Thursday, January 26, 2006

sesuci air mata ummi....

mm, macam sadis plak tajuk nye kan. aku saja nak berkongsi peristiwa yang aku alami malam tadi. sungguh terkesan pada aku, ummi kepada 3 orang anak yang rapat2 belaka ini.bukan mudah hendak memahami isi hati anak2 yang kecil ini. husna (along) dan hanis (angah) asik bergaduh je buat aku yang orang nampak cam cool ni pon hnagat hati. aku ni lately ni asyik nak marah je. asik terjerit2 tengok perangai anak aku yang 2 tu. samapi sakit tekak dibuatnya.

malam tadi hubby balik lambat. nak maghrib baru sampai. dia pon terpaksa cancel class dia di KUIM kerana terlalu letih katanya. dia pon part time je ngajar kat situ. aku tahu dia penat sangat. setelah aku melayan anak2 ni, aku take turn dengan hubby dia mandi dulu, tehn aku plak. walaupun aku ada helper, biasalah anak2 aku bila aku dan hubby kat umah, berkepit jek. dari tingkat atas aku dengar hubby aku marah husna . nada suaranya tinggi sekali. aku jarang dengar dia marah kuat2 ni melainkan dia geram sangat dengan anak2. tehn, terdengarlah suara along nangis dengan kuat sekali. aku yang kat bilik air tak keruan plak. cepat2 aku kuar. dan bertanya,

napa babah??? hubby senyap, tengok husna nangis bagai nak rak, aku kata,"along, meh ikut ummi naik atas, aku tanye lagi, napa babah? dia kata husna main peti ais, tehn pintu peti ais tpt sejuk beku tu jauh dan pecah sikit. dah le susah nak tutup, lepas ni nak bukak kena pegang pintu pelan2. aku pun mula naik hangin. "along ni asik nak main peti ais je", yelah geram jugak, baru je beli peti ais tu, sebab maid aku yang dulu dia bersihkan peti tu ntah caner, bocor. aku pon mula tinggi kan suara pada dia"along nak cari apa lagi??" denagn mata aku terjegil2 depan dia.aku memnag bengang betul sebab bayank barang2 kat rumah tu roisak sebab dia. contohnya radio kereta. aku baru je pakai kete sebulan, baru sanagt , dia pergi masukkan syiling dalam radio tula, tpt kasetla, dah rosak. pastu speaker PC aku pin dia gi masukkan kat syiling kat celah2. padahal syiling tu simpan terasing tapi dia tu tau je caner nak amik. apa lagi, pintu sampai terkopak2. aku beli dua high chair, dua2 meja nye dah patah. awatle anak aku ni.....

dia ni memnag suka buka peti ais. dah bayak kali aku beli kunci peti ais,dah lock pon tau buka. dia tu bijak betul, ade je cara dia nak buka peti ais tu. padahal sebelum aku masuk bilik air tu aku dah bagi dia ais krim.

diteruskan cerita. bila aku marah dia denagn muka yang menakutkan dia lagi nangis. nasib baik frekuensi suara aku tak sama nagan batu2 rumah tu. kalau tak dah lama runtuh. heheehhe dengan suara tinggi aku cakap,
"husna, cepat masuk bilik, baring atas katil tu", dia masih menagis lagi.aku cakap lagi
"ummi kata berenti nangis, senyap!!!!" dengan nada tinggi lagi. aku nampak dia teresak2 nangis. tak lama kemudia dia pon senyap sambil barimg atas katil dengan muka ketakutan.

aku rasa sangat bersalah, walaupun aku tak pukul dia, nada suara aku sudah cukup buat dia nangis. aku pon amik wudu' dan solat isyak. Dalam solat aku terasa sungguh syahdu. jahatnya aku ni. marahkan anak sampai ketakutan budak tu. air mata ku mula berlinang.....selepas solat aku lihat dia masih baring atas katil , senyap je. aku pon panggil dia dengan lembut..."husna , meh sini kat ummi"dia pon datang dekat aku. bila dia tengok aku pon nagis, dia datang memeluk aku sambil nangis. dan kami nangis bersama sambil berpelukan. aku cakap
"husna, ummi sayang husna. ummi marah sebab ummi sayang...then aku tanye dia, "husna sayang ummi???" dia angguk, "husna sayang babah? dia angguk. "meh kita doa sama2"

aku pon angkat tangan. dia pon sama. aku pon berdoa dengan kuat suapaya dia pon boleh dengar"Ya Allah, jadikanlah husna anak yang baik, jadikan husna ank yang ikut cakap ummi , debgar cakap babah. ........" dan aku lihat air mata dia berlinangan. aduh!!! syahdu nye aku lihat . rupa2nya anak aku ini sudah punya perasaan. akhir sekalli aku baca doa' "rabbana hablana min ladunka zuryyatan thoiyyibah, innaka samiun dua'....aku hembus di ubun2 dia. aku pon meleleh le air mata. lepas doa tu, kami berpelukan lagi. masatu aku cuba nasihatkan dia, "husna dengar cakap ummi yek ( dia angguk), jgn tolak2 angah, dengan cakap babah (dia angguk), jgn rosakkan barang2,(dia angguk) ummi x de duit lagi nak beli, ummi nak beli pampers, susu....,lepas ni makan ek(angguk) , ummi suap, pastu tidur , esok sekolah, ok, lepas ni husna turun bawah, salam nagn babah, cium tgn babah, cakap mintak maaf (dia angguk)

aku tanggal telekung dia dah x de,rupanya dia ke bawah jumpa babah. demi terpandang wajah babah, dia pon peluk babah dia dan nangis.....dan aku mendapat pengajaran yang sungguh bermakna malam tu.rupanya anak aku dah punya perasaan 'dewasa'. malam tu awal dia tidur. aku tepuk2, degan kasih sayang....

dia tidur je, aku makan dan bersiap utk pergi usrah. aku bawa hanis +habil+helper sekali. aku nak bagi hubby aku rehat secukupnya malam tu tanpa diganggu anak2.

bukan mudah menjadi ummi yang baik. kena pandai kawal emosi an kuat iman. kalau tak memang le boleh sakit jiwa tengok perangai anak2 ni. tapi bila diaorang Ok, seronok la, bila diaorang x Ok, macam nak pecah rumah...sabo jelah. itu je yang mampu aku katakan....

2 comments:

uDA said...

alamak..yg baca ni pun rasa nak nangis. pasal kejadian2 camni mmg selalu berlaku utk ibu2 yg beranak rapat2 kecik2 nih. alahai...

Nik Ha said...

alamak..dah ternangis la..akak ni mmg sensitif bab2 ank ni.Mmg masa dia nakal rasa nak pulun marah, tp bila dia dah nangis kesayuan, mula la rasa bersalah. Tp yg penting kita trgkan kat dia kenapa kita mrhkan...