selepas subuh, mata aku sudah tidak bolehtidur lagi. konon2 hari minggu ingin bermalas2an di atas katil. Namun, hubby mengajak temankan dia minum dan tengok news. susah betul kami nak tengok news sejak dua menjak ni. Asyik nak berperang dengan husna yang asyik nak tengok TOm and jerry.
Sudah penat berborak aku membuka internet, membaca utusan. Lantas terpaku membaca temubuat bersama Tan Sri Ainuddin Wahid yang aku kira sebagai seorang pejuang melayu
SEjak abhasa inggeris di perrkenalkan untuk subjek matematik dan sains aku rasa sudah kacau bilau sistem pendidikan kita. Aku dulu yang mula2 mengajar dalam bahsa melayu terpaksa menukar tempo, nota dan segala mala disebabkan hendak juga seamuanya dalam bahasa inggeris. Seperti pelajar, pensyarahjuga menghadapi masalah. semua bahan kuliah sebelum ini terpaksa ditukar. Itu satu hal, malah agak janggal bagi aku untuk mengajar dalam bahasa inggeris di hadaapn pelajar yang majoritinya melayu. Pada aku, aku tak kisah kalau depan aku adalah pelajar foreigner. janggal cakap omputih depan pelajar2 yang semuanya tahu bahasa melayu. apa yang aku dapati pelajar, bukan sahaja pelajar melayu malah ada beberpa pelajar cina yang berjumpa dengan aku dan berkata mereka sukar nak ikuti subjek fizik dalaam bahasa inggeris. masa awal2 dalam exam aku buat dwi bahasa. So, mereka boleh survive, kemudia bilaaku tukar sepenuhnya soalam dalam inggeris, sudah le menggelabah. SEbelum exam aku cakap
"Saya tak nak B. inggeris dijadikan alasan kalau gagal dalam fizik, kalau kamu gagal fizik sebab memnag kamu tak tau fizik, tak pe, memang patut, , tapi janagn gagal sebab kamu tak tau b. inggeris". Jadi untuk memudahkan pelajar, aku kata bila exam, kalau ada perkataan x tau , angkat tangan. Maka jadilah aku dictionary bergerak waktu exam. Ya Allah, sedih nya aku...
Aku pernah berborak dengan seorang pensyarah senior. sampai sekarang aku tersenyum mendengar cerita tu. Disebab kan soalan dalam b. inggeris, dia benarkan pelajar bawa kamus. Dia terkejut bila ada pelajar, perkataan 'Figure' pun tengok kamus!!!!!!
Aku bukan nak perkecilkan sesiapa. Bukan salah budak tu.
Aku pernah mengajar pelajar2 matrik yang result spm power2 belaka. of cozlah dalam inggeris sebab terpaksa, tapi kalau dema ni susah nak faham, aku explain dalam melayummm senang citer, clear. buku rujukan dalam english. tapi idok juga lah faham2. letih aku. padahal masa spm dulu belahar dah bende tu. Tiba2 sorang student bangun
"Puan, macam mana kami nak faham, dah la fizik ni susah, baca buku pun x faham dalam englis, , kami ni dua kali tak faham"
terduduk juga aku nak menjawab....Maka aku setuju, kita lebih mudah belajar dengan bahasa ibunda kita...Sebab dulu aku belajar fizik denagn bahasa melayu sebab itu aku berada seperti hari ni. kalau dalam bahasa inggeris aku rasa sekarang ni aku kat mana la agaknya.
Aku setuju 100% apa pemdapat Tan Sri ainuddin. Aku dulu sekolah kampung, totok kampungnya. Sekolah kebangsaaan telok gong. Kampung aku nama Kampung Nelayan. Bunyi kampung sungguh kan? Cikgu mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Memaang english aku tak bagus sangat tapi kira baik dikalanagn budak melayu masa tu. . Bila aku masuk sekolah agama, penekanan lebih pada bahasa arab. assembly pun dalam bahsa arab, belajar feqh, tauhid, sirah, semua dalam bahasa arab, buku dalam bahasa arab. jadi memang english kurang penekanan. mak ayah orang kampung mana le reti nak speaking2 ni. kemudian aku masuk SBP, SMSS, kali ni penekanan lebih untuk english, announcement kena dalam english. masa mula2 samapi sekolah tu, tergeliat2 lidah aku kena baca rukunegara dalam omputih kat assembly.Kemudian, masuk upm, di ajar semua dalam melayu kecuali satu subjek yang lecturer foreigner yang ajar. kemudian buat master di upm. thesis master aku dalam bahasa inggeris. TapiYa allah, jenuh supervisor aku betul kan grammar aku. Tapi aku respect sangat dengan dia. sebab dia kata , as long as dia faham apa yang aku tulis, ada content, salah sikit2 tak per. aku pelan2 improve english bila 'kena' ngajar dalam english. Aku cuba belajar dalam mengajar. pensyarah masa tu tak kira professor, kena pergi kursus english, seminggu! best, dapat makan free, heheh Bila aku kena ke UK, amik ielts x lepas, kena repeat. aku sematkan dalam hati, aku tak nak english jadi sebab aku tak dpt ke UK. akhirnya aku dapat juga6.5 denagn 7.0 untuk speaking. kemudian, bila aku sampai UK, aku terkesima...aku ingat english aku la yang paling teruk, rupanya, pak2 arab, org jepun, china, malah orang spain, geng2 yang cakap spanish jauh lebih teruk dari aku. Bila aku join class academic speaking aku realise, " laily, idok le kamu teruk bebeno..." Tapi aku kagum denagn ilmu mereka, sikap mereka. Sebab itu , lihat germany, rusia, jepun.....tak perlu tergeliat lidah, mereka boleh survive, malah sbenarnya teknology mereka lebih canggih dari UK dan US!
Aku tidak menafikan kepentingan bahasa inggeris, malah antara tujuan aku ke sini adalah untuk memahirkan aku dengan bahasa ini di sebab aku nanti adalah pensyarah dan penyelidik. Ini satu kelebihan untuk mahir berbahasa inggeris. Tapi janganlah samapi lupa bahasa melayu sebab bila lupa bahasa, lupa budaya, malah lupa agama. aku dapati begitulah, di UK ni anak2 melayu tidak pandai memberi salam. ketuk rumah, cakap hello. bila nak balik cakap bye bye. sedihkan???
Mula2 aku samapi sini teruja dan seronok tengok anak2 melayu fasih "speaking" aku juga harap anak aku begitu tetapi aku tidak mahu perkataan seperti , akhlak, mulia, solat, salam, insaf, maaf, doa, wudu' , adab , atuk, nenek, opah, pak su, mak lang, dll hilang dari mulut mereka. Malah apabila health visitor datang kerumah aku dulu, dia kata janagn cakap english sepenuhnya, gunakan juga bahasa ibunda sekali, itu lebih baik.
aku mula2 keliru. nak cakp omputih atau melayu di rumah. aku berbincang2 isu ini dengan kakak2 senior di sini. Aku setuju dengan satu pendapat. Budak2 lebih bijak jika dia dapat belajar banayk bahasa. kita biar dia berfikir dua kali. Contohnya, biar dia tau, chicken adalah ayam. jadi otak dia lebih cekap sebab kena fikir dua mende sekali. Ahh!! budak2 sangat cepat belajar. dari pagi sampai petang cakap omputih di sekolah, apalah salahnya cakap melayu di rumah. Malu ke cakap melayu???? tak de class?
Teringat kisah seorang pensyarah di fakulti aku, (eh, sorri ek, kalau boring nak baca, ini blog aku, aku tulis untuk aku berfikir , x delah aku asyik nak fikir magnet aku je) . Dia sekolah kampung, oarng susah, untuk belajar dia sanggup tumpnag rumah orang, duduk kat dapur . sebabnya rumah dia jauh sanagt dari sekolah. dulu tak semua sekolah ada subjek sains. Nak jadi cerita dia sanagt pandai, keputusan bagus. dapatla dia jadi tutuor di upm. masa tu kerajaan hanta semua tutor ni ke oversea. x kisah la u mana , asal nama kat Uk semua Ok jek, politek pun OK. Dia ni hadapi masalah englis yang teruk. dia cerita. saya cakap pensyarah x faham, pensyarah cakap, saya pun x faham. Lantas dia berusaha, amik class, kerap jumpa pensyarah, akhirnya dia berjaya. Nah, dia pensyarah yang hebat di UPM sekarang! aku pernah jumpa kes yang sama, sorang pensyarah ukm, first degree di al azhar. of coz lah cakap arab. kemudian dia merantau ke london untuk kerje. kemudia belajar. dalam keaadaan x tau omputih. dia belajar dan ambik class. Dan alhamdulillah, dia sudah jadi orang terkenal sekarang ni. Jadi aku mengambil semangat mereka. Bahasa boleh dipelajri. Jangan jadikan english sebagai alsan untuk tidak cemerlang. percayalah, boleh, InsyaAllah
Aku sebenarnya hendak memberi semangat pada seorang kawan, yang sudah repeat ielts tidak juga lepas2 6.5. Dia sudah mendapat tempat di UK namun ielts nya bermasalah. Aku katakan, amik lagi!! janagn putus asa. jangan jadikan english batu penghalang untuk berjaya. aku ada kawan yang dia belajar master dulu di UK, kemudian dia amik ielts sebab hendak buat phD. Percaya atau tidak, dia amik 3 kali namun masih tidak lepas juga 6.5, akhirnya dia merayu KPT, dan sekarang di di UK. So, aku begitau kat kawan aku tu, kita ni belajar kat upm dari degree sampai master, of coz lah x terror, tengok orang yang study UK pun x lepas, so janagn patah semanagt!!! aku bukan perkecil kawan aku yang belajar UK tu, aku dapati english dia bagus, (of coz lah study UK) tetapi pelik bin ajaib naper dia tak lepas2 ielst , aku budak kampung yang terukni boleh lepas? mmm, tu yang nyampah kat IDP ni (ni kena buat entry khas pasal IDP Australia yang 'cekik' duit orang)...sian kawan tu, terror pun x lepas...rezeki masing2, ...namun, Alhamdulillah, selamat dah dia kat UK ni.
Ok lah, mari kita fikir2....
Sunday, November 18, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
A? eh ye eh kita ikrar in English? ngapa saya tak ingat pun a?
Yes, I agree with you Laily. After all English is not our mother tongue, so don't bother make a mistake. Paling tidak matlamat kita menggunakannya sebagai medium untuk mendapatkan ilmu. Tetapi kita juga harus martabatkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.
Post a Comment