Sunday, April 19, 2009
Ayat-ayat Allah 2
hari ke3, pagi2 kami pergi bawa anak susukan baby sheep yang baru kematian ibu.
sempat bergambar la pulak ditepi kandang.
ke
kemudian kami bergerak ke bangor, ke University og Bangor. siapa yang cari berkereta ke university ini pasti tak jumpa sebab ditulis dalam welsh. Prifysgol University.dah masuk dalam university baru ada tulisan Bangor Univeristy. mula2 confuse juga kami. baru tau Prifysgol University tu Bangor University la...
kemudian kami bergerak ke rumah Hafiz , sahabat A. din dari UTM, dan lepas tu kami join BBQ komuniti bangor di Tasik Llanberis. dapatlah makan dengan meriahnya, sate, kambing, perut, nasi, dan macam2 lagi. terima kasih kepada warga bangor kerana sudi menjemput kami join BQ.
cantik tasik ni. dan amat sesuai untuk berBBQ dan menenangkan fikiran yang kusut. chewa, macam promoter la plak.
gambar berlatarbelakangkan Menai Bridge. satu mencu tanda untuk masuk ke pulau Anglesey.
kerana terpengaruh dengan blog prof kamil, kami pergi ke tempat yang punye nama kedua terpanjang didunia. hanya beberapa minit sahaja dari Menai bridge. fuhh, tergeliat lidah nak menyebutnya.
Habil dan saa'dah ( anak A din) rapat la pulak mereka,banyak gambar berdua. kalau lagi 20 tahun mereka tengok gambar2 mereka pasti tersenyum sipu. heheeh
Berakhirlah hari ke 3. I'brah hari ni. Ukhuwwah islam itu indah. walaunpun kami tak kenal org bangor, mereka sungguh peramah dan sangat baik hati. maka berkembanglah bunga2 siraturrahmi. indahnya ni'mat tuhan. baru kenal beberapa ketika mereka dan volunteer bawa kami jalan2. tak pernah kenal, tapi sebab rupa 'melayu' menemukan hati-hati.
maka amatlah kenyang kami pada hari itu. Buat musafir seperti kami, dapat makan yang proper seperti itu sangatlah besar Ni'matnya.
Perjalanan ke Bangor menelesuri pantai2, dan gunung ganang, saujana mata memandang, amatlah indah. Subhanallah. berkali2 aku memesan anak2, bila tengok cantik, cakaplah "Subhanallah!". satu pengajaran buat aku dan mereka juga.
Indahnya Ayat-ayat Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wah bestnya tu...
Post a Comment