Monday, October 15, 2007

salam perantau



semua terkejut!! raya jumaat?? fuhh apa pun x ready. periuk pun x beli lagi. daging , ayam pun x de, kacang pun baru nak beli,. lantas malam raya kami bertebaran di bumi darbnall mencari bahan kerana kami kena sediakan kuah kacang utk 200 orang??? fuuhh tak terbayang kami boleh melakukankan. tapi alhamdulillah...raya di sini penat sungguh!!!

tak sangka plak, ucapan perantau yg dah berkurun aku hantar akhirnya kuar jugak surak khabar. best gak ek. baru masuk salam perantau, belum masuk surat khabar menang anugerah ke apa, tu pun hati dah kembnag berbunag2. ish ishh buat malu jek,


seawal lepas subuh kami dah bermaafan. selalunya hanya isteri akan cium tangan suami di pagi raya tapi hubby aku tidak kisah untuk cium tangan aku juga (eh, suami pun byk dosa jugak tau) , malah kalau bukan raya pun, lepas solat atau nak pergi kerja dia tidak kisah untuk cium tangan aku juga (tapi lepas aku cium tangan dia la) . pada dia tidak 'jatuh' taraf 'kesuamianya' dengan buat begitu. lelaki melayu ni payah sket nak buat gitu (ego sket, hehehe), kalau mat salleh tu perkara biasa cium tangan pompuan...ce cewah... eh, apa motif aku citer mende2 ni? kuar tajuk daaa..sekadanr berkongsi , mana tau lepas ni ada husband2 yang nak buat ke? gugur dosa2 dicelah2 jari tau, bagus tu...


harini ala2 monday blues, kepala pun pening2 letih makan dan raya sakan. penat sungguh. buat open house 2 kali, raya pertama dan ketiga. jadi penat le tapi yang seronok. hilang rindu kampung halaman.

aku telah mendapat email utk viva first year. cepatnyer!!!Doakan aku...

No comments: