memberkati majlis kami ini.
Telefon: 31341136 (Rumah), 0126867417 (Hasri), 0126867408 (laily)
Email: has_elly@yahoo.co.uk, ummu_naqeebah@yahoo.com
Url: http://hasrilaily.blogspot.com
Tuesday, January 03, 2006
mmm, tahun baru datang lagi
mmm, tahun ni juga aku target mesti buat PhD. x larat dah kerje. mmm, hubby plak tahun ni dia nak bina kerjaya. InsyaAllah tahun ni dia konvo master dia. tak sabar rasanya nak tengok dia pakai jubah konvo. masa aaku konvo master dah ada husna dan hanis plak dlm perut, 3 bulan. bestnya kalau hubby konvo, anak dah 3!!!! pastu plak rasanya habil dah jalan. meriahnya!!!
Alhamdulillah, mahligai yang kami bina atas dasar mawaddah warahmah, sangat indah. sesungguhnya aku bersyukur teramat dikurniakan suami yang 'best' dan anak2 yang comel. walaupun hidup kami tidak mewah seperti orang lain, tetapi kami hidup dengan limpahan kasih sayang. banyak suka duka yang kami lalui bersama. Betul lah, jika kita pandai melayari bahtera rumahtangga, hidup ini akan sentiasa ceria dan tenang. untuk tahun baru ni kami byk pplan nak ceriakan hidup kami. Yang penting ,pandai2lah,,,, apapun sebagai isteri, aku berazam tahun ini untuk sentiasa "anggun" di mata suami. chewaah. suapaya suami kalau kuar rumah tu, nak cepat2 balik, eheheheheh
Husna plak, eosk akan mula tadika islan kat UPM. harap2 dia boleh cope ngan suasana baru. tapi si husna tu peramah. cepat mesra. ok kot......
Hanis plak, kelako aku tengok dia sekarang. pandai ngikut apa yg orang cakap. apa yg husna buat dia dah pandai ikut. dia pun dah pandai melawan husna. so, husna pon x beranila nak sakat. siap2 dia yg kena balik, heheeh.
Mmm, berita terkini, habil blom lagi 3 bulan, ahad ni baru 3 bulan, tapi aritu timbnag, 7.2 kg.....mak oiiiiiisihat bebeno kamu ni....
Friday, December 30, 2005
Terlupa lecture notes..
semalam aku punyelah excited buat lecture notes lawa2 guna power point. nak jadi citer aku tersilap save file. aku pergi save lecture notes next week yg ada 1 slaid jek. MasyaAllah!!! abih tu nak buek apa. so, dah le aku ngajar macam budak sekolah. kena tulis kat white board. sabau jelah. seharian buat lecture notes, last2 ngajar cara conventional jek. mujur le, ada exprience ajar subjek ni. kalau x, blur gak...
pernah jugak dulu aku punye note dlm power point, tup2, kompoter kat dewan tu problem, abih tu nak ajar caner? kena la guna ilmu yang dalam kepala , x larat nye ngajar tulis2 kat board , dah le tgh sarat pregnnat. caner la, cikgu2 ngajar. x ponat ker? aku kalau x larat ngajar duduk jek. pegang mic , mulut bercakap x renti2, heheeh, so memang patut la kerje aku ni guna air liur aja...
Entry 2
Hari ni Habil merengek jek. entah kenapa. dari subuh tadi. nyusu sikit jek. selalunya sampai tengahri dalam 3 bekas PSI (perahan susu ibu) /EBM (expressed breast milk) dia minum tapi hari 1 jek. awat nyer ye??? tapi tadi lunch aku balik jugak. nak tahu kenapa?? selain dari nak susukan habil, sebab pagi tadi anak dara aku 2 orang tu sibuk nak tengok VCD ummi , haddad alwi tu, aku n i nak gi kerje. pagi betul hari ni diaorang bangun. abih sapa nak tutup pc tu. aku ajar bibik, dia x reti2, jadi aku balik lunch sebab nak tutup pc....tapi nak jadi citer sampai kat ofis balik, baru teringat, aku terlupa nak tutup......mmm, tapi tadi nampak pc tu gelap jek,mm mesti si husna "TUTUP". hai rosak la pc aku ...
Entry 3
Esok hari yang sibuk buat aku dan hubby. pagi sampai petang meeting.Pagi kami ada miting PKPIM, petang plak miting persidangan selari abim selangor. harap2 mlm tu kami dpt bersama2 anak gi alamanda, nak beli baju mandi hanis. yang lama tu dah kecik, itupun warisan dari husna....lagipun nak tengok baju2 untuk hari aqiqah habil nanti. esoknya plak, cadang nak gi ANakku , jualan gudang. enathlah, larat ke aku ni, semua nak pergi...biaalah kami, hari cuti yang tak cuti, tapi kali ni mesti balik kampung. dekat je...Klang. nak engok persiapan kenduri nanti. tumbangla 3 ekor kambing, kakak aku join sekali aqiqah anak dia., yang beza cuma 2 minggu dengan habil.
Thursday, December 29, 2005
Kuliah telah bermula
bilalah agaknya nak re apply PhD. dulu dah dapat tempat x jadi pergi. La ni, kena pikir balik, bila nak amik ielts la, nak gi btn la. kelakaunya aku kena pergi btk waktu lagi seminggu nak due bersalin. so, dapatla tangguh. dah lepas bersalin, malasnye nak pergi.maklumla, fully breastfeed. 5 hari plak kat sana. Sedihnya nak tinggal baby. jenuhnya nak kumpul stock susu sampai 5 hari. boleh ker???
hari ni dok register HUSNA tadika. di abaru 2 tahun setengah. tapi saya mintak kat cikgu tadikan utuk masukkan dia kelas budak 3 tahun. lagipun dia dah free diapers dah. cikgu dia pun setuju. oklah tu.
dalam2 tgh dok taip blog ni , saya dah terima tugasan baru utuk sediakan amali budak asasi pertanian. sabau jelah. dulu masa aku subjek ni, aku le dok incharge amali. la ni lecturer lain ajar, aku jugak lagi yang kena buat amali baru. actually dah ada. pastu plak, ketua jabatn kata x de duit plak nak beli. laaa, gunakan jelah apa yang ade kat lab tu. adosss, aku dah kena einstein la plak, pikir experimen apa yang ada. mula2 aku x sure aku kena incharge for the whole semester. ingatkan kena cari bahan jek. mmmm, aku dah agak dah, last minute aku jugak la kena....
tengah tension ni....tgh dok pulun buat lecture note, dah kena buat mende lain plak...
Tuesday, December 27, 2005
angah demam...

ini gambo lama dia masa 8 bulan kot , x ingat...
malam tadi dia demam. sebenonya dalam minggu lepas lagi semua ahli family dah start selsema, mula2 along, pastu angah, pastu ummi (akula tu) babah, habil plak dah berair sket, tapi cepat OK. agaknya susu ibu ni ubat paling mujarab.
cuti krismas balik kampung. lepas tu plak pergi mandi kat hot spring, kat sg. klah, best tau..... may be berendam lama sanngat kat kolah kot si angah tu. mas atu kolam tu air sejuk, nak balik tu baru suam2...
bila angah demam, terpaksalah ummi dan babah tidur lambat sebab angah meragam.
thanks abang sebab setia bersama menjaga anak. sesungguhnya keBAPAan mu sungguh terserlah. tidak tersilap aku menerima pinangan mu...chewah!!!!
Hot Spring Sungai Klah
sebagai membalas jasa kami yang setia menunggu masa free dia. akhirnya isnin pagi kami pergi ke hot spring sg. klah.(itupun sebenonya hubby amik cuti, tempat keje dia sebenonya x cuti tau, ) best gak tempat tu. tak sangka dalam celah2 kelapa sawit tu ada hot spring yang cantik. mahal gak. masuk kena bayar RM5. tak bawak camera , so, x de gambo.habil tinggal dengan bibik. mertua kata tempat tu jauh ke dalam. leceh bawak baby. alhamdulillah malam sebelum tu ada a perah susu. so cukup lah susu tu sampai tengahari.
seronotnya along dan angah mandi. utk budak air suam2 gitu. sempat gak aku berendan kaki kat tempat air panas tu. mula2 rasa panasnya....tapi lama2 syok plak....natijahnya, malam tadi angah demam.....
bulan ni saja kami dah pergi 3 tempat ber air...PD, ulu yam dan last sekali...hot spring sg. klah. sebab itu tidak heranlah anak2 ku jadi HANTU AIR...hehehehehehe
Friday, December 23, 2005
Alahai Anak Daraku

gambar ni di ambil waktu cuba2 try pakai baju raya. Tudung biru tu Hanis (Angah) yang pink tu Husna (Along). beza umur pun setahun je macam kembar plak...Along 2tahun setenagh. Angah setahun 4 bulan...
Sedih tengok angah semalam kena gigit ngan husna kat pipi sampai berbekas plak tu. Along tu betul 2 buat ummi gerrrraaaammmmm. kadang tu asik tolak angah je. sian angah. tapi bila time ummi marah along, angah la tempat dia mengadu. nangis sambil peluk2.
Alahai anak daraku....