Tuesday, November 13, 2007

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selesai first year presentation yang mengerikan itu. Mula2 ngeri bila tengok, aduh, si prof gibbs lagi ker penilai nyer.... aku present didepan 3 professor dan 1 lecturer. macam viva juga, tapi kali ni lebih harmoni dan tenang jiwa aku. Banyak soalan tertumpu pada result yang aku baru aku yang excellent and superior dari betancourt (yg sellau jadi benchmark )!!! supervisor aku sangat gumbira sebab result yang aku dapat so far kira the highest value for isotropic PMs material. Dulu dia syik compare ngan student dia yang dapat (BH)max 140 KJ/m3 dan dia teruja tengok aku boleh dapat up to 200 KJ/3. result ini boleh bikin gempar dunia nanocomposite NdFeB based alloy ni.. InsyAllah. Tu yang mood dia sejak dua menjak dia BAikks jek. hehhehAlhamdulillah, syukur...

selesai present prof gibbs kat "well done , laily" (bukan sennag dia puji org sebab dia ni serius nyer) dan prof thomas kata "good presentation"..maka hari ni berbunga2 la hati aku....tapi dah kena warning cepat2 siapkan correction tu. heheehehehhe.

hai, itulah manusia, hati, perasaan dan emosi sering bergantung pada suasana. Sangat susah untuk rasa gumbira bila kena kutuk atau kena 'sembur'. susah untuk bersangka baik dan positif. Tapi kalau orang puji bukan main lagi. puji itu baik untuk menaikkan motivasi tetapi puji juga boleh buat kita leka, konon2 dah terror la tuh. . kena kutuk or marah or bebel boleh buat kita demotivate tapi boleh buat kita jadi lebih berusaha dengan lebih gigih. Apapun, kita la yang kena bijak menilainya....

walaupun hati dan minda memikirkan macam2 perkara, termasukla siapa nak jaga anak aku nanti. Aku sudah ada beberapa candidate tetapi x confirm lagi. Moga Allah permudahkan. Duit aku dah macam air dah ni. Tapi padakau , dah tak kisah sanagt bab duit ni, duit boleh cari, datang dan pergi. Allah boleh bagi bila2 dan boleh ambil bila2. Namun yang lebih penting sekarang ni ialah PHD. Aku sudah tempuhi banyak cabaran dan ujian sebelum aku sampai ke tahap ini. Aku ingin buktikan pada diri aku sendiri yang aku boleh berjaya dengan cemerlang bukan setakat segulung phD semata2. Aku ingin buktikan cakap2 orang yang dengan anak2 aku nan 3 itu aku boleh survive di sini. Aku ingin buktikan yang walau bidang yang aku amik ini susah tapi aku boleh lakukannya. aku sendiri tidak permah mimpi untuk terlibat dalam engineering. bekerja dalan satu department yang mendapat 5* di UK, dengan facilities yang jauh berbeza dengan Malaysia. Aku ingin buktikan walau english aku ni tak sebagus mana, aku boleh berjaya juga. Sekurang2 apa yang aku cakap , professor2 tu faham, itu dah cukup bagi aku. Mungkin aku tidak sehebat orang lain yang sangat fasih bercakap tanpa kesalahan grammar, menulis dengan baik, namum di bumi UK ini membuka ruang bagi aku untuk belajar. Aku mesti belajar untuk memperbaiki diri. Aku sudah tahu di maan kelemahan aku dan sebab itulah aku di sini. Di mana ada peluang class yang sesuai , aku pergi. Aku tidak malu. Malah tatkala orang sibuk nak reduce credit RTP, aku amik berlebih2 kredit. Semester ini aku amik terlebih 15 credit!menjadikan kan 30 credit sem ini. ini tidak termasuk academic speaking class. Class aku hari2 kecuali isnin. Dan aku sangat busy sem ini. semalam dan hari ni aku hampit tidak berjumpa anak. Malam tadi aku sampai rumah pukul 9 malam, anak2 dan tidur, pagi tadi aku kuar kul ~7.20 pagi anak2 aku ada yang tidak bangun lagi. hari sabtu pun aku ke office. minggu lepas dan minggu ini aku agak sedikit busy. Aku suka busy. Aku suka dilibatkan dengan banyak perkara dan komitmen. Malah dalam sibuk2 aku amsih sempat attend meeting sekolah melayu. Sebab sekiranay aku tidak sibuk, masa aku akan terisi dengan mende yang melekakan, shopping x abis, jalan2, tgk tv, tgk youtube dll.

Bila kita ada bayak perkara yang ingin dibuat kita lebig bertanggungjawab untuk manage masa dan hidup kita. Harap2 semangat ini yang akan ku bawa hingga ke akhirnya. Selepas 6 bulan ada wa, aku akan kembali kelam kabut. Moga Allah permudahkan segala urusan. Sebab aku percaya Dia Maha Adil, Dia tidak akan membebankan dengan sesuatu yang tidak dapat aku tanggungi...

Sorry, panjang sikit, makumla baru lepas present....Tapi laily!! ingat!!!! cepat buat correction tu.....huwa!!!!

2 comments:

Asiah said...

salam tahniah...pasti kejayaan itu sgt bermakna... salam utk hasri ye...so dia nak buat phd kat msia ye?...
hubby kak yg buat phd kat sini...akak nih bermimpi nak buat sekali...cuma belum ada rezeki lagi..doakan utk akak ye

alifbaataa said...

Tahniah Laily...tumpang seronok.