Saturday, January 24, 2009
Gaza, we with you
mungkin agak lambat entry ni. waktu ini entah berapa ribu anak2 kecil, wanita, orang tua sudah sudah terbunuh. aku tidak punya perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kekejaman dan'keiblisan' yahudi durjana itu. terasa sayu dan pilu , tiada yang hebat yang dilakukan oleh aku dan keluarga.
1) DOA!! itulah senjata yang terhebat bagi muslimin. Mungkin Allah rindu rintihan Muslimin di dunia ini. peristiwa di Gaza membangkit semanagt muslimin itu doa dan terus berdoa. Doa dan Doa, jangan putus asa...
2) Demo! aku bawa anak2 berdemo di sheffield. Nyatakan berapa kurang ajarnya yahudi . jeritlah sepuas hati. kat UK ni seronok berdemo. (teringat waktu zaman campus2 dulu). sekurang2nya anak2 aku kenal siapakah yahudi itu. sekurangnya2 walalupun x faham mereka pon ikut jerit
"gaza, gaza we with you"
" stop gaza massacre"
"palestinian, we with you"
nanti aku upload gambar kami berdemo. aku ni bermasalah betul bab mengupload gambar dari kamera. sydrom M betul.
3) boikot! yang mana boleh. sebelum ni tak ambil tahu sangat yang mana america, ke product yahudi. Bila dah kuar list, banyak rupanya. masuk toilet, mm aku pakai syampooo loreal . anak pakai syampooo johnson&johnson . tengok TV, TV sky, anak tengok disney. bila guna komputer , mm intel. fuh!!sturbuck mmg aku x pernah gi minum seumur hidup pun. jadinya dalam byk2 list tu aku tidak lah terasa sangaT sebab aku bukan taste 'mewah". jadi kalau setakat nak boikot mark n spenser tu, no hal lah. aku nak beli hp baru2 ni, sebab semangat boikot nokia, aku x beli nokia. walaupun rasa nokia lagi best. sebenarnya boikot bukan susah. apatah lagi yang melibatkan makanan. hai, x de matinya x minum kat sturbuck..sturbuck pon lani nak tutup.
4)DERMA! Allah tidak melihat banyak maan yang kita beri. Tapi keikhlasan kita. bagi yang tak tahu nak sumbang memalui apa dan siapa. apa kata hantar ke GPM. berikut adalah laporan terkini misi GPM:
GPM telah berjaya mendapatkan gudang 'warehouse' di Cairo dan Al Arish (50km dari Rafah) dengan kerjasama dari Arab Medical Union (AMU) untuk menempatkan stok ubatan dan makanan sebelum di hantar ke Gaza.
Misi juga sedang mengenalpasti kemudahan yang sedia ada di klinik/hospital untuk tujuan GPM menghantar sukarelawan perubatan jika sesuai.
Urusan dokumentasi untuk misi masuk ke Gaza telah pun selesai. Misi dijangka akan masuk ke Rafah dan Gaza esok.
Cek sumbangan boleh dibuat atas nama GLOBAL PEACE MISSION dan dihantar ke alamat berikut :
(Sila tuliskan nama dan alamat penyumbang di belakang cek untuk membolehkan kami mengirim resit)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM)
2-2A Jalan GJ 2
Batu 5 1/2 Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel: +60 3 6188 3230 Fax: +60 3 6188 3233
Web: www.gpm.com. my Email: gpmhq@yahoo. com
Sumbangan boleh juga dimasukkan terus ke akaun GPM seperti butir berikut melalui CASH DEPOSIT MACHINE (CDM) atau ONLINE BANKING:
- BANK ISLAM (M) BERHAD : A/C no. 14 023 01 002922 4
- MAYBANK : A/C no. 564 221 611 602
(Untuk mendapatkan resit, sila fax atau emel butir transaksi berserta nama dan alamat penyumbang kepada GPM).
Sumbangan boleh juga dihantar terus ke pejabat GPM seperti alamat tertera di atas. Pejabat GPM kini bersebelahan dengan Masjid As Syakirin, Batu 6, Jalan Gombak.
5)ILMU, educate anak2, dan diri sendiri. apa pentingnya palestine kepada umat islam. siapakah yahudi sebenarnya. aku paparkan video palestine pada anak2 aku. MashaAllah! mereka sedih bercampur takut.
"tengok tu, kesian bbay tu, umi dia dah mati, yahudi tu bunuh, yahudi tu jahat..."
"kesian budak tu, x de makanan, baabh dia kena tembak..."
satu hari, aku makan bersama angah. dia nak tambah lagi nasi. kebetulan habil baru habis makan dan nasinya banyak x habis. lalu aku suakan pada angah
"angah, ni ambiklah nasi habil ni..sayang membazir.." aku memujuk
"eeeii , x naklah umi" kata angah (mungkin geli tengok agaknya sisa habil)
"angah, angah tengok tak video hari tu, budak tu x de makanan, kesian dia, umi ngan babah dia dah mati, rumah pon dah x de, sian dia, angah kat sini banyak makanan"...kata aku ala2 bersyarah, heheeh
aku lihat dia seolah berfikir sejenak
"oklah , ummi" jawab angah tanpa banyak tanya
Sayu terharu aku bila aku tengok dia ambil smeua lebihan nasi atas pinggan habil dan makan dengan selera....
Dalam hati: Alhamdulillah, sukar sebenarnya nak didik anak supaya menghargai apa yang ada di depan mata.
Selain itu hadirlah kemajlis2 diskusi?majlis ilmu untuk memantapkan pemahaman tentang isu ini. isu palestin ada isu kita SEMUA. sesiapa disekita scotland mungkin boleh pergi talk ini.
Resistance to Genocide and Ethnic Cleansing: from Europe in the 1940s to the Middle East Today
The most appropriate way to commemorate the dead in the Nazi Holocaust is to stop current and future genocides.
Sunday January 25th, 11am to 5pm
Glasgow venue: Western Infirmary Lecture Theatre (WILT) download map
Edinburgh Venue: OOTB (Out of the Blue drill Hall) Dalmeny Street, Leith Walk
Agenda
10.30am - 11.00am Registration
11.00am - 11.15am Welcome:
11.15am - 1pm EDINBURGH: Azzam Tamimi (Chair: Vanesa Fuertes)
GLASGOW: Liliane Kaczerginski (Chair: Wael Shawish)
1.30pm - 2.30pm Zionism before the Nazi Holocaust
GLASGOW Mick Napier, Chair, Scottish PSC
EDINBURGH Sofiah MacLeod, secretary, Scottish PSC
2.45pm - 4.30pm EDINBURGH: Liliane Kaczerginski (Chair: Asif Dean)
GLASGOW: Azzam Tamimi (Chair: Simone Burns)
4.30pm - 4.45pm Closing remarks
Dan kalau yang tingal berdekatan bangi/kajang/serdang maybe boleh pertimbangkan talk ini
"Hentikan Kezaliman di Gaza"
Pengisian oleh :
a. Prof Dr Mohammad Redzuan Othman, EXCO WADAH (pensyarah UM)
b. Hj Mohd Asri Abdul, CEO GPM
Kutipan akan di buat untuk Tabung Palestin GPM
Tarikh :28 Januari 2009, Rabu , Solat Isya’ bersama
Tempat :Surau Sek Rendah Islam ABIM (SERI ABIM), Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg Ramal Dalam Kajang
KESIMPULANNYA, sahabat2 semua, siapa kata kita tak boleh berbuat apa2??? Banyak sangat yang kita boleh buat. Contoh 5 di atas maybe boleh jadi panduan. jangan buat x reti saja. langsung x ambil peduli hal sekeliling. Sorry geram.. sebab ada juga orang yang macam ni. asal diri dan keluarga hidup sennag, boleh makan, boleh holiday, boleh shopping. SUDAH!! buat apalah nak susah2.....
Malu kita dengan anak2 kecil di palestine yang memikul senjata. Malu lagi dengan ALLAH. Dahlah memang confrim x berani kalau dihantar ke palestine, paling2 sedeqahlah apa yang patut.
tepuk dada, tanya iman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment