Friday, November 16, 2007

aduh!!!

aku mengeluh pagi ini. Baru je aku annouce yang VSM telah kembali berfungsi namun semalam dan hari ni hasilnya tidak memuaskan. Hari tu aku calibrate menggunakan Nickel (magnetic material pada suhu bilik),. tapi bila aku letak sample aku yang terbaik itu, resultnya jadi negatif, terbalik, aku cuba lagi, guna piece lain, curve nya nampak partly amorphours. Takut!!!! sebab aku baru tunjuk result yang terbaik itu dan supervisor suruh ulang untuk 10 pieces yang lain . Aku takut bila di kira average nya, value nya akan rendah. sebenarnya kami (aku dan prof) langsung tidak perasan pada awalnya yang aku berjaya dapat 200 kA/m, sebab aku hanya tunjuk average value 107 kA/m. Dia wonder sebab remanence aku nampak tinggi ~0.94 T dan lebih kurang dengan Betancourt. dia tanye bentuk graf yang aku dapatmay be kinked ke?. Dia terkejut bila tengok salah satu graf ada 200 kA/m, itu yang dia minta aku highlight sangat2 masa presentation. sebab itu yang terbaik setakat ni!! La ni aku dah kecut, bila repeat utk piece lain ( same cast) result macam tak elok jek, mmmmm atau machine tu x stabil (dah lama x run ) sebab beri result tak consistent. alamak, pagi ni dia buat hal lagi, helium dan drop sampai 39& jadi aku dan x boleh buat measurement. Adusss, geramnyer..

sorry kalau sapa2 baca entry kali ni x faham apa yang aku maksudkan. lepas ni aku citer skit apa ke mende project phD aku ni. banyak term akan cuba di terang secara santai (mm bole ke).at least u all faham jugakkan mende tu la isotropic tu, energy product tu, unit2 yang pelbagai tu, devitrification....

Secara mudahnya, aku tengah cuba hasilkan powerful permanent magnet. bahasa kampungnya, besi berani yang kuat yang boleh tarik byk2 klip kertas. haa gitulah.
setakat ni, the best permannet magnets (PMs) adalah NdFeB. NdFeB ni ada lah byk2 jenis. yang aku punya jenis isotropic (disorder, lawan keada anisotropic) . atau pendek citer aku buat nanocomposite NdFeB . maksudnya ini combination dari hard dan juga soft phase. Soft phase ni terdiri dari Fe3B (iron boron) dan alpha iron. teknik yang aku guna adalah rapid solidification by melt spinning. Teknik ni mudah konsepnya. kalau dulu aku buat kat m'sia nak hasilkan satu magnet perlu 1-2 minggu tapi dengan teknik ni hanya sekitar 1-2 jam dahboleh hasil 1 magnet. cara mudah saja. sample yang dah campur2 (ingot) tadi masukkan dlm crucible yang dibuat orifice (hole) (test tube tahan panas)yang dikelilingi oleh coil. mm, perlukan Ar pressure sebab ada rare earth ni reactive sket. jadi bila dah panas, ingot tadi akan cair kemudian jatuh ke atas rotating cooled wheel. haa, yang snagat panas bertemu yang snagat sejuk!!! maka jadilah dia rapidly solidified. mmmm kita cam buat cecair tadi cepat2 jadi solid la gitu. maka terhasil lah ribbon.....idok le aku tau kamu ni faham ke tidak.......

kemudian ribbon (directly quench), mmm rapid cooling gitu, jadilah nanocrytalline. Tapi kalau wheel speed tadi >25 m/s ribbon tadi akan jadi amorphous ( kita boleh try byk2 wheel speed) , x crystalline, jadinya, aku kena devitrify la dengan anneal kat furnace. kira macam nak buang glass state dia tu la. eeeei, kamu faham ke aku citer ni... then lepas habis anneal cepat2 masukkan dalam bekas air...maka dari amorphous tadi, telah pun menjadi crystal....kemudian hasil ini akan aku characterise la....vsm, tem, dta, tgs, dsc, xrd, tgs........

maka siap le fabrication kamu......faham ke idok.....ini kira citer dah habis mudah ni untuk penjelasan pada orang2 kampung ku...apalah anak si Saedah buat kat UK tu...ini le kerje nyer.....inilah dunia ku 3 tahun di sini

No comments: