Sunday, April 19, 2009

Ayat-ayat Allah 1

Ini adalah kali pertama kami ke wales. percutian kali ini hanya disekitar snowdonia. walaupun wales merupakan sebahagian daripda Uk namun bila memasuki saja north wales kami seolah2 masuk ke negara lain. bahasa yang totally different. percutian ini juga agak berbeza kerana buat pertama kali kami menyewa cottage. Fuhh.. cottage yang sungguh pedalaman, betul2 ditengah ladang sheep. bangun pagi...embeeekkkkk!!!!



Day 1: Pantai Llandunno yang indah. namum petang tu agak berangin, terencat anak2 yang excited nak mandi



dapat main pasir pun jadilah....



berjalan2 di bandar Llandunno. terkejut sebab tak jumpa wlaua seorang pun Muslim. rupa Pakistan pun tak de. (sila buat excercise tengkuk untuk lihat dengan jelas ok!)
perhatikan, angah masih lagi menghisap jari. dan notice tak, husna sudah berkacamata!

waktu malam dicottage ...sangat sedap jika berBBQ. namun agak sejuk diluar. kami bersama keluarga A din Hull gagah juga membakat sate




Day 2: Bandar Porthmadogyang penuh dengan kapal2. portmerion merupakan salah satu kawasan berhampiran. Banyak juga nampak kedai2 jual portmerion tapi tidaklah kami berhajat menyinggah.




amboi angah, tangkap lentuk pulak dia. daring la..



bercanda di Pantai black rock sandy beach. ala2 model pakaian renang muslim.pelik kan. bil a jalan x nak pakai tudung. bila mandi nak pulak depa ni pakai tudung. terbalik dengan islam hadhari.



bercamera girl kan hanis, dapatlah kami bergambar ala2 mesra sakan, berlatarbelakangkan rock yang betul2 black. sesuai la dengan nama beach tu

di sebabkan inginkan murah. kami pergi ke portmerion village selepas 3.30 untuk dapat half price.



di portmerion village. ala2 percutian pakej honeymoon gitu, heheh


suka gambar ni. berlatarbelakangkan tulip yang segar, sambil menjilat aiskrim, di bawah panahan matahari, fuh!! hensem habil!.

kesimpulan:Org uk ni bab promosi tempat menarik sangat2 hebat walaupun tidaklah hebat sangat, depa pandai bagi nampak konon2 hebat. jangan terpedaya sangat dengan gambar2 di web. heehhe

habis 2 hari ni baru. ada 3 hari lagi. dah lama kami x bercuti selama ini. paling lama adalah pada tahun 2007. so oklah kali ni kami jln sakan. balas dendam sebab kami tak ikut hubby balik M'sia haritu.

apapun, dengan bajet yang sangat2 ciput, dan semangat ukur baju dibadan sendiri, alhamdulillah, kami bolehlah la jalan dalam negara. walaupun 5D4N kami dapat cut kos banyak juga, termasuk makan, accomodation, transport, tiket masuk ntah apa2, etc. sungguh menjimatkam sekiranya kena gayanya.

alhamdulillah. dah lama x rasa hati berbunga2. percutian kali benar2 dapat menyegarkan hubungan kami suami isteri dan juga anak2. alhamdulillah. sebenarnya, bercuti di mana tidaklah begitu penting. walaupun tempat hebat tapi tak dapat mencantumkan hati2 tak guna juga kan (chewah alasan la ni sebab x dpt gi jauh2, hehe).
itulah tujuan bercuti.

melihat Ayat-ayat Allah

dalam diri dan di luar diri

No comments: