Thursday, November 29, 2007

kena fine la plak...





last week, kami ke oxford utk usrah. Sambil2 tu sempat curi2 kejap pi round oxford U. mm terasa benar kami di UKmaklum la sheffield rasa cam kat paksitan heheh. semasa membeli cenderamata, tiba orang yang jaga kaunter tu tegur "Dari mana" terkujat aku. La orang perak ropanya. student situ. chinese lady yang peramah. then kami sempat gi ke museum naturall sciences . Wah best tgk. anak2 pun teruja sebab animal kat situ boleh touch. yel;ah biasanya kalau pi museum, dia kan tulis, do not touch. Tapi kat situ tulis,"please touch". excited le tengok diansour yang boleh di touch...




balik2 parking tgk, "Astagfirullah, kena fine, sib baik £20 jek. Tapi yang geramnya, situ tulis parking permitted on sunday, 11am-7.00 pm. Tu yang aku hangin. Lantas aku send email pada oxfordshire county council. aku siap lampirkan gambar sign tu dan deretan kereta yang parking kat situ. Then dia balas, dia kata memang ada sign kat situ tapi double line, x leh parking. confuse aku, jadi aku telah menghantar email complaint. sign tu nape letak atas jalan double line, kan confuse kan??eheheh. tapi hubby aku malas bising dia bayar je pakai phobe, debit card.




Kami ke london esoknya utk urusan rasmi pembelian tanah. aku ada beli tanah kat Sg. merab. 10 minit ke alamanda. kalu balik nanti rasa mahal ke tanah tu, aku jual la, kononla. saja gatal2 beli. rushing giler kat london. kami kena smapai before 12.00. tapi sebab sesat walbarat dengan anak2 itu, kami smapai lewat 10 minit. Sib baik dia terima. then pukul 3.30 kena collect plak. sempat la kami amik gambar2 mana2 yang sempat. tehn rushing ke MSD.kami bawak bekal sebenarnya, burger. Tapi smaapi kat canteen msd, semua dah macam pirana nampak nasik. maka kami makan nasi dengan penuh selera. betul2 rasa macam kat m'sia. Harga pun boleh OK, kira mampula kami. sampai msd pun dekat kul 3, jadi makan2, solat smeua, kena bergegas ke high Comm balik. tak larat rasanya kami nak naik tube. lanats kami naik taxi. dlm hati aku, aku dah x kisah baper kena bayar yang penting sampai je, sebab x larat usung anak2. sampai high Comm dekat kul 4. Then kena bergegas pulak ke uxbridge sebab parking kereta tu tutup kul 6 petang. Fuhh, london yang busy, mengah aku dibuatnya. Sampai Uxbridge dah pukul 5 lebih. bayar parking sampai £12.




dari uxbridge, 5 lebih kami terus balik rumah, jam, sampai pukul 10 lebih. fuhh. sib baik kami ada bekal nasi. maka sampai rumah makan nasi dengan selera sekali. Biasalah aku, kemana2 mesti bawak bekal.




Esoknya kul 11 aku meeting. habis meeting , rasa x sedap badan. Balik rumah. dan hari ni aku x gi school. Demam , selsema, batuk, sakit tekak. anak2 aku pun....




Namun, hubby sudah mula pasang angan2 untuk kami datang ke london lagi ujung bulan ni. InsyaAllah....tapi kali kena plan betul2. aku ni mana la ada masa nak study map london

Friday, November 23, 2007

ingatkan..

Ingatkan hendak sedikit bergumbira di oxford esok sebab correction telah disubmit semingu pada supervisor. Tup2 tadi, kul 3.00pm dia kata nak buat meeting isnin. aku kata aku ada hal isnin, so tuesday. huhuhu....hari ni dan malam ni aku kena struggle untuk prepare analysis. ish...dia ni suka miting last2 minute camni tau....apapun, aku kena siapkan sebelum esok pagi. kerana tidak mahu hatiku runsing. biar anak2 ku bergumbira bersama ummi nya yang asik pergi school cepat dan balik school lambat....

Tidakka anda sedih bila dengar kata2 anak2
"ummi, janganlah gi school, dudk la rumah"
"ummi, jagalah angah ni...duduk sini, jangan pergi mana2"
"ummi, gi school kejap je tau"
"ummi, ummi kena hantar along gi school tau.."
Habil yang x berapa pandai cakap kerap memegang tangan aku dan menghadang pintu supaya aku tak pergi school.

hai, itulah sebabnya ummi kena gi school sebelum anak2 ummi bangun. andai sempat, ummi buat sarapan dan siap hidang dan lunch box husna yang berisi. paling kurang merasa air tangan ummi. Hai...sib baik si wa ada...kalau dia dah balik nanti, camner le agaknya....

sabarlah anak2 ku. nakbuat camner, 10/12, ummi ada presentaion lagi, 11/12, ada lagi. 1 assignmnet lagi sebelum 21/12. Namun InsyaAllah. ummi akan freekan diri bermula raya haji sampai bukak school. InsyaaLLAH.....kita pi lah mana2 nanti.....

cancer

Innalillah, terbaru menerima berita malam tadi sewaktu A.bad (penghulu melayu sheffield) datang ke rumah memberitahu mak nya critikal di Malaysia dan baru dikesan lung cancer. Jadi dia sekeluarga akan balik ke M'sia. Aku dan hubby terkedu dan simpati yang amat. selepas A. bad balik hubby aku berkata
" Macam mana agaknya keluarga kita di Malaysia, harap2 semua sihat"...kebimbangan pasti terasa melihat orang lain. Kata hubby " apapun, biarlah kita ada di sisi mereka"...itulah yang aku harapkan juga , Moga mereka panjang umur dan sihat, di rahmati Allah..Amin. Buat A. bad, Moga cekal dan tabah....

Sejak dua menjak ni, terlalu banayk orang yang terdekat dengan kami menghadapi cancer. Biar aku cerita turutannya
1) kali pertama orang terdekat ialah, isteri pensyarah aku, En. Othman Talib, kini Dr. pensyarah fakuklti pendidikan. Dulu dia adalah pensyarah kimia , sewaktu aku matrik. Di sebabkan kami sama terlibat dengan abim, aku rapat juga dengan isterinya. Isterinya mengidap canser kalau tak silap kalenjar gitu. ia berjangkit sampai satu tahap isterinya menjadi bisu. seminggu sebelum dia meninggal, kami beramai, adik2 pkpim/abim konvoi naik motor ada dekat 10 motor ada, pergi kerumahnya. sayu melihatnya, kurus kering dan terpaksa guna pensil dan kertas utk bercakap. Akhirnya alah takdirkan dia pergi jua.....
2) pakcik ipar hubby. dia mula batuk2 sewaktu kenduri kami. kemudian makin teruk. dia hanya tahu kena cancer bila dia sudah meninggal dunia. Kami dan semuan keluarga tidak tahu langsung. sebab sebelum tu kami cadangkan dia berubat denagn daris Shifa' sebab ustaz kata dia kena santau. Rumah kami di kajang jadi tempat 'lepak' family dia sekeluarga . dan akhirnya umurnya tiodak panjang, sewaktu itu aku tenagh mengandungkan husna.
3) terbaru tahun ini: 2 bulan lepas, Kak Zah, mantan ketua helwa abim serdang. aku sempat ziarah arwah sebelum berangkat ke UK. Suaminya, AP Dr Nordin, pensyarah di fakulti architecture, upm. Dia juga begitu, bermula dengan batuk2 yang tidak berenti. sebelum tu dia dah menjalani kimo utk breast cancer. Dr. kata dan mati smeua sel tu, namun rupanya, datang lagi, kali ni hingga ke peparu. ajal nya sudah sampai
4) sister khadija yang aku kenal hanya melalui blog yang aku explore dari prof kamil. suaminya meninggal hanya beberapa bulan setelah disah cancel. MOga sis terus tabah dan kuat semangat.
5) 2 minggu lepas, kawan hubby sekelas masa di IRK UIA, meninggal dunia kerana lung cancer . penyakit itu merebak hingga ke mata dan menyebabkan arwah menjadi buta. Ya Allah, moga isteri dan anaknya diberi kekuatan oleh Allah.

alfatihah buat mereka semua. Moga Allah tempatkan mereka bersama golongan orang yang beriman. Ameeen...

begitulah, rentetan hidup manusia. kita melihat manusia lahir di depan kita , dan manusia yang meninggal dunia juga didepan kita. Tapi amat jarang kita berfikir. Mati2 itu pasti. "kullu nafsin zaiqatul maut". Aku bisa mati bila2, suami pun begitu, anak2 juga begitu. mereka bisa pergi sekelip mata, harta boleh hilang sekelip mata. kuasa boleh hilang tiba2. kenapa? kerana itu semua bukan milik kita. Allah hanya pinjamkan seketika untuk kira rasa ni'mat dan bersyukur. Bersyukur setingginya. Sewaktu orang lain belum ada jodoh, kita sudah ada suami yang meneman kita. Sewaktu pasangan lain sukar mendapat anak, kita sudah ada deretan anak, sewaktu orang lain kais pagi makan pagi, kita sudah pasti ada makan di rumah. Apa lagi yang kita mahukan? harta berjuta2? emas berkoyan? tiada gunanya , tidak boleh di bawa ke kubur. Hanya amalan yang soleh buat bekalan .

Buat peringatan diriku yang selalu lupa, alpa dan leka.......

Sunday, November 18, 2007

bahasa melayu

selepas subuh, mata aku sudah tidak bolehtidur lagi. konon2 hari minggu ingin bermalas2an di atas katil. Namun, hubby mengajak temankan dia minum dan tengok news. susah betul kami nak tengok news sejak dua menjak ni. Asyik nak berperang dengan husna yang asyik nak tengok TOm and jerry.

Sudah penat berborak aku membuka internet, membaca utusan. Lantas terpaku membaca temubuat bersama Tan Sri Ainuddin Wahid yang aku kira sebagai seorang pejuang melayu



SEjak abhasa inggeris di perrkenalkan untuk subjek matematik dan sains aku rasa sudah kacau bilau sistem pendidikan kita. Aku dulu yang mula2 mengajar dalam bahsa melayu terpaksa menukar tempo, nota dan segala mala disebabkan hendak juga seamuanya dalam bahasa inggeris. Seperti pelajar, pensyarahjuga menghadapi masalah. semua bahan kuliah sebelum ini terpaksa ditukar. Itu satu hal, malah agak janggal bagi aku untuk mengajar dalam bahasa inggeris di hadaapn pelajar yang majoritinya melayu. Pada aku, aku tak kisah kalau depan aku adalah pelajar foreigner. janggal cakap omputih depan pelajar2 yang semuanya tahu bahasa melayu. apa yang aku dapati pelajar, bukan sahaja pelajar melayu malah ada beberpa pelajar cina yang berjumpa dengan aku dan berkata mereka sukar nak ikuti subjek fizik dalaam bahasa inggeris. masa awal2 dalam exam aku buat dwi bahasa. So, mereka boleh survive, kemudia bilaaku tukar sepenuhnya soalam dalam inggeris, sudah le menggelabah. SEbelum exam aku cakap
"Saya tak nak B. inggeris dijadikan alasan kalau gagal dalam fizik, kalau kamu gagal fizik sebab memnag kamu tak tau fizik, tak pe, memang patut, , tapi janagn gagal sebab kamu tak tau b. inggeris". Jadi untuk memudahkan pelajar, aku kata bila exam, kalau ada perkataan x tau , angkat tangan. Maka jadilah aku dictionary bergerak waktu exam. Ya Allah, sedih nya aku...

Aku pernah berborak dengan seorang pensyarah senior. sampai sekarang aku tersenyum mendengar cerita tu. Disebab kan soalan dalam b. inggeris, dia benarkan pelajar bawa kamus. Dia terkejut bila ada pelajar, perkataan 'Figure' pun tengok kamus!!!!!!
Aku bukan nak perkecilkan sesiapa. Bukan salah budak tu.

Aku pernah mengajar pelajar2 matrik yang result spm power2 belaka. of cozlah dalam inggeris sebab terpaksa, tapi kalau dema ni susah nak faham, aku explain dalam melayummm senang citer, clear. buku rujukan dalam english. tapi idok juga lah faham2. letih aku. padahal masa spm dulu belahar dah bende tu. Tiba2 sorang student bangun
"Puan, macam mana kami nak faham, dah la fizik ni susah, baca buku pun x faham dalam englis, , kami ni dua kali tak faham"
terduduk juga aku nak menjawab....Maka aku setuju, kita lebih mudah belajar dengan bahasa ibunda kita...Sebab dulu aku belajar fizik denagn bahasa melayu sebab itu aku berada seperti hari ni. kalau dalam bahasa inggeris aku rasa sekarang ni aku kat mana la agaknya.

Aku setuju 100% apa pemdapat Tan Sri ainuddin. Aku dulu sekolah kampung, totok kampungnya. Sekolah kebangsaaan telok gong. Kampung aku nama Kampung Nelayan. Bunyi kampung sungguh kan? Cikgu mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Memaang english aku tak bagus sangat tapi kira baik dikalanagn budak melayu masa tu. . Bila aku masuk sekolah agama, penekanan lebih pada bahasa arab. assembly pun dalam bahsa arab, belajar feqh, tauhid, sirah, semua dalam bahasa arab, buku dalam bahasa arab. jadi memang english kurang penekanan. mak ayah orang kampung mana le reti nak speaking2 ni. kemudian aku masuk SBP, SMSS, kali ni penekanan lebih untuk english, announcement kena dalam english. masa mula2 samapi sekolah tu, tergeliat2 lidah aku kena baca rukunegara dalam omputih kat assembly.Kemudian, masuk upm, di ajar semua dalam melayu kecuali satu subjek yang lecturer foreigner yang ajar. kemudian buat master di upm. thesis master aku dalam bahasa inggeris. TapiYa allah, jenuh supervisor aku betul kan grammar aku. Tapi aku respect sangat dengan dia. sebab dia kata , as long as dia faham apa yang aku tulis, ada content, salah sikit2 tak per. aku pelan2 improve english bila 'kena' ngajar dalam english. Aku cuba belajar dalam mengajar. pensyarah masa tu tak kira professor, kena pergi kursus english, seminggu! best, dapat makan free, heheh Bila aku kena ke UK, amik ielts x lepas, kena repeat. aku sematkan dalam hati, aku tak nak english jadi sebab aku tak dpt ke UK. akhirnya aku dapat juga6.5 denagn 7.0 untuk speaking. kemudian, bila aku sampai UK, aku terkesima...aku ingat english aku la yang paling teruk, rupanya, pak2 arab, org jepun, china, malah orang spain, geng2 yang cakap spanish jauh lebih teruk dari aku. Bila aku join class academic speaking aku realise, " laily, idok le kamu teruk bebeno..." Tapi aku kagum denagn ilmu mereka, sikap mereka. Sebab itu , lihat germany, rusia, jepun.....tak perlu tergeliat lidah, mereka boleh survive, malah sbenarnya teknology mereka lebih canggih dari UK dan US!

Aku tidak menafikan kepentingan bahasa inggeris, malah antara tujuan aku ke sini adalah untuk memahirkan aku dengan bahasa ini di sebab aku nanti adalah pensyarah dan penyelidik. Ini satu kelebihan untuk mahir berbahasa inggeris. Tapi janganlah samapi lupa bahasa melayu sebab bila lupa bahasa, lupa budaya, malah lupa agama. aku dapati begitulah, di UK ni anak2 melayu tidak pandai memberi salam. ketuk rumah, cakap hello. bila nak balik cakap bye bye. sedihkan???

Mula2 aku samapi sini teruja dan seronok tengok anak2 melayu fasih "speaking" aku juga harap anak aku begitu tetapi aku tidak mahu perkataan seperti , akhlak, mulia, solat, salam, insaf, maaf, doa, wudu' , adab , atuk, nenek, opah, pak su, mak lang, dll hilang dari mulut mereka. Malah apabila health visitor datang kerumah aku dulu, dia kata janagn cakap english sepenuhnya, gunakan juga bahasa ibunda sekali, itu lebih baik.

aku mula2 keliru. nak cakp omputih atau melayu di rumah. aku berbincang2 isu ini dengan kakak2 senior di sini. Aku setuju dengan satu pendapat. Budak2 lebih bijak jika dia dapat belajar banayk bahasa. kita biar dia berfikir dua kali. Contohnya, biar dia tau, chicken adalah ayam. jadi otak dia lebih cekap sebab kena fikir dua mende sekali. Ahh!! budak2 sangat cepat belajar. dari pagi sampai petang cakap omputih di sekolah, apalah salahnya cakap melayu di rumah. Malu ke cakap melayu???? tak de class?

Teringat kisah seorang pensyarah di fakulti aku, (eh, sorri ek, kalau boring nak baca, ini blog aku, aku tulis untuk aku berfikir , x delah aku asyik nak fikir magnet aku je) . Dia sekolah kampung, oarng susah, untuk belajar dia sanggup tumpnag rumah orang, duduk kat dapur . sebabnya rumah dia jauh sanagt dari sekolah. dulu tak semua sekolah ada subjek sains. Nak jadi cerita dia sanagt pandai, keputusan bagus. dapatla dia jadi tutuor di upm. masa tu kerajaan hanta semua tutor ni ke oversea. x kisah la u mana , asal nama kat Uk semua Ok jek, politek pun OK. Dia ni hadapi masalah englis yang teruk. dia cerita. saya cakap pensyarah x faham, pensyarah cakap, saya pun x faham. Lantas dia berusaha, amik class, kerap jumpa pensyarah, akhirnya dia berjaya. Nah, dia pensyarah yang hebat di UPM sekarang! aku pernah jumpa kes yang sama, sorang pensyarah ukm, first degree di al azhar. of coz lah cakap arab. kemudian dia merantau ke london untuk kerje. kemudia belajar. dalam keaadaan x tau omputih. dia belajar dan ambik class. Dan alhamdulillah, dia sudah jadi orang terkenal sekarang ni. Jadi aku mengambil semangat mereka. Bahasa boleh dipelajri. Jangan jadikan english sebagai alsan untuk tidak cemerlang. percayalah, boleh, InsyaAllah

Aku sebenarnya hendak memberi semangat pada seorang kawan, yang sudah repeat ielts tidak juga lepas2 6.5. Dia sudah mendapat tempat di UK namun ielts nya bermasalah. Aku katakan, amik lagi!! janagn putus asa. jangan jadikan english batu penghalang untuk berjaya. aku ada kawan yang dia belajar master dulu di UK, kemudian dia amik ielts sebab hendak buat phD. Percaya atau tidak, dia amik 3 kali namun masih tidak lepas juga 6.5, akhirnya dia merayu KPT, dan sekarang di di UK. So, aku begitau kat kawan aku tu, kita ni belajar kat upm dari degree sampai master, of coz lah x terror, tengok orang yang study UK pun x lepas, so janagn patah semanagt!!! aku bukan perkecil kawan aku yang belajar UK tu, aku dapati english dia bagus, (of coz lah study UK) tetapi pelik bin ajaib naper dia tak lepas2 ielst , aku budak kampung yang terukni boleh lepas? mmm, tu yang nyampah kat IDP ni (ni kena buat entry khas pasal IDP Australia yang 'cekik' duit orang)...sian kawan tu, terror pun x lepas...rezeki masing2, ...namun, Alhamdulillah, selamat dah dia kat UK ni.

Ok lah, mari kita fikir2....

Friday, November 16, 2007

aduh!!!

aku mengeluh pagi ini. Baru je aku annouce yang VSM telah kembali berfungsi namun semalam dan hari ni hasilnya tidak memuaskan. Hari tu aku calibrate menggunakan Nickel (magnetic material pada suhu bilik),. tapi bila aku letak sample aku yang terbaik itu, resultnya jadi negatif, terbalik, aku cuba lagi, guna piece lain, curve nya nampak partly amorphours. Takut!!!! sebab aku baru tunjuk result yang terbaik itu dan supervisor suruh ulang untuk 10 pieces yang lain . Aku takut bila di kira average nya, value nya akan rendah. sebenarnya kami (aku dan prof) langsung tidak perasan pada awalnya yang aku berjaya dapat 200 kA/m, sebab aku hanya tunjuk average value 107 kA/m. Dia wonder sebab remanence aku nampak tinggi ~0.94 T dan lebih kurang dengan Betancourt. dia tanye bentuk graf yang aku dapatmay be kinked ke?. Dia terkejut bila tengok salah satu graf ada 200 kA/m, itu yang dia minta aku highlight sangat2 masa presentation. sebab itu yang terbaik setakat ni!! La ni aku dah kecut, bila repeat utk piece lain ( same cast) result macam tak elok jek, mmmmm atau machine tu x stabil (dah lama x run ) sebab beri result tak consistent. alamak, pagi ni dia buat hal lagi, helium dan drop sampai 39& jadi aku dan x boleh buat measurement. Adusss, geramnyer..

sorry kalau sapa2 baca entry kali ni x faham apa yang aku maksudkan. lepas ni aku citer skit apa ke mende project phD aku ni. banyak term akan cuba di terang secara santai (mm bole ke).at least u all faham jugakkan mende tu la isotropic tu, energy product tu, unit2 yang pelbagai tu, devitrification....

Secara mudahnya, aku tengah cuba hasilkan powerful permanent magnet. bahasa kampungnya, besi berani yang kuat yang boleh tarik byk2 klip kertas. haa gitulah.
setakat ni, the best permannet magnets (PMs) adalah NdFeB. NdFeB ni ada lah byk2 jenis. yang aku punya jenis isotropic (disorder, lawan keada anisotropic) . atau pendek citer aku buat nanocomposite NdFeB . maksudnya ini combination dari hard dan juga soft phase. Soft phase ni terdiri dari Fe3B (iron boron) dan alpha iron. teknik yang aku guna adalah rapid solidification by melt spinning. Teknik ni mudah konsepnya. kalau dulu aku buat kat m'sia nak hasilkan satu magnet perlu 1-2 minggu tapi dengan teknik ni hanya sekitar 1-2 jam dahboleh hasil 1 magnet. cara mudah saja. sample yang dah campur2 (ingot) tadi masukkan dlm crucible yang dibuat orifice (hole) (test tube tahan panas)yang dikelilingi oleh coil. mm, perlukan Ar pressure sebab ada rare earth ni reactive sket. jadi bila dah panas, ingot tadi akan cair kemudian jatuh ke atas rotating cooled wheel. haa, yang snagat panas bertemu yang snagat sejuk!!! maka jadilah dia rapidly solidified. mmmm kita cam buat cecair tadi cepat2 jadi solid la gitu. maka terhasil lah ribbon.....idok le aku tau kamu ni faham ke tidak.......

kemudian ribbon (directly quench), mmm rapid cooling gitu, jadilah nanocrytalline. Tapi kalau wheel speed tadi >25 m/s ribbon tadi akan jadi amorphous ( kita boleh try byk2 wheel speed) , x crystalline, jadinya, aku kena devitrify la dengan anneal kat furnace. kira macam nak buang glass state dia tu la. eeeei, kamu faham ke aku citer ni... then lepas habis anneal cepat2 masukkan dalam bekas air...maka dari amorphous tadi, telah pun menjadi crystal....kemudian hasil ini akan aku characterise la....vsm, tem, dta, tgs, dsc, xrd, tgs........

maka siap le fabrication kamu......faham ke idok.....ini kira citer dah habis mudah ni untuk penjelasan pada orang2 kampung ku...apalah anak si Saedah buat kat UK tu...ini le kerje nyer.....inilah dunia ku 3 tahun di sini

Wednesday, November 14, 2007

berbunga lagi

pagi ni ada 3 bende gumbira,
1) adik pkpim tu sudi nak datang sini jadi personal assistant aku , untuk 6 bulan. jadilah....
2) terserempak dengan prof thomas waktu dia nak masuk toilet
dia cakap:Nice presentation yesterday!! (sambil tersenyum hensem)
aku: thank you, thank you,,,(sambil sengeh2)
3) VSM (vibrating sampel magnetometer) aku telah kembali berfungsi setelah di test oleh aku semalam. hai, sekarang , aku lah satu2nya pengguna VSM dan aku je yang tau camner nak guna di jabatan ni. so , sapa nak guna kena belajar ngan aku no..... kalau apa2 masalah lagi, teruk aku, aku nak refer sapa?????

jadi hari ni hati aku berbunga2 riang...alamak, bila nak siap correction ni, macam nak correct thesis jek, huhuhuh

semalam ponteng class 5-6.30 sebab nak jumpe hanis setelah hampir 36 jam x jumpe (takut balik nanti dia dahtidur, maklumla , winter) .
" Angah rindu ummi"...katanya sewaktu kami peluk2 atas katil utk tidur...hai, camner la orang boleh pisah ngan anak lama2. aku ni baru je x jumpe dah rindu banget....

Tuesday, November 13, 2007

Alhamdulillah

Alhamdulillah, selesai first year presentation yang mengerikan itu. Mula2 ngeri bila tengok, aduh, si prof gibbs lagi ker penilai nyer.... aku present didepan 3 professor dan 1 lecturer. macam viva juga, tapi kali ni lebih harmoni dan tenang jiwa aku. Banyak soalan tertumpu pada result yang aku baru aku yang excellent and superior dari betancourt (yg sellau jadi benchmark )!!! supervisor aku sangat gumbira sebab result yang aku dapat so far kira the highest value for isotropic PMs material. Dulu dia syik compare ngan student dia yang dapat (BH)max 140 KJ/m3 dan dia teruja tengok aku boleh dapat up to 200 KJ/3. result ini boleh bikin gempar dunia nanocomposite NdFeB based alloy ni.. InsyAllah. Tu yang mood dia sejak dua menjak dia BAikks jek. hehhehAlhamdulillah, syukur...

selesai present prof gibbs kat "well done , laily" (bukan sennag dia puji org sebab dia ni serius nyer) dan prof thomas kata "good presentation"..maka hari ni berbunga2 la hati aku....tapi dah kena warning cepat2 siapkan correction tu. heheehehehhe.

hai, itulah manusia, hati, perasaan dan emosi sering bergantung pada suasana. Sangat susah untuk rasa gumbira bila kena kutuk atau kena 'sembur'. susah untuk bersangka baik dan positif. Tapi kalau orang puji bukan main lagi. puji itu baik untuk menaikkan motivasi tetapi puji juga boleh buat kita leka, konon2 dah terror la tuh. . kena kutuk or marah or bebel boleh buat kita demotivate tapi boleh buat kita jadi lebih berusaha dengan lebih gigih. Apapun, kita la yang kena bijak menilainya....

walaupun hati dan minda memikirkan macam2 perkara, termasukla siapa nak jaga anak aku nanti. Aku sudah ada beberapa candidate tetapi x confirm lagi. Moga Allah permudahkan. Duit aku dah macam air dah ni. Tapi padakau , dah tak kisah sanagt bab duit ni, duit boleh cari, datang dan pergi. Allah boleh bagi bila2 dan boleh ambil bila2. Namun yang lebih penting sekarang ni ialah PHD. Aku sudah tempuhi banyak cabaran dan ujian sebelum aku sampai ke tahap ini. Aku ingin buktikan pada diri aku sendiri yang aku boleh berjaya dengan cemerlang bukan setakat segulung phD semata2. Aku ingin buktikan cakap2 orang yang dengan anak2 aku nan 3 itu aku boleh survive di sini. Aku ingin buktikan yang walau bidang yang aku amik ini susah tapi aku boleh lakukannya. aku sendiri tidak permah mimpi untuk terlibat dalam engineering. bekerja dalan satu department yang mendapat 5* di UK, dengan facilities yang jauh berbeza dengan Malaysia. Aku ingin buktikan walau english aku ni tak sebagus mana, aku boleh berjaya juga. Sekurang2 apa yang aku cakap , professor2 tu faham, itu dah cukup bagi aku. Mungkin aku tidak sehebat orang lain yang sangat fasih bercakap tanpa kesalahan grammar, menulis dengan baik, namum di bumi UK ini membuka ruang bagi aku untuk belajar. Aku mesti belajar untuk memperbaiki diri. Aku sudah tahu di maan kelemahan aku dan sebab itulah aku di sini. Di mana ada peluang class yang sesuai , aku pergi. Aku tidak malu. Malah tatkala orang sibuk nak reduce credit RTP, aku amik berlebih2 kredit. Semester ini aku amik terlebih 15 credit!menjadikan kan 30 credit sem ini. ini tidak termasuk academic speaking class. Class aku hari2 kecuali isnin. Dan aku sangat busy sem ini. semalam dan hari ni aku hampit tidak berjumpa anak. Malam tadi aku sampai rumah pukul 9 malam, anak2 dan tidur, pagi tadi aku kuar kul ~7.20 pagi anak2 aku ada yang tidak bangun lagi. hari sabtu pun aku ke office. minggu lepas dan minggu ini aku agak sedikit busy. Aku suka busy. Aku suka dilibatkan dengan banyak perkara dan komitmen. Malah dalam sibuk2 aku amsih sempat attend meeting sekolah melayu. Sebab sekiranay aku tidak sibuk, masa aku akan terisi dengan mende yang melekakan, shopping x abis, jalan2, tgk tv, tgk youtube dll.

Bila kita ada bayak perkara yang ingin dibuat kita lebig bertanggungjawab untuk manage masa dan hidup kita. Harap2 semangat ini yang akan ku bawa hingga ke akhirnya. Selepas 6 bulan ada wa, aku akan kembali kelam kabut. Moga Allah permudahkan segala urusan. Sebab aku percaya Dia Maha Adil, Dia tidak akan membebankan dengan sesuatu yang tidak dapat aku tanggungi...

Sorry, panjang sikit, makumla baru lepas present....Tapi laily!! ingat!!!! cepat buat correction tu.....huwa!!!!

Allahu akbar

hampir terlupa nak citer pasal BERSIH. berdebar dan bersemanagt bila melihat gambar , dengar video mahupun membacanya. Aku dan hubby begitu bersungguh2 mengikuti perkembangan BERSIH. InsyAllah, andai kami di Malaysia akanku hadiri BERSIH...ah rindu sungguh saat aku bergelar mahasiswa, membawa motor kapcai ke masjid negara, bersama malaungkan Allahu Akbar, hidup Rakyat, Reformasi, sama berzikir, Lailahaillah...beramai2, terasa meremang bulu roma. mendengar doa ustaz badrul amin, mendenagr doa, ustaz harun din , sayu dan pilu.., Aku sangat menghargai saat2 itu. sungguh berharga....

AKU RINDU......

Moga negara ku aman dan sentosa dari tangan2 yang tidak takutkan Tuhan itu...

ALLAHU RABBI

Monday, November 12, 2007

Cabaran seterusnya

banyak nak update citer tapi busy sket nak buat dalam point jelah
- baru balik jumep supervisor utk finalise slide presentation. esok adalah first year presentation. setelah dibelek2 kertas berisi slide tu, nampaknya x byk correction dah. "Good" dia kata. fuhh kembang semangkuk rasa kena puji. tulah, bila org puji seronok, bila kena bebel tensen jek. nak buek caner, bukan nya ada org nak puji hari2 ye tak...supaya ingin kembang selaluu kena buat kerje betul2 ek,

Doakan aku esok...
- wa akan balik ke M'sia 5/12 ni, dan aku kembali macam lipas kudung lepas ni. Doakan aku moga dipermudahka urusan ...
-Hanis dah berjaya hampir 100% potty training, tidur mlm pun dah x pakai. amat terasa betapa jimat nya duit. Tinggal habil je ni
-24-26 akan ke oxford utk usrah + round london.
- wei, utk jln2 denagn penuh gumbira sila hantar correction report sebelum pergi ek...kang balik2 london loga...
- mm, ada sapa2 nak kerje ngan aku?? sila hubungi aku segera, huhuhuhu

sekian

Wednesday, November 07, 2007

Rabbi Yassir wala Tua'ssir

Rabbi Yassir wala Tua'ssir. Itulah doa yang kerap aku baca tatkala aku rasa gelisah, gundah gulana. membaca report viva buat aku tension. accessor hanya stress pada soalan yang aku tak dapat jawab sepenuhnya, dia x stress pun mana yang aku dpt jawab, ada la satu. cuma ada gak dia tulis student well prepared for viva. . ada soalan yang aku dapat jawab penuh mereka kata aku susah untuk jawab. Kadang kala aku rasa tidak adil. aku cuba positif. untuk aku kerje lebih kuat. itu bab accessor.

Bab supervisor plak. setelah baca report viva, dia minta maaf dengan aku sebab dia sedar dia x check betul2 report aku, banyak salah technical, format, setting dll. yang bestneyr dia kata dia responsible atas semua salah tu. (yelah dia suruh buat cam tu aku ikut jek) namn, dalam2 dia ngaku salah, ada juga dia kata aku yang salah. malah dia kata graf yang aku bagi dulu, dia kata aku ubah. huhhh, rasa geram pun ada. mana ada aku ubah. itulah dia nya, yang original. dia ala2 'bebel' naper ada soalan mudah aku x dpt jawab. Betul aku akui aku lupa sangat Bragg's Law yang aku belajar hampir 10 tahun dulu. apapun , aku positif. aku tak nak melawan meskipun ada kata2 dia yang aku sangat terasa. Contohnya, acessor komplen meeting tak cukup. tapi supervisor aku kata salah aku sebab x remind miting (aik?? salah aku?) . Aku hanya senyap jek. Tapi dalam hati aku"cuba check email, baper kali aku tanye, prof, bila nak set miting?? byk kali" . Tapi bila dia kaji betul2, yeah, dalam setahun ni hampir 3-4 bulan dia kat australia. Then di ngaku dia sibuk anak nak kawin, anak nak berslain, wife sakit, so what? salah siapa?? . Masa awal2 dulu kerap sangat miting, sampai aku jadi kelam kabut. tapi lama2 mula la senyap. Dia bagi banyak alasan pada aku. adilkah dia je yang bagi alasan? aku ni??? Tapi aku 'hurray' sebab dia realize akhirnya yang aku ni'kurang kasih sayang' supervisor. huhuhu.

Cukuplah bab viva tu. aku ingin mula hidup baru. Apapun, aku perlu belajar untuk lebih tegas dan kuat semangat. aku nak dia tau yang dia juga perlu bertanggungjawab atas phD aku ni. tidak semua salah aku, adalah salah aku,. Sekarang ni, aku akan buat correction atas report tu dan cepat la dapat upgrade. aku target lepas cukup setahun aku dah upgrade. Next week aku akan present seminar. Doakan moga aku confident dan berjaya.

Dalam hidup aku aku sudah banyak kali gagal tapi selalunya aku akan lebih cemerlang lepas aku gagal dan aku pernah buktikannya satu ketika dulu. masa aku first degree result aku sangat teruk masa sem 1 , namun aku bangkit dan bangkit, Nah aku berjaya juga. Masa SPm , result aku teruk, namun masa matric aku buktikan!!. Jadi, aku kena cekal hati, lupakan kata2 yang ingin men'down'kan aku. ahh, anggaplah itu semua sebagai CABARAN dan DUGAAN yang perlu aku lalui untuk mencapai impian. Mana ada kejayaan datang menggolek. Semuanyer kena menelan kepahitan dan 'pekak' telinga. janagn terlalu ikut perasaan. Dan jangan asyik sensitif dan terasa hati. Anggaplah apa yang sueprvisor kata tu adalah untuk memdidik, agar kita jadi lebih kuat, lebih semangat.


Dan aku kena menghormati supervisor aku sebagai guru. heeh dlm2 kutuk dia tu, ish...x baik laily. Bukan le kutuk ke apa, biasalah kitani nak lepas tension. Sorry prof. penting tu keberkatan ilmu. Nah!! laily, teruskan usaha, PhD bukan seperti highway, jln terus je. kena banyak2 sabar dan Doa.

Aku telah berjanji, ini jalan yang aku pilih, aku kena teruskan denagn cekal. Aku la ni baru realise satu perkara Allah Maha Adil. Dulu waktu wa takde, perjalanan academic agak smooth, supervisor OK, tapi aku kelam kabut pasal anak. La ni bab anak dah setel, Allah bagi problem academic plak. Ya!! supaya aku tidak lega. Allah sayang aku sebab di uji....

Rabbi Yassir wala Tua'ssir, Allah Ya kareem.....