Thursday, October 25, 2007

(*&^UHKJLGFHB$%$£%$"£$

tengok tajuk pun ntah apa2 kan. haritu aku 'bengang' dengan supervisor aku yang asik komen, data x de la (padahal dah bagi) , itu ini, serba x kena. Last sekali aku decide aku kena buat satu file untuk dia. maka aku pun kumpulkan semua results, related articles, report, everything dlm satu file dan bagi kat dia. lepas ni harap2 dia x le le lupa mana dia letak results aku atau tak smepat nak baca atau print. semalam aku miting dengan co-supervisor aku, thomas. Dia nampak interested dengan projek ni. Cumanya lepas ni aku kena buat modelling. Haaa aku dah agak dah bende yang aku takut akhirnya jadi jugak. aku terus terang cakap, I have no basic in modelling but i'm ready to learn ( fuhh), Dia sempoi je kata, Yeah, not too complicated.....dalam hati aku; harap2 Ok lah

Ok, aku baru habis first year viva. mak oi, macam viva betul2. orang lain first year viva setenagh jam jek.aku dari 9.30-11.00. Aku dapat agak prof gibbs memang macam nak 'balun' aku dengan terlalu banyak soalan. Bab theory alhamdulillah, boleh la jawab. Dia kan lecturer aku ajar magnetic, so dia tanye macam soalan exam. fuhhh. siap bagi aku kertas, minta aku sketch, draw, buat equation, alhamdulillah tengok dia happy ngan jawapan aku. dia ni betul2 nak uji teory part. Bila masuk part method, dia byk tanya pasal theory operation dalam equipment. Haa bab ni aku lemah sket. Banyak x boleh jawab. dia tanye sanagt detail. tak macam first year viva yang kawan2 aku ceritakan. kawan2 kata byk discuss result dan cadangan idea. Tapi aku , macam kerana shoot dengan byk sgt soalan. Aduhhhh! bila last sekali aku kata aku nak buat modellng ngan result aku tu dia macam x confident. Dia kata dia hold dulu process upgrade ke phD sampai dia tahu aku happy nak buat modelling.laa, sabar jelah.happy atau tidak aku pun boleh jadi sebab nak upgrade ke???? eh, lupa lak aku nak cakap yang decision buat modelling tu miting semalam, jadi aku cakap, aku x tau aku happy ke tidak sebab aku blom sempat nak tgk. aku tau diaorang particulr bab 'happy' ke idak aku ni pasal aku tukar supervisor. dulu aku buat experiment, lepas ni kena buat teori, so agak 'berbeza'. depa takut aku 'terpaksa' buat. dan aku kena rewrite beberapa graph. ini aku setuju sebab aku mengaku aku silap format. but ini very technical kat excel jek. dlm few minutes boleh siap. Tapi x pelah. buat jelah. minor coorection jek.

pastu aku terkejut yang ada part literature review aku dikata plagiat. memang aku amik statement dari paper tu tapi aku letak le nama diaorang. mereka kata, aku patutnya rephrase dan guna word aku. mmm, Tapi yang bagusnya, depa tak blame aku. Depa kata, supervisor yang x buat kerje, x baca sanagt pon report aku. hehehehe. Laily, this is not your fault!!! (itu depa kata). semua oarang tau pasal supervisor aku. So, memang x dpt nak salahkan aku pasal report ni. dia pon kat australia masa tu. nak buat macam mana. Aku cakap aku x de masalah nak rewrite literature review sebab aku buat dalam masa yang singkat banding ngan org lain. org lain 2 sem, aku 1 sem , 5000 words. mm, depa kata, tapi la ni jgn rewrite lagi selagi tak suruh. pada aku Ok jek. aku dah buat yang terbaik sepanjang hampir setahun. sapa yang tengok result aku dan baca report aku pasti tau aku benar2 buat kerje. aku betul2 ingin berjaya dengan cemerlang. Thomas kata report aku OK dia dah baca walaupun aku bagi last minute. . memang dalam viva tadi depa asik kutuk supervisor aku. Aku tau depa x puas hati dengan supervisor aku, tapi jangan le aku jadi mangsa. prof gibbs tu almost everything nak tanye, graph, table,axis aku dlm graf pun cam ade yang dia rasa x kena. bila aku explain, baru dia angguk2. fuhh letihnya kena jawab byk soalan!!!! Anyway, aku dpt rasa macam manale aku nanti masa betul2 viva.

bila balik dari viva tadi , aku discuss kwn aku yang dah lama kat department ni, dia kata, diaorang saja je sebab aku student prof davies. Diaorang dok tunggu bila prof davies nak blah dari department sebab nak amik space, lab, alat. even diaoarang kalau boleh nak amik aku jadi student diaorang. Inilah politic dunia pendidikan di UK. lecturer kena ada student dan money. Once u x de, u r in trouble.

kesimpulannya, aku puas hati sebab aku dpt jawab soalan ala2 final exam, tapi aku tak puas hati sebab pasal plagiat tu. aku tak niat nak plagiat pun. aku tak tau apa yang benar2 dikatakan plagiat . apapun, what ever decision, paling2 mereka akan mintak aku rewrite, depa kata la. So harap2 aku dapat upgrade. Doakan aku.

perasan aku sekarang ni. Harap2 prof gibbs x jadi examiner aku lagi nanti. lepas viva ni x tau nak happy, nak sedih. campur2....cumanya lepas ni aku akan mula hidup baru dengan komputer plak lepas ni. Kwn aku usik aku, haa lepas ni boleh le bergaya sebab tak buat lab, ehheheh. Tapi for the time being aku akan habiskan work lab aku. result2, magnetic data akan di transfer untuk modelling. kiranya x delah membazir setahun aku pulun kat lab tu. boleh diguna untuk modelling. so, now, aku masuk dunia teori and modelling.... bidang yang aku x mimpi boleh masuk sini

p/s: setelah tanye kawan2 , rupanya ramai gak yang x clear macam mana yang di kata plagiat. rupanya ramai jugak yang buat macam aku buat, heheheh. espeacially bab teori. idokle aku rasa aku ni teruk bebeno. apapun, sib baik tau awal boleh buat correction.

2 comments:

Aryati Bakri said...

Asalamualikum...

boleh tak mail/contact saya di aryatib@gmail.com atau YM (aryatibakri). Saya nak masukkan kelas grammar tu tapi dah tak boleh daftar secara rasmi. Saya nak tahu nama pensyarah dan tempat kelasnya. Nanti saya mintak kebenaran drp lecture tu, boleh tak masuk.

Wasalam.
Terima kasih
K.Yati

ummu_naqeebah said...

ok, minggu ni saya x pergi sebab cold, fever, bla..bla, next week saya tanya, ehhehnama pensyarah saya lupa la plak