Friday, November 23, 2007

cancer

Innalillah, terbaru menerima berita malam tadi sewaktu A.bad (penghulu melayu sheffield) datang ke rumah memberitahu mak nya critikal di Malaysia dan baru dikesan lung cancer. Jadi dia sekeluarga akan balik ke M'sia. Aku dan hubby terkedu dan simpati yang amat. selepas A. bad balik hubby aku berkata
" Macam mana agaknya keluarga kita di Malaysia, harap2 semua sihat"...kebimbangan pasti terasa melihat orang lain. Kata hubby " apapun, biarlah kita ada di sisi mereka"...itulah yang aku harapkan juga , Moga mereka panjang umur dan sihat, di rahmati Allah..Amin. Buat A. bad, Moga cekal dan tabah....

Sejak dua menjak ni, terlalu banayk orang yang terdekat dengan kami menghadapi cancer. Biar aku cerita turutannya
1) kali pertama orang terdekat ialah, isteri pensyarah aku, En. Othman Talib, kini Dr. pensyarah fakuklti pendidikan. Dulu dia adalah pensyarah kimia , sewaktu aku matrik. Di sebabkan kami sama terlibat dengan abim, aku rapat juga dengan isterinya. Isterinya mengidap canser kalau tak silap kalenjar gitu. ia berjangkit sampai satu tahap isterinya menjadi bisu. seminggu sebelum dia meninggal, kami beramai, adik2 pkpim/abim konvoi naik motor ada dekat 10 motor ada, pergi kerumahnya. sayu melihatnya, kurus kering dan terpaksa guna pensil dan kertas utk bercakap. Akhirnya alah takdirkan dia pergi jua.....
2) pakcik ipar hubby. dia mula batuk2 sewaktu kenduri kami. kemudian makin teruk. dia hanya tahu kena cancer bila dia sudah meninggal dunia. Kami dan semuan keluarga tidak tahu langsung. sebab sebelum tu kami cadangkan dia berubat denagn daris Shifa' sebab ustaz kata dia kena santau. Rumah kami di kajang jadi tempat 'lepak' family dia sekeluarga . dan akhirnya umurnya tiodak panjang, sewaktu itu aku tenagh mengandungkan husna.
3) terbaru tahun ini: 2 bulan lepas, Kak Zah, mantan ketua helwa abim serdang. aku sempat ziarah arwah sebelum berangkat ke UK. Suaminya, AP Dr Nordin, pensyarah di fakulti architecture, upm. Dia juga begitu, bermula dengan batuk2 yang tidak berenti. sebelum tu dia dah menjalani kimo utk breast cancer. Dr. kata dan mati smeua sel tu, namun rupanya, datang lagi, kali ni hingga ke peparu. ajal nya sudah sampai
4) sister khadija yang aku kenal hanya melalui blog yang aku explore dari prof kamil. suaminya meninggal hanya beberapa bulan setelah disah cancel. MOga sis terus tabah dan kuat semangat.
5) 2 minggu lepas, kawan hubby sekelas masa di IRK UIA, meninggal dunia kerana lung cancer . penyakit itu merebak hingga ke mata dan menyebabkan arwah menjadi buta. Ya Allah, moga isteri dan anaknya diberi kekuatan oleh Allah.

alfatihah buat mereka semua. Moga Allah tempatkan mereka bersama golongan orang yang beriman. Ameeen...

begitulah, rentetan hidup manusia. kita melihat manusia lahir di depan kita , dan manusia yang meninggal dunia juga didepan kita. Tapi amat jarang kita berfikir. Mati2 itu pasti. "kullu nafsin zaiqatul maut". Aku bisa mati bila2, suami pun begitu, anak2 juga begitu. mereka bisa pergi sekelip mata, harta boleh hilang sekelip mata. kuasa boleh hilang tiba2. kenapa? kerana itu semua bukan milik kita. Allah hanya pinjamkan seketika untuk kira rasa ni'mat dan bersyukur. Bersyukur setingginya. Sewaktu orang lain belum ada jodoh, kita sudah ada suami yang meneman kita. Sewaktu pasangan lain sukar mendapat anak, kita sudah ada deretan anak, sewaktu orang lain kais pagi makan pagi, kita sudah pasti ada makan di rumah. Apa lagi yang kita mahukan? harta berjuta2? emas berkoyan? tiada gunanya , tidak boleh di bawa ke kubur. Hanya amalan yang soleh buat bekalan .

Buat peringatan diriku yang selalu lupa, alpa dan leka.......

No comments: