Alhamdulillah, ahad yang lepas selamat berlangsung majlis aqiqah habil. penatnye masih terasa. naik kejang kaki ni. maklumlah, habil tu berat dia 7kg ++, walaupun baru 3 bulan. dah le kena dukung dia masa cukur rambut, walaupun sebebnonya dia x de rambut. kira acah2 jek. penat wei,,,pastu plak penat basuh pinggan mangkuk, periuk belanga, mak oiii, sakit pinggang ni. dah le jenuh bibik picit aku malam tadi. hubby plak malam tadi x de . balik pon dah nak dekat kol 10 mlm.
Merih nya majlis. nanti aku kepilkan gambo ek. macam kenduri kahwin. bayangkan daging aqiqah lembu + 1 kambing hidup hadiah abang ipar dapat . mak oii nasi masak sampai 6 kali. > 50 kg beras tuh. dengan khemah nya, hai, rasa cam majlis anak kawin plak. sedara mara jauh dekat dtg. wah. padahal ini anak aku yang ke 3 bukan pertama dan juga terakhir. eheheh. alhamdulillah,. si habil tu x meragam. bagus betul. dipakaikan baju melayu pon, maintain jek. orang asik cubit pipi dia jek. geram, tembam betul. ramai yang x caya bahawa habil hanya minum SUSU IBU sahaja. aku x pernah beri makan apatah lagi susu formula. alhamdulillah, aku berjaya buktikan 'cakap-'cakap' orang tentang kemampuan aku menyusu baby boy yang katanya tahap menyusu nya luar biasa. itulah, hendak seribu daya, x nak seribu dalih. moga aku diberi kekuatan untuk terus istiqamah menyusu anak. Aku bukanlah ummi yang terbaik , tetapi menyusu kan anak dengan susu sendiri merupakan perkara terbaik sebagai ummui yang pernah aku lakukan. Yelah, aku ada helper, basuh baju, gosok, jaga anak awaktu aku kerja, kemas dia yang buat. jadi sekurang2nya, anak2 masih rapat aku.....nak tetap perlukan ummi dan babah. tiada yang boleh menggantikannya...walau siapa....
Alamak dah meleret plak citer. sambung balik bab kenduri. mmm, memang byk jugak le belanje keluar untuyk kenduri ni. moga ada keberkatannya. haa, tapi dalam meriah2 tu, ada juga insiden yang buat aku tension, walaupun cuba jugakla untuk relax. maklumlah, masa kenduri, ramai sangat yang datang. kami prepare memang banyak makanan. maklumlah, saya share nagn kakak. kira belanja kenduri ni bahagi dualah. dia pon aqiqah sekali anak dia. nak jadi citer ada lah beberapa jiran ni. kami baru je kenal. dia duduk belakang rumah. kira nyewa rumah sewa nenekla. rasanya x delah depa ni kerje kuat sanagt. tapi yang sedihnya, depa dok angkut makanan2 bawak balik, bermangkok2, berpinggan2. samapai tetamu datang x cukup makanan. denagn selambanya ambik tanpa minta izin tuan rumah. terkedu makcik2 aku tengok depa bawak sop kambing berulang alik bawak mangkuk. sapai kmai ni tuan rumah tinggal kuahnya.bukan tu je, dengan ayam goreng berpinggan2. lepas goreng, panas2 tu dengan selmaba depa bawak balik rumah. bila dah petang, ramai lagi oarang dtg, siannya, dah x cukup makanan. tinggal saki baki kuah jek. nasib baik makcik2 aku perasan perbuatan depa ni dan cepat2 sorok makana dalam bilik. heheehhabislah bilik bau makan. abih nak sorok mana? depa tu tau jek cari nanti. aku x paham lah sikap orang yang macam ni. bukan le kami x bagi bawa balik. memang patut dia bawa balik sebab dah penat tolong tapi berpada2 la. jgn la bawa byk sangat . majlis x abis lagi. cakap ngan tuan rumah pon idak. kalau sedara ke x pe jugak. ni kami baru kenal dalam tak sampai 2 bulan duduk situ. ish, tak paham le oarang yang macam ni. x de sopan santun budaya kita betul la. x kesian langsung ngan tuan rumah. segan pon ada jugak denagn sedara yang lewat. makan x semporna. padahal kami budget cukup. masak berkawah, tapi sekelip mata tinggal sket. cepat betul depa dok ambik . ish ish.....apapun, dalam kecoh2 tu, aku cubalah berpositif thinking jugak. anggaplah itu sedeqah kita. bising2 pon x guna jugak. dan malam tu kami makan nasi dengan telur dan saki baki kuah yang ada. sodih betul lah.
mmm, x pelah, dalam sedih aku tetap gembira, nak tau apa????? alhamdulillah, aku menang pertandingan esei kempen budi bahasa peringkat universiti. alhamdulillah...tempat pertama, dapat RM1000. rezeki baby lah ni. aku buat masa pregnnat dulu. hubby yang byk tolong sebenonya. bahan2 dia yang cari kebetulan dia baru je gi seminar jati diri. wah!! sedap le menggoreng dalam esei tu. lama sangat kami pon hampir lupa yang masuk pertandingan tu. tup2 dapat call suruh amik cek....wah dalam kepala macam2 dah terbayang nak beli apa....nak ganti radio kereta yang rosak dikerjekan husna. nak tau, baru je sebulan pakai kete baru, dia gi masukkan syiling dalm radio, dah le rosak. pastu nak beli meja tulis husna dan hanis, pastu simpan sket utk cuti2 malaysia (cadang nak ke famosa water world atau bukit tinggi), apa lagi ek.( bagi idea) .., eleh, 1000 tu bagi kat aku, kejap jele, hehehehehehe
dan aku masih menunggu duit terpijak lagi yang bakal aku dapat . actually x le terpijak pon. aku berhempas pulas juga untuk ini. terpaksa korban kan cuti dtg ofis nak siap kan kerje. hai...bila nak dapat, hehhehehe ni kira kerje rasmi jugak ni, bukan part time tau...manale sempat nak buat part time. walaupun boleh je kalau aku nak. cukuplah, anak2 lebih berharga dari duit...
alamak panjang le plak arini......
Tuesday, January 17, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment