hari ke3, pagi2 kami pergi bawa anak susukan baby sheep yang baru kematian ibu.
sempat bergambar la pulak ditepi kandang.
ke
kemudian kami bergerak ke bangor, ke University og Bangor. siapa yang cari berkereta ke university ini pasti tak jumpa sebab ditulis dalam welsh. Prifysgol University.dah masuk dalam university baru ada tulisan Bangor Univeristy. mula2 confuse juga kami. baru tau Prifysgol University tu Bangor University la...
kemudian kami bergerak ke rumah Hafiz , sahabat A. din dari UTM, dan lepas tu kami join BBQ komuniti bangor di Tasik Llanberis. dapatlah makan dengan meriahnya, sate, kambing, perut, nasi, dan macam2 lagi. terima kasih kepada warga bangor kerana sudi menjemput kami join BQ.
cantik tasik ni. dan amat sesuai untuk berBBQ dan menenangkan fikiran yang kusut. chewa, macam promoter la plak.
gambar berlatarbelakangkan Menai Bridge. satu mencu tanda untuk masuk ke pulau Anglesey.
kerana terpengaruh dengan blog prof kamil, kami pergi ke tempat yang punye nama kedua terpanjang didunia. hanya beberapa minit sahaja dari Menai bridge. fuhh, tergeliat lidah nak menyebutnya.
Habil dan saa'dah ( anak A din) rapat la pulak mereka,banyak gambar berdua. kalau lagi 20 tahun mereka tengok gambar2 mereka pasti tersenyum sipu. heheeh
Berakhirlah hari ke 3. I'brah hari ni. Ukhuwwah islam itu indah. walaunpun kami tak kenal org bangor, mereka sungguh peramah dan sangat baik hati. maka berkembanglah bunga2 siraturrahmi. indahnya ni'mat tuhan. baru kenal beberapa ketika mereka dan volunteer bawa kami jalan2. tak pernah kenal, tapi sebab rupa 'melayu' menemukan hati-hati.
maka amatlah kenyang kami pada hari itu. Buat musafir seperti kami, dapat makan yang proper seperti itu sangatlah besar Ni'matnya.
Perjalanan ke Bangor menelesuri pantai2, dan gunung ganang, saujana mata memandang, amatlah indah. Subhanallah. berkali2 aku memesan anak2, bila tengok cantik, cakaplah "Subhanallah!". satu pengajaran buat aku dan mereka juga.
Ini adalah kali pertama kami ke wales. percutian kali ini hanya disekitar snowdonia. walaupun wales merupakan sebahagian daripda Uk namun bila memasuki saja north wales kami seolah2 masuk ke negara lain. bahasa yang totally different. percutian ini juga agak berbeza kerana buat pertama kali kami menyewa cottage. Fuhh.. cottage yang sungguh pedalaman, betul2 ditengah ladang sheep. bangun pagi...embeeekkkkk!!!!
Day 1: Pantai Llandunno yang indah. namum petang tu agak berangin, terencat anak2 yang excited nak mandi
dapat main pasir pun jadilah....
berjalan2 di bandar Llandunno. terkejut sebab tak jumpa wlaua seorang pun Muslim. rupa Pakistan pun tak de. (sila buat excercise tengkuk untuk lihat dengan jelas ok!) perhatikan, angah masih lagi menghisap jari. dan notice tak, husna sudah berkacamata!
waktu malam dicottage ...sangat sedap jika berBBQ. namun agak sejuk diluar. kami bersama keluarga A din Hull gagah juga membakat sate
Day 2: Bandar Porthmadogyang penuh dengan kapal2. portmerion merupakan salah satu kawasan berhampiran. Banyak juga nampak kedai2 jual portmerion tapi tidaklah kami berhajat menyinggah.
bercanda di Pantai black rock sandy beach. ala2 model pakaian renang muslim.pelik kan. bil a jalan x nak pakai tudung. bila mandi nak pulak depa ni pakai tudung. terbalik dengan islam hadhari.
bercamera girl kan hanis, dapatlah kami bergambar ala2 mesra sakan, berlatarbelakangkan rock yang betul2 black. sesuai la dengan nama beach tu
di sebabkan inginkan murah. kami pergi ke portmerion village selepas 3.30 untuk dapat half price.
di portmerion village. ala2 percutian pakej honeymoon gitu, heheh
suka gambar ni. berlatarbelakangkan tulip yang segar, sambil menjilat aiskrim, di bawah panahan matahari, fuh!! hensem habil!.
kesimpulan:Org uk ni bab promosi tempat menarik sangat2 hebat walaupun tidaklah hebat sangat, depa pandai bagi nampak konon2 hebat. jangan terpedaya sangat dengan gambar2 di web. heehhe
habis 2 hari ni baru. ada 3 hari lagi. dah lama kami x bercuti selama ini. paling lama adalah pada tahun 2007. so oklah kali ni kami jln sakan. balas dendam sebab kami tak ikut hubby balik M'sia haritu.
apapun, dengan bajet yang sangat2 ciput, dan semangat ukur baju dibadan sendiri, alhamdulillah, kami bolehlah la jalan dalam negara. walaupun 5D4N kami dapat cut kos banyak juga, termasuk makan, accomodation, transport, tiket masuk ntah apa2, etc. sungguh menjimatkam sekiranya kena gayanya.
alhamdulillah. dah lama x rasa hati berbunga2. percutian kali benar2 dapat menyegarkan hubungan kami suami isteri dan juga anak2. alhamdulillah. sebenarnya, bercuti di mana tidaklah begitu penting. walaupun tempat hebat tapi tak dapat mencantumkan hati2 tak guna juga kan (chewah alasan la ni sebab x dpt gi jauh2, hehe). itulah tujuan bercuti.
hari ni birthday hubby yang ke 33. tarikh ini juga sangat signifikan pada hubungan kami suami isteri (actually waktu belum jadi suami isteri) . belum sempat upload gamabr ke apa. nanti ye, kami baru balik dari north wales, percutian yang sangat menyeronokkan dan relaks. 5 hari 4 malam yang best!!!
anak2 sangat excited membeli hadiah untuk babah. mm, nak tau hadiah apa? ehehhe mereka belikan pyjamas dan robe. mm, babahnya tak pernah pakai seumur hidup 2 bende tu. cucukplah t-shirt dan kain pelikat. habil cukup pelik. "naper babah tidur x pakai pyjamas?". hai, anak2 ku pulak dah terbiasa dari kecil, tidur mesti kena pakai pyjamas. wait n see. samada baabh mereka akan terkejut dengan hadiah itew..
ummi? heeheh ummi belikan babah baju blazer yang sgt menawan, dari www.shukr.co.uk.
aku masih berfikir2, tahun ni nak buat apa? maklumlah ini tahun ke 8 aku sambut birthday dia sebagai suami isteri, dah 7 kali sebelum2 ni dah perah idea, surprise itu dan ini. tahun ni x yahlah surprise2 kot. tengoklah dulu...
aku sebenarnya dah lama mengidam nak beli face painting kit untuk anak2...maka inilah hasilnya..
cayalah ummi!. "uminya yang macam budak2 "(bak kata babah). maklumlah, masa umi kecik2 dulu x sempat merasa..
along punya muka je cam ok sikit. habil x jadi sgt spiderman. habil dah rupa spiderman mata lebam (songkok x tinggal) .angah ayu jek...kena berlatih lagi ni. rasa macam nak pergi kursus je belajar face painting. boleh buat duit juga kalau kena cara , hehehehehe
saja testing sebab ahad sempena usrah helwa special sempena mother's day nanti nak buat face painting untuk anak2. heheeheh
lately ni banyak betul aku mendapat berita gembira disana (m'sia) dan di sini (uk). di sheffield saja, sehingga hujung tahun ni ada 10 orang yang menunggu untk bersalin. itu yang aku tahu. yang senyap2 tak tau lah kan. hampir setiap bulan, ada saja jadual masak keluar, hehe.hebat sungguh helwa sheffield ni. alhamdulillah, murah rezeki.
kawan2 rapat di M'sia pun begitu juga, zaimah uniten, uda, mayyah, kak nik, kawan blog rafiqah, kak asiah (new zeland) fuh..ramai lagi.
anak2 sudah mula bertanya habil: ummi, habil nak baby boy, habil x de fren kadang2 satu ketika sambil tengok tv, di tekan2nya perut ummi habil: umi, x de baby pun (sambil menekan2 denagn kuat, hehe)
angah pulak satu ketika sambil dinner, angah: umi, cuba umi check tummy ummi dengan Doctor. mana tau ada baby ker?
along, Fuhh. along: babah, i want a real baby...(jerit).
hubby plak? mmm, kadang2 dia nak, kadang2 bila anak meragam dia x nak plak, heheeheh
satu ketika rasa sedih pulak tengok anak2 asyik bertanya pasal baby. bila nak ada baby. bila depa tengok baby orang lain bukan main happynya. dalam hati nak tapi...
bila sudah panjang tapinya.......kalau kat M'sia ok dah ni. Tapi bila mikio kan ada kerja lab tak sudah lagi. terencat rasa hati
sabar ya along, angah , habil and sayang... maklumlah bila dah mengah maraton 3 tahun berturut2, rasa mengah jaga anak tu x hilang lagi (chewah, alasan la tu) .
dalam banyak2 anak, habil lah yang paling asyik bertanya. sudah tak nak dipanggil adik lagi. habil: ni abang la, bukan adik!!!!
info terkini: habil sudah 100% berhenti menyusu pada 3y 2 m. Fuhh satu rekod!!hari terakhir dia menyusu adalah pada hari pertama di ke sekolah, heeheheh
ada satu story yang buat umi tersenyum, topik lain la. satu hari anak2 tengok youtube cerita princess ,masa tu adegan kawin2. along: babah, girl boleh kawin berapa? babah: one only along: boy? babah menjawab sambil terseyum2: four along; ha, camtu babah kawin la 3 more!!! babah; kah kah kah kah aku: ish...nyampahnya..
saya tidak sihat hari ini. sebenarnya dari last week. tapi since semalam sama enggak bisa bernafas. saja buat2 gagah, pergi ke Leeds dan perjumpaan dengan VC UPM. banyak kali kawan di leeds, Jill menyuruh saya balik saja se awal saya tiba di train station Leeds. namun saya gagahi jua. hidung sumbat, dan tekak sakit. tapi Alhamdulilla, Allah tidak tarik selera makan. masih enak merasai ni'mat rezeki Allah.
tetiba saya mendapat info tentang movie ini. Subhanallah, saya baru tengok sikit, belum habis lagi, tapi air mata saya sukar untuk berhenti...bila kah Malaysia akan punye cerita seindah ini...
entah kenapa akhir2 ni, mood memblog susut sikit demi sikit. nak kata busy, tidaklah sangat. sempat lagi baca tranungkite dan facebook. it tandanya x busy sangat la tuh. ehheh. byk yang hendak di lapor tapi nantilah tunggu lepas 4th april sebab sejak hari sampai ke tarikhtu banyak sangat 'bende' yang perlu dibut. lagi2 Thomas akan dtg sheffield next week. beriukt adalah laporan yang aku "reserve" dulu nak cerita 1) aktiviti tanpa suami- *masa hubbny balik M'sia 3 minggu) 2) aktiviti anak2, pyjamas day - bila makin besar, akal pun sudah panjang. nantikan perkemabangn terkini, anak2, husna (dah kena pakai glasses, nantikan gambar baru dia) , hanis, and habil.. 3) tetamu2 yang hadir dan akan hadir di rumah kami...minggu ni, sabtu mantan dekan fakulti sains, Datuk Paduka Prof. Dr. Wan Mat Zin (masa cakap nga dia aku terlupa dia dah ber'dato') dan Ahad, Br. Ali Gunther dari Hyrat Foundation, Istanbul 4) aktiviti2 kami, hseffeild games, NEXT, jual2 an, usrah2... 5) eh lupa yang confirm sudah basi, x de gambar snow ke? sebab semua blog org melayu kat uk akan letak gambo snow , heheh
Itu jelah, Buat phd sebenarnya satu journey yang menarik kalau kita fully utilised momen2 di sini. aku kan pasti rindukannya. belajar2 , belajar2, berjalan, usrah, makan2, shopping carboot, BBQ, travelodge, cottage..
haa, buat pertama kali, cuti easter ni kami akan sewa cottage di dekat dengan snowdonia. dah lama sanbat sebenarnta nak gi wales ni cuma masa x de, duit pun ciput. jadi seperti biasa cuti kali ni pun, bajet holiday. Ini je pun cuti yang hubby ada since cuti dah habis sebab balik M'sia. jadi nak tak nak kena gak pergi bercuti kali ni (chewah alasan) . kalau tidak, tak delah...nak tunggu byk duit nak gi spaion , turkey, paris, entah bila....kalau tengok org lain bercuti jauh2 ni, jeles jugak, tapi ukur baju badan sendiri lah kan. duit stau hal , masa pun satu hal. Tahun 3, masa kritikal sebenarnya..
GO UMMI GO (P?S: GAMBAR X DE KENA MENGENA NGAN TAJUK. SAJA LETAK. GAMABR TU ADALAH WAKTU KALI PERTAMA BERGELAR IBU DAN YANG PENTING MASA TU AKU KURUS (DALAM ERTIKATA LEBIH KURUS DARI HUBBY) . BENCI BENCI.... HUHUHU
pagi di teruja bila dapat email, Sugimoto dari Tohoku University menjemput Thomas untuk memberi talk di universitynya. Dan thomas akan present sebahagian dari result kerja2 ku.
terimalah persembahannya...
Micromagnetics of permanet magnets
Thomas Schrefla,b, Gino Hrkaca, Norlaily M Saidena aUniversity of Sheffield, UK bSt Poelten University of Applied Sciences, Austria
Numerical micromagnetic computation is a tool for calculating hysteresis properties of magnetic materials taking into account microstructure and chemical composition. Grain structures and boundary phase distributions can be generated using Voronoi-growth. Solid state molecular dynamics can be used to compute the local arrangement of atoms near surfaces and grain boundaries. From the distortion of the lattice with respect to the bulk equilibrium atomic structure intrinsic magnetic properties such as the magneto-crystalline anistropy constant can be estimated. The grain structure and the local intrinsic magnetic properties are the input for micromagnetic simulations. The total magnetic Gibbs' free energy of the system can be directly integrated using finite element and accelerated boundary element methods. The use of the particular methods depends on the type of magnet to be simulated. Whereas in nanocrystalline permanent magnets the full discretization of the magnet is possible with a fine scale uniform grid, the simulation of large grained sintered magnet requires boundary integration techniques. Here we accurately evalute the magnetic fields and associated energies near grain boundaries and use a coarse grid near the center of the grains. In the talk I will first discuss the relation between microstructure, intrinsic magnetic properties, and hysteresis properties in nano-composite permanent magnets. It will be shown that carefully adjusting the exchange constant may improve coercivity without a loss in remanence. Then the micromagnetic origin of cascade type reversal processes in sintered magnets will be discussed. Finally, the application of exchange spring magnets for use in magnetic data storage will be reviewed.
alhamdulillah, hujung minggu hubby akan balik ke sini semula. dan aku idokle nak kata rindu bebeno.tidak seperti yang aku sangka. dan tak sangka sangat dapat harungi hampir 3 minggu tanpa suami dgn tabah, chewah. maybe sebab busy ngan anak2 dan study, sedikkit sebanyak dapat la menghilangkan kerinduan. lawaknya kami ber berym, telefon atau berweb cam, macam control ayu jek nak cakap rindu ke apa. ala2 macam org muda (ke orang tua) bercinta senyap2 gitu.
"Bang, elly penat mikio nye" ujar aku pada hubby bila menelefonnya dari jauh. hubby aku gelak je dengar aku konon2 nak cakap perak. "punto yob, punto" sambung aku dengan semanagt dan confidentnya.. lagi kuat gelaknya di hujung sana,. "bukan punto, tumpo yob, tumpo..haa itulah, nak cakap perak tapi tak reti" komen hubby. heheh
hai, perak oo perak,. aku bukan orang perak tapi bersuami kan orang perak. entah kenapa pagi ni rasa sayu benar melihat IR Nizar dan rasanya aku bukan keseorangan. lebih2 lagi ada kawan baik hubby masa di UIA beritahu, "Bila ana tengok YB nizar, ana mesti teringat kat enta" hubby jawab "naper" "cara dia bercakap sama macam enta!" yup, masa hubby muda2 belia dulu , dia bercakap bersemangat gitu. tu yang buat akujatuh chenta tu...
aku bukan orang mana2 parti tapi jauh disudut hati aku berkenan benor denagn YB Nizar ni. semacam ada daya tarikan tersendiri. bak kata seorang kakak waktu usrah tempohari "akak ni smapai nangis laily bila tengok kerajaan perak tumbang, rasa nak baca qunut nazilah jek" aku hanya tersenyum...
walaupun pada masa yang sama aku dan suami mengenali secara peribadi MB tak berapa nak sah, Dr. Zambry. Moga Allah tunjukkan yang benar, biar benar.
Sungguh takut la ni bila manusia tidak lagi takut pada Tuhan. Buat dosa x rasa apa2. terasa macam makin buat dosa, makin kaya, makin buat dosa makin berkuasa. boleh rujuk surah As-syam, 7-10 (kesan ayat ni terbawa2 dari usrah aritu) . Ya Allah, takut2 kita ni Allah dah tak bagi hidayah lagi dan terus "membenarkan" kita dalam kefasiqan hinggalah ke akhir hayat kita.Nau'zubillah...
pada aku sekarang isunya bukan sokong parti mana. tapi yang benar tetap benar. Sampai bila kita hendak menutup kebenaran. Masalahnya di depan mata, Yang benar clear benar pon dijadikan tidak benar. apa ke he nye? kita ni ada aqal boleh fikir. janganla dijadikan kita seperti binatang yang boleh ditarik hidung saja. mereka yang membelakang tuhan memang seperti binatang alquran kata (bukan aku yang kata), Bal hum Adhal ..malah lebih dari tu...Cukuplah pengajaran dalam Alquran..telah banyak Allah "ajar" golongan2 yang zalim ini.."tidakkan kamu berfikir?"
"Ya Allah selamatkan pemimpin muslimin , pemimpin yang taat pada perintahMu, pemimpin yang Takut padaMu. Ya Allah bantulah Muslimin untuk menegakkan kebenaran. Selamatkan negeri kami dari tangan2 yang mungkar, tidak takut pada azab siksaMu. Tetapkan hatiku sentiasa atas landasan yang benar"
sebenarnya itu tajuk usrah helwa sheffield last week mengambil intipati dari buku "apa erti saya menganut agama islam". meskipun buku ini telah berulang2 kali diusrahkan, dibaca namun bila usia meningkat, semacam ada sentuhan baru dan tidak pernah muncul boringnya. Ustaz Fathi seorang engineer asalnya , menjadi pendakwah yang sangat2 hebat, mampu menzahirkan buku yang entah berpuluh ulang kali cetak, dalam pelbagai bahasa. kepada sesiapa yang ingin mengenal islam sebagai cara hidup bacalah buku ini.
aku kini tenagh bertarung dengan jiwa. Terasa diri tenagh diuji, terasa diri lebih disayangi Ilahi. Allah itu Maha Mengetahui, bila dan dimana kekuatan kita. Siapa lagi tempat mengadu jika tidak Dia. jadi la ni aku tengah mentarbiyyah diri untuk makin dekat dengan Dia. Dia yang mencipta kita pasti Dia yang yang selayaknya tempat mengadu. Tanpa Dia , siapalah aku.
Baru habis last week present 3rd seminar and 2nd year viva. thomas suruh aku rest beberapa hari. jadi semalam aku lepak kat umah, layan habil, tgk internet, makan, bla bla ... x tau nak buat apa. jadi hari ni aku kembali ke ofis. x reti nak rest. heheeh. sebab rasa lebih penat bila rest. dah biasa buat kerje.lagipun rasa bersalah nak rest sedangkan aku memikul banyak amanah rakyat ni, amanah umat.
aku tak perform sangat masa 2nd year viva. frust. tapi thomas kata , x yah risau apa. itu bukan exam. itu saja2 nak tengok kefahaman aku. jadi la ni aku tau tang mana aku lemah. heeh apa lagi bab simulation la. hai, awat la aku ni slow learner sungguh. tapi yang isunya masa viva tu bukan sangat viva nya tapi pasal prof davies.ade ke examiner tu taney pasal prof davies. sensitif la aku...
entahlah, aku ni asik bertukar supervuisor. masa first yr, prof daveis, dia retired, 2nd year tukar thomas. dia plak pindah, 3rdyear sapa??? itu isunya la ni. meskipun thomas kata dia still remain as supervisor. aku pun sudah fenin. makanya... tumpah lagi air mata aku depan examiner tu. awat laily...cengenng sangat ni....ialah la, depa pun sian tgk aku, sampai hati prof davies tu buat gini, x baca report pastu jumpa aku pun hai2, bye2 jek. 2 examiner tu tau tu semua even aku x citer pun. sampai examiner tu kata, dia wakil department minta maaf byk2 sebab buat aku jadi camni. hai lagila sodih aku dibuatnye.ish tulah, dahtau retired awat amik aku juga. geram...padahal kalau ckp awal2 kan senang boleh pergi u lain. tensen..tensen..
tadi discuss ngan technician dan post doc. mereka suggest untuk aku lupakan prof davies. kalau tak aku takkan lulus cepat phd. sebab u all pun tahu dia la ni sibuk jaga cucu je. kadang2 aku rasa meh sini aku jaga cucu dia, boleh dia baca report aku.
tula, aku kena ada kekuatan untuk katakan tidak pada prof davies even aku tau he is the best professor in the world untuk bidang ni. sebut nama dia smeua org kenal (siapa yang dalam bidang ni la, nanocomposite ndfeb permanent magnet) .tapi kalau dia tak leh nak layan aku apa gunanya. masih dilemma lagi ni. kena mohon pentunjuk dari Dia untuk membuat keputusan. demi masa depan aku yang ceemrlang , gemilang terbilang, heheh
la ni aku selang sehari beremailan dengan thomas. dah macam org bercinta la plak bak kata hubby. ehhe jeles la plak dia. may be sebab 2-3 minggu sebelum dia pergi, almost everyday kami berbincang. jadi bila dia x de, terasa kosong. sebab dulu ada orang nak mengadu domba la ni dah x de. tengok nama dia kat board teringat dia. tengok pintu bilik dia, teringat dia. dah macam org angau. heehh. don't worry , aku masih normal, ehhehe. dia terlalu baik. the best supervisor yang aku pernah jumpa di dunia ni. masa new year aritu dia bagi kad dan boucher beli buku £30. habis dah pon beli buku anak2 . student lain bagi hadiah kat supervisor. tapi aku, supervisor yang bagi hadiah kat aku. eheh dia je aku rasa yang sanggup terima kebuduhan aku dan ajar aku step by step dari zero. denagn dia aku tak malu nak bertanya walau pun stupid question ke apa. kalau prof daveis, mak oi, kena marah kalau taney soalan2 yang sepatutnya dia fikir kita tahu. thomas ni suka encourage student. kalau aku down, dia akan bagi nasihat, semangat, fuhh. memang best kerje denagn dia. kalau ada ise apa2 dia selalu menyebelahi aku. dia selalu puji aku (ikhlas ke tak belakang kira) sampai aku rasa aku tidak la seteruk sangat.dia x pernah marah aku kalau aku x boelh jawab ke atau takreti nak apa2 ke. kalau pergi jln2 ngan grup aku, dia sellau raikan aku, malah dia tunggu aku yang selalu terkedek2 berjalan, orang lain menonong tinggalkan aku kat belakang. hai....awat lah thomas tinggalkan aku waktu aku dah final year.....
dia baru hantar email tadi. dia nak bersykpe dengan aku. malah dia akan pikirkan apa nak buat nanti dengan masalah2 result aku tu. dia suruh aku rehat je biar dia yang pikir. ade ke supervisor baik camni? eheheh dia kata dia akan dtg jumpa aku hujung bulan ni. so dia dok pujuk, tak de supervisor (kat sheff) pun tak pe.
la ni tgh tenang2kan perasaan. sebab jumaat ni akan berjumpa post graduate tutor pasal supervison. pening nak mikior ni yob....x kisah dah lani, sapa2 jd supervisor. asal aku grad. cukuplah. asal ada ilmu yang aku kutip. pengalaman sgt berharga di sini. target nak habis cepat dan cepat.
itulah, ujian datang bersilih ganti. ada masa Allah bagi sennag untuk kita bersyukur. Ada masa Allah bagi susah untuk kita beringat dan bersyukur juga. Apa yang pasti, ujian yang datang mampu kita pikul sebab Allah tidak kejam, dia tau ujian yang mana ikut level kita. So laily, La tahzan.. (tadi pagi aku cari buku x jumpa, mlm ni kena cari lagi)
bila2 hadapi situasi camni, hubby pulak kat M'sia. huhu, x de bahu nak bergayut untuk lepaskan emosi. huhuhu . kali ni entahlah aku idokla rindu sanagt2 ngan hubby. maybe sebab busy layan anak2. tak sempat nak rindu2...atau mungkin baru minggu pertama. saki baki kasih sayang last week masa ada lagi, heheh. nanti dah masuk minggu 2 dan ke 3 barulah rindu sangat2 kut. hubby akan balik sini 1 mac.
aku ada misi dan visi sebelum 1 mac ni. surprise!!!!!!
mungkin agak lambat entry ni. waktu ini entah berapa ribu anak2 kecil, wanita, orang tua sudah sudah terbunuh. aku tidak punya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman dan'keiblisan' yahudi durjana itu. terasa sayu dan pilu , tiada yang hebat yang dilakukan oleh aku dan keluarga.
1) DOA!! itulah senjata yang terhebat bagi muslimin. Mungkin Allah rindu rintihan Muslimin di dunia ini. peristiwa di Gaza membangkit semanagt muslimin itu doa dan terus berdoa. Doa dan Doa, jangan putus asa...
2) Demo! aku bawa anak2 berdemo di sheffield. Nyatakan berapa kurang ajarnya yahudi . jeritlah sepuas hati. kat UK ni seronok berdemo. (teringat waktu zaman campus2 dulu). sekurang2nya anak2 aku kenal siapakah yahudi itu. sekurangnya2 walalupun x faham mereka pon ikut jerit "gaza, gaza we with you" " stop gaza massacre" "palestinian, we with you" nanti aku upload gambar kami berdemo. aku ni bermasalah betul bab mengupload gambar dari kamera. sydrom M betul.
3) boikot! yang mana boleh. sebelum ni tak ambil tahu sangat yang mana america, ke product yahudi. Bila dah kuar list, banyak rupanya. masuk toilet, mm aku pakai syampooo loreal . anak pakai syampooo johnson&johnson . tengok TV, TV sky, anak tengok disney. bila guna komputer , mm intel. fuh!!sturbuck mmg aku x pernah gi minum seumur hidup pun. jadinya dalam byk2 list tu aku tidak lah terasa sangaT sebab aku bukan taste 'mewah". jadi kalau setakat nak boikot mark n spenser tu, no hal lah. aku nak beli hp baru2 ni, sebab semangat boikot nokia, aku x beli nokia. walaupun rasa nokia lagi best. sebenarnya boikot bukan susah. apatah lagi yang melibatkan makanan. hai, x de matinya x minum kat sturbuck..sturbuck pon lani nak tutup.
4)DERMA! Allah tidak melihat banyak maan yang kita beri. Tapi keikhlasan kita. bagi yang tak tahu nak sumbang memalui apa dan siapa. apa kata hantar ke GPM. berikut adalah laporan terkini misi GPM:
GPM telah berjaya mendapatkan gudang 'warehouse' di Cairo dan Al Arish (50km dari Rafah) dengan kerjasama dari Arab Medical Union (AMU) untuk menempatkan stok ubatan dan makanan sebelum di hantar ke Gaza. Misi juga sedang mengenalpasti kemudahan yang sedia ada di klinik/hospital untuk tujuan GPM menghantar sukarelawan perubatan jika sesuai.
Urusan dokumentasi untuk misi masuk ke Gaza telah pun selesai. Misi dijangka akan masuk ke Rafah dan Gaza esok.
Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut : (Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM) 2-2A Jalan GJ 2 Batu 5 1/2 Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur Malaysia Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233 Web: www.gpm.com. my Email: gpmhq@yahoo. com
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:
(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).
Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.
5)ILMU, educate anak2, dan diri sendiri. apa pentingnya palestine kepada umat islam. siapakah yahudi sebenarnya. aku paparkan video palestine pada anak2 aku. MashaAllah! mereka sedih bercampur takut. "tengok tu, kesian bbay tu, umi dia dah mati, yahudi tu bunuh, yahudi tu jahat..." "kesian budak tu, x de makanan, baabh dia kena tembak..." satu hari, aku makan bersama angah. dia nak tambah lagi nasi. kebetulan habil baru habis makan dan nasinya banyak x habis. lalu aku suakan pada angah "angah, ni ambiklah nasi habil ni..sayang membazir.." aku memujuk "eeeii , x naklah umi" kata angah (mungkin geli tengok agaknya sisa habil) "angah, angah tengok tak video hari tu, budak tu x de makanan, kesian dia, umi ngan babah dia dah mati, rumah pon dah x de, sian dia, angah kat sini banyak makanan"...kata aku ala2 bersyarah, heheeh aku lihat dia seolah berfikir sejenak "oklah , ummi" jawab angah tanpa banyak tanya Sayu terharu aku bila aku tengok dia ambil smeua lebihan nasi atas pinggan habil dan makan dengan selera.... Dalam hati: Alhamdulillah, sukar sebenarnya nak didik anak supaya menghargai apa yang ada di depan mata.
Selain itu hadirlah kemajlis2 diskusi?majlis ilmu untuk memantapkan pemahaman tentang isu ini. isu palestin ada isu kita SEMUA. sesiapa disekita scotland mungkin boleh pergi talk ini.
Resistance to Genocide and Ethnic Cleansing: from Europe in the 1940s to the Middle East Today
The most appropriate way to commemorate the dead in the Nazi Holocaust is to stop current and future genocides. Sunday January 25th, 11am to 5pm Glasgow venue: Western Infirmary Lecture Theatre (WILT) download map Edinburgh Venue: OOTB (Out of the Blue drill Hall) Dalmeny Street, Leith Walk Agenda
Dan kalau yang tingal berdekatan bangi/kajang/serdang maybe boleh pertimbangkan talk ini
"Hentikan Kezaliman di Gaza"
Pengisian oleh : a. Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, EXCO WADAH (pensyarah UM) b. Hj Mohd Asri Abdul, CEO GPM Kutipan akan di buat untuk Tabung Palestin GPM
Tarikh :28 Januari 2009, Rabu , Solat Isya’ bersama Tempat :Surau Sek Rendah Islam ABIM (SERI ABIM), Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg Ramal Dalam Kajang
KESIMPULANNYA, sahabat2 semua, siapa kata kita tak boleh berbuat apa2??? Banyak sangat yang kita boleh buat. Contoh 5 di atas maybe boleh jadi panduan. jangan buat x reti saja. langsung x ambil peduli hal sekeliling. Sorry geram.. sebab ada juga orang yang macam ni. asal diri dan keluarga hidup sennag, boleh makan, boleh holiday, boleh shopping. SUDAH!! buat apalah nak susah2.....
Malu kita dengan anak2 kecil di palestine yang memikul senjata. Malu lagi dengan ALLAH. Dahlah memang confrim x berani kalau dihantar ke palestine, paling2 sedeqahlah apa yang patut.
tajuk macam ala2 lagi misha omar. memang tengah menyeru semangat. Mari listkan apa yang perlu dibuat 1) 4th Feb, 3rd year seminar (awal tahun pula dia buat) 2) 6th Feb, 2nd year viva 3) 31th Jan- abstract euromat 2009 4) 28 Feb, abstrat icm 2009 5) 2-3 session VSM di leeds (makan 2-3 hari juga)
kali terakhir present depan ramai2 adalah last september. itu juga kali terakhir aku nervous yang amat. kali ni aku kena present lagi di jabatan. walaupun bukan pertama kali, tapi kali ni gerun juga, sebab namanya 3rd yr seminar. kata lain, ala2 final yr seminar. Dan viva 2nd yr menggerunkan. jadi bulan feb adalah bulan yang menggerunkan selain menyedihkan. kenapa???
Husband akan balik M'sia 7 feb-28feb. makanya aku akan dilanda kerinduan yang paling bersangatan kerana inilah pertama kali dapat usia perkahwinan menjangkau 8 tahun, 'perpisahan' paling lama, hehe 3minggu! nasib baik, alhamdulillah lepas aku viva. Doakan hubby aku moga berjaya dengan apa yang dihajatinya!!
moga aku berjaya. paling2 present dengan baik dan paling2 jgn malukan diri sendiri. paling2 janagn sampai masa viva nanti nampak sangat 'ketidakpandaian' ku itew.
bila buat phd, aktiviti present2 ni memang x boleh dielak. aku tau itu bagus sebenarnya . cuma hormon adrenalin aku akan merembes dengan banyaknya....
Maklumlah kami ni bukan jenis yang ber'wang' dan punya banyak masa. kami hanya bercuti berjalan2 3D2N. itupun sekadar cambridge yang 2 jam dari rumah kami. tidurlah juga 2 malam di travelodge. Yang lain2 kami habis masa dengan aktiviti anak di rumah dan melayan tetamu yang datang. Fuhh, aku yang jarang duduk rumah x betah, duduk saja, kena fikir apa yang anak2 nak buat dalam rumah ni. letih dah tengok depa tengok tv, main game.
aktiviti ala2 "big cook little cook" . apa lagi suka la semua.
laaaast sekali , aku izinkan mereka 'jilat' semua lebih sos cklat yang ada. pheww!
kesan daripada boxing day, babah mereka dengan keterpaksaan mengikut juga desakan dan amukan anak untuk beli make up. maka inilah hasilnya...
along make up angah, angah make up along, habil???
dia pun nak make up jugak...
tada!!!!!inilah hasilnya...
anak2 juga ku kerah untuk intensif mengaji Iqra', membuat latihan membaca, story telling (fuhh letih sebab 3 anak, 3 jenis sebelum tidur, cuti x per arrr) . So antara target tahun baru adalah pastikan anak2 , husna akan habis iqra'5, dan hanis iqra' 4. habil? sekadar ba ngan ta x abis2.
di sheffield waktu malam menjelang kristmas cantik jugak, namun sebab camera yang koman idaklah cantik bila ambil gambar.
excited nak naik bus.
bersama snowman...
kami juga menerima tetamu dari dublin, datang waktu yang berasingan. 2 family. satu family intan dan satu family izwan dan aqidah. namun masa izwan datang x sempat amik gambar. ngan family intan jelah..
denagn cuaca yang amat2 sejuknya. mencecah -3. idoklah mampu nak jalan2 ke mana2. duduk jelah rumah....winter kali ni sejuk banget. ni yang rasa nak balik malaysia ni...
alhamdulillah cuti telah berakhir. cukup2lah tu. 2 minggu cuti, 2 minggu x baca buku. pihak university tutup lab semua sampai esok, jadi kami x boelh masuk langsung waktu cuti. antara aktivitinya adalah perhimpunan musim sejuk. anak2 aku telah biasa tidur dimasjid dan tidur merata2 alam, termasuklah di uk ni. sejak kami sampai ke uk, dah banyak kali kami tidur di masjid. alhamdulillah anak2 aku ok jek. Moga anak2 aku akan tahan cabaran dan tidak manja.
.
selain itu kami menemani sahabat kami dari Malaysia, Prof. dr. Nor zuraida a.k.a Kak nor sefamily ke cambridge.kebetulan hubby pon cuti juga kami sambung sampai ke skegness. Ya Allah sejuk yang amat. di cambridge nan damai...
hubby yang ketaq lutut kesejukan, sempat minta ambilkan gambar bersama seal skegness yang "sejuk gedik"
kami juga smepat bawa kak nor anak beranak naik tram dan jalan2 ke sheffield.
sebenarnya aku secara peribadi amat mengkagumi Kak Nor. Sebagai seorang doktor dan pensyarah beliau pastinya amat2 sibuk namun tabik spring, usrah hampir boleh kata, x pernah ponteng.
terima kasih Kak nor, nanti datang lagi ek....Tu yang pelik bila yang baya2 aku asik dok komplen, busy, busy. kalau nak ikut, beliau lebih layak untuk memberi alasan macam tu. Orang nya sangat simple dan low profile. walau boleh dikata kaya tapi kekayaannya tidak diserlahkan. Beliau masih boleh makan sedulang even dengan bibik aku sendiri masa di Malaysia dulu. Tidak timbul soal class pada beliau. Suami beliau Abang zahir juga begitu. loving couple yang sangat disenangi oleh semua. semangat juang, berusrah, bertamrin, berprogram tidak pernah luntur. dulu, kini dan selamanya...
p/s: terima kasih Kak nor atas 'tajaan' 2 tudung munawwarah itu. i love them..Moga Allah murahkan rezeki Kak nor sefamily
Terlalu banyak yang hendak direport. ada yang sudah ketinggalan ceritanya tapi sebab baru upload gabar dari camera, kira oklah. 1. jamuan eidul fitr misg-abim di rumah kami. Alhamdulillah, pengarah msd dan ustaz erfino hadir sebagai tetamu jemputan. jadi kami2 ni, sibuk la malam tu 'mengerjakan sate'
yang lelaki mencucuk sate
yang helwa 'membuat' kek ..
antara yang hadir..
2. gambar2 autumn 2008 maklumlah hubby bukan jenis suka bergambar. tak banyak la gamabr2 kami.apada..orang dah winter dok citer autumn lagi..
3. weston park museum museum ni free. jadinya keraop mejadi kunjungan kami disheffield. sampai dah tak ingat berapa kali dah pergi. kerap sangat. peliknya anak2 tak boring.akulah yang boringnya. ikutkan jelah anak2....kebetulan temanya haritu adalah charlie and lola
4. raya haji untuk kesekian kalinya hubby menjadi khatib. lawaknya gambar dia baca khutbah backgroundnya sama je dari tahun 2006 kami datang cuma baju dia je yang berubah
kami pakai tema ala2 arab la konon. husna dan hanis adalah baper minit pakai tudung..
bang, takde duit raya ke bang.... 5. jemputan ceramah di leeds mengikut suami untuk memenuhi permintaan komuniti leeds sempena raya haji ni. bagus juga, dapat menambah kenalan.
6. Winter gathering misg abim UK di birmingham alhamdulillah, dalam byk yang last minute kami dapat jugak kumpulkan sahabat2 di uk ni..inipun tak semua bergambar...
ok, akan buat entry khas sempena aktiviti cuti krismas dan new year. habil dan menjerit nak guna pc.
ummi kepada 3 anak-anak yang comel, Husna Naqeebah, Hanis Naqeebah, Habil Naqeeb....
Juga isteri kepada very loving hubby dubby...Hasri Harun. Kini menetap sementara di Sheffield, UK