Wednesday, November 07, 2007

Rabbi Yassir wala Tua'ssir

Rabbi Yassir wala Tua'ssir. Itulah doa yang kerap aku baca tatkala aku rasa gelisah, gundah gulana. membaca report viva buat aku tension. accessor hanya stress pada soalan yang aku tak dapat jawab sepenuhnya, dia x stress pun mana yang aku dpt jawab, ada la satu. cuma ada gak dia tulis student well prepared for viva. . ada soalan yang aku dapat jawab penuh mereka kata aku susah untuk jawab. Kadang kala aku rasa tidak adil. aku cuba positif. untuk aku kerje lebih kuat. itu bab accessor.

Bab supervisor plak. setelah baca report viva, dia minta maaf dengan aku sebab dia sedar dia x check betul2 report aku, banyak salah technical, format, setting dll. yang bestneyr dia kata dia responsible atas semua salah tu. (yelah dia suruh buat cam tu aku ikut jek) namn, dalam2 dia ngaku salah, ada juga dia kata aku yang salah. malah dia kata graf yang aku bagi dulu, dia kata aku ubah. huhhh, rasa geram pun ada. mana ada aku ubah. itulah dia nya, yang original. dia ala2 'bebel' naper ada soalan mudah aku x dpt jawab. Betul aku akui aku lupa sangat Bragg's Law yang aku belajar hampir 10 tahun dulu. apapun , aku positif. aku tak nak melawan meskipun ada kata2 dia yang aku sangat terasa. Contohnya, acessor komplen meeting tak cukup. tapi supervisor aku kata salah aku sebab x remind miting (aik?? salah aku?) . Aku hanya senyap jek. Tapi dalam hati aku"cuba check email, baper kali aku tanye, prof, bila nak set miting?? byk kali" . Tapi bila dia kaji betul2, yeah, dalam setahun ni hampir 3-4 bulan dia kat australia. Then di ngaku dia sibuk anak nak kawin, anak nak berslain, wife sakit, so what? salah siapa?? . Masa awal2 dulu kerap sangat miting, sampai aku jadi kelam kabut. tapi lama2 mula la senyap. Dia bagi banyak alasan pada aku. adilkah dia je yang bagi alasan? aku ni??? Tapi aku 'hurray' sebab dia realize akhirnya yang aku ni'kurang kasih sayang' supervisor. huhuhu.

Cukuplah bab viva tu. aku ingin mula hidup baru. Apapun, aku perlu belajar untuk lebih tegas dan kuat semangat. aku nak dia tau yang dia juga perlu bertanggungjawab atas phD aku ni. tidak semua salah aku, adalah salah aku,. Sekarang ni, aku akan buat correction atas report tu dan cepat la dapat upgrade. aku target lepas cukup setahun aku dah upgrade. Next week aku akan present seminar. Doakan moga aku confident dan berjaya.

Dalam hidup aku aku sudah banyak kali gagal tapi selalunya aku akan lebih cemerlang lepas aku gagal dan aku pernah buktikannya satu ketika dulu. masa aku first degree result aku sangat teruk masa sem 1 , namun aku bangkit dan bangkit, Nah aku berjaya juga. Masa SPm , result aku teruk, namun masa matric aku buktikan!!. Jadi, aku kena cekal hati, lupakan kata2 yang ingin men'down'kan aku. ahh, anggaplah itu semua sebagai CABARAN dan DUGAAN yang perlu aku lalui untuk mencapai impian. Mana ada kejayaan datang menggolek. Semuanyer kena menelan kepahitan dan 'pekak' telinga. janagn terlalu ikut perasaan. Dan jangan asyik sensitif dan terasa hati. Anggaplah apa yang sueprvisor kata tu adalah untuk memdidik, agar kita jadi lebih kuat, lebih semangat.


Dan aku kena menghormati supervisor aku sebagai guru. heeh dlm2 kutuk dia tu, ish...x baik laily. Bukan le kutuk ke apa, biasalah kitani nak lepas tension. Sorry prof. penting tu keberkatan ilmu. Nah!! laily, teruskan usaha, PhD bukan seperti highway, jln terus je. kena banyak2 sabar dan Doa.

Aku telah berjanji, ini jalan yang aku pilih, aku kena teruskan denagn cekal. Aku la ni baru realise satu perkara Allah Maha Adil. Dulu waktu wa takde, perjalanan academic agak smooth, supervisor OK, tapi aku kelam kabut pasal anak. La ni bab anak dah setel, Allah bagi problem academic plak. Ya!! supaya aku tidak lega. Allah sayang aku sebab di uji....

Rabbi Yassir wala Tua'ssir, Allah Ya kareem.....

1 comment:

ZLAA said...

Laily,

Kita sabarlah ye..